Thursday, May 28, 2009

AJL...AIM...ABPBH....


Anugerah SM & SSM Utara 2009...



Kalau cakap pasal anugerah mesti ada RED CARPET kan...23.05.09 bersamaan Sabtu jam 9.00 malam aku dapat peluang naik pentas untuk terima anugerah. Anugerah untuk pangkat Sales Manager (SM). Aku rasa tu la yang paling latest aku naik stage selepas konvo 2006 kat UiTM Shah Alam. Red Carpet ada tapi untuk usahawan yang bergelar Crown Dimond Manager je.

Dag...Dig...Dug...di dalam dada...jantung berdebarrrr......(sambung sendiri ayat pastu coz penulis tak ingat lirik)

Ok, cakap pasal anugerah yang baru aku dapat tu, aku rasa ni la kot syarikat yang bila kita naik pangkat kita akan diraikan. Syarikat Hi-O Marketing Sdn. Bhd. Kalau kat tempat lain tu, kita naik pangkat alamatnya kita la kena raikan kawan-kawan.



Pada aku, anugerah yang aku dapat malam tu memang la bermakna. Tapi kepuasan yang sebenar-benarnya adalah bila aku dapat jumpa Pemimpin Terulung team aku iaitu CDM Siti Rohana atau nama manjanya Kak Ana. Aku rasa puas sangat bila dia peluk dan bagi kata-kata semangat kat aku untuk lebih berusaha dan berjaya macam dia. Orangnya cukup humble. Walaupun dah bergelar jutawan, tapi masih turun padang memantau anak buah. Aku juga beruntung sebab pemimpin pelapis harapan Kak Ana merupakan pemimpin aku di Penang. CDM Suhaily Elda yang juga dipanggil CDM Elly. Ni lagi sokrang pemimpin yang bercirikan pemimpin hebat. Mana taknya, sentiasa menjadi tong sampah kepada rakan kongsi untuk dijadikan tempat meluah perasaan, masalah dan lain-lain.

Aku sebenarnya bukanlah minat sangat nah buat business MLM ni. Tapi faktor kewangan lah yang memaksa aku separuh rela join MLM ni. Tapi perniagaan ni ibarat menanam pokok durian, buahnya bukan terus keluar, hasilnya bukan terus boleh dimakan sekelip mata. Ramai orang kat luar sana cakap perniagaan MLM semua karut. Paling kejam bila telinga mendengar orang cakap MLM business 'Low Class'.

Pernahkah kalian terfikir yang MLM ni merupakan satu perniagaan. Terlupakan anda tentang janji Allah iaitu 9/10 sumber rezeki manusia adalah melalui perniagaan. Dan Rasulullah S.A.W sendiri berniaga. Jadi untuk peniaga-peniaga, ahli perniagaan dan sewaktu dengannya, pilihan anda menceburi bidang ini adalah tepat. Yang membezakan hanyalah pelaburan modal, keuntungan yang bakal diperolehi dan jenis perniagaan. Hakikat tetap sama iaitu nak UNTUNG. Mana ada orang berniaga nak rugi.

Pedulikan kata orang kalau nak berjaya. Ni lah kata-kata semangat yang pemimpin aku selalu cakap. Mana taknya, orang lain hanya mampu mengata itu dan ini bila kita cuba buat sesuatu, tetapi adakah mereka mampu menghulurkan bantuan kewangan kalau kita tak de duit. Sudah tentu tidak bukan. Kita lah yang terpaksa melalui susah senang itu. Jadi jangan biarkan kata-kata dan cakap-cakap orang tu pemusnah langkah kita untuk mengubah kehidupan kita.

Ambiklah peluang bila ada ruang. Ubahlah kehidupan kita yang biasa-biasa menjadi luar biasa.Memang kita bukan dilahirkan sebagai anak jutawan, tidak menjadi kesalahan walau sebesar zarahpun kalau kita nak jadikan keturunan kita keturunan jutawan. Kehidupan yang selesa belum tentu selamat. Tetapi kehidupan yang selamat pakejnya tentu selesa. Hidup yang selamat adalah bilamana kita mempunyai simpanan wang.

Tu lah gambar aku tengah tunggu turn nak ambik anugerah. Kat sebelah tu kawan aku. Panggil Kak Eja je. Kerja hakiki dia cikgu. Mengajar sekolah kat area Air Itam, Penang tak salah aku la. Tengok tu bukan main kan kitaorang senyum. Dalam hati tuhan saja yang tau. Debar giler. Ramai betul orang kat depan stage. Apapun semua berjalan dengan lancar. Tiada cacat dan celanya. Aku jalan kat atas stage tu rasa macam tak cecah lantai je. Nasib baik tak tersungkur mencuim lantai.

Apapun, sentiasalah ingat bila kita dirai. Dan janganlah sesekali lupa orang yang meraikan kita tu...

Chiawwww....

2 comments:

hanni said...

wow..good..good..

Org kata kalo nak buat something..buat sungguh2..baru la ada makna...

Anyway..tahniah..

wani said...

Hanni...

Betul tu...
Alang2 seluk pengkasam biar sampai siku...
Alang2 nak busuk biar sekali je...
Pas tu basuh sure tak busuk dah..
Macam tu gak dgn apa yang kita buat...
Buat betul-betul..

Thanks...