Friday, December 30, 2011

Hantaran E-Day Zulkifli & Nuraisya

 

DSCN2825

hantaran jon

My Adek E-Day


Fuhhh...byknya sawang....jap aku nk cuci sawang dulu k..................

Alhamdulillah...perancangan 2011 semuanya terlaksana walaupon masih ada 2 3 perkara yg masih tak settle. Perancangan yg besar2 rasanya smua dah settle. Perkara terakhir perlu di'settle'kn dlm kalender family aku tahun ni adalah menjadikan adek aku yg nombor 3 sebagai tunangan org.

Seperti perancangan kami sekeluarga, dengan izin Allah SWT kami selamat sampai ke bumi Terengganu dengan selamat dan baik pada 23hb mlm 24hb Disember 2011. Majlis pertunangan adek aku adalah pd 24 Disember tu. Majlis berjalan dengan lancar walau pon pada peringkat awalnya kami agak 'nebes' la ckit2...ye la mana taknya ni 1st time mak ayah aku nak p pinang anak dara org. Sebelum ni just tunggu org pinang anak pompuan mereka. Dah la lain negeri, adat pon lain gak la. Tapi dengan kerja sama yg baik dari kedua2 family semuanya jadi mudah. Bak kata wonderpets....'bila smua bekerjasana...smua jadi mudah....'

Aku yg mcm biasa as a organizer ni, awal2 aku dah aturkan segala persiapan supaya smuanya elok, mudah dan lancar. Part pertama aku kena settlekan kompem la hantaran. Alhamdulillah, tunang adek aku ngn family dia tak cerewet n tak minta mcm2. Semua serba sederhana. Cuma dalam hantaran mesti ada garam, gula dan beras sebagai adat memenuhi adat mereka. Selebihnya terserah kepada pihak lelaki nak bg apa.

Ni hantaran dari pihak lelaki...made by izwa collection...heheheeee...

Yang menariknya pilihan tarikh tunang tu ada simbolik tersendiri pada adek aku dan cik tunang dia. 24 actually umo adek aku ngn tunang dia thn 2011...bln 12 bulan kelahiran adek aku...so kira ada sentimental value gak la tarikh tu...

Jom layan picture yg sempat aku ambik...selebihnya masa aku untuk melantak...berlibur dan buang masa....

Acara wajib kalau majlis tunang...Sarung cincin...

Pastu mesti ada adengan salam2 n cium2...pastu ramai la yg nk snap picture time ni...pastu kena dera suh lambat2 ngn lama2 sikit adengan tu...

Picture wajib gak ni...adek beradek belah lelaki...wajah2 kecintaanku...adek ipar aku jd photographer time ni...So tak de la dalam gambar ni...

Adek aku ngn my mum n our foster mother...tq ibu sbb sudi ikut...

Majlis tunang adek aku mmg sekadar memenuhi adat jer...takde la bawa rombongan cik kiah ker...cik jah ker...mahupun cik bedah...hanya kami satu family bersama ibu angkat kami je yang hadir pada majlis tu...Bakal adek ipar aku pon dah tau serba serbi dan segala2nya pasal family kami. Pada ayah ngn mak biar lah dia tahu segala2nya barulah dia akan terima adek seadanya. Tapi pada aku kalau tak cakap kat dia pon, dia boleh pikir tentang keluarga aku. Dia pon ada waktu majlis perkahwinan adek pompuan aku dulu. So no more secret at all...

Bagi ayah lak yang penting anak lelaki dia mengikut adat bila nak ambil anak dara orang. Bukan main rembat jer. Sebagai tanda restu daripada mak dan ayah, mereka nak biarlah anak dara orang diambil dengan tepak sirih. Bukan bodoh2 jer nak kawin. Adat tetap adat. Bertunang tu sendiri tanda perkenalan dan ikatan permulaan sebelum perkahwinan. Ni la time ayah aku ngn mak aku nak berkenalan ngan bakal besan. Alhamdulillah...walaupon mereka keluarga yang senang dan penuh kasih sayang...mereka lansung tak belagak...Terima kasih Ya Allah kerna pertemu dan bina talian kekeluargaan antara dua keluarga ini...
Inilah wajah kesayangan adek aku. Yang penting dialah insan yang terima adek aku seadanya. Tidak lansung mengendahkan jurang antara mereka...Semoga hubungan ini dirahmati Allah SWT... Permudahkan urusan mereka dalam perancangan membina masjidMu Ya Allah...

SELAMAT BERTUNANG BUAT

ZULKIFLI DAN NURAISYA

Moga ikatan ini berkekalan hinggan ke jinjang pelamin. AMIN YA RABB...


Friday, November 4, 2011

My Love...

Blog mcm dah besawang kebelakangan ni. Alasan macam biasa ' tak dak masa'. Padahal macam tebuang je masa aku ni.

2011 macam sikit lagi jer nak ending. Alhamdulillah tahun ni aku mendapat beberapa perkara yang aku hajati. So aku rasa 2011 macam ada sesuatu buat aku. Mungkin juga buat family aku. Syukur ya Allah. Setiap kali kami diuji dengan musibah (tak kira lah dalam bentuk apa), Engkau selalu gandakan kegembiraan kami. Tentang aku lain kali aku buat entry...kali ni nak share about my 1st boyfwen dunia akhirat......

Aku selalu ingat kata2 keramat ayah...

' pedulikan musibah daripada manusia (org), sbb musibah dari manusia(org) ini lebih mendatangkan keburukan...sebaliknya pekalah dengan musibah dari Allah...nescaya disebaliknya ada sesuatu yang menguntungkan tersedia....syaratnya sebagai hamba kita kena redha, bersyukur dan pasrah Atas segalanya selepas kita bermunajat kepadanya...'

.... pakcik mahmud bin che lah

Mungkin pegangan ini lah yang membuatkan ayah sentiasa dalam keadaan redha dan bersyukur walau apa pun yang melanda dirinya. Aku bangga dengan cara ayah mengatasi segala macam dugaan yang diterimanya. Kebiasaannya dari manuasia2 yang mempunyai talian kekeluargaan. Tak pernah sesekali pun ayah mendoakan keburukan utk org itu. Walaupun dia ditipu hidup2,...diperkotak katik secara terang-terangan,...dimakin hamun bagaikan binatang tak berhati dan perasaan,...ditikam dari belakang,...dipersendakan keupayaannya,...diperlekeh perlakuan dan perbuatannya....namun Allah SWT juga tempat ayah mengadu domba.

Kadang2 aku sedih melihat perjalanan hidup ayah yang tak abis2 diganggu gugat oleh orang2 tak bertanggungjawab. Terus terang aku katakan...dulu aku kecik aku tak paham semua penderitaan, kesengsaraan dan kesedihan seorang lelaki bergelar ayah. Tapi kedewasaan yg aku lalui membuatkan aku satu2nya insan yang paling paham dan dekat dihati ayah. Kini baru ku tahu ayah ku sebenarnya seorang yang berhati lembut dan pemendam orangnya.

Ayah pernah menitiskan air mata dihadapan anak2 bila mana hati keciknya 'tersentuh'. yang aku maksudkan 'tersentuh' ini bukan lah sentuhan biasa2 atau manja2...sentuhan ini pendek kata bisa memutuskan talian silaturrahin dan tidak ada pintu kemaafan buat org2 yang menyentuhnya itu...So tersentuh sedalam itu baru ayah bisa berkongsi cerita. Hebatnya kotak hati simpanan seorang ayah. Waktu itu aku sebagai anak rasa nak bunuh jer orang2 yang berani secara tak berhemah dan kurang ajarnya menyentuh hati ayah ku.

Masih ingat lagi satu kejadian yang tak mungkin ayah aku lupakan sampai mati (ni ayah sendiri yang keluarkan kenyataan)...kejadian awal tahun 2011...aku tak dapat nak kongsikan secara detail kejadian ini sbb ianya boleh mengaibkan orang. Walau pon hakikatnya orang itu tak tau malu pada pengamatan aku la....heeeeee.....kalau tak tau malu mesti selalu telanjang booooolat kan.....hahahaaaaaa.......kejadian disiang hari namun sampai kepengetahuan kami di malam hari...alasan standard yang ayah akan cakap 'ayah tak mau hangpa semua susah hati'......(please la ayah dah bertahun2 kami susahkan hati ayah....apa lah dosanya kalau ayah susahkan hati kami pulak)....tapi mana mmg lumrah kehidupan mana ada mak ayah yang nak susahkan anak2...tapi normalnya anak2 yang susah kan mak bapak....

Ok back to 'kejadian yang happen di siang hari'...time tu aku dan adik2 ku baek punya tengah dinner kat luar. Aku mana rajin nak masak2 ni. Biasalah pompuan yang bekerjaya dan selalu menjadikan kerjayanya sebagai alasan. (so nampak aku selalu tipu bila tanya naper tak masak kan????) heeee.....ok2 bkn ni yang aku nak sharekan...panggilan diterima oleh adekku si 'Misi"...tetiba matanya berkaca...tunggu nak pecah jer...aku macam biasa kalau dapat tomyam semua benda jadi 'aiman tak kesah'...pastu phone bertukar tangan kepada adek 'kecik'ku...haaaaaaaaa....time ni kaca pon dah pecah...so santapan aku dah terganggu...rupa2nya musibah besar dah berlaku ke atas ayah ku di kampung. Tetiba adek kecik ku itu menangis teresak2 kat kedai makan yang memang ramai orang dan lalu lalang tepi meja kami. (see hilang kemaluannya bila org yg disygi disakiti)

Adek aku cakap dia nk balik kampung malam tu gak. Gila ka apa. Aku tak tau crita lagi. bila phone bertukar tangan ke aku...baru lah aku tau. So aku terpaksa belagak cool depan adek2 aku. Malam tu baru aku betol2 mengenali boyfwen aku yang nombor 3 tu....rupanya dia tak blh trima kalau hati kecik ayahnya di sentuh. Lebih2 lagi drpd org yang dia kenali. Yang aku takut tgk tgn dia yang dah berbentuk penumbuk dan menggeletar tu. Aduhhh....adekku...halus juga hatimu...nampaknya ayah ada orang yang sygi dia 'deep in heart' secara diam...

Mendegar nada ayah yang sedih...suara yang tersekat2...sumpah dalam hati aku dah doakan Allah laknat orang tu, lantak lah siapa dia. Yang pasti syurga ku bukan ada padanya. Yang pelik bukan kami yang 'cool' ayah. tapi ayah yang 'cool' anak2 dia. Kehebatan ayah terbukti lagi. Tanpa menghabeskan makanan kami trus balik umah. Aku dah nampak riak2 tak tenang di wajah adek2 aku. suruh tdo pon dah tak mau degar. Aduhhh....ngn aku2 pon tak tertdo.

Lepas kejadian tu kami adek beradek dah nekad kami tak kan bagi peluang ketiga...keempat mahupun keseratus untuk sapa2 yang tak tau malu nak ganggu gugat ayah aku. Yesss!!!! we did it...Banyak benda yang kami buat sekatan kepada mak ngn ayah. Bukan kami tak kesian dengan mak ayah...tapi smua yang kami buat adalah protection dari hati dan perasaan mereka di lukai lagi. Atas support org2 yang tau crita sebenar...mudah bg kami nak atasi semua ni. Alhamdulillah ayah juga tak membantah...mungkin padanya tak salah sekali sekala ikut cakap anak2 yang dia bagi makan nasi selama ni.

Kegembiraan berganti kegembiraan yang kami bagi konsikan dengan makayah tahun ni...aku dapat tgk riak2 gembira di wajah handsom ayah dan cute mak. So sekarang adalah masa untuk kami ikut je apa kemahuan mereka. Asal kesinambungan kegembiraan tu dapat diteruskan dan berkekalan.....

InsyaAllah...solat hajjat dan tahajjud ayah di setiap malam, doa dan permintaan ayah akan Allah kabulkan. Jangan lah ayah berhenti berdoa buat kami semua...sesungguhnya kami sentiasa perlukan doa mak dan ayah...

2012 akan berganda kegembiraan buat mak dan ayah...InsyaAllah dengan izinNya...............Amin...

Friday, October 28, 2011

After 12 days...



Johnny Cash - We'll Meet Again

We'll meet again
Don't know where
Don't know when
But I know
We'll meet again
Some sunny day

Keep smilin' thru
Just like you
Always do
'Til the blue skies drive
The dark clouds
Far away

And will you please say hello
to the folks that I know
Tell'em that I won't be long
And they'll be happy to know
That when you saw me go
I was singing this song

We'll meet again
Don't know where
Don't know when
But I know
We'll meet again
Some sunny day

Yeah we'll meet again
I don't know where

I don't know when
But I do know
That we'll meet again
Some sunny day

So Honey
Keep on smilin' thru
Just like you always do
'Til the blue skies
Drive the dark clouds
Far away

And would you please say hello
To all the folks that I know
And tell'em I won't be long
They'll be happy to know
That when you saw me go
I was singing this song

We'll meet again
Don't know where
Don't know when
But I know
We'll meet again
Some sunny day



Wednesday, September 14, 2011

Sesungguhnya....


Sesungguhnya Allah Maha Memahami...
Sesungguhnya Allah Maha Mengasihi...
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar...
Sesungguhnya Allah Maha Memakbulkan...

Allah memahami isi hatiku...
Allah mengasihi diriku...
Allah mendengar setiap permintaanku...
Allah memakbulkan doa danku...

Sesungguhnya Ya Allah,

Takdir kami percaturanMu
Pertemuan kami kehendakMu
Keserasian kami wujud dariMu
Perhubungan kami restuMu

Sesungguhnya andai ini yang terbaik buatku Ya Allah,

Permudahkanlah urusan kami...
Lancarkanlah perancangan kami...
Perelokkanlah aturan kami...
Peliharalah ikatan kami...

Sesungguhnya Ya Allah,

Kesyukuran padaMu kupanjatkan...
Redha dan BarakahMu kuharapkan...
ArRahman dan ArRahim dariMu kutagihkan...
Dalam peliharaanMu kudambakan....

Tuesday, August 16, 2011

Nuzul Al-Quran




‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira', bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Firman Allah S.W.T bermaksud :


Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...


surah Al-Baqarah, ayat 185






picture by Google
Happy 33th Birthday
( 16 August 1978 - 16 August 2011 )



Wishing you all the best in the year to come.

May your days be filled with sunshine and beautiful colors.

And may your nights be filled with comforting dreams and wishes to come.

Wishing you good health and happiness in life.

I also wish you a wonderful life, filled with love and happiness.

Although I can't celebrate your birthday in person; I will spend the whole day with happy thoughts of you.

I'm so glad you were born, because you brighten my life and fill it with joy.



Thursday, August 11, 2011

Indahnya Ramadhan.


  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)



Wednesday, August 10, 2011

Kenapa ini semua terjadi????

Setiap pertemuan mahupun perpisahan semuanya aturan yang Maha Esa. Adakalanya sesuatu pertemuan itu adalah yang terbaik buat kita. Kadang kala kita ditemukan juga dengan orang yang salah. Pernahkah kita merintih mahupun mengeluh. Kenapa semua ini harus terjadi???? Disebabkan pertemuan yang salah ini lah akan ada hati yang terluka, kecewa, disakiti, menyakiti, marah, dendam dan segalanya.

MEMANG ALLAH SWT SENGAJA MENEMUKAN KITA
DENGAN ORANG YG SALAH SUPAYA:


Apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih
ada rasa syukur kita pada ketentuanNya.

Kita dapat menjadi penilai yg baik.

Kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg
sentiasa mengharapkan pertolongan Allah SWT.

Kita dapat kasih sayang yang terbaik, khas
untuk diri kita.

Kita sedar bahawa allah maha pemurah & penyayang
kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah
pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita
pada masa depan.

Kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang
berpeluang untuk mengalaminya.

Kita jadi manusia yg hebat jiwanya.

Kita lebih faham bahawa cinta yg terbaik hanya ada
bersama Allah SWT.

Kita lebih mengenali kehidupan yg tak selamanya
kekal.


Allah SWT tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi Dia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.

Friday, August 5, 2011

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga

Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua

Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku




Wednesday, August 3, 2011

Jaga 7 sunnah Rasullullah SAW

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.



Tuesday, August 2, 2011

99 Cara Untuk Bahagia Dunia dan Akhirat

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02. Sabar apabila mendapat kesulitan;

03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan & kesulitan;

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

08. Jangan usil dengan kekayaan orang;

09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;

10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur karena kezaliman;

14. Jangan goyah karena fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;

24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;

25. Biasakan solat malam;

26. Perbanyak zikir dan do'a kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;

33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

41. Berlakulah adil dalam segala urusan;

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45. Perbanyak silaturrahim;

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47. Bicaralah secukupnya;

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;

54. Hormatilah kepada guru dan ulama;

55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;

56. Cintai keluarga Nabi saw;

57. Jangan terlalu banyak hutang;

58. Jangan terlampau mudah berjanji;

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mengobrol yang tidak berguna;

61. Bergaullah dengan orang-orang soleh;

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;

63 Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;

66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.

70. Jangan melukai hati orang lain;

71. Jangan membiasakan berkata dusta;

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76. Jangan membuka aib orang lain;

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;

78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;

80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;

85. Hargai prestasi dan pemberian orang;

86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.

88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal dan mental kita menjadi terganggu;

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;

91 . Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yangdapat menyebabkan orang lain terhina;

93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;

97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerusakan;

99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Al Karim....


Antara Kelebihan Ramadhan :


Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.


Monday, July 25, 2011

Thursday, July 21, 2011

Ermmmm.....tak dak tajuk.

Bulan Julai dah di hujung julai...next month dah puasa...pastu raya...pastu akhir tahun...pastu awal tahun 2012...ngeri sungguh ngan angka2 ni...makin menjadi-jadi lak laju pergerakannya. Aku still macam tu gak....huhuhu....

Aku pon dah jarang2 siram air kat ladang aku ni....ladang orang pon aku dah tak bajai....Busy kah aku. Atau Lazy sebenarnya. Ermmm ntah la....

Sebenarnya aku baru balik dari kursus di HQ. 3D2N...Chewahh macam p bercuti lak. Padahal kursus. Aku p ngn opismate aku. Cik Linda. Mula2 bos bagi surat aku dah boleh agak dah isi kandungan surat tu. Dap Dip Dup...jantungku berdebar....(macam lagu dangdut tu)...Lumrah aku dapat surat p kursus, bukan date n venue yang aku alert kan. Tapi sapa lagi yang kena pegi. Xpecially Penang branch. Hahahahahaha....suka hati bila ada partner...Next tu baru ambik tau Kursus : IT Backup Solution Training, Date : 18-19 July 2011, Venue : PNMB HQ, Penginapan : Hotel Maluri, Cheras.

Ni lah hotel tu. Best juga. Last aku stay sini 3 tahun lepas kot. Tapi sekarang dah berubah. Bilik nya dah besar dan deco pon dah cantek. PNMB kalau wat kursus ke meeting ke mesti otel ni yg jadi pilihan. Aku pon tak tau nape. Maybe dekat nak ke HQ kot. Driver2 HQ pon boleh merempit di celah-celah lorong nak shortcut secara aman...

Ok sekarang crita pasal kursus........

Aku rasa p kursus macam mengong2 je kan. Macam buang masa pon ada gak. Mana tak nya aku rasa makan je lebih daripada apa yang di"training"kan. Itu baru makan yang opis sediakan. Belum lagi masuk makan yang aku cari sendiri. Kira p tambah ilmu ngan tambah kalori la ni. Tapi ilmu yang masuk tak tara mana. Kalori yang masuk memang berganda-ganda. Kalau macamni selalu memang hancus la target aku nak turun lagi 10kg. 6kg yang turun ni pon seksa nk maintain. Lagikan nak turun 10kg.

Ok bab makan2 yang aku cari sendiri time kursus nanti aku buat entry lain. Ni entry yang tak di rancang. Aku rasa rajin nak taip so kluarlah entry ni. K kat bawah ni gambar opis aku tempat aku kursus. Ni la PNMBHQ...

Friday, May 27, 2011

• Feel Good •


Banyak benda yang aku nak updet. Tapi mud aku memang tak dak langsung. Lari p mana abih aku pon tak tau. M.I.S kot. So apa yang aku taip arini kira updet gak la...hope esok lusa mud rajin tu mai balik dalam diri aku lepas bercuti 2 hari.

Sekolah dah start cuti. Orang nak kawin pon semakin ramai time ni. So SELAMAT PENGANTIN BARU juga aku nak ucapkan kepada sesiapa yang akan tinggalkan status teruna & dara. Semoga barakah dari Allah SWT mengiringi perjalan hidup yang bakal korang layari.

Selamat beristirehat kepada yang bercuti...kepada yang bekerja weekend apa boleh buat...kerja lah sekuek nyo....

Babai........

Sunday, May 8, 2011

• Kaulah segalanya...



S E L A M A T ll H A R I ll I B U


Terutamanya buat mak tersayang SITI ROHANI BINTI OTHMAN dan semua insan2 yang bergelar ibu, mak, mama, mommy, umi, ma & ama dimana jua anda berada. Setiap hari adalah hari yang teristimewa buat anda.

Thursday, May 5, 2011

• Busykah Aku?



Lama tak mengusahakan tanah ladang ku ini. Nak kata busy....Bz kah aku?????Ermmmm...rasanya malas yang lebih kot. Banyak acctually xtvt April aku. Tapi satu pon aku tak abadikan dalam blog ni. Hopefully bulan Mei ni aku ada kerajinan nak memblog.

Lately aku tak rasa busy sgt ngn kerja opis coz aku berjaya manage ngn baik. So smua job yang masuk tak kan pending lama2 kat dalam bilik aku. So aku tak busy dengan kerja opis. Kalau kat luar aku pon tak tau macamana busy nya aku. Mud malas mengiringi April 2011 aku dengan jayanya...

Tetiba harini ada kuasa Dragon Ball membolehkan terkeluar entry ni. So harap-harap ni menjadi permulaan xtvt memblog aku kembali.....

Banyak xtvt April akan ku 'entry'kan dalam bulan Mei ni....



Monday, April 18, 2011

Dedikasi Buat Nenda...


15 April 2011....Genap 2 tahun pemergian Nenda...sebagai cucu aku tak pernah lupa tarikh keramat ini. Lagi2 tarikh ni jatuh di antara dua tarikh yang sinonim dengan hidup aku. Iaitu besday salah seorang teman aku 14 April 1982....dan....besday my luvly mom 19 April 1958.

Kejadian 2 tahun lepas aku patrikan di sini dan di sini.....begitu juga dedikasi tahun berikutnya di sini.

Setiap kali tibanya tarikh ni aku mesti buka album atau cari gambar2 aku ngn Arwah Tok. Bila tengok sayu je hati. Banyak suka duka yang akan berlegar-legar di ingatan aku. Kalau yang suka aku mesti senyum. Tapi bila part duka tu kadang2 aku tak suka ingat. Sebab kadang2 boleh timbul perasaan tak puas hati dan geram pada Arwah Tok.

Ye lah. Aku bukanlah antara cucu febret Arwah Tok. Begitu gak ngn adek2 aku yang lain. Kami ni ibaratkan cucu underground. Mana taknya, kalau arwah Tok nak bagi apa2 mesti sembunyi2 n diam2. Pastu siap pesan jangan bagitau orang lain. Siap sebut lagi nama2 orang yang tak wajib tau. Bila aku ngan adek2 aku ingatkan kembali.....ada la juga rasa sedih. Tapi tak pa....jauh di sudut hati kami, kemaafan telah kami titipkan buat insan yang melahirkan ayah kesayang kami ke dunia ni. Dan kami juga dah temui jawapan kenapa Arwah Tok terpaksa buat macam tu.

Apapun aku tetap bersyukur. Walaupun bukan pilihan dalam diari harian Arwah Tok, aku adek beradek tetap dalam ingatan dia. Banyak yang telah Arwah Tok buktikan. Sakit demam dan makan pakai kami tetap dia tanya.

26 tahun hidup bergelar cucu keppada Arwah Tok, banyak juga petua2 orang dulu2, doa2 yang boleh diamalkan untuk dijadikan penawar bila sakit, amalan tradisi nenek moyang yang Arwah Tok kongsikan dengan aku. Sebab aku anak sulung dan perbezaan umur yang boleh dikatakan jarak dengan adek2 aku maka apa2 Arwah Tok akan pesan dan bagi kat aku. Terima kasih Tok untuk semua perkongsian yang berguna tu.

...........Tok, walaupon dah dua tahun tok pergi meninggalkan kami....kenangan hidup bersama tok masih segar diingatan kami...Curut, Nasi Kerabu, Akar Kayu dan perkataan2 yang sering Tok sebut menjadi nostalgia buat kami....dua tahun tak merasa nasi kerabu terbaik dari air tagan tok...dua tahun juga kami beraya tanpa tok...dua tahun juga di pagi raya kami teringat2 xtvt wajib kena p jumpa tok dulu sebelum buat apa2, dua tahun juga ayah macam tersalah cakap di pagi raya minta kami p jumpa tok, 2 tahun juga macam2 jadi dalam keluarga besar kita tok..........sesungguhnya ketiadaan Tok memang amat dirasai....setiap perbalahan, setaip masalah, setiap kemusykilan dan setiap kali sakit.....aku mesti akan dengar ayat ni kluar di mulut sanak saudara...... " KALAU LAH ARWAH MASIH ADA...."....Ini dah cukup membuktikan pentingnya Tok dalam kehidupan kami...........

Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Tok. Semoga roh Tok aman, tenteram dan damai di sana...hanya doa dapat kami iringkan buat Tok disana....AL-FATIHAH buat Arwah Nenda Che Ni Binti Lateh...

Ni gambar time aku study kat UiTM Melaka. 2001. Malam ni nak balik UiTM. Tok siap mai jumpa sblm aku nak p bus stand. Kenangan.....

Thursday, March 31, 2011

• Perasaanku •

Lisan kekadang tak terjaga...Janji kekadang terabai...Hati kekadang berprasangka...Sikap kekadang menyakitkan...

Harini aku rasa sangat sedih. Mungkin kesedihan ni aku yang cipta sendiri. Aku juga mungkin punca kesedihan ni berlaku. Aku juga yang menyebabkan kesedihan ini wujud.

Semoga Allah sentiasa memberikan aku kekuatan dalam menempuhi setiap perasaan yang datang. Walau pon perasaan tu kekadang tak menyakitkan aku...

Ya Allah tabahkan hati ku dalam menempuh setiap dugaanMu ini.....

Sesungguhnya hanya perasaan sedih dan sayu yang aku rasai tika dan saat ini...

Kenapa? Mengapa? Apakah? Bagaimanakah? Siapakah? Adakah?

AKU JUGA TAK ADA JAWAPAN UNTUK SEMUA ITU...


Monday, March 14, 2011

Tuesday, March 8, 2011

•W•O•M•E•N•



Eppy Women Day....




just for original women je ok...yang tak ori tu jangan nak sawan xcited duk meraikan.


Friday, February 25, 2011

• Original Chicken Chop Shop

Alkisahnya, semalam balik kerja, bakal adek ipaq aku ajak main bowling. Dia ajak aku ngan adik aku Dayah join skali ngan team dia. Team Hospital Bukit Mertajam la kot. Aku pon tak sure. Depa tengah duk training untuk next tournament. Sukan hospital2 ke apa tah. Mula2 adek aku tak mau. Alasan masuk akal yang dia bagi..."malu kat geng2 HBM yang memang teror2 tu, termasuk la tunang dia. Aku ni blasah jer...Kalau main asyik strike jer pon tension gak. Tak meriah rasanya. Tapi bila ada part2 cuci longkang baru la syok. Leh gelak bagai nak kuar urat perot. Betol tak??????? Tapi kalau dah otai2 main mana la dan nak cuci longkang. So dengan adanya kami ni, bersih la sikit kan longkang2 tu....

Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang. Allah SWT jua yang menentukannya.

Wahhhh, macam pasrah je bunyinya kan...Sedih ni...sedih tau....sob!sob!sob!....Tetiba CANCEL....frust betoi la...Tapi apa nak buat...Kami kan atlit jemputan jer. Kalau dah penganjur ada masalah, kami kena la ikut. Maka bertukar lah rancangan sebagai meghibur hati yang duka...Cehhhh....siot je kan...

Dari xtvt menyihatkan kami bertukar kepada yang kurang menyihatkan...Kami p MAKAN ok...MAKAN...So pilihannya kategori western...ermmm makanannya mesti berbunnyi chop atau grill....Perkataan di cari adaalah....ermmmm...chicken atau lamb....Makaaaaaa.......jom layan gambar....


Ini lah hala tuju di kenalpasti...nama kedai ni ORIGINAL CHICKEN CHOP SHOP....Ni pandangan depan kedai dari bahagian tepi...ayat macam K****G je kan.....janji aku faham.

Cantek kan....walaupon tempat macam kecik n sempit tapi selesa....aku suka enviroment kat sini. Tetiba rasa nak deco umah yang baru pas renovate tu macam ni....hahahaaaacccceeeemmmm....

Ini makanan aku. Aku yang pilih. Tapi ianya merupakan pilihan kedua setelah aku tidak yakin dengan pilihan pertama aku buat. Pilihan pertama tu aku lupa nama dia. Yang pasti ianya diserve ala2 sizzling....Mai kat kita tu mungkin asap bekelon la kot...

Konon tak mau makan malam. Tapi hampeh...Tak tahan dugaan OK....Budak ni sebelom makan dia cakap blasah jer...Bila dah kenyang dia marah orang yang bawa n ajak dia p makan...Mangsa keadaan selalu adik n bakal adik ipar dia sendiri.....Cian hangpa 2 orang...

Ni lah mangsa2 tersebot. Tapi cool jer sebab dah arifff sangat ngan peragai kakak dia....Tudung merah tu kalau makan, mak mentua lalu kat blakang pon kompem bolayan....hahaha.....

Semalam aku minum ayaq epal ni tak abesss...reason : OVER KENYANG...melampaukan...

Tengok la mana tak OVER kekenyangan...Licin...salad tu jer yang tinggal...Kalau nak tau seORIGINAL mana chicken Chop kat sini, kena la mai rasa sendiri...Kira aku makan abes tu ORIGINAL lah tu....

Ni memang lagi melampau...Dua pinggan dah selesai depa tambah lak Mushrooooom Soup...siap ngan Bread ok...Aku hanya mampu mentengokkan diri...reason macam yang kat atas tu....KENYANG BANGAT ok...

View memang sempoi...releks jer duk dalam tu...Ngan lampu2 yang cantek memang membangkitkan semagat nak makan dengan banyak. Tapi makan sepinggan jer kottt....

Last skali.....Ni la muka tukang SPONSER untuk DINNER kitaorang semalam...Baik hati betol budak ni. Semoga Allah melimpahkan lagila rezeki berlipat ganda kat dia...Terima kasih banyak2 yer sebab belanja kami makan semalam.....(Senyum tu ikhlas ke...macam tak jer...sebab kena kena kuarkan dompet dari handbag)....hahaha....Tu senyuman penuh keikhlasan ok....

Xtvt tak berakhir disini ok.....bersambung di lain entry......Daaaaaaa......