Wednesday, August 26, 2009

• Hari Sakit Se-Ofis •

Minggu ni semua staf kat ofis pun macam tak brapa nak sihat. Ada je yang tak bermaya. MC pun dah berorang-orang. Dua hari lepas aku bagaikan terpana tengok pesta batuk, demam ngan selsema yang menemani kawan-kawan ofis aku. Tapi hari ni aku lak terkena. Dari semalam batuk. Tapi ari ni semacam manjadi-jadi. Sungguh mencabar tahap kesabaran aku. Nak sembahyang pun tak tenang. Mana taknya asyik batuk je. Kalau batuk tak menyusahkan diri takpa. Ni siap sakit sana sini lagi bila batuk.

Bila dah batuk baru nak pakai mask. Tutup sana tutup sini. Naik rimas rasa bila terpaksa batuk dalam mask tu. Best rasanya kalau dapat lepaskan batuk secara terang dan nyata. Sungguh nikmat rasanya. Macam makan KFC tu. Ish...tengah menahan lapar dan dahaga ni leh plak sebut KFC. Takpa iman aku kuat. Takkan gentar dek perkataan KFC.

Sebenarnya mud nak kerja pun tak berapa nak bersungguh sangat bila badan tak berapa sihat ni. Tu yang aku rasa ada baiknya aku buat cacatan kat dalam e-dairy ni. Wah e-dairy konon. Banyak benda rasa macam nak updet kat sini. Tapi selalu je malas. Harap-harap esok aku rajin dalam segala hal.

Last skali untuk kengkawan ofis aku yang masih berada di tahap selamat untuk kesihatan mereka tu, silalah contohi bos yang sentiasa memakai mask walau dimana dia berada. Nak bagi contoh kat anak buah la tu. Tapi anak buah buat tak paham je. So pakai la mask sementara musim memakai masih ada. Nanti kalau dah abih musim anda mungkin tiada kesempatan lagi. (Unsur advetise secara undirect)....

Sebelum aku blah jom layan sajian kat bawah ni....layannnn....zaaasssss.....



Wednesday, August 12, 2009

• Dunia Baru •



Entry khas ni aku buat special untuk bos aku yang baru sampai ke dunia baru. Sebelum ni kat dunia lain. Dunia apa aku tak sempat nak kaji. Ok, kalau korang nak tahu sebenarnya jemputan yang dia bagi sebenarnya amatlah mensuspenkan tahap cipan wa cakap lu. Abis satu opis pun gelabah ular. Mana taknya masuk kan semua kad jemputan untuk staf dalam sampul surat rasmi. Then, dia nak kasi cuak tu lebih sikit, ditampalnya stiker keselamatan kat belakang envelope tu. Kalau yang kerja govement tu mungkin tau khasiat stiker ni. So korang pepaham je lah kalau terima sampul bertampal stiker keselamatan ni. Kompem PNC punya.

Time dia tinggalkan kad itu terkontang kanting tampa pengetahuan sesiapa......korang tau kemana perginya bos aku ni?????? Dia pi kursus seminggu ok. So sapa yang brani buka sampul yang penuh dengan suspender tu????? Dah PT ofis aku kena tepon Bos mention dapat surat berantai. Eh..macam gerun lak berantai. Bukan berantai k. Ber'SULIT' secara Ber'PESENDIRIAN'. Dipercepatkan penceritaan yang penting je......Bos pun dengan penuh keyakinan yang memang sentiasa berkeyakinan tinggi membenarkan sampul itu dibuka dengan sepatah ayat yang bisa membengongkan anak buah.

PT : Bos ada surat siap ngan stiker keselamatan. Macamana? Nak buka ke...
Bos : Bukalah... Mungkin yang lama bertukar baru. Buka lah...buka lah...

Lebih kurang macam tu lah sinopsis panggilan tepon antara PT kami ngan Mr. Bos. Bila buka je....Jeng!!!!Jeng!!!Jeng!!!!terpacullah kad yang aku potretkan kat atas tu. So korang boleh bayangkan bertapa kecohnya opis aku 7H7M. Mana taknya tetiba bos nak tawin...huhuhu...pandai bos menSecretresepi....orang kuat kiri n kanan bos pon tak tau apa-apa.

Ok abis dah kisah jemputan yang memang maut tu. Sekarang ni tempat lak. Ingatkan buat kenduri kat umah dikampungnya. Kenduri ala-ala kampung berkonsepkan tradisional gitu. Tapi nah...kat sini dia buat majlis. Tempat memang boleh blah. Memang menyenangkan. Rasa nak makan banyak-banyak n duduk situ lelama je. Banyak lanskap yang menarik di sekitar restaurant tu. Wa caya sama lu la bossss...so great so sweet so nice sosos socso...n so next picture.........

Tu la sweet couple yang kami raikan tu. Comelkan bos aku. Yang lelaki tu k. Bos jangan marah yer coz I tell u comel. Comel ni mungkin coz ada sikit babyface gitu. Hehehe. Ok dah malas nak over-over puji. Kang wife dia makan aku. Yang patut diraikah lebih adalah insan-insan yang disuruh AMBIK BERKAT oleh bos. Sapa lagi. Lu pikir la sendiri....(Luv u Nabil....tetiba je rasa nak tengok pondok-pondok)

Mau kasi meriah lagi of coz kena gegar pelamin. Nak cerialah katakan. So korang tengoklah sesi gegar pelamin. Tu smua staf opis aku bersama keretapi memasing. Ermmm....aku baru perasan ada yang tercicir di luar frame gambar tu. Tapi aku try cari mereka dalam kamera aku. Tak sempurna gak anggota badan diaorang. So kepada Abang Pahmi, Abang Wazir ngan Arif sorry k. I can't find u all in my sweet camera. Where r u going ha???? Nampaknya next time korang kena kecikkan lagi saiz korang supaya dapat masuk dalam gambar.

Ni saje je aku nak menglamorkan diaorang kat atas tu. Tak kenal pon. Tapi apa yang aku tau tu smua kengkawan bos aku. Mungkin sejak lahir or sesama tadika or sesama sekolah or sesama universiti maybe sesama n yang pasti sekampung la kot.

Sebelum majlis diishtiharkan bersurai, sekali lagi kami mengabdikan kenangan di majlis perkahwinan bos.
Dari kanan ke kiri :
(duduk)
Zarith Haikal Afendy, Muhammad Wafiq, Nur Wafa Balqis, Muhammad Luqman, Nur Hurin Haziqah, Muhammad Haziq Amsyar.

(berdiri)
(Nur Aqilah Balqis, Nur Atiqah Balqis, Abang Wazir (mangsa yang hilang dalam gambar)), Kak Pa, Zack, Along, Abang Din, Ita, Art, Mr & Mrs Bos, Elina, Linda, Sharul, Kak Mas, Halim, Wani, (Arif dan Abang Pahmi (turut menjadi mangsa gambar)).

Lastly for DaGreatBoss, aku mendoakan semoga berbahagia ke anak cucu. Dipercepatkan kurniaan PNMB's junior. Semoga sentiasa mendapat Redha, Rahmat dan Berkat dari Allah S.W.T. Amin.