Friday, November 4, 2011

My Love...

Blog mcm dah besawang kebelakangan ni. Alasan macam biasa ' tak dak masa'. Padahal macam tebuang je masa aku ni.

2011 macam sikit lagi jer nak ending. Alhamdulillah tahun ni aku mendapat beberapa perkara yang aku hajati. So aku rasa 2011 macam ada sesuatu buat aku. Mungkin juga buat family aku. Syukur ya Allah. Setiap kali kami diuji dengan musibah (tak kira lah dalam bentuk apa), Engkau selalu gandakan kegembiraan kami. Tentang aku lain kali aku buat entry...kali ni nak share about my 1st boyfwen dunia akhirat......

Aku selalu ingat kata2 keramat ayah...

' pedulikan musibah daripada manusia (org), sbb musibah dari manusia(org) ini lebih mendatangkan keburukan...sebaliknya pekalah dengan musibah dari Allah...nescaya disebaliknya ada sesuatu yang menguntungkan tersedia....syaratnya sebagai hamba kita kena redha, bersyukur dan pasrah Atas segalanya selepas kita bermunajat kepadanya...'

.... pakcik mahmud bin che lah

Mungkin pegangan ini lah yang membuatkan ayah sentiasa dalam keadaan redha dan bersyukur walau apa pun yang melanda dirinya. Aku bangga dengan cara ayah mengatasi segala macam dugaan yang diterimanya. Kebiasaannya dari manuasia2 yang mempunyai talian kekeluargaan. Tak pernah sesekali pun ayah mendoakan keburukan utk org itu. Walaupun dia ditipu hidup2,...diperkotak katik secara terang-terangan,...dimakin hamun bagaikan binatang tak berhati dan perasaan,...ditikam dari belakang,...dipersendakan keupayaannya,...diperlekeh perlakuan dan perbuatannya....namun Allah SWT juga tempat ayah mengadu domba.

Kadang2 aku sedih melihat perjalanan hidup ayah yang tak abis2 diganggu gugat oleh orang2 tak bertanggungjawab. Terus terang aku katakan...dulu aku kecik aku tak paham semua penderitaan, kesengsaraan dan kesedihan seorang lelaki bergelar ayah. Tapi kedewasaan yg aku lalui membuatkan aku satu2nya insan yang paling paham dan dekat dihati ayah. Kini baru ku tahu ayah ku sebenarnya seorang yang berhati lembut dan pemendam orangnya.

Ayah pernah menitiskan air mata dihadapan anak2 bila mana hati keciknya 'tersentuh'. yang aku maksudkan 'tersentuh' ini bukan lah sentuhan biasa2 atau manja2...sentuhan ini pendek kata bisa memutuskan talian silaturrahin dan tidak ada pintu kemaafan buat org2 yang menyentuhnya itu...So tersentuh sedalam itu baru ayah bisa berkongsi cerita. Hebatnya kotak hati simpanan seorang ayah. Waktu itu aku sebagai anak rasa nak bunuh jer orang2 yang berani secara tak berhemah dan kurang ajarnya menyentuh hati ayah ku.

Masih ingat lagi satu kejadian yang tak mungkin ayah aku lupakan sampai mati (ni ayah sendiri yang keluarkan kenyataan)...kejadian awal tahun 2011...aku tak dapat nak kongsikan secara detail kejadian ini sbb ianya boleh mengaibkan orang. Walau pon hakikatnya orang itu tak tau malu pada pengamatan aku la....heeeeee.....kalau tak tau malu mesti selalu telanjang booooolat kan.....hahahaaaaaa.......kejadian disiang hari namun sampai kepengetahuan kami di malam hari...alasan standard yang ayah akan cakap 'ayah tak mau hangpa semua susah hati'......(please la ayah dah bertahun2 kami susahkan hati ayah....apa lah dosanya kalau ayah susahkan hati kami pulak)....tapi mana mmg lumrah kehidupan mana ada mak ayah yang nak susahkan anak2...tapi normalnya anak2 yang susah kan mak bapak....

Ok back to 'kejadian yang happen di siang hari'...time tu aku dan adik2 ku baek punya tengah dinner kat luar. Aku mana rajin nak masak2 ni. Biasalah pompuan yang bekerjaya dan selalu menjadikan kerjayanya sebagai alasan. (so nampak aku selalu tipu bila tanya naper tak masak kan????) heeee.....ok2 bkn ni yang aku nak sharekan...panggilan diterima oleh adekku si 'Misi"...tetiba matanya berkaca...tunggu nak pecah jer...aku macam biasa kalau dapat tomyam semua benda jadi 'aiman tak kesah'...pastu phone bertukar tangan kepada adek 'kecik'ku...haaaaaaaaa....time ni kaca pon dah pecah...so santapan aku dah terganggu...rupa2nya musibah besar dah berlaku ke atas ayah ku di kampung. Tetiba adek kecik ku itu menangis teresak2 kat kedai makan yang memang ramai orang dan lalu lalang tepi meja kami. (see hilang kemaluannya bila org yg disygi disakiti)

Adek aku cakap dia nk balik kampung malam tu gak. Gila ka apa. Aku tak tau crita lagi. bila phone bertukar tangan ke aku...baru lah aku tau. So aku terpaksa belagak cool depan adek2 aku. Malam tu baru aku betol2 mengenali boyfwen aku yang nombor 3 tu....rupanya dia tak blh trima kalau hati kecik ayahnya di sentuh. Lebih2 lagi drpd org yang dia kenali. Yang aku takut tgk tgn dia yang dah berbentuk penumbuk dan menggeletar tu. Aduhhh....adekku...halus juga hatimu...nampaknya ayah ada orang yang sygi dia 'deep in heart' secara diam...

Mendegar nada ayah yang sedih...suara yang tersekat2...sumpah dalam hati aku dah doakan Allah laknat orang tu, lantak lah siapa dia. Yang pasti syurga ku bukan ada padanya. Yang pelik bukan kami yang 'cool' ayah. tapi ayah yang 'cool' anak2 dia. Kehebatan ayah terbukti lagi. Tanpa menghabeskan makanan kami trus balik umah. Aku dah nampak riak2 tak tenang di wajah adek2 aku. suruh tdo pon dah tak mau degar. Aduhhh....ngn aku2 pon tak tertdo.

Lepas kejadian tu kami adek beradek dah nekad kami tak kan bagi peluang ketiga...keempat mahupun keseratus untuk sapa2 yang tak tau malu nak ganggu gugat ayah aku. Yesss!!!! we did it...Banyak benda yang kami buat sekatan kepada mak ngn ayah. Bukan kami tak kesian dengan mak ayah...tapi smua yang kami buat adalah protection dari hati dan perasaan mereka di lukai lagi. Atas support org2 yang tau crita sebenar...mudah bg kami nak atasi semua ni. Alhamdulillah ayah juga tak membantah...mungkin padanya tak salah sekali sekala ikut cakap anak2 yang dia bagi makan nasi selama ni.

Kegembiraan berganti kegembiraan yang kami bagi konsikan dengan makayah tahun ni...aku dapat tgk riak2 gembira di wajah handsom ayah dan cute mak. So sekarang adalah masa untuk kami ikut je apa kemahuan mereka. Asal kesinambungan kegembiraan tu dapat diteruskan dan berkekalan.....

InsyaAllah...solat hajjat dan tahajjud ayah di setiap malam, doa dan permintaan ayah akan Allah kabulkan. Jangan lah ayah berhenti berdoa buat kami semua...sesungguhnya kami sentiasa perlukan doa mak dan ayah...

2012 akan berganda kegembiraan buat mak dan ayah...InsyaAllah dengan izinNya...............Amin...