Monday, June 29, 2009

• Layan je •



Aku suka sangat lagu kumpulan si SANTEKEE ni. Jom layan dianya patah-patah perkataan yang digabung menjadi baris-baris ayat. Sungguh membina senikatanya.


Ku Layangkan Segala Anganku
Ku Lepaskan Semua Khayalan Jiwaku
Berpijak Dibumi Yang Satu
Memandang Tinggi Di Langit Biru
Satu Janji Di Dalam Hati
Satu Mimpi Yang Akan Kuraih
Harapanku Dalam Hidup Ini
Ku ingin Menggapai Cita Dan Cinta
Ini Bukanlah Satu Mimpi
Atau Ilusi Dalam Jiwa Yang Sunyi
Ini Adalah Realiti
Keyakinan Insan Yang Penuh Visi
Satu Janji Di Dalam Hati
Satu Mimpi Yang Akan Kuraih
Harapanku Dalam Hidup Ini
Ku ingin Menggapai Cita Dan Cinta
Satu...Satu Mimpi
Di Dalam Hidupku Ini
Satu..Satu Jianji
Yang Ku Gapai Pasti...

Lagu tu aku rasa macam kena je dengan realiti semua orang. Memang la kena kan. Dah tajuknya pun realiti insan. Kita smua ni kan insan. Smoga pas ni ada lagi lagu-lagu yang seumpama ini di dalam dunia hiburan tanah air kita. Wah dah macam komen juri pertandingan juara lagu lak.Ok lah korang...jom layan lagu ni ngan aku yang tak pernah bosan dengar lagu Realiti Insan ni. Layan....Zaaassss

Tuesday, June 16, 2009

• Tamatnya Musim Kenduri •

Aku rasa ni last kenduri kot untuk cuti sekolah kali ni. Coz ari Ahad dah tak de kenduri kat kampung aku. Ayah aku bukan main lagi jadi Chef sejak kebelakangan ni. Pantang ada kenduri, kompem kena paksa masaknye. Tu la, sapa suruh masak sedap sangat. Kan dah banyak permintaan. Paling aku tak tahan bila ada kawan-kawan ayah aku yang merajuk bila ayah aku tak nak masak kat umah diaorang. Merajuk orang tua-tua ni paham-paham je la. Kadang-kadang tu nyampah pun ada.

Ye lah ayah aku ni suka sangat jaga hati orang. Walhal hati dia tu ntah macamana. Kalau aku ngan adik-adik aku larang pun tak de maknanya. Ada je jawapan dia. Kesian la...Ni last kenduri kat umah si polan si polan...ayah kawan baik ngan arwah ayah dia dulu...mak dia tu girlfrien ayah dulu....(alasan yang last tu, sumpah aku reka sendiri).

Pernah adik aku cakap kat ayah aku, nanti dia kawin dia nak ayah aku masak gak. Dah kena marah ngan mak aku. Maka aku cakap mana ada orang buat kenduri kawin tuan rumah masak sendiri. Tapi pada aku boleh je. Apsal lak tak leh kan. Janji orang datang bleh je makan.

Semalam kenduri umah member aku. Tak sangka lak aku ayah aku kena import jadi tukang masak lagi. Pandai btul ayah aku sorok daripada aku. Almaklumlah aku dah dua minggu lebih tak balik. So banyak la cerita ter'mis'. Tapi ok gak. Aku pun dah lama rindu masak ayam ayah. So dapat la melahapkan diri.

Opppssss...cakap pasal member aku kawin, dia ni la yang mengoder hantaran kat aku. Yang wat aku pusing kepala 720º. Mana taknya last minit baru pi cari barang. Tapi nasib baik la smua berjalan dengan kaki masing-masing. Ehh...bukan...berjalan seperti yang di'planning'. Nanti aku ada mod rajin aku tepekkan gambar-gambar hantaran tu.

Ok...tetiba rasa macam nak publish dah. So nanti aku sambung lagi di bila-bila hari...

Chiawwww...

Thursday, June 11, 2009

• Kacang Lupakan Kulit •

Minggu ni rasa macam kalut sangat. Banyak benda yang kena uruskan dan siapkan. Tension kepala otak aku. Dah la patah kaki jap kereta kuar lambat. Mana nak siapkan hantaran member aku yang nak kawin hari sabtu ni. Hari ni dah 11 haribulan. Kenduri 13 haribulan. Hantran 50% pun belum siap. Nak kuar pi beli barang-barang nak buat hantaran tu pun susah.

Kereta punya pasal, smua benda pun terbengkalai. Rupanya macam ni kalau tak de transport ye. Kalau la aku tau lambat nak dapat kereta yang baru ru, baik la aku takyah bagi kereta comel aku yang lama tu. I luv u kelisa...U so cute...so sweet too...

Sebenarnya aku sayang bangat sama kamu kelisa putih suci murni lagi gebu. Tapi apakan daya. Jodoh kita bersama tak panjang. Tetiba je ujan turun tak bagi tau dulu. Tapi aku doakan smoga kau bertemu jodoh dengan pasangan yang baik macam aku gak k. Kalau la kau tak bahagia dengan pasangan baru tu, sumpah aku tak rasa bersalah langsung. Eh...ni apahal lak tetiba terbebel ayat sewel macam ni. Errrmmmm layan je lah k.

Ok lah, untuk mengelakkan aku terus merapu meraban...baik aku publish je...

Chiaawwww

Tuesday, June 9, 2009

• Kesabaran Ada Batasnya •



'HOT TEMPER'
tahap kritikal. Sebabnya ditakdirkan berjumpa makhluk Allah paling SEKSI...opppss bukan seksi tapi paling BODOH hari ni. Sebab apa dispesifikasikan bodoh. Nak tau kena baca entry ni sampai bagi salam...


Kebodohan bukanlah diukur dari taraf pendidikan saja. Tapi ianya boleh diukur dari segi perbuatan, percakapan, tingkah laku, pergaulan, pemikiran, pengetahun, dan apa saja yang difikirkan logik oleh korang. Aku macam dah tak leh nak pikir apa lagi pembaris untuk mengukur selain dari 'tali tape' (bahasa bonda tersayang).

Bertambah malangnya diri seseorang tu KALAU dia sendiri yang menunjukkan kebodohan yang kekal abadi dalam diri dia. Dah la tak berilmu tak yah la nak tunjuk sangat bodoh tu coz orang memang tau hang tu bodoh. Kenapa emosi sangat ayat ni??? Sabar-sabar...Astaghfirullahalazim....

Ok...kesabaran dah berada diparas stabil. Sebenarnya aku ni bukan la kejam sangat kalau berdepan dengan orang yang bodoh. Bukan apa kesian. Kalau aku bertindak kejam tak adil lah bukan? Dia tu kan bodoh yang kau pegi layan tu kenapa? Silap haribulan kau pun skali orang cakap bodoh gak walau pun kau punya ilmu tapi tak la 'overload' lagi di dada. Ntah apa jenis ayat daaa...(Orang berilmu sentiasa 'alert' kalau nak melakukan persaingan. Penting persaingan yang sihat dan adil...ehemmm...ehemmm...).

Tapi tu la, kadang-kadang boleh teruji dan lupa diri sesaat bila berdepan dengan makhluk Allah paling bodoh ni. Kita cakap apa pun dia bukannya paham. Bodoh lah katakan. Yang dia tau menyalak je. Ehhh...macam tak baik je guna perkataan menyalak...Ermmm tukar lah...yang dia tau memekak je. Ok tak perkataan ni. OK lah kan??? (Orang berilmu cepat sedar kesalahan diri dan cepat juga membetulkannya...pheeewitttt...).

Lagi satu tabiat buruk orang bodoh ni ialah......
CAKAP TAK SERUPA BIKIN......
Why??????
Because_______(Sila isi ruangan ini dengan sepuluh perkataan sahaja)_______________.

Jawapan aku untuk cakap tak serupa bikin ni, ye lah pertama, bukan main nasihat orang tapi diri sendiri sumpah macam ketam. Kenapa ketam? Tanya mak korang k. Kedua, selalu guna ayat ni 'Kalau aku buat salah, hang pa tegoq la. Aku Boleh trima. Tak dak hal nya. Aku open.' (ntah apa yang dia open pun aku tak tau. Kalau kata 'mind' kompem close rapat.). Macam best je kan ayat tu. Kalau la smua orang bodoh sedia mendengar teguran, sumpah aku jamin kebodohannya itu akan berada di paras zero. Tapi ni tak. Suruh orang tegur, jangan simpan-simpan untuk kebaikan bersama, tapi bila orang baru keluarkan jarum dia dah jerit satu dunia pun tak dengar. Tu baru keluarkan jarum. Belum cucuk lagi. Kalau sempat cucuk, bersedialah orang yang cucuk tadi tu terima habuan. Kita baru bagi mukadimah nak bagi dia berlari atas trek dia dah melenting. Open apa kejadah nye. Cakap serupa bikin ke tu. Memang bodoh dari cipan la kalau cam gitu.

Wah.wah.wah suka hati kau je jawab panjang berjela. Orang syaratkan 10 patah perkataan je. Tak paham bahasa ke. Ehhh...ehhh copp!!! Ni kan soalan aku so suka hati aku la nak jawah panjang mana kan. Cuma korang je kena follow syarat tu. Stop! jangan nak mengarut pepanjang.

Apabila diamati bait-bait ayat kat atas tu, semacam je kan. Kenapa aku macam melepaskan sesuatu. Ye, betul aku tangah melepaskan sesuatu. Something...deep in my heart. Makhluk Allah paling comel tengah me'release'kan kemarahan yang di'increase'kan oleh makhluk Allah paling bodoh. Aku suka tengok 'progress' orang bodoh ni dan takkan ganggu walau sebesar zarah pun. Tapi...kalau aku diusik sekecil molekul air Bio-Aura Energy Water pun AWAS... Lagi-lagi kacau kerja aku. Memang pantang 60 hari. Aku tak suka ok. Kerja aku biar aku manage sendiri. Kalau aku perlukan advise aku akan ofer punya. So tak yah nak gatalkan diri kacau kerja aku. (Orang berilmu sentiasa jadi manager yang terbaik untuk dirinya...ewah..ewah...).

Ermmm tetiba rasa macam dah ok. So tak nak menaip dah. Nak kuar dulu k. Cop!!! kesimpulan belum buat. OK, moral behind the entry today is....Kalau anda rasa anda bodoh, tak salah rendahkan diri serendah-rendahnya bagi memudahkan orang pandai memandaikan anda juga. Dengan itu kebodohan anda dapat dikurangkan peratusnya walaupun untuk melenyapkannya terus agak mustahil. Kepada anda yang pandai, bertindaklah menggunakan akal yang bijak, fikiran yang waras. Untuk berdepan dengan orang yang bodoh tak perlu menggunakan kepandaian anda 100% cukup sekadar sedikit kepetahan dan 'keyword' yang mantap.

Yeyyyyy...esok dapat kereta baru.....

Chiawwww.....

Saturday, June 6, 2009

•Selamat Hari Keputeraan Tuanku•

zwani.com myspace graphic comments


Hari ni kena kerja. Padan muka aku. Sape suruh tak siapkan kerja cepat-cepat. Kan dah kena kerja time hari cuti. Walau pun Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong, ko kena siapkan kerja gak k. Tak de x-cuse2.

So dengan turun padangnye my lovely "BOSS", beberapa insan terpilih yang dipilih dengan seikhlas hati boss diarahkan membuat kerja di hari cuti. Dalam erti kata mata wangnya ' OVERTIME'. Jadi jangan menolak ok. Anda-anda yang terpilih lagi cute akan dibayar 'double' bersemperna cuti hari Agong.

Boss pun boleh korbankan masa tidurnya yang dah tentu boleh dipanjangkan gara-gara hari sabtu, mengapa aku yang tak bergelar boss tak boleh bukan? So dengan hati yang bersih dan tulus aku telah datang bekerja hari ni.

Thanks to supporter2 yang telah bertungkus-lumus, membanting jari untuk meng'GATHER'(istilah dalam printing untuk stage jilid ok. Tak faham tak pe. Jangan paksa diri untuk faham.) buku log Jabatan Pengairan dan Saliran Seberang Perai Utara. Tepuk tangan untuk diri korang. PAP...PAP...PAP...(bunyi tepuk tangan)...

Tapi.........tak aci boss tipu. Dia balik awal. Mana leh main tipu-tipu haaa..... Ermmm tak pe ah, diakan boss. Ehh...coppp!!! jangan main aci-aci ngan bos. Nanti bos tanya kenapa datang lewat daripada dia. Ha..sapa yang susah. Aku jugak...

Sekarang dah kul 3.47 petang. Dah boleh balik coz smua kerja kitaorang dah siapkan dengan cemerlangnya. So aku nak sambung cuti untuk hari sabtu...Bye...

Chiawww....

zwani.com myspace graphic comments

Thursday, June 4, 2009

Isu Hangat...

Panas...Panas...Panas...Apa yang panas? Meh sini dekat sikit nak bisik. Dekat lagi, nanti orang dengar. Sebenarnya isu family day ofis aku yang tengah terbakar sekarang ni. Dah macam buat brainstorming lak. Siap ada percambahan idea pas tu siap sebab ngan akibat skali standby nak propose. Ermmm agaknya ni effect daripada smua staf yang dah kena KMK aritu. Mana taknya dah macam-macam tempat jadi pilihan. Ada pulak macam-macam spesifikasi keinginan bernafsu masing-masing. Expecially aku la.

Aku nak pegi tempat yang boleh enjoy habis-habisan. Paling penting tension separuh tahun pertama dapat di'realise'kan. Alang-alang syarikat bagi peluang bercuti, why not kita sebagai pekerja memunafaatkan sebaik mungkin. Bukan senang beb nak dapat peluang cam gini. Setahun sekali je tu. Tu pun bergantung pada waktu dan nilai badget yang diperuntukkan. Kalau nasib baik dapat la pi jauh-jauh. Separuh baik lak dapat pi dekat-dekat. Tapi nasib tak baik lagi la, tak dapat pegi mana-mana langsung.

Tapi ada something yang membuat otak aku berfikir 720º sekarang ni. Kenapa kadangkala manusia ni tak pandai menghargai peluang dan ruang yang telah ditentukan untuknya. Maksud aku, kalau dah diberi peluang tu gunakan lah sebaiknya. Jangan lah pula ambik kesempatan yang agak berlebihan. Over-over gitu. Kenapa mesti nak ikut hati sendiri kalau takdir memerlukan kita bersatu hati. Agak pelik bunyinya bukan? Tapi tu lah hakikatnya. Aku sebenarnya agak kurang faham dengan insiden seperti ini. Adakah aku yang tak boleh nak faham atau memang semua orang pun kurang kefahaman macam aku gak. Ntah lah....

Hidup ni kalau lurus sangat pun hilang nikmatnya bukan? Mesti ada pro dan contra. Baru lah nampak lebih meriah. Kenapa korang tak setuju ke apa aku cakap? Tak pe, aku tak perlukan persetujuan dari korang pun. Simpan je 'tak setuju' korang tu. Meh merenung bersama Profesor Izzi Hj. Ali...ehh bukan..bukan...Profesor Wani Mahmud...Aku lah tu...ok dah stop mengarut...Fikir sejenak, kalau dalam satu majlis, semua orang pakai baju colour yang sama, patern pun sama...mesti rasa macam bangang kan. Tak colourful lansung. So perjalanan hidup pun kena macam tu gak. Kena ada pencadang dan pembangkang. Baru la thrill.

Yang menjadi satu trend di alam nyata ni, pembangkang akan di anggap salah. Paling sadis lagi dibenci, dipulaukan dan diboikot. Apa semua ni? Kita kan demokrasi. So biar lantak le sesapa pun nak bangkang dan nak cadang. Itu hak individu. Kalau yang betul kita ambik dan gunakan. Kalau yang salah tu pepandai la baiki. Takyah nak pandang negatif + berpersepsi buruk kepada orang-orang tu. Nyampah betul aku. Ni tidak, asal tak setuju ngan pendapat orang lain, siap la ko nagn akibat lepas tu. Begitu tak adil sungguh bukan.

Errmm....kenapa tetiba ayat-ayat aku dah jadi sedikit stress. Tadi bukan ke isu bersosial sambil menghabiskan duit syarikat. Opss... penting untuk korang tahu...duit tu bukan duit haram ok...duit halal. Duit yang syarikat peruntukkan untuk staf-staf nye berjoli sambil ingat dunia. Sebenarnya kenyataan-kenyataan kontroversi kat atas tadi tu adalah realiti dalam sesuatu berunsurkan brainstorming. Itu semua hasil adaptasi aku yang selalu alert bila dipihak pembangkang. Nanti akan aku 'entri'kan kemana destinasi pilihan untuk kami berjoli dengan duit syarikat. Sehingga enty ini lahir ke bacaan korang, belum ada kata yang diputuskan. Tapi peratusan yang tinggi untuk destinasi pilihan ramai jelas, terang dan nyata menanpakkan dirinya.

Sebelum aku mem'publish'kan entry yang menggunakan banyak kesalahan bahasa ini, baik aku minta dilepaskan diri dari mereka-mereka ini. Pertama, andaikata anda seorang guru Bahasa Melayu yang bertauliah dan terbaca karangan ini, maafkanlah penulis yang hakikatnya pun memang hebat dalam setiap peperiksaan subjek BM dari sekolah rendah sampai menengah. (Beratnya bila kita kena angkat bakul secara sendirian). Tapi waktu sekolah tak boleh nak buat ayat macam ni. Cikgu marah. So bila dah ada peluang depan mata, jangan dilepaskan. Kedua, insan yang masih terikat dengan mata pelajaran Bahasa Melayu, adalah satu kesalahan besar jika anda merasakan ayat-ayat ini sungguh cantik bait-baitnya.Diingatkan sekali lagi..KESALAHAN BESAR ok! Itu sahaja karangan untuk hari ini.

Chiawww...

Tuesday, June 2, 2009

•Berkatilah mereka Ya Allah•

Macam biasa, asal bosan buka blog. Asal buka blog tak bosan. Kenapa? Hanya aku je yang tau jawapannya.

Tengah-tengah duk geledah laci kat ofis ni, aku terjumpa lah plak himpunan kad jemputan kawin dari member-member sekolah rendah sampai la universiti. Sungguh banyak. Sumpah tak terpegi aku. Yang jauh-jauh tu sory naik lori la. Kompem tak pegi nye. So meh la aku wat enty untuk wish kat "Big Day" korang ye sebagai pengganti diri aku yang di perantauan ni. (konon-konon jauh)...

Selamat Pengantin Baru dan Bakal Pengatin Baru
untuk


Zila & Hazoo
( 31 Mei 2009 )

Husny & Azlin
( I Jun 200-9 )

Husna & Ishak

( 6 Jun 2009 )

Yana & Amsyari
( 13 Jun 2009 )

Semoga berbahagia kekal abadi ke anak cucu dan
dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

zwani.com myspace graphic comments

Monday, June 1, 2009

Love u Dad....

Dad...
I dare to reach the unreachable
It because...
I know you'll be there to help me along the way.
If I am shaking hands with success today...
It because...
You took my hand and showed me the way.



Dad...
You are the source of my strenght
My teacher and guide...
The lessons of your heart
Make me hold my head high...
I always look up to you!


Dad...

Thingking of you today

as I do everyday
And on your special day
A big hug and lots a love
to say I'm so proud to be your daughter
and I'll always be your little girl!


I wish for you
many joys and happiness
Hope you have a day
as wonderful as you are

HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!

I love you so much........

My Hero...My Superman...My Heart...My Everything
Great Father in the world