Friday, December 31, 2010

Welcome 2011

... Selamat Datang 2011 ...



Sedar tak sedar harini adalah hari last untuk 2010. Apa yang baik akan dibawa ke tahun depan sebagai panduan dan apa yang buruk akan aku bawa juga sebagai pengajaran. Masih ada perancangan aku yang tak berjaya pada tahun ni. Aku harap dengan kedatangan tahun baru ni semua rancangan yang terbengkalai menjadi kenyataan. Bantu lah hambaMu ini Ya Allah dalam melancarkan segala perancangan ku.

Thursday, December 30, 2010

• L • O • V • E •


I luv Allah SWT ...A luv Rasulullah SAW...I luv my family...n...everyone who luv me.....

Wednesday, December 22, 2010

• Hujung Tahun Memang Macamni...

Bulan Disember adalah bulan kalut dalam dairi kerja aku. So disebabkan kerja yang macam kalut ianya bisa menganggu kelancaran xtvt harian aku. Dan bulan Disember 2010 ni pon macam banyak family xtvt yang aku kena join. Kalau tak join memang tak doser tapi kurang sopan jer.

Minggu lepas, mummy ngan daddy ku datang buat lawatan sambil beramal ke umah anak gadis mereka di Penang ni. Maksudnya umah aku ngan adekku la. Tu bukan lawatan kosong k. Sebabnya ada invitation kenduri cousin ku di Sungai Dua. Dah dekat sangat ngan umah anak-anak, takkan nak tdoq otel lak. Kang ngajuk anak-anak susah nak pujuk. Lagi-lagi aku. Memang juara ngajuk. Dah la anak pompuan dua orang jer. Kalau dua-dua pon ngajuk dah tak de anak pompuan lain. Tu lah pasainya depa pilih otel yang tak dak bintang ni sebagai persinggahan. Walaupon takde bintang, tapi servis memang tiptop k...Huhhh...macam banyak masa jer aku duk mengarang ni..Padahal curi-curi jer ni...

Banyak entry yang terbengkalai. Semuanya tak di post kan sebab tak sempat nak upload gambar. InsyaAllah akan mencari masa untuk mengupload semuanyanya secara serentak....ok cukup lah untuk aku lepas kerinduan nak meng'POST' entry hari ni....Jom sambung buat kerja balik....

Tuesday, December 14, 2010

Kenapa selalu macam ni????

Sebenarnya luahan ni bukan la secara lansung kena kat aku, tapi tempias di kemudian hari tu akan kena gak la kat aku...

Aku agak pelik bila ada orang yang tak mengunakan kuasa dan kepercayaan yang diberikan kepadanya se'MAKSIMUM' mungkin. Kenapa???? Kenapa ini harus berlaku pada orang-orang sekeliling aku. Yang bertambah memusykilkan aku bila kuasa itu tak pula digunakan pada tempat yang sepatutnya. Natijahnya orang lain yang menaggung. Adil kah ni smua????

Aku pon bukan lah insan yang perfect untuk pertikaikan kredibiliti orang lain. Tapi kalau benda-benda yang dilakukan tu budak tak cukup umoq pon boleh pikiaq, so bukan salah aku la cakap macamni. Aku tak pelik kalau budak baru belajaq yang buat macam ni. Tapi ni dah betahun pon keja, kira kalau develope pengalaman tu boleh dah aihh set up business sendiri. Sampai lagu tu lah boleh describe dia punya lama kerja tu. Tapi tu laaaa....Kenapa masih tak sedar-sedar????

Paling kesian bila orang lain yang kena tanggung segala macam masalah ni. Padahal dia punya kuasa tu tak lah power mana untuk buat keputusan. Memang nanya la kalau duk kena tanggung benda-benda macamni. Orang berwajib tu pula pendek kata bila senang enjoy sorang-sorang, tapi bila nazak semua orang pon kena nazak sama. Silap-silap orang yang tak berwajib pon disuruh menazakkan diri juga. Patutkah ni smua berlaku?????????????

Dan paling-paling malang bila mana tiada tempat nak mengadu. Kalau boleh ngadu pon mesti teringat-ingat peribahasa ni secara tak akan lupa sampai bila-bila....' Diluah mati emak, ditelan mati bapak'.....kira memang tak dak harapan la kalau nak 'Tarik rambut dalam tepung' pon...kalau rambut mungkin susah putus, tapi tepong kompem berselerak tabak...So sampai bila-bila pon jawabnya kena telan jer apa yang dilalui...Sampai bila la kesudahannya?????

AKU MEMANG SANGAT-SANGAT TAK PAHAM NGAN ORANG-ORANG MACAMNI....


Thursday, December 9, 2010

• Layan Perasaan •




No matter how busy you are...
make sure you have time to thought your loved ones...

Wednesday, December 8, 2010

• Sizzling for Dinner •

Malam yang gelap kini sudah terang...hahaha...senang hati nampak bukan???...

Alkisahnya,dek kerana adik aku yang agak kelaparan (sebab setengah hari tak makan) aku pun terlapar gak malam ni. Ermmm betul ker aku lapar ni? Sebenarnya tak lapar lansung. Dahaga jer. Tapi.....tadaaaaaaa.........


Tak lapar ok...Makanan kat depan aku tu sekadar hiasan jer....Banyak la sekadar hiasan. Tak de hias-hias nyer. Makanan tu aku yang punya. Dan aku yang makan. See....how orang tak lapar tapi bila join orang yang tersangat la lapar dia pon tetiba jadi lapar. Ini lah NAFSU okeh...Sapa yang terlapar over-over tu.....


Ni lah budak lapar yang berjaya menularkan aura lapar dia kat aku. Nasib baik adek sendiri. Kalau tak memang kena debik dah kot. Dia ni memang tau kelemahan aku. Tu yang sentiasa SUKSESS jer bila mempengaruhi aku untuk makan. Start dia duduk ngn aku jer, dah banyak xtvt JJCM bersama dia kami programkan. Makan dengan dia ni memang best giler. Walaupon orang dia lidi,(jangan percaya cakap aku, time mak aku lahir kat dia pon dia besar drpd lidi...inikan pula dah tua bangka ni, mop pon kecik daripada dia okeh) tak...maksud aku kurus tak brapa kering la tapi nafsu makan memang besar. So sampai saat ni, walaupon program JJCM kami dah banyak episod, dia maintain je kering. Tapi.....aku.......malas nak story.....sakit ati jerk...

So atas suggestion budak lapar tu, aku yang tak lapar jadi follower jer ok...kitaorang p Carrefour Seberang Jaya dan ni lah dinner kitaorang tadi...


Tapi..............................tak brapa nak sedap. Mungkin sebab aku tak brapa nak lapar atau mungkin aku slalu makan sizzling2 ni kat JUSCO Perda atau ada benada lain yang jadi keutamaan aku bila sampai sini. Dah banyak kemungkinan la plak. Banyak cakap p masak sendira la....Dah tau makan tunjuk tu terima lah makanan tu seadanya. Apa lah aku ni.

Ni lah muka tak besalah makan ketika kenyang. Kalau ayah tau mesti ayah marah. Ayah selalu pesan...'Berhenti makan sebelum kenyang'...tapi aku....makan ketika kenyang. Ish3...tak dengar cakap ayah lansung....mesti ayah frust kalau tau anak dia tak ikut nasihat. Harap-harap ayah tak tau la....

Okeh...Bila perot sudah kenyang...entry sudah goreng...apalagi...mata pon minta ditutup la...so jom tido....nite......lalalaaaaaaa....

Tuesday, December 7, 2010

Lagu Maal Hijrah

Mengimbau zaman-zaman persekolahan dulu, teringat bila sambut Maal Hijrah kat sekolah mesti ada nyanyi lagu Maal Hijrah ni. Tak pernah rasanya tak nyanyi. Kalau Sambut kat masjid pon mesti sekolah akan antar satu wakil kumpulan nasyid yang akan nyayi lagu ni. Aku pon tak terkecuali join kumpulan nasyid tu. Rasanya sepanjang sekolah rendah ada la 2 ke 3 kali join. Sekarang bila tengok kat TV orang nyanyi lagu Satu Muharram ni, aku rasa macam rindu zaman sekolah dulu. Zaman kanak-kanak rebina.

Bila time belatih jer semangat mesti berkobar-kobar. Mana taknya sapa yang join team nasyid ni ada la sikit advantage. Selalunya blh kuar kelas awal. Alasan nak belatih. Kan lumrah budak sekolah, NIKMAT rasanya kalau dapat ponteng. Tak kira lah walau pon kuar 5 minit awal dari kawan-kawan yang lain, tu kira satu kepuasan la jugak. Budak-budak la katakan. Nak ponteng real2 macam orang lain, tak datang sekolah satu hari takut. Mana taknya mak ayah garang n straight kalau bab-bab pelajaran ni. So dapat skip subject last tu kira ok la tu. Best giler dah rasanya.

Ok aku dah melalut....Back tu lagu Maal Hijrah, aku rasa lagu ni memang tak lapuk di telan zaman la. Macam pepatah ke apa yang "Tak lapuk dek ujan, Tak Lekang dek panas" tu. Mana taknya dah berpuluh tahun pon still jadi nyanyian orang setiap kali sambut Maal Hijjrah. Dah jadi lagu tema n wajib nyanyi setiap 1 Muharram. Aku sampai arini still ingat lirik lagu nasyid ni. So meh layan sama-sama.....




SALAM MAAL HIJRAH...1 MUHARRAM 1432H
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.
Moga rahmat dan redha Allah SWT mengiringi kita sepanjang tahun ini
dan berkekalan selama-lamanya.

Monday, December 6, 2010

• Salam Maal Hijrah •

Doa Awal Tahun

Ertinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

Bacalah doa ini tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, boleh dilakukan sesudah Asar atau sebelum Maghrib pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah. Doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan ampunan dari Allah SWT atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah SWT yang kita lakukan, maka mohonlah agar amalan tersebut diterima oleh Allah SWT.


Doa Akhir Tahun

Ertinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.

Bacalah doa ini tiga kali saat kita memasuki tanggal 1 Muharram. Boleh dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai Mu'min memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.

Saturday, December 4, 2010

Women was made.....

Women was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Not from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.
HIM....Who is he????????

Friday, December 3, 2010

• Apa Sudah Jadi????




Ujung-ujung tahun ni kerja semakin belambak la plak. Pastu mud nak buat tetiba jer macam hilang secara pukal. So aku jadi malas, lembab dan lemau nak siapkan satu2 kerja. Asal nk start buat kerja, mata pon macam minta perhatian. So how????? Adoooiiii....

Semakin hari semakin bertambah doket kerja atas meja aku ni. Yang sebelumnya tak siap lagi tambah plak yang baru. Bertambah la stress aku camni. Aku pon tak tau kenapa lately ni aku jadi macam ni. Sebelum ni aku okkey jer. 10 job masuk, at least 5 @ 6 yang aku boleh siapkan dengan kadar segera tanpa menunggu deathline. Sekarang ni masuk 2 job pon belum tentu aku akan siapkan segera. Aku tunggu sampai tarikhkematian baru aku terkalut-kalut buat. Time tu mula la macam-macam tak kena. Spelling error ni tak yah cakap la. Walaupon perkataan yang hanya 3 huruf pon aku leh terbabas. Teruk betoi la.


Aku pon tak pasti apa yang sedang berlaku di kotak fikiran aku sekarang ni. Apa yang aku fikirkan? Apa yang aku impikan? Apa yang aku harapkan? Apa yang aku sedihkan? Apa yang mengganggu fikiranku? Apa yang mengecewakan aku? Apa?....apa?...dan apa sebenarnya yang aku hadapi sekarang ni??????.....

Aku pon tak tahu apa sebenarnya......

Tengok weekly & monthly report aku dah macam tak bley blah. Sebelum2 ni elok jer colum2 biru tersusun. Sekarang ni dah macam main lego dah aku susun. Ikut dan jer. Mana taknya buat kerja ikut mud. Mana aku suka aku buat dulu. Mana aku nyampah aku biar terbengkalai. Kalau dulu buat kerja mesti nak siap terus. Mana taknya syok tengok status job "FINISH" pastu colum jadi colour biru. Sekarang ni aku dah terbiasa ngan status job yang macam kucar-kacir n colour molour ni. Cuba perhatikan laporan kat bawah ni. Meriah kan????? I loike it!!!!


"Ya Allah kembalikanlah kerajinan, kesungguhan, keupayaan, kepantasan, kecekalan, ketabahan, keyakinan dan kesabaran yang telah Engkau berikan kepadaku selama ini untuk aku menyiapkan kerja-kerja ku Ya Allah..."


Moga-moga 'bad sindrom' ni tak berpanjangan la bersama aku. Aku nak siapkan smua job 2010 ni sebelom 2011 datang diundang. Tak mau la duk foward ke tahun depan. Macam tak syok jer mula tahun baru dengan job2 lama.....Chaiyookkkk2 untuk aku......

Thursday, December 2, 2010

• Semoga Diberkati •


(Allah memberkati untukmu dan berkat ke atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebajikan.)



Pengantin Sempoi


Kesederhanaan dalam Kesempurnaan.


Mak Saudara VS Anak Saudara


Pengantin baru sampai.

Aku rasa belum terlambat aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada anak buah aku yang melangsungkan perkahwinan pada 27 Disember November 2010 baru-baru ni. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T. Amin...

Wednesday, December 1, 2010

• Cepatnya Masa Berlalu...

Sedar tak sedah harini adalah hari pertama dan bulan terakhir untuk 2010. Cepat jer masa berlalu. Banyak benda yang sepatutnya dicapai atau disiapkan tahun 2010 belum selesai lagi. Macam tiap-tiap tahun, aku rasa smua orang pon sama jer....berazam itu in bagai. Tapi sejauh mana azam itu dicapai atau dilaksanakan? Tepuk tangan tanya diri...

Aku pon sama jer. Tiap-tiap awal tahun mesti buat satu wishlist. Tapi sejauh mana berjaya kita tengok la hari terakhir 2010 nanti aku entrykan. Rasa macam banyak benda jer yang aku sia-sia kan dalam tahun 2010 ni. Bila ujung tahun baru rasa macam nyesalnya tak buat betul2 ikut timing yang aku sendiri buat. Tu lah hakikat kehidupan manusi. Macam selalu orang-orang kata..."masa yang berlalu tak akan kembali"...memang betul..."not turning back"....redha je la.....

Aku rasa macam tak mau jer senaraikan apa yang patut aku buat 2010. Mesti banyak yang akan aku bawa pi tahun depan lak. Macam tahun-tahun sebelum ni. Yang pasti sebagai manusia, aku hannya mampu merancang. Tak kira apa saja rancangan aku tu, yang menentukan hanya Allah SWT. Yang aku harapkan semoga tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya....