Thursday, May 28, 2009

AJL...AIM...ABPBH....


Anugerah SM & SSM Utara 2009...



Kalau cakap pasal anugerah mesti ada RED CARPET kan...23.05.09 bersamaan Sabtu jam 9.00 malam aku dapat peluang naik pentas untuk terima anugerah. Anugerah untuk pangkat Sales Manager (SM). Aku rasa tu la yang paling latest aku naik stage selepas konvo 2006 kat UiTM Shah Alam. Red Carpet ada tapi untuk usahawan yang bergelar Crown Dimond Manager je.

Dag...Dig...Dug...di dalam dada...jantung berdebarrrr......(sambung sendiri ayat pastu coz penulis tak ingat lirik)

Ok, cakap pasal anugerah yang baru aku dapat tu, aku rasa ni la kot syarikat yang bila kita naik pangkat kita akan diraikan. Syarikat Hi-O Marketing Sdn. Bhd. Kalau kat tempat lain tu, kita naik pangkat alamatnya kita la kena raikan kawan-kawan.



Pada aku, anugerah yang aku dapat malam tu memang la bermakna. Tapi kepuasan yang sebenar-benarnya adalah bila aku dapat jumpa Pemimpin Terulung team aku iaitu CDM Siti Rohana atau nama manjanya Kak Ana. Aku rasa puas sangat bila dia peluk dan bagi kata-kata semangat kat aku untuk lebih berusaha dan berjaya macam dia. Orangnya cukup humble. Walaupun dah bergelar jutawan, tapi masih turun padang memantau anak buah. Aku juga beruntung sebab pemimpin pelapis harapan Kak Ana merupakan pemimpin aku di Penang. CDM Suhaily Elda yang juga dipanggil CDM Elly. Ni lagi sokrang pemimpin yang bercirikan pemimpin hebat. Mana taknya, sentiasa menjadi tong sampah kepada rakan kongsi untuk dijadikan tempat meluah perasaan, masalah dan lain-lain.

Aku sebenarnya bukanlah minat sangat nah buat business MLM ni. Tapi faktor kewangan lah yang memaksa aku separuh rela join MLM ni. Tapi perniagaan ni ibarat menanam pokok durian, buahnya bukan terus keluar, hasilnya bukan terus boleh dimakan sekelip mata. Ramai orang kat luar sana cakap perniagaan MLM semua karut. Paling kejam bila telinga mendengar orang cakap MLM business 'Low Class'.

Pernahkah kalian terfikir yang MLM ni merupakan satu perniagaan. Terlupakan anda tentang janji Allah iaitu 9/10 sumber rezeki manusia adalah melalui perniagaan. Dan Rasulullah S.A.W sendiri berniaga. Jadi untuk peniaga-peniaga, ahli perniagaan dan sewaktu dengannya, pilihan anda menceburi bidang ini adalah tepat. Yang membezakan hanyalah pelaburan modal, keuntungan yang bakal diperolehi dan jenis perniagaan. Hakikat tetap sama iaitu nak UNTUNG. Mana ada orang berniaga nak rugi.

Pedulikan kata orang kalau nak berjaya. Ni lah kata-kata semangat yang pemimpin aku selalu cakap. Mana taknya, orang lain hanya mampu mengata itu dan ini bila kita cuba buat sesuatu, tetapi adakah mereka mampu menghulurkan bantuan kewangan kalau kita tak de duit. Sudah tentu tidak bukan. Kita lah yang terpaksa melalui susah senang itu. Jadi jangan biarkan kata-kata dan cakap-cakap orang tu pemusnah langkah kita untuk mengubah kehidupan kita.

Ambiklah peluang bila ada ruang. Ubahlah kehidupan kita yang biasa-biasa menjadi luar biasa.Memang kita bukan dilahirkan sebagai anak jutawan, tidak menjadi kesalahan walau sebesar zarahpun kalau kita nak jadikan keturunan kita keturunan jutawan. Kehidupan yang selesa belum tentu selamat. Tetapi kehidupan yang selamat pakejnya tentu selesa. Hidup yang selamat adalah bilamana kita mempunyai simpanan wang.

Tu lah gambar aku tengah tunggu turn nak ambik anugerah. Kat sebelah tu kawan aku. Panggil Kak Eja je. Kerja hakiki dia cikgu. Mengajar sekolah kat area Air Itam, Penang tak salah aku la. Tengok tu bukan main kan kitaorang senyum. Dalam hati tuhan saja yang tau. Debar giler. Ramai betul orang kat depan stage. Apapun semua berjalan dengan lancar. Tiada cacat dan celanya. Aku jalan kat atas stage tu rasa macam tak cecah lantai je. Nasib baik tak tersungkur mencuim lantai.

Apapun, sentiasalah ingat bila kita dirai. Dan janganlah sesekali lupa orang yang meraikan kita tu...

Chiawwww....

Tuesday, May 26, 2009

Kawan Makan Kawan...

Skamu.com - The only place for Myspace icons, Orkut avatars, and profile codes

Apa itu K.M.K? Apa yang awak faham tentang K.M.K? Ini adalah soalan-soalan cepumas yang awal-awal lagi dah di tanya oleh Mr. Jag. Apekehalnye kuar KMK...Mr. Jag la...apa kejadahnya.

Sebenarnya aku nak kongsi cerita kursus yang aku attend Jumaat ngan Sabtu ari tu. Gambaran awal dah pun aku dapat daripada kengkawan opis yang attend group 1 ngan 2. Kira aku ni group last le. Kursus tu namanya KMK. First waktu aku dengar perkataan KMK tu dulu, ni la soklan aku. "KMK stand for what?"

Kualiti Mutu Kerja nama penuh KMK tu k. Tapi aku paling best bila ada rakan-rakan sekerja aku dari Cawangan Alor Setar mendefinasikan KMK sebagai Kawan Makan Kawan. So OK what? K = Kawan...M = Makan...K = Kawan. Atau korang ada perkataan lagi best leh kongsi ngan aku. Hangin je bos dengar jawapan tu. Tapi aku rasa tak salah diaorang bagi jawapan tu. Sebabnya sebagai manusia yang banyak akai dan panjang pemikiran, suka hati atok nenek diaorang la nak jawab apa kan. Janji heppy. Betul tak. Yang paling heppy aku la coz leh melalak kuat-kuat. (Astaghfirullahalazim...insaf...insaf...pas ni jangan gelak kuat-kuat dah. Allah marah...syaitan suka...)

So aku rasa smua orang dah boleh bayangkan untuk apa kursus tu kan. Ni first time la aku join kursus macam gitu. Sebelum ni aku join kursus smua stok aktif ngan lasak giler. Sumpah bosan plus sikit ngantuk bila join kursus yang macamni. Tapi apa bleh buat. Ini ARAHAN. AMARAN keras dah pun dekeluarkan . Barang sesiapa yang tidak mengikuti kursus ini akan dipancung sampai tak putus kepalanya. Sungguh tak bleh blah.

Sapa cakap kursus macam ni tak best bleh angkat kaki. Jangan turunkan kaki selagi aku tak suruh turun. Ok...ok...smua turunkan kaki ke tempat asalnya. Aku sebenarnya bukan tak suka kursus ni. Tapi cara pengendalian setiap slot dan topic tu yang membosankan. Segala ilmu dan intipati kursus tu sebenarnya banyak kegunaan dikemudian hari. Walaupun aku banyak 'dreaming' time kursus tu, tapi aku akan pastikan yang setiap apa yang diajar mahupun soalan yang diberikan aku buat bersungguh-sungguh. So tak kisah la walaupun asyik lalok je mata tapi otak pick-up jenis A punye.

Nasib baik la ada kursus macam bengong-bengong gitu. Dapat la orang sengal macam aku ni belajar mengaji graf...wehhh mengaji ke mengkaji...ermmm ikut suka ati lah nak paham macamana k. Waktu sekolah dulu aku rasa macam dah belajar abis dah bab-bab graf ni. Ghupenye tak abis lagi. Dalam kursus KMK tu abisnye dikaji asal usul keturunan graf-graf yang lahir tahun sebelum merdeka lagi tu. Aku ni lak kaji megaji ni sorry la beb. Bleh blah la. Tak layan k. Tapi aku harap dalam kumpulan aku tu hanya aku sokrang je la ada penyakit tu.Kalau smua macam aku alamatnya tunggang langgang le kumpulan kami.

Antara lain yang aku dapat daripada kursus tu macamana nak buat tulang ikan. Lucu bukan? Tapi ini bukan sebarangan tulang ikan k. Tulang ikan ni gak la yang digunakan oleh kebanyakan syarikat gergasi di Jepun untuk menyelesaikan masalah syarikat mereka. Adakah persepsi anda sudah berubah tentang tulang ikan itu? Untuk menginterpertasikan kehebatan tulang ikan itu aku masih tak mampu. Sebab feeling kurang lagi tapi aku yakin orang yang biasa mengaplikasikannya tentu tahu kehebatan method ini.

Sekadar Renungan :
Sesungguhnya sesuatu perkara yang dihasilkan melalui perancangan telahpun di fikirkan munafaatnya kepada orang lain.

Skamu.com - The only place for Myspace icons, Orkut avatars, and profile codes

Monday, May 25, 2009

Janji ditepati...


I'm back...


Hoyehhh...aku cuti panjang lagi minggu lepas...Khamis...Jumaat...Sabtu...Ahad...Cuti je la panjang. Tapi rehatnya only on Sunday...Why??? k...Jom layan story aku...

Last entry aku ngah decide nak cuti ke tak kan...Lastly cuti gak aku ari Khamis tu. Tapi cuti-cuti pun aku masuk opis dulu siapkan kerja apa yang penting...KERJASAMA...wonderpets kami datang untuk membantu...WONDERPETS...Ni apahal lak tetiba je wonderpets lak yang kuar ni. Suka ati aku la kan nak tulis apa. Sebab aku yang tulis...Tulis ke???? Bukan taip ke??? Ape-ape je lah..Sambung balik...jangan nak ngarut panjang-panjang...sebelum tu meh layan lagu wonderpets dulu k...



OK..dah siap kerja pastu baru isi borang cuti. Betul-betul tak ikut arahan kan aku ni...Bukan(so bukan lah)ke peraturan ofis dah tetapkan nak apply cuti kena 3 hari sebelum nak cuti. Ni sapa nak bertanggungjawab ni...Takpe jangan risau Nor Izwani Mahmud tak pernah suruh orang lain bertanggungjawab atas perbuatan dia. So that my responsibility k...Dun wory boss...

Namapun cuti kan. Aku pun menggunakan masa yang kurang 4 jam tu untuk menshoppingkan diri. Aku perlu mendapatkan pakaian yang berwarna hitammerah untuk majlis anugerah 23hb. Masa terlalu suntuk coz petangnye aku dah kena pergi Alor Setar untuk attend kursus. Dengan menggunakan kuasa power rangers, aku berjaya menMIX n MATCH baju dan kain yang dibeli secara berasingan di tempat yang juga berlainan. Tudung takde yang bekenan di hati. So pakai je tudung lama yang tak buruk lagi k.

Janji nak gerak ke Alor Setar petang. Pastu tak jadi lak. Tukar kul 8 malam. Pastu tak jadi lagi 8.40 malam lak. Last skali kul 10.40 malam baru betolak ke Alor Setar setelah mencukupkan gerabak yang disambung sepanjang jalan. Tu lah yang dinamakan janji ommelayu. Sampai A. Setar kul 11 lebih. Check-in hotel dan terus terbabooooo......

So untuk ari Khamis, 21 Mei 2009, aku dengan hati yang bangga mengisytiharkan bahawa aku telah menmunafaatkan hari itu dengan baik sekali. Beri tepukan kepada diri sendiri kerana pandai menghargai waktu.

Chiawwwww.....

Wednesday, May 20, 2009

Masa Berlalu....





Hari ni kerja tak banyak. Bukan tak banyak tapi memang tak de pun. Nak cakap bosan pun tak la jugak. tapi adala sedikit bosan. Ermm..sebenarnya aku nak bagitau yang esok macam nak cuti je. Macam ok...

Banyak benda yang aku nak settle esok. Bendanya first pi PUSPAKOM...2nd pegi lak JPJ..untuk apa semua urusan tu????oooo akan di storykan kemudian hari...Tapi tadi aku ada cakap ngan bos. Bos cakap tak yah la cuti. Siap kerja masuk balik. Tapi aku ye kan je lah. Aku rasa macam tak sempat je. Dari 2 jam bos kasi up jadi 3 jam untuk masa aku buang kat luar tu sebelum masuk ofis balik. Tak cukup lagi ke??? Jawapannya tak cukup sebab tujuan aku banyak lagi sebenarnya.

Dua sebab kat atas tu just nak mention bertapa URGENTnya urusan aku tu. esok..urusan tak 'URGENT'nya berderet-deret lagi lepas tu...salah satunya nak menshopping baju untuk anugerah. Macam best je kan anugerah tu...Nanti aku story k...

So macamana esok? Cuti Ke tak? Meh sini layan aku wat magic untuk dapatkan keputusan. Aku memang suka wat macam ni kalau nak buat pilihan. Cuti...Tak...Cuti...Tak...Cuti...Cuti...Tak...Cuti...Tak...Cuti... (dilakukan dengan cara mengira jari k) So keputusan round one jawapannya cuti...kata hati pun macanm nak cuti...so jawapannya tunggu esok coz nak tengok tindakan pulak. cepat @ lambat..kalau lambat jawapannya cuti. Kalau cepat settle, aku akan masuk ofis balik.

So kita tunggu esok k...kalau tak de entry baru esok maknanya aku cuti lah tu...hahaha...akan di hupdet pada 25.05.09. Kenapa? OOOooo coz esok petang aku dah nak bertolak untuk ke kursus. Jadi masuk balik kerja ari isnin. Selamat menkursuskan diri untuk aku dan rakan-rakan seperjuangan ku...Linda...Sharul...Abang Din...Aband Wazir...Boss pun ye gak walaupun bukan peserta tapi Fasilitator.

Chiawwww..

Tuesday, May 19, 2009

• Morning Briefing •


Hari ISNIN memang hari yang paling takde mud nak gi kerja. Why ha??? Dari dulu sampai sekarang. Aku sebenarnya memang malas nak menjalani rutin Isnin. Apakah kerana masih bersisa cuti hujung minggu...Mungkin juga.

Jumaat lepas aku dah cuti. So kira panjang gak la cuti aku. Jumaat • Sabtu • Ahad. 3 hari tu. Masuk je ofis semalam kalut la prepare report untuk Monday Breifing. Hahaha...mana taknya selalu smua report tu prepare on Friday. Sapa suruh cuti Jumaat. Padan la muka aku. Ok cakap pasal report tu, mana la aku tau kot-kot ada job baru masuk sepeninggalan 1 hari tu. •Alhamdulillah• . Takde apa yang baru. Smua sama je. Suka banget aku...Memang suka. Budak malas memang cam gitu.

HOT story petang semalam bila aku talah di'mention'kan oleh pe'mention' tak berdaftar tentang satu brita ni. Berita apa ye??? Haaa....britanya Family Day tahun 2009 ni diaorang nak buat kat Penang...Sungguh teruja aku mendengarnya. Kenapa aku teruja??? Sebab teruja sangat lah...Sungguh tak ku sangka...Cempedak dah jadi nangka...Dalam banyak-banyak negeri kat Malaysia ni Pulau Pinang yang menjadi pilihan mereka. Dan dalam banyak-banyak tempat lak, Pulau Jerejak yang mereka nak pergi.

Ok aku akan buat luahan perasaan bila aku rasa nak terluah nanti mengenai topik ni k...tapi sungguh lucu bila mendengar dengan teliti hujah-hujah serta sebab musabab mereka memilih itu smua. Pasti smua orang akan faham kenapa aku teruja + terpelik + tertawa + tertaktahu.....

Monday, May 18, 2009

ceritera A.H.A.D !!!

Semalam aku amat kemalasan. Jadi aku pun bermalas-malasan atas katil sampai kul 2 petang. Opppsss...sebelum tu aku dah bangun k...sembahyang subuh...So tak le malas sangat kan sebab pepagi celik pun aku dah bangun. (Mak tengok anak mak ni ingat sentiasa pesan mak tau...Subuh jangan tak bagun...tu kan ayat mak)...Pas tu gi sarapan lak. Sebenarnya nafsu sarapan tu tak le membuak-buak sngat. Nafsu sebetulnya nak intai tudung-tudung baru kat area pasar tu. Orang sebuk-sebuk ngan isu wabak H1N1, yang aku lak ngan wabak tudung Ariani la...Hawa la...dah penuh kat almari tu dek ARIANI ngan HAWA...

Pastu balik uamh sambung baca novel...sedar-sedar je novel yang baca aku. Ish...ish...ish cam gini bila masanye nak abis sebuah buku. Betul-betul bukan ulat buku kan. Alang-alang buku dah baca aku, aku pun teruskan la merelakan buku tu membaca aku. Baik jer buku tu baca aku, dah tepon bunyi. Ada lak P.A tak berbayar yang mention about komitmen aku kul 3 petang. Tochei!!!...Tochei!!!...So habis sudah time bermalas-malasan aku...Cepat bangun dan pegi sembahyang Zohor...kang lewat ok...


3.00 petang pergi Kelas 'Product System'... Keluar rumah dalam keadaan kalut malut coz kelas start kul 3.00 petang. Perjalanan dari Seberang Jaya ke Bukit Jambul lebih kurang 15 ke 20 minit. Bergantung kepada keadaan jalan raya, cuaca, lalu lintas dan cara pemanduan k. Malas story bout class...kul 6.00 petang tamat sudah...apalagi sebelum balik ada makan-makan. Semestinya aku yang suka makan ni pun tak lepaskan peluang. 'Jom Makan Dulu'...Sorry Ejay ari ni aku makan tak ajak ko. Coz ko tengah mem'Personal Touch' rakan kongsi ko... Balik kelas sembahyang Asar...Apa nak jadi ni lewat sembahyang...Kalau ayah tau mesti bebel punye...fuhhh!!!sib baik duk sendiri-sendiri....

Pas sembahyang
Layan TV...Sedar-sedar dah masuk Maghrib...So untuk tidak melewatkan waktu solat aku terus je mensolat Maghrib...Abih solat kuar gi pasar malam cari makanan untuk di melantak...Untuk xtvt malam...apalagi tido ler...Copppp!!!!! sebelum tido jangan nak buat-buat lupa k...Sembahyang Isyak dulu...alang-alang dah menyejukkan anggota badan tertentu, ambiklah kesempatan untuk cuci muka terus...Selesai sudah smua tu baru leh membuta ngan aman...Tapi tetap jangan lupa pesanan bunda ngan ayahanda...Baca doa sebelum Tido...

Tu lah rutin mingguan aku yang berhujung minggu...


Friday, May 8, 2009

Happy Mother Day !!!!!

Special to my mom....

SITI ROHANI BINTI OTHMAN
To My Luvly Mom....Thanks coz being my special mom in da world...

Heppy Mummy Day!!!
to all mummy2 n mummy 2B

Thursday, May 7, 2009

Untittle ok........


"U'll Always Be In My Heart"

'U' is very special,
'U' always tells me what's right
I wish I could tell 'U' I'm leaving,
And I wish I could tell 'U' good-bye.
I hope that 'U' already knows
That I ..................... 'U' very much.
I know that 'U' will never forget me,
And we will always try to keep in touch.

But in years to come,
I know we will see each other again,
When we do I will tell 'U'
We have to sit and talk because
There's something I haven't told 'U'
And there's something I've been meaning to say.
I will take a deep breath and
Give 'U' a big hug and
Look 'U' in the eyes and say:
I asked 'U' to come here because,
I thought 'U' might want to know,
That when I left I forgot to say,
I ..................... 'U' !!!!!
&
Good Bye Dear

zwani.com myspace graphic comments




Wednesday, May 6, 2009

*##^&$*%*%^%##%^*





Ari ni aku rasa macam tak best je. Tak tau naper. Tapi rasa macam !@^@#@$ je...Mood pun dah tak brapa baik ni.so sepantas kilat smua kerja aku dah siap. Tu lah perangai pelik aku. Bila bengang @ marah @ menyampah @ sewaktu dengannya, aku akan lepaskan pada kerja-kerja aku. Aku akan wat kerja non-stop punye.

Ya Allah Ya Tuhan ku...Kau limpahkanlah aku dengan sifat kesabaran yang tinggi dalam melalui segala macam dugaan dan cabaranMu ini.

Kenapa dalam hidup ni kita mesti memikirkan perasaan orang lain???Maksud aku kenapa kita mesti mau peduli perasaan orang lain. Padahal terang-terang pun hati kita tak dipedulikan. Agaknya ni lah dikatakan rencah kehidupan.

Kadang-kadang kita terlalu menjaga hati insan lain disekeliling kita sampai kita lupa yang kita telah over menjaganya. Sedangkan mereka-mereka itu tidak sensitif langsung dengan semua itu.
Jadi apa akan berlaku kalau macamtu...Ntah la..So nak baikai hati yang tak tentu hala tentunya mentepon family...So mendail lah tepon mak..lalu aduan pun dibuat...maka dibawah adalah jawapan daripada pihak berkuasa keluarga bahagian aduan.......

Mak cakap : bayak-banyak bersabar. Jangan ikutkan ati sangat. Dah solat ke belum...bla...bla...bla...n bla....cakap ngan ayah hang...sat gi hang ok la tu dengar suara ayah.

So mendengar la suara ayah....

Ayah cakap: jangan tinggal solat. Sebab solat dapat membina ketahanan diri. Apa-apa berlaku dalam kehidupan kita seharian smuanya datang dari perencanaan Dia. Tak yah nak pikir sangat kalau rasa tak mau pikir....

Ati yang belum puas ini mendail nombor tepon adik-adik lak...

Dayah cakap : Kak hang wat tak tau je la. Hang duk pikir perasaan orang ada orang pikir perasaan ang...hang tepon cakap ngan mak n ayah...sat gi ok la tu...

Jon cakap : Laaaa.... tu pun nak kisah ke....lantok le...tak yah nak pikir....

Yes!!!!!! aku dah puas ati bila dapat cakap ngan smua pihak berkuasa keluarga ku...

Lastly....

Hati sendiri cakap : Gi mampos ngan smua ni. Boleh blah....!@#$$%^&&**....