Saturday, October 30, 2010

• Manjakan Diri •

Semalam p mandi wap ngan adik aku. Ni kali kedua aku p dalam minggu ni...1st time p rasa macam tak brapa best. Tapi bila balik badan rasa ringan n tdo lena semacam jer, terus jadi best lak. Tu yang nak p lagi semalam tu. Adik aku pon dah macam xcited terlebey sudah. Kalau 1st time aritu aku yag over2 gitu, semalam dia lak. So fare n square la kan. Hahaha...

Meh aku intro sikit tempat mandi wap tu....paling penting tempat dia senang nak cari walaupon dalam kepekatan malam k. kalau aku yang memang tak pro driving ni pon blh p, apatah lg yang memang kamikaze driving. Kompem la lagi senang. Tempat ni kat Permatang Sireh. Tapi aku pun tak tau zon mana...Sungai Dua ka Kapla Batas ka. Sebab location dia mcm in between...Satu yang lemahnya, signboard di haluih sangat. Kalau mata duk stim2 tu kompem la tak nampak. Mata yang memang terkebil-kebil pon leh terbabas.

Kat tempat ni, semuanya manual. Penyediaan rempah ratus dan hasilan wap pon cara manual. Pertang lebih kurang 4.30 pakcik n makcik tu dah start bakar bahan2 tu...Bilik tu buka lepas Magrib. Kira senang crita kul 8 la dh boleh start. See...lamakan masa yang dia ambik nak sebatikan daun kayu herba tu untuk hasilkan wap. Memang wangi jer bau bahan2 tu smua. So datang jer terus tukar pakaian. Towel kecik n besar disediakan. Simpan barang peribadi dalam Locker berkunci kat situ pas tu dah blh masuk bilik wap tu.

Kat sini buka untuk lelaki n pompuan. Untuk side pompuan, bilik tu muat untuk 10 org. Untuk lelaki kat sebelah tu aku tak sure lak. Tapi lelaki lebih santai la. Coz slumber rock jer leh kuar ambik angin n lepak2 kat luar bilik tu pakai towel jer... Pas ambik angin, ngumpat2 bagai, ada yang siap smooking lagi pastu masuk balik bilik wap tu. Best kan. Tapi kalau pompuan duk pusing2 luar bilik wap tu je lah. Part tu yang tak selesa sikit. Coz ruang belegar2 tu sempit. But compare ngan harga RM 7.00 tu, memang boleh accept la. Unlimited time k...Ikut suka hati la nak duk brapa lama slagi tahan. Nak tunggu sampai tempat tu tutup kul 10 mlm pon boleh. Ermmm satu lagi yang best tu siap disediakan Air Misai Kucing suam2 lg. Minum la ikut lalu hangpa...Tahan ngn bau ayaq tu minum la bebayak. Aku pon tak brapa tau khasiat daun ni..Tapi sku baca kat sini ngan sini khasiat pokok tu...Khidmat urutan tradisional pon ada kat sini...tapi aku tak try lagi la...maybe next time leh try.

So pas ni aku rasa macam nak masuk dalam jadual mingguan aku p mandi wap ni...At least 2 kali seminggu. Dah macam syok lak duk dalam tu. Smua orang pon boleh cuba. Tak salah manjakan diri dengan tempat2 macam ni. Daripada aku invest duit tgk wayang (ditujukan khas untuk adik aku n tunang dia...memang aku kata kat hangpa ponnn...) baik aku invest kat makcik ni. Nasib baik siap dia share tips2 kesihatan lagi...So tak rugi k. Sihat dapat...ilmu pon dapat...Next week ari selasa aku nak p lagi. Nanti aku try snap picture tempat tu. Leh aku share kat sini...

Dah panjang aku tolong promote tempat mandi wap pakcik n makcik tu. Apa lagi jom la reramai join. Ok...Tamat sudah entry ni....Daaaaaaa....

Chaiaaawwww....

Friday, October 29, 2010

• Rasa Syahdu Tetiba•

Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya
Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri

Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi
Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu

Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya
Rasa gentar rasa rindu

Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah
Maafkan diriku kasih

Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata
Pintaku redhailah

Terima kasih atas segalanya
Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu
Bersaksi diriku

Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segala kepada Mu


Thursday, October 28, 2010

•Hargai Masa•


Time2 sakit jiwa tak tau nak buat apa atau dah tak leh sangat nak buat kerja hakiki, ni lah kerja tak hakiki aku. Abis smua gambar yang berpotensi untuk di'edit' akan aku adit...Dibuat dengan keadaan semahu-mahunya k. Macam gambar kat bawah tu, aku edit sebab tak de mende nak buat dah. Sian kami berdua dikerjakan aku. Kluar umah pakai baju calour-molour bagai, tapi aku edit jadi gambar zaman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee...cumanya ni versi moden sebab boleh disemakkan oleh macam-macam.


Aku pernah beberapa kali ditanya " Tak juling ke mata hang coz hari2 ngadap komputer"...ok...meh aku tolong jawabkan seikhlas dan sejujurnya....Sampai saat ni mata aku masih lagi berada dalam kedudukan asal. Dalam fahaman lainnya, sama macam first time aku tgk dunia dulu. Posisi asal masih kekal. So ngadap komputer hari2 bukanlah punca juling. Tapi kalau hang tanya aku " Mata hang ok jer hari2 ngadap komputer tu"...Soalan ni jawapan dia berbeza sikit. Sbb dulu aku tak kelabu asap tgk colour molour ni...Sekarang mmg kureng sikit. Colour yang terang kadang2 aku nampak malap...kalau yang malap sure kelabu asap terus...Jadi ikutlah piawaian yang ditetapkan kalau tak mau jadi macam aku.

Tetiba macam dah tak dak minyak nak goreng...So aku tutup api dulu k....Daaaaaa...

Chiaaawwwww....

Monday, October 25, 2010

• Autoshow @ Autocity, Juru •

Setelah berhari-hari(lebih pada sehari ok) choti2 Mesia, aku kena la balik Penang. Mana tak nyabesok dah Senin. Dah masuk keja balik. Tapi aku rasa macam tak puas nak golek2 atas katil kat kampung ni. Paling tak puas nak atur makanan yang luvly mommy in da world masak. So serbaserbi aku tak puas hati lagi lah. Tapi perasaan ni akan berlaku pada hari aku mewajibkan diri aku pulang ke Penang dari kampung. Kenapa ek???selalu perasan ni akan naik secara melampau2 setiap jam.

Macam hari ni. Planning asal nya aku nak balik pagi. Kalau boleh pepagi buta gitew...tapiiiiiii.....tettttt di pendek apa yang panjang....kul 4.00 baru aku panaskan enjin kereta. Baru panaskan ok...belum masukkan barang...belum buat sesi peluk2, cium2, sayang2 seisi kluarga yang ada time tu la...so tu smua aku sengaja gunakan masa selama 30 minit. Sengaja ok...Ayah dah bising. Yer lah puteri kesayangan dia ni nak balik. So banyak la pesanan penaja tak be'Royalti' di kirimkan bersama. Pesanan pertama yg memang dah biasa sangat asal kuar rumah...."Bawa keta tu slow2 sikit wani. Hang tu kalau bawak tak ingat dah"....ok itu pesanan penaja oleh Best Daddy in Da World ok...Mak lak macam biasa la....bawa keta slow2...makan jgn duk meralit(ni bahasa Utara piaw nye)...sembahyang pon jgn duk ambik yang last2(pesanan ini di bawakan khas oleh mak aku kepada semua anak2nya ok)...naik keta baca2 sama(mean doa n Ayat Kursi)...dan...sampai tepon mak...

4.30 pm /24.10.2010 /Ahad...baru aku gerak dari kampungku jauh nun di sana...ayah serta bondaku...ke Penang...Perjalanan aku memang jauh. Mana taknya nak balik ke Penang aku kena lalaui dua buah Negara(saja nk bg nampak besar sikit)..iaitu Negara Perak n Negara Kedah...Peluang melalui negara org aku tak lepaskan. So aku singgah la Kulim di Negara Kedah Darul Aman dan Tenteram.. Pickup someone there. Aku pon tak tau kemana nk dituju. Plan aku setakat Kulim tu jer. At last aku sampai disini.....

Bukti yang aku sampai kat autoshow tu k....bukti lain cukup la sekadar simpanan peribadi...

Atas tu nyer hiasan, serba serbi aku suka...dan dah jatuh cinta pon...paling admire sarung kusyen tu...aku nak jugakkk....


Walaupon harga emas naik...tapi owner motor ni still bg motor dia pakai emas...merelip merelap lg tu....layan mata boleh la...tp kalau suh aku naik, sumpah tak naik nyer....takut kena keja ngn perompak.

Nice...

Suka aku layan gambar yang colour malour ni...

Dun try dis at hom...kang orang cakap senget n gilos...kalau nak basuh kete basuh lah secara ilmiah...

Ni la wajah2 penyeri show tu...kalau tak de aweks yang cam gini tak meriah la kot...

Layan jer lah gambar yang dah macam album tu ek...aku pon nak layan gak gambar yang belambak-lambak aku snap ni...tapi yang aku buh kat sini kira yg best2 gak ler...So dah tak de idea nak membebel dah...Apapon aku nak wish TENKIU SO MUCH kat 'sum1' yang sudi bawa aku p layan tempat2 camgini. Kalau aku sendiri macam tak kuasa nak p kot...Lain kali bawa lagi yer....

Mak anak mu ini sampai di rumah tepat jam 10.00 mlm. Mandi...Solat...n..melahirkan entry ini secara normal...Laporan lengkap ini telah siap..daaaa.....

Chiawwww.....

Thursday, October 21, 2010

• Congrats to Both of U •


Sebenarnya dah seminggu aku buat entry ni(harini 28.10.2010)...Tapi tak publish2 gak...biar lah lewat janji aku buat gak untuk didedikasikan kepada Adik aku dan bakal adik ipar dia. Bukan apa budak berdua ni baru jer konvo. So Eppy Konvokesyen Day la tuk korang...

Entry ni kiranya kesinambungan cerita ni la....kn aku cakap ada mud aku sambung crita...ni kira mud tgh baik la ni...Ok malas taip panjang2 apakata jom layan gambar dulu...

Majlis Konvokesyen ke-6
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sg. Buloh.

Suasana di dalam dewan PICC, Putrajaya.

Ni la adik aku yang konvo tu...we all proud of u dear...cangrats again...

Nur Hidayah Mahmud (Nursing) & Mohd Faizal Roslan (PKA)

Insan2 yang tak pernah memutuskan doa untuk kejayaan anak tersayang...Best Parent in da World...Semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan keberkatan kepada kedua ibubapaku....

Both of my adiks...Elok lah tu...sorang Jurulatih Bomba...sorang lagi Jururawat bahagian Pembedahan...yang bongsu masih mengintai2 kerjaya yang sesuai...
Adik ngan tunang ia...Mr Aman Roslan...Ni pon orang KKM gak...esk blh ajar anak depa lagu KKM...

Adik n Abang....Aman Roslan & Faizal Roslan...sorang MA sorang PKA...

Buah hati...cinta hati...pengarang jantung saya dan adiks2...Mr. & Mrs. Mahmud...

Ni lah watak2 yang terlibat di hari konvokesyen adik aku....(sedih coz adik bongsu tak leh join kitaorg coz dia tgh exam)
(Faizal, Aman, Dayah, Ayah, Mak, Haku, Jon, Kak Emy, Abg Bulah & Majdi(tak dak dlm gambar pon coz duk kat umah))

Wednesday, October 20, 2010

• S Y O K N Y A C U T I •

Esok aku cuti...2 hari...+ sabtu n ahad...so jadinya aku bercuti selama 4 hari. Lama rasanya tak bercuti secara banyak (melebihi 1 hari adalah banyak bg aku k)...so aku rasa macam terlebih syok plak. Kali ni bukan lah aku bercuti secara membazir (ambik cuti tapi datang opis) coz aku akan ke Putrajaya. Cuti melebihi satu hari adalah cuti secara pukal bagi aku. This time cuti aku adalah untuk adik ku.

Malam ni akan bertolak ke Putrajaya dengan mak + ayah + adik lelaki bagi meraikan konvokesyen adik perempuanku. Majlis diadakan di PICC. So setelah meraikan 2 konvokesyen sebelum ini, mak ayahku akan meraikan konvokesyen ke 3 dari anak kedua mereka. Sebelom ni aku ngn adik lelakiku nya majlis.

Aku malas nak taip pepanjang arini. So akan disambung di en3 akan datang....Daaaaaaaaaaaaaaa....

Chhhiiiaaawwwwww........

Tuesday, October 19, 2010

•19.10.10•

Hari ni otak aku bekerja keras. Aku kena ucap tahniah kat otak aku sbb berjaya menyiapkan design2 akhir untuk Pesta Pulau Pinang 2010. Aku kena siapkan harini sebab esok aku last kerja. Lusa dah cuti. Kalau nak bercuti ngan aman damai aku kenalah siapkan segala kerja2 aku yang still terawang-awang keudara tu. Kalau tak tak de maknenye nak cuti. Design untuk Pesta Pulau Pinang ni kena submit minggu ni gak. So malas atau sengal aku tetap kena siapkan. Alhamdulillah aku dapat siapkan. Mungkin hari ni mud aku bunga-bunga kot.

Kalau cakap pasai kerja memang tak abis slagi diri kau bergelar pekerja bukan? Macam aku pon kadang-kadang cakap kat orang yang aku tak fikir urusan kerja bila balik umah. Satu lagi ayat auta yg slalu aku guna "hal kerja cakap kat ofis...balik rumah tak mau fikir dah"...memang menipu. Tambah2 kalau job urgent, job bermasalah, date line macam gila *bab_* tu...slagi aku tak pejam mata otak aku asyik roling menatang tu jer. Itu aku. Mungkin korang lain. Korang boleh "lupakan yang lain" bila balik umah.

19.10.10....Hepy Besday To You...Semoga dengan peningkatan satu angka pada umur mu itu, doa2 aku buatmu...Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan, dipermudahkan segala urusan duniawi dan ukhrawi. Aku harap agar kehidupanmu juga menjadi lebih baik dari sebelumnya. Dan paling aku harapkan dirimu menemui apa yang dicari selama ini. Mendapat kembali apa yang hilang.AMIN TA RABBAL ALAMIN...

Takde hadiah menarik yang boleh aku berikan. Tetapi sebagai tanda ingatan sempena hari lahirnya, aku just belanja makan. Dan pilihan tempat dan menu aku biar dia tentukan. So semalam juga first time gak la aku jadi mcm krew JJCM...Mana tak nya ke Kg. Pelet mencari Restoran Puncak Mutiara(sebenarnya sumpah aku tak cari pon...dia yang lebih kepada tercari-cari)...Journey yang mcm sedikit scary. Dah macam team Entiti pon ada... Aduhhh!!!...gerun sungguh perjalanan. Nun jauh di dalam kampung. Aku tak dapat nak pastikan keadaan sekeliling jalan nak ke situ. Almaklumlah...first time p...malam gelap lak tu...yang ada hanyalah lampu2 rumah org kampung di kiri dan kanan jalan. Mulut pon semacam ada insurans semalam. Sib baik tak celupar semacam.

Setelah menyusuri denai, melalui jalan curam lagi gelap gelita, benkang-bengkok memang mainan, lubang dan lopak juga santapan(nampak mcm susah bukan? memang sengaja aku mereka-reka cerita. Nak bagi nampak susah baru la betul sampai ke PUNCAK), finally kami sampai la ke puncak seperti yang di hajati. Wawww....big surprise gak la tgk tempat tu. Memang santai gila lah. Dengan view yg ala-ala tropika, memang bley blah n layan abes la tempat tu. Dengan cara makan yang boleh kita pilih so memang layanzzzabes la...pesanan penaja yang aku dapat sebelom p sana...'kalau ujan hang jangan p, sat2 lagi bau kembeng kuat sesangat...takut hang tak tahan...'...

Sebenarnya restoren ni base menu dia kambeng. So tak heran la kalau masuk situ jer aroma pertama yg tersaji ialah pure perfume from TAMBEN TAK MANDI SETAHUN. So faham semerbak mana bau kan. Tapi tak per...sebab tempat dia santai kita boleh abaikan bau perfume original tu. Tapi aku dok potpet2 gak la sebab bau kambeng kuat kat tempat kami duk tu. Ok stop pasal entertain restoran ni...Nak tau lebih2 p klik •SINI•...(Aku tak dibayar komisyen pon ok).


• • • Jom layan gambar . Sebab aku dah malas nk menaip • • •


Ni la antara view di Restoran Puncak Mutiara dalam hutan tu...bestkan...Memang santai gila walaupun sesekali ditusuk bau kambeng yang memang "kaw2nyer".


Ni ABC Giant...serius memang kami makan tapi tak habis-habis...At the end biar jerlah ianya cair melimpah ruah...ini stok makan 4 orang pon blm tentu abis. Tapi kalau semata-mata p makan ABC ni memang la abis kot. Tapi lepas tu kompem kebas mulut 24jam (Auta semata-mata k)

Ni la lauk pauk yang kami ambik. Tapi tak abis pon. Tukang perabih dah overload. So tak mampu nak abiskan lauk pauk tu...

Ni Gulai Ayam Kampong...Serius aku rekemen korang kalau nak makan gulai ni memang tak rugi...Memang lebih pada cukup la rasa rempah ratusnya. Dan paling penting ayam kampong dia lembut gila. Dah macam ayam bandar rasanya. Aku yang bukan kaki gulai ni pon boleh layan gulai ni. Kira power rengers la tu kan.
Haaaa....yang ni Cendawan Special la kot kat sini. Sebab tu dia diberi peluang membawa nama Mutiara kat Belakang nama dia....So jadilah Cendawan Mutiara. Kalau nak ikutkan tak de ape yang pelik pon kat cendawan ni. Sama jer macam cendawan kat atas kayu dalam hutan dan bila time ujan kembang tak hengat orang lain tu...Masakan pon biasa jer...celop tepong. Macam mak aku penah buat time die rajin2...Makan lak time ujan memang best. Tapi satu yang blh aku cakap cendawan ni rasa manis n fresh. tu jer....

Ok...Last skali acara potong kek secara suka-suki...bukan apa tak best la kalau celebrate besday tak de kek. Macam tak meriah bukan. Walaupon orang yang disambut tu bkn kategori KANAKKANAKMUDAREMAJA tapi tak salah ada main-main potong kek ni. Biar dia rasa macam malu-malu tucen skit kan....so wish u HEPPY BESDAY again....

Dah abis cerita...esok2 lak k...daaaaaa...

Chiaaawwww.....

Sunday, October 17, 2010

For The Rest Of My Life

I praise Allah for sending
me you my love
You found me home and
sail with me
And i'm here with you
Now let me let you know

You've opened my heart
I was always thingking that love
was wrong
But everything was changed
when you come along

And theres a couple words i want
to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side
honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you
Loving you...

For the rest of my life
Thru days and nite
I'll thank Allah for open my eyes
Now end forever...I'll be there
For you...

I know that deep in my heart
I feel so blessed when i think of you
And i ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend
and my strength

And i pray we're together eternally
Now i find my self i feel so strong
Everything changed when you
come along...

And theres a couple word i want
to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side
honest and true...


Hari Sukat Jalan...

Aku boleh declare yang harini(16.10.10) hari aku sukat jalan sungguh...mana taknya dari siang sampai malam jalan sungguh. Kalau aku memerap dalam rumah memang terperap habis. Tapi kalau dah kluar macam ni la jadinya. Slagi tak malam tak reti nak balik. Tambah-tambah ada geng lak. Memang menjadilah. Hari ni adik haku ngn tunang dia pun sama naik ngn aku. Acctually aku yang menumpang xtvt diaorang. Tapi pada mulanya je lah. Pastu aku lak jadi organizer...Hahaha...LOL...

Semalam lagi luvly sis dah plan nak p wedding kawan dia. Katanya kat Sg. Petani. Dia ajak aku tapi mcm biasa la aku bukan nak bagi keputusan awal2. So wat dun no la...Dalam2 wat bodo jer dan lagi dia bagi aku tugas...1) iron baju dia (bley blah...aku mmg tak suka iron baju kalau neuron iron dlm badan tak positive..see aku buat kerja ikut mud k...macam makan gak...tak de mud makan dlm diri aku tak makan dengan slumbernya ok.)...Tugasan kedua Joyah ni bagi kat aku..."Kak tolong belikan hadiah...Dayah takut tak dan nak p beli la..."aku mmg dah tau dia takkan dan nya.Mana la nak dan kalau balik kerja kul 2.00 ptg pastu siap2 nak p kenduri.

So tugasan kedua aku suka. So maksudnya aku ada mud la kan. Ermmm...benda2 macam ni alwizz build my mud k...so istilah lainnya aku tak pernah tak de mud kalau nak klebek menatang2 hadiah ni...Akak suka nyah...Opppsss ni apahal aku crita pasai tugasa la hadiah la...okkk stoppp bab ni...back to niat asal entry...

So finally d'cite nk ikot adik aku p SP. Bila aku cakap 'ok nak ikot'...wahhh planing sudah tukar sey...tetiba ayat baru kuar lak...'kak kita p tunang member Dayah skali'...Huh aku rasa mcm planning depa ni akan berubah-ubah ikot suka jantung depa jer. So aku kena la layanzzzzz jer...

Planing awal nk p SP dulu. Tapi aku suggest p majlis tunang dulu. Coz majlis kat Penanti. Jam pon dah kat kul 3. Reason y p majlis tunang dulu method aku mana ada org p majlis tunang lambat2. Lg satu tunang mana wat tempoh makan lama2. See how u can get advantage when u planing with reason....Dengan reason aku yang badjet kukuh tu minah n manmat ni pon setuju...Pastu baru p SP untuk majlis kawin lak...

Dalam keadaan sedar, kami sampai umah kenduri kul 5.00 ptg. Ingat majlis dah gulung khemah(ada ker gulung khemah)...rupa-rupanya tak...still macam kul 3 nya majlis...Masih ada yang baru datang n tangah makan...tak kurang gak yag duk tunggu nasi turun ke perut sambil nyembang. So dengan lengang mak limah lengang kami pon wat muka tak malu bertegur sapa ngn tuan umah. Badjet VIP la tu...datang lewat ngan hadiah besar leh kipas la tuan umah. So lps jumpa bride n groom apa tunggu lagi makan la...makanan not bad...licin gak la pinggan hakuuuu dan rombongan cek kiah ku...

Balik SP singgah umah makcik kat Tasek Gelugor. Rindu bangat sama gurlzfwen n boyfwen aku disitu...Lalu jer dah nmpk diaorg duk main tepi umah n depan jalan. Haihhhh...bahaya jer aku tgk...Boleh jer senang kena kidnap. Nauzubillah...Lindungilah si tecik tu smua...Lepak jap sembang ngn cousin aku...Kul 6 dkt kul 7 baru gerak balik Seberang Jaya....ok...Cakap nak balik Sbrg Jaya tapi tak pun singgah E-Hantaran Perda. Buat apa kat situ la agaknya kan...

Ok nama pun E-hantara. Sure ada kaintan ngn kawin2 kan. Tapi perlu diinformkan bkn aku yang terlibat secara tidak lansung. Tapi luvly sis la. Alang2 dua2 dah ada aritu, tu yg aku ajak depa p tgk apa2 yang patut....tengok jer ok...ala window shoping la...Ok di'cut'kan cerita...ada la depa tebekenan dua tiga menantang...siap nak booking...tp bila aku remaind just datang nak tengok so diaorang 'i followwwwwwwwwwwww' jer lah. Ok asyik jalan2 jer...Bila masa u orang solat ha...ok jom balik umah solat dulu...

Lepas maghrib kluar lagi p AtoZ lak. Still layannnnzzz mata tengok2 apa2 yang blh di'grab' kemudian hari...ok shortlisted telah dibuat...Next taime datang sure tolak troli macam org lain gak. Semalam mcm pelik jer masuk lengang kluar kompem la lengang gak kn. Ok next time nekad nk tolak troli gak walaupon tak de apa nak beli. Nak juga...Tak kira...

Jalan dan jalan dan jalan. Tak lapar ker...Uitttttssss....dah banyak energy digunakan ok...so bayak gak kalori dah terbakar. So of coz need more energy...But how...Makan k...Makan mean kalori...kalori mean energy...so dun scare to eat k...Jadi tanpa memikirkn apa2 kami d'cite nak mkn chop2...lama dah tak melantak unsur2 chop ni...tempat pilihan Taman Robina, Teluk Ayaq Tawaq...

Aku makan chiken chop. Adik aku ngn tunang dia mkn chiken grill(depa budget dpt kurangkan kolestrol)...Makanan dah sampai dalam keadaan lambat. Lepas makan resultnya tak sedap. So really frust...Skrg dah kul 11.45 mlm...Kalau mak tau anak dara dia still kat luaq tak gheti balik umah mesti mak marah. Ok sebelum mak marah jom kita balik....Balik sekarang.....Balikkkkk........

Tamat.....The End.....

Chiaaaawwwww.........

Friday, October 15, 2010

Malam Yang Bosan Kini Macam Segar...

Wahhh dah lama aku tak melawat rumahku ini...ianya dibiarkan usang dan dipenuhi sawang...Hakikatnya aku merinduinya...My Blog kini ku kembali...

Sebenarnya dah lama aku bercatur-catur nak updet blog ni...rasa mcm banyak sangat cerita terpendan di tahun 2010 ni. Dek kerana kelalaian aku memunafaat masa dengan sepandai-pandai manusia, maka aku rasa macam tak cukup masa jer nak menaip kat sini. Tapi sumpah aku tak tipu (mak selalu pesan jgn main sesumpah...nnt kena gigit) beribu-ribu saat aku buang macam tu ja tanpa guna dengan baik. Macam buang duit kat mall beli benda tak berpekdah. Atau beli kasut bling-bling warna GOLD yg nampak cantik tapi sampai harini tak pakai...membazir bukan...

Ok...aku tak mau cakap bukan2. Nak guna masa yg mud baik ni dengan suksessnya. Tahun 2010 ni ada beberapa perubahan dalam hidup aku. Yang negativ dan dukacita aku jadikan pengajaran. Dalam masa yang sama Allah tetap memberi 2010 aku dengan positif dan sukacita. Yang ni akan ku jadikankn pedoman bagi lebih berjaya dalam future aku.

Sebagai mukadimah atau kembali membersihkan sawang ni aku hanya nak dapatkan mud mengarang terlebih dahulu...So aku rasa enuf untuk cucian malam ni. Setidak-tidaknya kebosanan aku malam ni dah segar...Esok akan ku cuba memberanakkan entry lagi...so now masa untuk terapi badan...daaaaaaa....

Chiaaaawwwwwwwwww........