Thursday, June 28, 2012

Love Story - Part 1

Manusia hanya mampu merancang, Allah SWT yang akan menentukannya. Setiap yang berlaku semua atas Qada' & QadarNya. Dah macam tazkirah la plak mukadimmah ni kan.

Sebenarnya lately ni aku selalu teringat hasrat-hasrat dan impian aku yang dah terlaksana dan masih terbengkalai. Ye lah orang yang semangat tak berapa nak berkobar-kobar macam aku ni of coz buat sesuatu ikut suka hati aku time tu je kan. Bukan nak all out sangat pon. So no wonder lah kalau ada lagi benda yang terbengkalai dalam wishlist kehidupan aku.

Pernah tak korang berimpian yang pada hakikatnya korang tak pernah berusaha ke arah impian tu? Huhhh....apa punya soalan pon aku tak tau ni. Ok2, baca sampai habis en3 ni kompem paham punya apa yang cuba aku mengarutkan ni.

Aku selalu juga baca novel2 cintan cintun ni. So kadang2 tanpa sangka aku juga rasa macam nak jer perjalanan hidup aku ni macam dalam novel. Tapi aku sedar yang dunia dalam novel tu fenomena dia direka cipta oleh manusia. So manusia boleh creat jalan cerita yang indah2 supaya pembaca puas dan hepi. Tapi realiti kehidupan penuh dengan kejutan dan ketidak sangkaan. Hanya aturan Allah sebaik2 jalan cerita untuk kehidupan manusia.

Entry kali ni just aku nak abadikan apa yang aku rasa dalam blog ni supaya suatu hari nanti orang2 yang terlibat secara langsung dengan jalan cerita ni dapat membacanya.

Alkisahnya.....

Aku tak pernah mengharapkan yang aku akan berkahwin dengan orang yang tak pernah bercinta dengan aku. Tak pernah terfikir aku akan menerima seseorang tanpa aku ada perasaan terhadapnya. Tak terlintas nak berkahwin dengan orang yang ada kaitan dengan zaman remaja aku dulu. Tak terduga yang akan bertemu jodoh dengan orang yang familinya ada friendship dengan parents aku. Tak sangka aku akan melayari hari2 mendatang aku dengan orang yang sentiasa mengikuti kembang kucup(rasa mcm kembang jer lebih kucup nya hanya khayalan) aku dulu kini dan insyaAllah selama-lamanya. Semua itu di luar jangkaan naluri kemanusiaan aku.

Tapi aku pernah berangan-angan alangkah bagusnya kalau aku juga tergolong dalam orang2 yang mendapat cinta selepas berkahwin. 'Love after married'...

Alhamdulillah, impian aku sudah hampir menjadi reali. Kini aku bakal dan akan masuk ke dalam golongan itu.

Pada zahirnya nampak aku macam ok dengan apa yang aku lalui sekarang ni. Mungkin perwatakan aku yang 24 jam epy go lucky ni, orang tak nampak segala kegusaran, keraguan & kerisauan aku. Allah SWT saja lah yang tau gelodak jiwaku saat mengira detik waktu ini.

Yang pasti aku kini sedang dan masih berlajar menerima kenyataan hidup yang dah Allah aturkan terbaik buat aku. Bukan mudah sebenarnya nak melalui dan menerima bila sesuatu yang tak pernah kita impikan.

Tetapi sesungguhnya hari demi hari aku lalui kini, terasa bahang-bahang bahagia yang sedang menanti. Belajar menerima, meghormati, meghargai dan cuba menyayangi dan mengasihi. Rasa bahagia dan puas bila semua yang kita pelajari menampakkan hasil yang positive. Cuma yang tinggal belajar mencintai bila sampai waktunya nanti.

Permulaan 'kami'


"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya
telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku,
dekatkanlah dia padaku, satukan
hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi.
Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih,
seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang
Engkau kehendaki."

~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~


On My E-Day...

Terima Kasih Ya Allah di atas kegembiraan ini. Moga Enkau kakalkan kebahagiaan ini selama-lamanya di dunia & akhirat.

Thursday, June 14, 2012

Sukanya hati

Al kisahnya berlaku beberapa hari lepas. Tapi harini br nak hupdet. Ceriteranya bermula bila aku memang tak bley blah. Status dia bunyi ala2 macam gini la..

...kalau kat Universiti ada subject Facebook, Twitter, Instagram dan sewaktu dengannya....kompom ramai ramai lulus dengan cemerlang...

Ermmm...agak2 korang la kan lulus level mana yang paling ramai??? Tak salah kalau aku letak A+(4.00) paling ramai orang skor. Mana taknya aku tengok menatang sosial network ni dah jadi macam fenomena dah sekarang ni. Kalau orang tu cakap dia tak de apa2 akaun sosial network aku rasa macam 'sumtin' dengan orang tu. Woiii agak-agak la kot ye pon tak bersosial tak kan satu email pon ko tak de. Kompem bohong kan.

Kat opis sekarang ni pon setiap staff dah ada email sendiri mean yang register under company. So tak kan la dia tak de nafsu nak jumpa pakcik Google, makcik Yahoo, atuk Gmail dan sedara maranya. Ok2, mugkin antara kita masih ada yang belum celik IT kn. Tapi ini kan satu fenomena. So aku rasa tak salah kalau aku katakan hampir setiap individu tanpa sempadan usia yang ada akaun sosial network sendiri kan.

Mugkin dulu aku agak finatik dalam melayari tenet ni. Tapi bila usia dah meninggkat ni aku dah macam tak kisah sangat benda2 ni. Semua akaun pon aku dah pernah ada. Cumanya hari2 buka atau tak je lah. Maybe ada akaun yang dah tak aktif pon. Kalau dulu macam wajib je hari kena ngadap. Tapi sekarang ni bila terigin je lah baru aku ngadap. Agaknya sebab kerja hakiki aku pon menuntut aku berhubung dengan pakcik Google dan sedara maranya. So aku macam dah bosan la kot.

Back tu status yang member aku post kat wall FB dia tu, aku rasa dia pon duk buat pengamatan la tu. Ye lah bebudak kecik pon bukan main pandai lagi ber'muka buku'. Siap pandai dunload n upload bagai. Pastu pandai dah men google2 nak dapat apa2 info. Pastu nak tengok movie or layan lagu kat YouTube. Aku rasa kadang2 bebudak tecik ni lagi advance daripada kakak, abang, mak n ayah diaorang.

So pas ni universiti2 seantero dunia mungkin boleh wujudkan subject baru base on sosial network yang macam tiada penghujung ni. Aku tak band semua ni. Cuma aku rasa kalau kita bijak memunafaatkannya untuk kebaikan ia memang mengguntungkan kita. Tapi jika sebaliknya yang berlaku memang hancus la.

Tak semua rangkaian sosial tak bagus. Seiring dengan zaman IT sekarang ni, smua maklumat dihujung jari. Itu maksudnya kita memerlukan rankaian2 ini untuk menjadi perantara perhubungan dan komunikasi kita. Jadi kepada adek2 kat luar sana xpecially yang masih bersekolah jangan menyalahgunakan kemudahan teknologi yang telah dicipta bagi memudahkan kita semua. Sebab dalam alam maya yang tanpa sempadan ini, kita sendiri lah yang kena pandai2 bawa diri. Kalau kita lalai kita akan hanyut. Ini kerana bila kita berada di jaringan dunia tanpa sempadan, kita akan disajikan dengan pelbagai sajian. Tepat pilihan sajian kita sedaplah yang kita dapat.

So, kesimpulanya, zaman sekarang ni jangan nak buat muka pelik bila tengok ramai bebudak bawah umur keluar masuk CC, baby 6 bulan layan citer katun kat YouTube, kanak 3 tahun usung iPad(sendiri punya), iPhone(makbapak punya), Tab(abang n kakakpunya) untuk main game. Tu dah jadi kebiasaan zaman sekarang ni.

So, meh la kita pon sama2 jadi pencelik IT supaya kita tidak ketinggalan bersama-sama pembuta IT.

Wednesday, June 13, 2012

Ahlan Wa Sahlan

Sebenarnya dah bebulan aku nak wat entry ni. Tapi apakan daya asyik terbengkalai jer. So hari ni aku nekad nak post entry ni. Semoga berjaya untuk aku.
Alkisahnya aku just nak introduce our new team member. Yeyyyy... finally team bola jaring menang. Ermmm...macam propa jer starting ni kan. Ok2. Baca sampai habis baru tau ini bukan propa punya crita.
19 April mak lahir ke dunia. 19 Januari kelahiran putri kesayangan mak ayah aku. Aku la tu. Bara jer adek2 baca. Hangpa pon mak ayah sayang gak. Cuma disebabkan kakak hangpa ni anak sulung hampa semua kena la redha kalau dia dapat kelebihan sikit(sebenarnya banyak sangat). Ermmmm...agak kenapa la dengan 19 haribulan ek?
19 Mac 2012 seorang lagi ahli keluarga baru dilahirkan. So nampak hebatnya kuasa 19 dalam family aku. So yang paling hepy skali tentu lah aku. Alhamdulillah Allah makbulkan permintaan aku. Dah la yang lahir ni gegirl. So memang geng habis la kitaorang. Ni merupakan puteri sulung adikku ngan asben dia.
Sehari sebelum adek aku deliver, kitaorang sempat merayau ke Balik Pulau. Asal planning nak p USM je tengok adek aku nombor tiga lawan bola. Bukannya Liga Malaysia mahu pon Presiden. Cuma Liga BOMBA se-Malaysia jer. Tapi ok what? Dapat gak wakil negeri kelahiran. Hehehehe...Sajer la kitaorangsebagai kakak kesayangan ni nak bagi moral support. Walaupon hakikatnya tak perlu bagi pon dia memang dah main sampai nak tercabut lutut2. Cuma kali ni dah main kat Penang so kami pon p la tengok. Sebenarnya aku ada motif lain nak p tengok bola aritu. Cuma tak boleh la nak share kat sini demi menjaga hati dan perasaan orang lain. Hahaha....(gelah jahat)....So adek2 aku kalau dah baca entry ni kunci mulut rapat2 k.
Berbalik pada cerita asal, hari yang kami p USM tu, alang2 dah ke seberang berTOLkan 7 hinggit lebih, baik kami merayau sepuas-puasnya. Walau pon dalam masa yang sama baby dalam pewot adek aku tu bila2 jer boleh tengok dunia. Time otw p Balik Pulau nak makan Laksa Pokok Janggus tu, aku siap bet ngan adek aku yang bomba tu lagi konon2 si baby akan beranak ikut DOB kitaorang. Adek aku yang preggy tu redha jer lah bila kita orang duk fight kat blakang. Mana tak nya DOB dia dah leps. Nak tunggu asben dia macam terlampau lambat. So harapan aku ngn adek aku yang nombor tiga memang tinggi. 19hb aku nya date. Dia lak 20hb. So dua date tu memang berisiko.
18hb adek ipar aku call cakap nak antar wife dia p sepital coz dah tanda2. Aku 1st skali check kalender nak tgk date. Siot kan. Pastu p ospital yang depan umah aku jer jauhnya. Mula2 masuk labour room tu adek aku ckp mungkin lagi beberapa jam kot dia besalin. Coz bukaan pon dah 5cm. Time tu kul 8 lebih rasanya. Aku macam frust la sikit dengar. Tunggu punya tunggu rupa2nya bukaan tu sampai 5cm jer yang cepat. Nak p ke next cm tu berejam2 lamanya.
Finally, kul 12 am lebih baby pon lahir secara normal. Maka dapat la dia tarikh kelahiran 19hb. Sama dengan ibu ngn opad dia. Adek ipar aku siap cakap 'mesti kak wani ngn mak syok kan?'...jawapan aku pastinya 'of coz la.....(hati bunga2 time tu)'. Setengah jam gak la tunggu kat depan pintu tu nak tengok baby. Pastu adek aku nya sister kluar bagi tau semuanya ok. Ooooooo lupa bagi tau adekku nurse kat Sepital Sbrg Jaya tu. So ada la sikit advantage. Sampai kan yang sambut baby pon sister dia. Pendek kata orang2 pilihan hati dia la yang incharge dia time nak beranak tu.
Ni la rupa si comel fresh from oven lg ni. Kuar jer dah bijak sisster tu cakap. Aku pon tak tau camana dia nampak. Tapi setelah 3 bulan bersama memang aku boleh klasifikasikan sebagai baby bijak n cepat catch dengan persekitaran dia.


Aina Nur Afrina Binti Rozzaman
Yeyyy...entry ni dah boleh publish....tahniah untuk kejaya aku....

Luahan Perasaan

Kerajinan aku semakin berkurangan kebelakangan ini. Mungkin sebab busy yang agak melampau kot. Kerja kat opis memang tak banyak tapi yang ada skrg ni dah cukup buat aku stress. Tapi smua tu aku tak boleh nak elak. Kena lalui jugak.

Yang buat aku stress bukan nya aku tak pandai or tak boleh nak buat kerja2 tu. Tapi cekadak pelanggan  yang buat aku jadi tak dak hati nak siap kan kerja2 depa. Mana tak nya janji nak bg bahan tak ikut 'time frame' yg aku dah tetapkan. Bila anta untuk 'pruff' ambik masa mcm diaorang yang nak buat design. Sakit jiwa aku macam ni. Bila diaorg antar je 'pruff' untuk aku baiki smula mesti nak cepat2. Apa ingat aku buat job korang je ker.

Satu Pulau Pinang ok kitaorg cover. So ko tolong guna otak ko sikit pon jadi lah, tolong fikir brapa byk jabatan kerajaan dan badan koprat di bawah kerajaan yang anta job untuk disiapkan. So prihatin lah sikit. Klau dah tau kesalahan tu daripada korang jgn nk macam2 songeh pas tu. Aku tau la kerja aku. Kalau korang tak byk cekadak sure punya aku blh siapkan kerja korang tu lbh awal dr jangkaan korang. Sbb kerja aku ni kepantasan berkerja ikut mud aku. Baik mud aku haritu siap lh byk kerja. Down mud aku haritusilap2 haribulan satu kerja pon tak siap.

Dan lagi satu alasan yang aku tak bley blah bila bg kat aku ayat mcm ni :

1) ....'sory la yer. blh tak buat cepat sikit. sy takut BOS saya tanya. Dia dah bagi kat sy lama. Saya yang peram (buat pengkasam nak mkn bulan pose(ni aku yg tambah).

2) Agak2 bila blh sy dpt layout / design yg sy bg arini yer. Bos sy dh suruh lama dh anta kat sini. Sy lupa. Lalu depan ni byk kali dah (kompem p JUSCO Seberang Perai City).

3) Saya dah anta tempat lain sblm ni. Smua pun tak boleh nak buat.(kalau aku ada kuasa menolak pon aku tak nk buat. Sbb tak berbaloi dgn harga). So last skali bos suruh anta sini.(byk cantek ko punya bos. tempat lain dah reject br nak cari kitaorg)

So kesimpulannya, kalau kerja yang ada kaitan dengan servis untuk goment ni mmg naseb la. Asyik jadi pak sanggup je. Terpaksa la aku ikut rentak.  

meja aku time entry ni di taip.


Tuesday, June 5, 2012

1 Jun 1945


Tarikh yang wajib aku ingati. Begitu gak dgn adek-adek comey ku. Apa yg penting sgt dengan date ni???? Ok,  67 tahun yang lampau pada tarikh tersebut lahirlah seorang umat Nabi Muhammad SAW yang diberi nama Mahmud. Sapa plak Mahmud tu???Ok2..beliau adalah kekasih hatiku dunia dan akhirat. So nampak kenapa aku wajib mengingati tarikh tersebut. Sebab born day kekasih hatiku.

Sempena Ulang Tahun Kelahiran Kekasih Hatiku yg ke 67 tahun, aku terus-terusan mendoakan agar beliau sentiasa dalam limpahan rahmat Allah SWT, serta mendapat redha dan barakah jua olehNya. Semoga sentiasa sihat walau pun sedikit kesakitan kadangkala menjelma, dimurahkan rezeki yang halal walaupn tidak seberapa, dipanjangkan usia bagi menambahkan bekalan keakhirat walau pn hakikatnya usia tidak kekal selamanya.

Tak pernah aku merubah hati dan perasaannya selama-lamanya buat insan yang paling penting dalam hidupku adalah seorang yang bergelar "AYAH". Dah tau kan sapa yang penting dalam hidup ku kan. Kalau ibu ratu hatiku...Ayah pula raja hati ku. So "Sayang u jgn nak jelous if u bkn lh kekasih hatiku yang sebenar, i just nak jg hati u je bila i ckp u lah segalanya..."(hahahaaaaa kompem meter kasihsayang aku ngn incik tunang merudum jatuh ngn statement ni kan????)

Birthday ayah tahun ni agak special coz kami buat kezutan yang ayah lansung tak prejudis dan syak wasangka. Hahahaaaa jauh sungguh kami bawa ayah tanpa ayah diinject ubat pelali. So maksudnya ayah sedar hokkey. Siap rela hati di bawa kemana saja. Kebetulan adek kecik ku ada interview 31hb Mei, apalagi sambil peram pekasam goreng je la terus. Nahhhh sekarang ayah telah di bawa lari ke pulau. Ayah sudah jadi pakcik pulau miggu ni. Mana taknya dari Pulau Pinang ke Pulau Pangkor. So nampak 2 pulau sekaligus ayah di kidnap oleh anak2 sendiri. Tapi kami tak minta wang tebusan pon. Yang kami minta lebihan kasih sayang jer..

Yang pasti tiada sepotong kek apalagi sebijik kek yang kami persembahkan untuk ayah. Yang ada hanyalah 2 meja makan yang digabung menjadi satu untuk menampung 8 orang dewasa n seorang bayi yang baru 2 bln setengah dilahirkan. Di atas meja tersebut dipenuhi dengan ketam n udang yang besau punya saiznya. So kami sekeluarga makan dengan hepinya sampai overdose tahap kekenyangan tu.  So besday ayah di rai ala2 santai makan malam seisi kluarga gitu.

Jangan cakap aku ngn adek2 aku kedekut ke hapa ke sebab tak beli kek besday untuk ayah. Tapi paham sangat kami dengan sikap kesederhanaan ayah itu. Pada ayah bukan sambutan yang didambakan. tetapi pengisian yang bermunafaat disamping keberkatan sudah cukup buat dia hepi. Kata ayah dia lebih hepi kalau duduk dgn anak2 dalam suasana harmoni. So setiap seiisi keluarga tak buat spoil mud ayah semalam. Ayah hepi kami lagi hepi.

Selamat Ulang tahun Kelahiran Ayah. Semoga ayah sentiasa disayangi Allah SWT di dunia dan akhirat. Paling penting ayah akan terus tabah mengharungi gangguan anasir2 tak berperasaan dan dapat menangani setiap ujian Allah dengan redha dan sentiasa berlapang dada dengannya.


Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ayah!!!

Tuesday, May 29, 2012

HP...

Setelah tiada kelapangan yang luar biasa, maka hari ini aku free2 kan masa aku nak bercucuk tanam. Sebenarnya aku nak buat luahan perasaan hari ni. Taaadaaaaa..........Sekarang aku sudah punya pacar baru. Wahhhh...kelassss kau maria...brani lak canang pasal pacar baru disini. Kang kecoh sekampung cakap kau curang.

Tapi tak pe...Aeman tak kesahhh...

Walau pun hati aku tak lah seikhlas berpacaran dgn pacar baru ini, tapi demi tuntutan tugasan harian aku sunyum redha je lah. Mana tak nya, selama berbulan2 aku menunggu pengganti baru setelah aku di kecewakan oleh buahati lama, makanya pertengahan bulan Mac haritu aku pn dh dapat pengganti. Ermm org kalau dpt buahati baru mesti suka hati. Bukan main berTENGGO sakan kan????Tapi napa aku tak de rasa mcm tu ek????


Ok meh la aku tunjuk muka boipren baru aku...HP ZR2440w love wif Z210



Ok la kan. Daripada takde pengganti. Almaklumlah almost 5 years aku bersama buahati lama. Jadi masih segar di pikiran aku tentang advantage dia kalau nak di bandingkan dgn yan baru ni. Memang selalu orang tua2 cakap sesungguhnya yang baru itu lebih baik dari yang lama. Tapi dalam kes aku ni mcm tak leh pakai je statement tu. Mana taknya beru sehari bersama dah cukup buat kepala aku sakit dua hari. Macamana la aku nak pecaya cakap orang tua2 tu.

So, meh la layan monitor yang ala2 multi ni. Boleh senget2 lak monitor tu. Tapi logik akal ada ker designer macam aku ni nak buat design dengan monitor senget benget tu kan. Kalau aku memang tak lah. Tapi designer lain aku tak tau lah. Mungkin dengan senget monitor boleh dapat effect graphic yang lagi kebaBOOOMMM kot.



Satu benda yang aku boleh cakap model ni best adalah skrin dia. Memang besaq. Pueh hati lo kalau nak nengok YouTube tu. Hahaha...bukan pueh nengok design yer.

Back side mcm ni la rupanya.

Ntah mungkin nak ambik hati aku ke apa tak tau la, siap bagi skali dengan Back-UPS Pro 900. Siap colour itam gak tu. Macam tau2 jer HQ ni yang aku memang pencinta colour itam.

Ni la benda tu. Canggih la daripada yang aku guna sebelum ni. Siap ada alarm lagi kalau power dia ada gangguan. So aku alert la sikit kalau dia bunyi. Apa pon i-Mac juga lah yang menawan hati aku kalau dalam duni graphic design ni. Sebagai pekerja bawahan aku redha dalam terpaksa jer lah menggunakan apa saja yang disedia kan oleh syarikat. 

Yang penting lepas ni tak yah la aku nak mengemis lagi minta pinjam PC orang kalau nak siapkan kerja. Syarikat dah bayar utuk nilai RM13200 untuk beli PC ni. So aku kena la hargai. Tenkiu bos coz mempercepatkan pembelian walaupon tak memenuhi impian ku.

Sekarang aku dah kembali bersemangat nak buat kerja laju2 supaya tak de yang pending.

Thursday, April 19, 2012

Sembilan Belas April


Ya Allah ku bermohon padaMu moga dapat memakbulkan permintaan ku yang kerdil lagi hina disisiMu ini agar dapat :-

* Meminjamkan kesihatan yang baik buat ibuku bagi memudahkan dia beribadat kepadaMu
* Murahkan rezeki ibuku agar dapat dia menggunakan rezeki pemberianMu itu ke jalan yang diredhai olehMu
* Panjangkan usia ibuku moga dia dapat memperbanyakkan ibabat untukMu.

Sesungguhnya Ya Allah...

* Kesihatan yang baik untuk ibuku adalah kegembiraanku
* Murahnya rezeki ibuku kekenyangan buatku
* Panjangnya usia ibuku kenikmatan hidup buatku.

Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang...

Jadikanlah hari-hari mendatang ibuku adalah hari yang lebih baik dari hari-hari yang ditinggalkannya.
Tabah lah hatinya dalam menempuh segala ujian dariMu.
Kuatkan lah Imannya dalam segala godaan dunia.
Luhurkan hatinya moga mendapat tempat dan rahmat disisiMu.

Sesungguhnya Ya Allah...

Tiada hadiah yang paling istimewa buat seorang ibu seperti ibuku Ya Alllah melainkan melihat kejayaan, merasai kegembiraan dan mendapat doa dari anak-anaknya. Kau kurniakan lah kepadaku dan adik-adikku kejayaan dan kegembiraan dalam kehidupan. Kau jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah sebagai hadiah terbaik buat ibuku. Amin Ya Rabbal A'Lamin...


Semoga dengan peningkatan usia ini ianya akan semakin mendekatkan diri emak dengan Maha Pencipta.



Selamat menyambut ulang tahun kelahiran untuk emakku tersayang.
19 April 2012

Saturday, February 11, 2012

Sabtu yang malas....

.....epy oliday...Aku yg tak brapa nk oliday sejak beberapa minggu ni. Asyik kena masuk opis jer siapkn keje2 yg still pending. Tapi tak pe lah. Hati kena ikhlas bila buat keje. So tak leh nk komplen byk2...

Now Febuary dh pon di pertengahan. Sekejap jer masa berlalu. Aku rasa thn 2012 ni mmg cepat secepatnya time is running...Pening kepala aku dibuatnya. Byk benda nak kena fikirkan, siapkan, planningkan, uruskan...Ya Allah permudahkan lah segalanya.

Ermmm...semenjak ada hobi baru ni, aku dah memang jarang kuar merayau tak tentu pasal. Mana tak nya aku sekarang tgh addict menjahit. Smua benda yg blh di jahit aku akn ambik kesempatan menjahit. Nanti hasil kerja aku dah siap sepenuhnya aku akan share kat blo9g aku ni. Bukan nak menunjuk2 tapi sekadar mengabdikan kenangan dengan hasil kerja sulung ku...

Aku sebenarnya kena p opis petang ni. So sblm aku melambatkan kepergian aku ke opis baik aku stop buat karangan mengarut aku ni sekarang. Yes now......so aku nk p mandi dl...pastu siap2 g opis.....byeeeeee2......

Friday, January 13, 2012

Touching sesangat...

Tanpa sedar, Januari berlalu selama 13 hari. Apa yang dah kita capai dalam 13 hari ini. Ermmm aku rasa masih ada yg duk rencanakan planning 2012 mereka tak abes2 lg kan...Aku juga dalam memperkemaskini apa yg patut aku buat 2012 ni. Banyak menda yg aku planning. Ntahlah...harap smuanya berjalan ngn lancar. Sebenarnya entry hari ni aku nak abadikan kenangan aku bersama sesuatu....so moh layan...

Dari ujung tahun lepas sampai harini kerja aku kat opis tak surut2 lagi. Bertambah ada la. So opening 2012 ni aku byk terlibat ngn kerjaya. Yang lain aku tak nampak lagi. Pagi petang siang malam kepala otak aku ni duk pikir kerja2 yang pending untuk di siapkan keesokan harinya. Dah hampir 6 bln aku berpisah ngn cinta hati aku. 5 tahun menyulam kasih...akhirnya dia pergi meninggalkan aku tanpa sempat meninggalkan pesanan...Huhhh...Sedih gila siottt...ermmmm ni bila ayat aku cam gini ni kompem org ingat aku berpisah ngn boypren atau pakwe kan????....sory ok...yg aku maksudkan ni ada......................Tadaaaaaaaaa....


Mac kesayangan ku....G5

Kini hanya tggl kenangan. Hantar p HQ utk baiki lastly HQ ckp rosak terus. Nasib baik semua data masih sempat n boleh dicopy. Huhuhuhuuu....kini kerja harianku sedikit terganggu dek kerana terpaksa menggunakan PC biasa. Dah hampir 7 tahun aku tak buat design pakai PC. Bila nak start balik ni mcm terkial2 lak. Ngada sungguh aku kan...Tapi sumpah aku jd tak biasa bila buat kerja guna PC. Shortcut PC smua aku dh lupa. Bila buat merapu jer aku tekan kat keyboard tu. Kesian kat aku...

Sekarang ni dah masuk 3 bulan lebih aku mendampingi PC. Sungguh lemah gemalai hasil kerja ku. Semangat kerjaku jua pergi bersama G5 aku. Agaknya bila la iMac aku tu akan diganti. Permohonan dah buat since G5 aku tu gelong lg. Aku hanya request...Yang nak pruf HQ...yang nak sokong beli bos aku...aku bkn request apa yg tak mampu company sediakan...so ni la model yg aku request...

iMac...harga pon tak mahal sangat..RM 3799...Ni kira latest patern la. Yang ni tak dak CPU. So mmg jimat ruang..Smua urat saraf dia duk dlm Monitor...Mcmni...
imac-2011-hardware
Namun...angan2ku tak kesampaian...impian ku tak tercapai bila pagi tadi bos dah bg tau keputusan drpd HQ...Start thn ni PNMB dah tak kan buat pembelian model Apple....Aku pon tak brapa jelas dgn alasan yang diberikan...Tapi yang aku musykil bos cakap MD suggest pakai model PC biasa ngn windows saja. Bila aku tanya cost yang PC ni brapa? Slumber jer bos jawab...'MD ckp RM8k lebih2 jer'...fuhhhh....mengong sekejap aku...yang aku request RM3k lebih tak lulus...tp nak beli yg RM8k lebih pulak. Padahal yang nak buat keje aku...so ikut la permintaan aku....

Aku dah la tak brapa nak menjiwai PC. So nampaknya kena la aku guna slogan TV9...'DI HATI KUUUUUUU'...lps ni kat PC. Aku pon tak tau PC tu mcmana canggihnya sampai harga pn RM8K. Sabar jer lah aku. Buat grafik pakai PC RM8k...bkn Mac yg hanya RM3k.....Pasni smua designer PNMB seluruh Malaysia kalau syg Mac jgn la bg rosak. Kalau rosak MD bg korang pakai PC la jawabnya...Aku akan jd cawangan kedua la kot utk rasmi PC tu nnt...Setakat ni bos cakap PNMB Cawangan Miri dah pakai. Sabar je lah aku.....

Apapun....G5 tetap dihatiku dulu kini dan selamanya.....

Sunday, January 1, 2012

Bye2 2011...

When the mid-nite bell rings 2nite,

Let is signify new & better things for u,

Let it signify a realisation of all thing you wish for,

Let it signify a year of courage & believes.

Welcome 2012.