Wednesday, December 31, 2008

Aku YanG KemalasaN

Huhuhu...Setelah hampir seminggu bercuti, hari ni kena masuk kerja smula. Bertapa malasnya aku nak memulakan kerja-kerja ku yang dah bertambun ni. So untuk dapat feel di petang ini, maka aku mulakan kerja pagi ini dengan mengupdate blog aku yang dah 10 hari tak di intai. Cian die...

Sepanjang 10 hari ni gak lak aku sebenarnya banyak sangat aktiviti.

20.12.2008 ( Sabtu)
- Pegi KL ngan member kolej aku dulu Mr. Ejay. Katanya nak buka mata n minda aku. So dengan menaiki BMW 5 Series aku bawa skali teman tapi mesra aku sapa lagi kalau tak cik Dosh ke The Mines Resort, Sri Kembangan. Ni la sumur idup aku naik BMW macam tu. Haaa...apa ada kat The Mines tu???? Kat sana berhimpunnya jutawan-jutawam melayu tanah air yang dilahirkan oleh Hi-O Marketing. Memang menakjubkan. Hampir 10 ribu yang attend perhimpunan Aniversary Hi-O ke16 malam tu.

23.12.2008 (Selasa)
- Malam ni first time aku join class IMP. Class ni sebenarnya untuk orang2 yang join Hi-O Marketing. Macam2 ilmu pengetahuan yang di berikan dalam class ni. Mula2 aku rasa macam malas nak p class je. Tapi bila fikir2 balik kalau aku tak p class bila aku nak pandai so aku p la gak. Class kat mana? Kat depan BJ Mall, Penang. Jauh tu!!!

28.12.2008 (Ahad)
- Petang ni skali lagi aku kena p class. Tapi tak pe ilmu yang dapat dalam class tu bleh aku gunakan untuk memajukan diri aku dalam business MLM ni. Yang penting eppy....

29.12.2008 (Isnin)
- Tanpa dirancang, tetiba ada budak sorang ni tetiba message aku ajak p mandi sungai. Mula2 ayat dia, tak kisah la sungai mana pun. Janji sungai. Pas tu dalam 2 3 message dia pun cakap Sungai Sedim. Pada mulanya aku agak kemalasan nak join. Almaklumlah duk dalam selimut lagi waktu tu. Lama juga aku nak wat keputusan. Last skali aku join gak la bila memikirkan aku pun dah lama kempunan nak mandi sungai. So pegi la aku bertiga ke Sedim. Malas nak citer panjang, apa yang pasti kami bertiga enjoy giler dapat mandi sungai walaupun syampoo n pencuci muka aku di hanyutkan arus sungai yang deras. Sedihnya...

30.12.2008 (Selasa)
- Hoyee!!! Aku cuti ari ni. Appoiment ngan prospek tunda. So aku tdo dan makan sepanjang hari. Gemuk la lagi aku pas ni.

31.12.2008
- Hari yang membosankan bila aku perlu meninggalkan bantal busuk, selimut tebal dan tilam empuk seawal 6.00 pagi. Eeee tensionnya...Jeles lak ngan teman tapi mesra aku yang still cuti n tengah duk golek2 atas tilam. Apa pun inilah yang dinamakan rutin kehidupan.....Chiawwww

Friday, December 19, 2008

H.O.B.I

Hobi. Banyak yang boleh didefinasikan sebagai hobi. Pada aku asalkan suka dan minatkan sesuatu tu lah hobi. Ntah korang setuju ke tak dengan aku pun aku tak tau. Tapi tu lah tafsiran hobi pada aku.

Kalau zaman budak-budak, kumpul setem adalah hobi yang selalu dikaitkan. Tapi ada juga  bebudak yang  lahir daripada keluarga yang agak berduit mereka boleh jadikan menggumpul anak-anak patung, barangan mainan dan macam-macam lagi yang berkos tinggi sebagai hobi. 

Tapi macamana lak ngan golongan muda-mudi atau remaja? Agaknya kumpul 'marka' (cari dalam kamus utara) kot. Yang pompuan ngan koleksi boyprend dan yang lelaki ngan gilrpren. Yang pasti belum ada kesahihan dengan kenyataan aku ni. Aku agak je la.

Sebenarnya aku nak kongsi pengalaman dengan korang tentang satu hobi yang agak menarik dan tertarik juga pada aku. Ini kisah hobi mengumpul jam antik. Baru-baru ni aku ikut kawan aku balik umah parents dia. So kira ni first time la pegi umah dia. Korang tau tak apa perasaan aku bila sampai je depan pintu umah dia? Terkezut beruk tahap cipan aku dibuatnya. Mana tak nya. Aku ingat aku pegi kedai jam antik. Di segenap dinding umah tu digantung jam dinding  dari perbagai model, negara, tahun dan jenis. Yang best  tu kalau kita perhatikan sekali imbas jam-jam tu sumer nampak macam sama je. Tapi kalau di amati betul-betul, rupa-rupanya sumer berbeza.

Paling menarik sumer jam-jam tu mengeluarkan bunyi setiap satu jam mengikut kiraan jam waktu tu. Kalau pukul dua maka jam tu bunyi 2 kali. Macamtu gak dengan pukul-pukul lain. Tapi dapat korang banyangkan tak macamana bila kul 12 tengah malam. Maka 12 kali lah jam tu mengeluatkan bunyi yang pada pendengaran aku agak menyeramkan jugak lah.

So aku hidangkan korang dengan gambar-gambar yang sungguh menarik untuk sajian mata korang. 
















Cantik dan menarik.
















Antara jam-jam klasik yang 'Old School' di susun di dinding ruangan tengah rumah. Jam- jam ini akan mengeluarkan bunyi serentak pada setiap jam.














Jam yang pelbagai bentuk di susun di dinding ruang tamu. Jam yang berwarna hitam itu pernah mendapat tawaran dari seorang peminat dengan harga RM 7000. Tetapi pemilik tidak berminat untuk menjualnya.
















Kesemua jam-jam ini nampak hampir sama kan? Tetapi kalau anda lihat betul-betul, ianya di datangkan dari negara berbeza. Jenamanya turut berbeza.










Aku mengambil kesempatan mengabadikan kenangan bersama jam-jam antik pemilik. Sungguh mengujakan aku.

Monday, December 15, 2008

j0m j@l@n-j@l@n

Akhirnya aku sampai gak kat Bandaraya Ipoh. Walaupun aku ni asal nya Perak tapi tak penah lak aku pi jalan-jalan kat Ipoh tu. Kalau lalu penah le.

Dengan adanya kengkawan yang kuat jalan, maka aku pun berpeluang ler jalan-jalan same. Planningnye nak makan kenduri, tapi bila dah kenyang pandai lak tambah aktiviti. Ari Sabtu baru ni aku dengan tak ku sangka-sangka telah mengikuti rombangan makan kenduri di Ipoh. Cewah2...bunyi macam ramai je join ngan besar jerk kenduri tu kan. Padahal yang pegi tu aku, Linda ngan Arief jer. Kenduri lak bukan nya kenduri kawin pun. Doa selamat je. Adik si Arief tu berkhatan.

Perjalanan yang tak memenatkan bagi aku yang curi-curi tido walaupun duk depan. Dengan pemanduan berhemat Arief kami sampai seperti yang dijangkakan. Malas citer pasal kenduri coz aku asyik makan jer. So abis kenduri, kul 7 lebih kami pun konon-konon bagi tau mak Arief nak balik Penang. Walhal si Arief ni bawa kami jalan bandar Ipoh.

Memalam buta mana ada apa. Tapi kalu pandai cari aktiviti malam-malam pun tak de halnya. So si mamat Ipoh ni pun bawa la kami skodeng nyah-nyah di bandar tu. Apa lagi mata pun menjalankan tugas mengecam la nyah-nyah yang pada aku tak secantik di bandar Kuantan. Aku tengok je la, nak soundf lebih-lebih tak brani. Kang ada kena baling batu. Tapi yang syok tu, ni la first time aku tengoh nyah berbangsa India. Selalu yang aku jumpa bangsaku sendiri. Pengalaman....pengalaman...

So tak de la gambar candid nyah-nyah yang dapat aku titipkan di ruangan ini. Yang ada cuma persiapan merayakan Hari Natal yang didekorasi agaknya oleh Dewan Bandaraya Ipoh. Apapun thank to bro Arief coz bawa kami jalan-jalan malam tu. Chiawwww....


Sunway City Ipoh


Hepy Natal Day

Wednesday, December 10, 2008

Lu Pikir La Sendiri...

Selama 3 tahun aku jadi orang Penang, ni la first time aku p Pesta Pulau Pinang. Selama ni aku tak leh nak bayangkan bila orang cakap syok ooo p pesta penang. Now, aku dah tau dah betapa tak syok pun pesta Penang tu. Bukannya ada apa pun, macam Karnival Jom Heboh2 tu. Tapi nak masuk kena bayar RM3 sorang.

Ni sumer gara-gara fwen aku Linda. Dia punya ayat power sungguh pujuk aku p pesta dengan dia. Habis sumer alasan yang aku bagi dia cantas dengan penyelesaian yang tak termampu aku balas balik. Mana taknya siap sanggup sponsor sumer lagi tu. Aku hanya perlu bawa badan je. Apa-apa pun tima kacih ye Linda. So malam tu aku, Linda, my cousin dan driver tak berbayar si Arief pun menyeberangi jambatan terpanjang di Malaysia untuk p tapak pesta. 

Kalau nak tau awat kawan aku yang sorang tu kalut ajak aku p tapak pesta malam tu sebabnya boyfriend tak diiktiraf dia wat show malam tu rupanya. Sapa lagi kalau tak si Nabil jejaka cute tu. Sebenarnya aku pun dah lama jatuh hati ngan Nabil ni. Tu yang aku pun terX-cited ikut sampai pospone balik kampung. Bila dapat bertentang mata ngan Nabil, fuhhh cair jap hati aku ni. Tapi sapa la aku berbanding ngan Linda tu Nabil nak pandang. Hahaha...

Apa-apa pun malam tu aku gelak tak hengat-hengat dek lawak si Nabil ngan Angah (RL session 1). Sedar tak sedar rupanya aku tak brapa join ngan member2 aku tu. Yang aku tau gelak je. Dengan tredemark 'Lu Pikir La Sendiri' tu aku rasa sumer orang yang mai tengok Nabil sure tak puas tengok persembahan dia yang bersahaja tu. Rasa frust je bila show dah abis.

Walaupun show dah abis, aku ngan Linda masih ada projek lagi. Nak tau apa kami buat. Haa apa lagi serbu belakang stage la. Jadi kerja sungguh no budak 2 orang ni. Ermm kalau dah minat tu malu pun tak dan nak pikir. Nasib baik la cousin aku ngan Arif mau layan kami punya gila malam tu. So sementara duk tunggu Nabil kuar nak balik, kami pun usha-usha la keta dia yang tak brapa cun tu. Leh tahan gak mamat lawak sorang ni. Pakai Mitsubishi tu. Caya la mat despatch.

Akhirnya dapat gak aku tengok Nabil yang manis tu dari jarak kurang 100 meter. Best la gak. Leh himpit-himpit dengki kat orang lain. Hahaha jahatnya aku. Dalam duk dengki-dengki tu dapat gak aku salam ngan Nabil. Hikhikhik...Lawak sungguh rasanya. Aku ingat aku sorang je dapat salam ngan dia, rupa-rupanya Linda siap paking baiknya belakang aku. So dia pun dapat gak la pegang-pegang tangan si Nabil tu. Apa-apa pun pun kami enjoy sangat malam tu.


Sementara tunggu Nabil kuat snap la keta dia dulu...


...Lu Pikir La Sendiri...


NBL 1983...Kalau jumpa kat mana-mana sure Nabil ada di sekitar itu...


Hahaha...percaya atau tidak itu hak anda...

Friday, December 5, 2008

Macam Tak Caya!!!

Setelah sekian lama tak bersosial, semalam aku mensosialkan diri. Tapi bukan sosial sangat pun. Lebih kepada beriadah sambil menghabiskan duit. Bukan main lama planning akhirnya impian seorang 'opismate' aku tercapai juga semalam. Aku ni lebih kepada ikut je. Jadi bila ada tukang plan yang planningnya masyuk kapla aku so aku join je lah. Al kisah nya bebudak opis aku ni sumer baguih-baguih(bahasa penang). Minat bersukan disamping mempertingkatkn kesihatan yang aku rasa sumer2nya sihat blaka. Dah seminggu lebih aku dengar isu ' Jom Men Bowling' kat ofis aku hangat diperkatakan. So semalam kitaorang pn p la main bowling. Seperti rancangan sumer kena join tp last minit staf yang berkeluarga ni sumer tak leh join. So pi la geng2 bujang ngan 2 orang laki orang.

Nak citer isu bowling semalam ni, permulaan yang agak menyedihkan juga lah bagi aku. Mana taknya aku dpt rasakan yang longkang kiri n kanan lane tu macam semakin berkilat je lepas kitaorang baling bola. I think everybody know what i mean it. Hahaha. Tapi aku tabik spring la kat bebudak opis aku yang tak malu dipandang, tak segan mencuci longkang, dah la baling bola lintang pukang, mujur tak de yang baling kot kebelakang.

Dari satu balingan ke satu balingan. Ada yang menunjukkan peningkatan. Dan tak kurang juga penurunan. Aku macam biasa la. Kalau tak cuci longakang kiri kanan bola tu lalu je tepi2 pin tu. Hangin tul aku. Aku rasa aku bukan tak pandai main tp tak cukup fokus je kot. Tu yang jadi lagu tu. Yang best tu, start first frame si Arief keep in nama ikut suka dia je. Tapi kebetulan lak markah ikut turutan nama yang dia keep in tu. Di sebabkan nama aku last markah pun aku last gak. Frame pertama berlalu dengan sadisnya. Linda dah mengalahkan aku. Yang lelaki2 tu jangan cakap la. Diaorang nya angka sumer besar2. Tp...ermmm aku tak kisah. Coz ada satu frame lagi.

Aku ingat bila lelama main mesti leh upgrade cara balingan aku. Tapi hampeh. Macam tadi gak. Lagi teruk ada la. Mana taknya kalau frame pertama tu aku dapat la gak 60 lebih jatuhan pin, bila frame ke-2, dapat 54 je. Tahi kucing tul lah. Kali ni aku dapat no last lagi. Suke la Cik Dosh tu dapat kalahkan aku. Dalam hangin2 tu aku ni ada hati nak tambah satu frame lagi. Planing main 2 frame je. Di sebabkn tak puas hati aku meracuni fikiran abang Din yang aku tengok x-cited duk menskillkan balingan dia walaupun banyak masuk longkang daripada pin jatuh. Nasib aku memang baik coz bos aku pun teringin nak mengexplore lagi saiz bola yang di guna, so aku apa lagi pi top up RM 33 lagi. Tambah la satu frame lagi.

So main la last frame. Zack pun pesan kat sumer main serious2 kali ni. Aku macam biasa la kuat gelak. Sory nak serious2. Nama pun nak relise tension. Wat pe nak serious2. Best apa bila kita main orang lain asyik strike tapi kita bagi masuk longkang. Ada kepusan tersendiri sebenarnya. Tak caya try la. Aku sure nya sekali je cuba mesti jadi lagi pas tu. Hahaha. Tp walaupun aku gelak2, dalam hati semangat kesukanan masih utuh lagi. Chewaah...Aku berazam nak kurangkan cuci longkang untuk frame ni. Aku pn mulakan balingan ngan 1 jatuhan pin. Sedihnya. Orang lain dah lebih 15 markah. Aku duk tercorot lagu tu la jagak. Mencinya...

Dalam duk muhasabah diri, di mana silapnya aku baling bola tu tetiba Abg Din yang aku kira otai juga la dalah hal bowling membowling ni sound aku dengan slumbernya...'woi orang baling bola tangan tu 'lughuih'..yang hang duk pusing tangan hang tu pasai pa...tu la bola duk masuk longkang'....So tu la jawapan kenapa aku tak leh bagi pin yang bodoh tu jatuh. Jeng...jeng...jeng...aku mesti wat stret tangan aku. So dengan berhati2 aku pun baling. Pergh!!! 8 pin jatuh siot...apa lagi bergegar la tempat bowling tu dibuatnya. Pastu aku cuba tamatkan riwayat 2 lagi pin. Yes!!! jatuh lagi. Ermmm permulaan baik tu. 

Setelah aku dapat rentak, aku tak menoleh kebelakang lagi. Walaupun aku tau markah depa banyak pada aku. Aku memintas sorang demi sorang dalam memburu kejuaraan sulung aku. Hahaha. Poyos jerk kan. Siapa sangka tittle pencuci longkang aku serahkan kepada orang lain dah. Aku berjaya menjatuhkan 8 pin diikuti spare setiap balingan aku. No 8 memang serasi lah ngan idup aku. Rezeki menyebelahi aku lagi bila aku julung2 kali dapat wat strike. Hehehe..Tapi cik Dosh yang menjadi pesaing aku tak heran dah coz sebelum tu dia dah wat strike. Aku sorang je yang belum. So x-cited lebih la aku ni. Malas nak citer panjang dah, endingnya aku dpt achive taget gak malam tu. First time dalam idup aku main bowling dapat 100 lebih markah.

Cayalah wani...Aku dengan bangganya mengumumkan sendiri kemenangan aku di tempat ke-2. Jadi aku akan ingat sampai bila2 kejayaan aku ni. Juara yang tak leh diterima oleh sumer orang adalah Zack. Tapi yang seday nya last frame tu bos aku sorang jer yang tak achive target. So sebelum aku publish post ni aku nak wish sikit kat kengkawan aku yang best2 gitew malam tu. 

* Bro Din... thanx coz teach n give me advise how to play it.
* Bro Zack...yar u r da winner dis nite...but don't forget...i will take't ur tittle next time.
* Bro Arief...for me ur r da denger person coz anytime u can be da winner if u want it.
* My lovely Bos...Oh yar i know u can't accept da result dis nite...but what can i say...
* My dearest fwen Miss Linda...Until now u still can't accept me as a winner between both of us...hahaha...

Last but not least...for u all guys my lovely fwen....terimalah hakikat yang aku ni memang hebat dan mampu memberi saingan kepada u all...Chawww

Tuesday, December 2, 2008

KeKeCeWaAn

percubaan yang gagal. itu dah yg sinonim dgn orang yang cuba bangkit dari kekecewaan terutamanya kecewa dalam bercinta. tp setuju atau tidak sebenarnya setiap orang yang pernah melalui kegagalan dalam hidup sekuatnya cuba bina smula kehidupannya itu. tapi kenapa makin dicuba makin sukar dia melepaskan diri dari cemgkaman kekecewaan itu.

adakah kerana tidak kuat semangat atau usahanya itu sekadar hangat-hangat tahi itik. tp rasanya dah tentu kita akan sedaya upaya nak buang jauh-jauh kenangan silam yang menyakitkan itu. bila ada kawan-kawan yang kecewa di sebabkan percintaan yang kecundang, aku rasa macam mudah je suruh diaorang lupakan sumer tu dan mulakan hidup baru. sebaliknya bila berlaku ke atas batang idung sendiri baru lah aku tau bertapa siksanya nak tanggung sumer tu. 

semakin kita cuba nak lupa apa yang dah berlaku, semakin kuat pula ingatan kita pada memori-memori lama tu. so macamana nak mulakan hidup baru kalau diri dibayangi kenangan silam. aku rasa bila berkongsi cerita dengan kawan-kawan, ianya cuma alternatif untuk meringankan kepala otak waktu tu je la. bila tengah malam mula lah ingat balik memori lama tu. buat plak kita tak bersalah lagi la rasa susah nak lupakan masalah tu. 

mungkin pada orang yang tak pernah rasa kecewa, diaorang akan salah kan kita. mesti diaorang cakap kita tak cuba nak bina hidup baru. tapi hanya Tuhan je yang tau kan apa yang ada dalam kepala otak kita waktu tu. jadi aku rasa kepada orang-orang yang tengah kecewa cara terbaik untuk ubati kekecewaan itu adalah dekatkan diri kepada Allah dan sentiasalah kita muhasabah diri kita. semoga masih ada sinar harapan dan kebahagiaan menanti kita di hadapan.

Sebagai renungan:
USAHLAH GELISAH DAN SEDIH BILA DIKECEWAKAN OLEH MANUSIA...KERANA...MASIH ADA LAGI YANG MENGASIHIMU DI DINIA INI...TETAPI GELISAH DAN SEDIHLAH BILA DIRIMU MENGECEWAKAN ALLAH...KERANA...TIADA SIAPA YANG MENGASIHIMU DI AKHIRAT NANTI...

Monday, December 1, 2008

Fakta @ Auta

aku tak tau nak bersetuju atau tidak dgn apa yg diperkatakan oleh 'seseorg' lelaki kepada aku. dia kata pompuan yg tak kawin kuat hangin, cepat naik darah, cepat meletup dan macam2 cepat yang dia akan wat bila marah org. so kat sini aku pn tak tau nak kata apa. sebab ayat ni sblm ni pernah kuar drpd mulut penyelia aku yg jg seorg lelaki. jd bila si 'dia' ni ckp mcm tu aku terkezut la jg. 'dia' kata dia dh byk pengalaman berdepan dgn spesis pompuan yg mcm ni. 'dia' kata termasuk lh pompuan yg dh berumur tp tak kawin lg. aku rasa mcm nak bersetuju ja dgn kenyataan ni bila 'dia' bg fakta2 yg bleh di terima pakai. tp tu la blm ada kajian yg mengesahkn fakta dia ni.

Antara sbb2 yg dinyatakan kenapa pompuan2 singgle ni cepat je melenting antaranya tertekan dengan hidup yg dilalui. mungkin org keliling asyik duk bg soalan cepu mas. ermmm, selain tu mungkin sahabat baik pn dh kawin. Kawan2 yg sama umur pn sumer dh kawin. tggl dia je yg tak lepas lg. atau dlm family adik2  pn sumer dh berumah tangga. jd pompuan ini akan menjd subjek sewaktu org tua2 menyembang. mungkin paling tension lg kalau ramai lak nak tolong rekemen cr pasangan idup. ni antara fakta2 yg 'seseorg' tu bg tau aku n aku rasa ada betulnya. so aku just share je kat cni. 

Betul atau tidak fakta ni hanya tuan punya badan je yg tau. aku jg brhrp yg aku dpt kawal kemarahan, emosi serta tindakan aku bila berdepan dgn situasi sebegini. so kepada pemberi fakta tu aku hrp teruskan lh kajian tu supaya ianya menjadi fakta yg diiktiraf suatu ari nnt. Kepada pompuan2 yg berdepan dgn situasi mcm ni aku harap tabahkn hati dan banyak2 berdoa semoga anda tidak terus ditomah dan difahami oleh org lain.