Saturday, January 15, 2011

• Rumah macam tongkang pecah •

Bulan Januari ni tiap2 minggu aku balik kampung. Mana tak nya rumah tengah renovate. Kat dalam umah lak dah macam tongkang pecah. Semua barang2 yang bahagian dapur kena pindah dulu letak bahagian tengah. So memang macam kelam kabut la kalau lalu bahagian tu. Adik aku yang 2nd tu siap cakap tak mau balik umah slagi umah tak siap. Dia cakap fening lalat la kalau dia balik...

Aku kena la balik sebab banyak benda nak kena tolong ayah aku uruskan. Part paling penting aku jadi pengurus kewangan merangkap Akauntan tak berbayar. So tiap2 minggu ada jer benda nak di oder, dibayar n disettlekan...Apa leh buat aku kan anak sulung.

Ni tukang2 yang terlibat dlm renovation umah aku. 2 orang import dari bangladesh. Yang tengah senyum tu Bos diorang.

See my dad also want to b one of them. I mean conntractor...tak pe lah ayah jd tukang touch-up pon kira ok lah tu. Yang penting ada hasil kerja ayah gak kat pintu tu.

Ni la pandangan bahagian yang ditambah tu. 2 bilik tido n satu mini hall. Dapur also baru. Tapi time ni dapur baru 15% diaorang buat. So tak minat sangat nak capture gambar.

See...what my dad doing...pantang ada lebihan simen mesti ada jer tempat dia nak bubuh. Tapi kira ok la gak ayah tutup lubang2 yang terhasil kesan tayar lori yang duk main hantar barang. memabg sadis aku tgk kat dapan umah aku tu. Dah tak hensem macam dulu. Ayah kata tak per...nanti umah dah siap sepenuhnya baru kita pebetoi balik...(ayat ayah k)...


Ini adalah pandangan sisi bahagian 2 bilik yang disambung. Dapur kat belakang tu. So bila capture cara perspektif ni, dapur nampak kecik je la. Hakikatnya sama besar ngn hall utama umah aku....





Saturday, January 1, 2011

New Year D Kroh

Salam Tahun Baru...Semoga tahun ini lebing baik daripada tahun-tahun yang lepas...



Tahun ni sambut New Year ngan mak, ayah & adik...so layan bunga api sampai 12 suku. Pastu round2 pekan perabih minyak kereta. So layan je lah bunga api sempena sambutan tahun baru 2011 di perkarangan padang Majlis Daerah Pengkalan Hulu.




Kira banyak gak la bunga api yg pihak majlis bakar malam tu. Kira apa setahun sekali berbelanja sakan. Tapi apa yang pasti saban tahun ada jer perubahan kat Daerah Pengakalan Hulu tu.




So layan je lah vedio bunga api yg aku sempat rakam malam tu. Aku pun bkn duk tgk screen pun waktu tengah rakam. Lenguh weh asyik duk mendongak. Tapi rasa macam ok jer la...Semua masuk screen...Tak dak la tangakap gambar langit kosong...



So selamat menempuhi 2011 untuk aku dan semua insan di dunia ni...Semoga akan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT....