Tuesday, May 29, 2012

HP...

Setelah tiada kelapangan yang luar biasa, maka hari ini aku free2 kan masa aku nak bercucuk tanam. Sebenarnya aku nak buat luahan perasaan hari ni. Taaadaaaaa..........Sekarang aku sudah punya pacar baru. Wahhhh...kelassss kau maria...brani lak canang pasal pacar baru disini. Kang kecoh sekampung cakap kau curang.

Tapi tak pe...Aeman tak kesahhh...

Walau pun hati aku tak lah seikhlas berpacaran dgn pacar baru ini, tapi demi tuntutan tugasan harian aku sunyum redha je lah. Mana tak nya, selama berbulan2 aku menunggu pengganti baru setelah aku di kecewakan oleh buahati lama, makanya pertengahan bulan Mac haritu aku pn dh dapat pengganti. Ermm org kalau dpt buahati baru mesti suka hati. Bukan main berTENGGO sakan kan????Tapi napa aku tak de rasa mcm tu ek????


Ok meh la aku tunjuk muka boipren baru aku...HP ZR2440w love wif Z210



Ok la kan. Daripada takde pengganti. Almaklumlah almost 5 years aku bersama buahati lama. Jadi masih segar di pikiran aku tentang advantage dia kalau nak di bandingkan dgn yan baru ni. Memang selalu orang tua2 cakap sesungguhnya yang baru itu lebih baik dari yang lama. Tapi dalam kes aku ni mcm tak leh pakai je statement tu. Mana taknya beru sehari bersama dah cukup buat kepala aku sakit dua hari. Macamana la aku nak pecaya cakap orang tua2 tu.

So, meh la layan monitor yang ala2 multi ni. Boleh senget2 lak monitor tu. Tapi logik akal ada ker designer macam aku ni nak buat design dengan monitor senget benget tu kan. Kalau aku memang tak lah. Tapi designer lain aku tak tau lah. Mungkin dengan senget monitor boleh dapat effect graphic yang lagi kebaBOOOMMM kot.



Satu benda yang aku boleh cakap model ni best adalah skrin dia. Memang besaq. Pueh hati lo kalau nak nengok YouTube tu. Hahaha...bukan pueh nengok design yer.

Back side mcm ni la rupanya.

Ntah mungkin nak ambik hati aku ke apa tak tau la, siap bagi skali dengan Back-UPS Pro 900. Siap colour itam gak tu. Macam tau2 jer HQ ni yang aku memang pencinta colour itam.

Ni la benda tu. Canggih la daripada yang aku guna sebelum ni. Siap ada alarm lagi kalau power dia ada gangguan. So aku alert la sikit kalau dia bunyi. Apa pon i-Mac juga lah yang menawan hati aku kalau dalam duni graphic design ni. Sebagai pekerja bawahan aku redha dalam terpaksa jer lah menggunakan apa saja yang disedia kan oleh syarikat. 

Yang penting lepas ni tak yah la aku nak mengemis lagi minta pinjam PC orang kalau nak siapkan kerja. Syarikat dah bayar utuk nilai RM13200 untuk beli PC ni. So aku kena la hargai. Tenkiu bos coz mempercepatkan pembelian walaupon tak memenuhi impian ku.

Sekarang aku dah kembali bersemangat nak buat kerja laju2 supaya tak de yang pending.