Tuesday, May 26, 2009

Kawan Makan Kawan...

Skamu.com - The only place for Myspace icons, Orkut avatars, and profile codes

Apa itu K.M.K? Apa yang awak faham tentang K.M.K? Ini adalah soalan-soalan cepumas yang awal-awal lagi dah di tanya oleh Mr. Jag. Apekehalnye kuar KMK...Mr. Jag la...apa kejadahnya.

Sebenarnya aku nak kongsi cerita kursus yang aku attend Jumaat ngan Sabtu ari tu. Gambaran awal dah pun aku dapat daripada kengkawan opis yang attend group 1 ngan 2. Kira aku ni group last le. Kursus tu namanya KMK. First waktu aku dengar perkataan KMK tu dulu, ni la soklan aku. "KMK stand for what?"

Kualiti Mutu Kerja nama penuh KMK tu k. Tapi aku paling best bila ada rakan-rakan sekerja aku dari Cawangan Alor Setar mendefinasikan KMK sebagai Kawan Makan Kawan. So OK what? K = Kawan...M = Makan...K = Kawan. Atau korang ada perkataan lagi best leh kongsi ngan aku. Hangin je bos dengar jawapan tu. Tapi aku rasa tak salah diaorang bagi jawapan tu. Sebabnya sebagai manusia yang banyak akai dan panjang pemikiran, suka hati atok nenek diaorang la nak jawab apa kan. Janji heppy. Betul tak. Yang paling heppy aku la coz leh melalak kuat-kuat. (Astaghfirullahalazim...insaf...insaf...pas ni jangan gelak kuat-kuat dah. Allah marah...syaitan suka...)

So aku rasa smua orang dah boleh bayangkan untuk apa kursus tu kan. Ni first time la aku join kursus macam gitu. Sebelum ni aku join kursus smua stok aktif ngan lasak giler. Sumpah bosan plus sikit ngantuk bila join kursus yang macamni. Tapi apa bleh buat. Ini ARAHAN. AMARAN keras dah pun dekeluarkan . Barang sesiapa yang tidak mengikuti kursus ini akan dipancung sampai tak putus kepalanya. Sungguh tak bleh blah.

Sapa cakap kursus macam ni tak best bleh angkat kaki. Jangan turunkan kaki selagi aku tak suruh turun. Ok...ok...smua turunkan kaki ke tempat asalnya. Aku sebenarnya bukan tak suka kursus ni. Tapi cara pengendalian setiap slot dan topic tu yang membosankan. Segala ilmu dan intipati kursus tu sebenarnya banyak kegunaan dikemudian hari. Walaupun aku banyak 'dreaming' time kursus tu, tapi aku akan pastikan yang setiap apa yang diajar mahupun soalan yang diberikan aku buat bersungguh-sungguh. So tak kisah la walaupun asyik lalok je mata tapi otak pick-up jenis A punye.

Nasib baik la ada kursus macam bengong-bengong gitu. Dapat la orang sengal macam aku ni belajar mengaji graf...wehhh mengaji ke mengkaji...ermmm ikut suka ati lah nak paham macamana k. Waktu sekolah dulu aku rasa macam dah belajar abis dah bab-bab graf ni. Ghupenye tak abis lagi. Dalam kursus KMK tu abisnye dikaji asal usul keturunan graf-graf yang lahir tahun sebelum merdeka lagi tu. Aku ni lak kaji megaji ni sorry la beb. Bleh blah la. Tak layan k. Tapi aku harap dalam kumpulan aku tu hanya aku sokrang je la ada penyakit tu.Kalau smua macam aku alamatnya tunggang langgang le kumpulan kami.

Antara lain yang aku dapat daripada kursus tu macamana nak buat tulang ikan. Lucu bukan? Tapi ini bukan sebarangan tulang ikan k. Tulang ikan ni gak la yang digunakan oleh kebanyakan syarikat gergasi di Jepun untuk menyelesaikan masalah syarikat mereka. Adakah persepsi anda sudah berubah tentang tulang ikan itu? Untuk menginterpertasikan kehebatan tulang ikan itu aku masih tak mampu. Sebab feeling kurang lagi tapi aku yakin orang yang biasa mengaplikasikannya tentu tahu kehebatan method ini.

Sekadar Renungan :
Sesungguhnya sesuatu perkara yang dihasilkan melalui perancangan telahpun di fikirkan munafaatnya kepada orang lain.

Skamu.com - The only place for Myspace icons, Orkut avatars, and profile codes

3 comments:

lindosh said...

alaa.. kmk tu boring la.. pada org yg blurr macam i ni haha

yang tak boring bab makan la. sedap kann

tapi besh sebab boleh pi jalan-jalan. kan kan kan.

lindosh said...

2nd day tu kan headache sket. pasal kena mengira tetiba macam-macam sakit haha

muka pon bosan. nasib takde cermin kat depan. kalau tak boleh suluhhh tengok muka toya nih

tau tak masa nak makan tu Mr Jag datang dekat. he ask me why im look so sad?

sedih lah sebab kena main kira2 ngan wat graf2 gilo tu hikhik

ATTN: lindosh kan tak suka mengiraaaa.

wani said...

Boring + Bosan = Tido....

Cik Dosh dah progress ke KMK...

Jangan lupa buat carta pai..carta graf..carta era...carta muzik-muzik..n carta bla...bla...bla...