Thursday, April 15, 2010

• Dedikasi Buat Nenda Tersayang •

Dah lama rasanya aku tak meluangkan masa untuk membuat luahan di blog aku ni. Tetiba je ari ni rasa macam nak meluah perasaan.

Aku masih ingat dengan entri ini. Hari ni genap setahun kami smua kehilangan insan bergelar "Tok". Pantasnya masa berlalu. Aku rasa macam tetiba je kenangan setahun yang lalu segar diingatan aku. Arwah Tok memang meninggalkan banyak kenangan dalam hidup anak dan cucunya. Aku rasa semua ahli keluarga ku bersetuju ngan statement aku ni.

Setiap kali ada kenduri atau perhimpunan melebihi 3 keluarga, isu memory ngan arwah tok mesti jadi salah satu bahan bualan. Selalu ayat yang terkeluar mesti macamni " kalau arwah tok ada...........". Pas tu mesti air muka masing-masing akan sedikit berubah. Mungkin kami smua masih tak boleh terima pemergian arwah Tok yang macam tetiba tu.

Walau pun arwah Tok dah tak dak, tapi nostalgia bersama Tok tetap ada dengan kami. Suka, duka, marah dan rajuk Tok sentiasa diingatan. Aku rasa macam rindu nak dengar Tok bercerita. Kalau dulu aku rasa bila la Tok ni nak abis satu-satu cerita, tapi kini baru aku tahu yang bertapa rindunya cerita-cerita Tok tu bila dia dah tiada.

Sempena dengan malam jumaat hari ni, aku harap semua saudara-mara ku di mana jua mereka berada tidak lupa mengambil kesempatan membaca Surah Yassin dan mensedekahkan pahala bacaan Yasin tu kepada Arwah Tok. Yang pasti ayah dan mak aku tak pernah lupa berbuat demikian setiap ada kelapangan.

Tok....aku amat berharap agar roh mu tenang dan aman di sana. Sentiasa menerima doa-doa anak cucumu. Tergolong dalam golongan hamba yang solehah. Amin Ya Tabbal A'lamin...AL-FATIHAH buat mu nendaku.....