Sunday, November 21, 2010

Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta


Ku tak tahu mengapa tiba-tiba sahaja
Di dalam hati ini sering rindu padamu
Ingin ku meluahkan, tak terdaya

Ku tahu engkau jua
Sangat sayang padaku
Kaupun sering merindu
Bila tidak bertemu
Ternyata kau dan aku pendam rasa...

Kau dan aku sudah ditakdirkan bertemu
Dan tiba-tiba kita jatuh cinta
Ini semua sudah suratan ilahi
Dan kita harus hadapi kenyataan

Biar apa pun terjadi
Aku harap engkau tabah
Menerimaku sebagai teman barumu
Semoga kita saling sayang, bahagia...

Janganlah engkau pergi
Selagi di hatiku
Masih menyayangimu
Oh....sayangku...

Bila sehari tak pandang aku rindu...




Saturday, November 20, 2010

Aku Tengah Buhsan!!!


Bosanya arini. Tak tau nak buat apa dah ni. Adik kerja lak. Kalau tak boleh ajak dia kluar tawaf mall. Nak tawaf kat Mekah tak mampu lagi. Abis semua majalah aku dah baca. TV lak bersiaran tanpa aku tengok. Adoiiii....memang bosan betui-betui dah ni....

Time buhsan (bosan k) ni aku terjumpa gambar budak berdua ni yang aku scan & edit 2 minggu lepas. Comey giler. Nama pon budak-budak tak cukup umoq kan. So biasa la time tak cukop umoq ni memang akan jadi spesis cute.

Aku tak tau time ni umoq depa brapa tahun. Ermm mungkin 3 ngan 4 tahun kot. Time ni lepas raya kot. Tu yang jadi mak aji ngan pak hajjah..(betoi ka bahasa aku ni. Macam salah. Kalau sedar betol kan sendiri.)...

Ni zaman-zaman idup tak brapa nak senang. Tapi tak la susah sangat. Kira budak-budak dua orang kat atas ni pon dah jadi manusia berguna kepada mak bapak, bangsa, agama dan negara laa....Sorang dah sebati ngan ubat, jarum, suntik menyuntik...Sorang lagi lak sebati ngan api-api ni...So agak-agak apa dah jadi ngan depa kan??? Taaaadaaaaaa.....

Si kakak dengan OT nya...Si adik ngan pili airnya. Ni la budak kecik dalam gambar kat atas tu. Setelah 24 tahun (kakak) dan 23 tahun(adik) ni lah hasilnya...Meh aku bubuh gambaq terbaru depa awal bulan aritu....

Sekejap jer masa berlalu. Aku rasa macam depa dua orang ni budak-budak lagi. Padahal dah tua dah pon..Kakak baru jer celebrate besday yang ke 24 (13 November). Adik lak next month (20 Disember) umoq 23. Cayang u olsss my adiks yang noty n lazy....

Sebenarnya aku buat entry ni sebab bosan. So tak tau nak goreng apa bila otak mud bosan. Hope adik2 aku tak tembak aku coz publish gambar depa tanpa permision...Kalau nak marah pon ada aku kisah...Heee....Nanti aku bosan lagi aku wat entry untuk adik bonsu aku yang kecik-kecik macam anak Bosnia lak...Haaaa....adik aku dah balik kerja...so aku nak ajak dia round2 bumi Seberang Jaya ni cari pasal...Daaaaaaaaaa......

Friday, November 19, 2010

• Terimalah Sayang Cinta Ku Seadanya •


Bukan pura-pura
Cintaku kepadamu
Sejujur perasaan yang datang
Dari dalam jiwa


Hanya engkau saja
Merajai hati
Mengisi kekosongan
Kekeringan jiwa ku yang tandus
Sekian lama

Pergilah saat duka lara
Lupakan masa derita
Hadirmu merubah segala
Dunia bagaikan syurga

Luka di hatiku engkaulah pengubatnya
Cintamu yang syahdu satu dalam berjuta
Terimalah sayang cintaku seadanya
Jangan kesalkan aku pernah terluka
Hanya pada tuhan ku serahkan segalanya
Tiap perancangan suka duka manusia ditentukannya




Tuesday, November 16, 2010

• Salam Aidil Adha •



Selamat Hari Raya aidil Adha untuk semua muslimin & muslimat dimana jua anda berada.
Semoga kita lebih menghayati erti pengorbanan.
Kepada yang pulang ke kampung halaman, pandulah dengan berhati-hati.

Hayatilah erti pengorbanan semoga kita lebih mendekati Allah SWT.

Monday, November 15, 2010

• Uncle Seekers cari publisiti murahan •

Apa la nak jadi ngan manusia sekarang ni...

"Bukan mengaibkan tapi hakikat"... inilah yang si Pemburu Hantu tu cakap. Perlu ker semua pendedahan ini dibuat secara terang-terangan berserta gambar-gambar mengaibkan. Takkan lah dia tak boleh membezakan macaman AIB dan macamana HAKIKAT.

Tak kisah lah apa yang berlaku antara dia dan Mantan Permaisuri Aisyah tu, tapi tak yah lah nak dedahkan secara umum macam ni. Aku tak namak pun pendedahan ni dibuat tanpa motif. Nampak macam bermotif jer. Walau pon tak kena kat aku mahupon sedara mara aku, sebagai seorang manusi, lagi2 perempuan, malu ooo bila cerita personal yang agak privacy dicanang sesuka hati oleh orang yang "dipertanggungjawabkan"....

Mula-mula aku baca entry si Uncle ni aku memang terkejut. Tapi bila dah beranak pinak lak entry "cinta syyhh" dia ngan Mantan Permaisuri Agong tu, aku jadi kesian lak kat Ex-Permaisuri tu. Apa Mantan Permaisuri tu tau ker tak yang cerita peribadi dia sedang hangat diperkatakan siap ngan bukti bergambar lagi tu.

Gambar ni aku ambik tanpa kebenaran bertulis dari Cik Linda...

Harap2 Allah buka la pintu hati pemburu hantu tu untuk tidak terus galak menceritakan kisah cinta dia tu. Apa dah tak dak hantu di dunia ni dia nak buru sampaikan manusia pon jadi mangsa keadaan. Dah2 la tu nak buat pendedahan. Ramai pon orang dah tau. Bukan kau dah tau sebelum cerita kluar pon dah ratusan ribu mengunjungi blog kau.

"To seek the truth"...Ini yang engkau cuba praktikkan. Aku rasa tak sesuai la Uncle. Kalau betol skalipon percintaan kau ni tapi cara kau sampaikan tetap salah di mata aku.

Apapon special thanks to rotikaya coz buat back-up in case sumting happen ngn blog hantu tu...aku pon mula-mula baca di sini (KLICK)...



Wednesday, November 10, 2010

• Memang Senggal •

Tak apruf maknanya rejek. So tak paham bahasa la tu. Kalau aku buat bodoh jer tu tanda aku tak berminat la minah oiii...Buat semak friend list aku jer nanti...So takyah la susah2 nak PM aku. Yaa memang aku akan baca apa yang orang PM aku. Thats why la aku sedar ada makluk pelik disitu. Tak yah nak berbasa basi ngan aku. Aku memang tak alu-alukan.

Apa hak kau nak persoalkan kehidupan aku yang memang takde kaitan ngan orang macam kau. Tak yah nak judge aku ikot suka mulut kau yang memang takde insurans tu. Insurans diri pon tak tau kot ini kan pula mulot. So duk diam-diam kat umah jaga anak-anak yang berderet tu. Aku tau perjalanan hidup aku. Aku tau nak manage macamana. So tak yah nak tolong ajar aku atau bagi pedoman la konon kat aku. Aku dah ada penasihat profesional aku dalam hidup ni. Of course mak ayah aku. So tak yah nyusahkan diri.

Memang aku dedikasikan entry ni khas untuk engkau yang susah-susah buang masa duk mengkaji kehidupan aku. Sian kan. Aku rasa hidup aku tak lah merempat atau menyusahkan orang lain. Aku ada kerja tetap. Cukup bulan rezeki jatuh bergolek. Siap tepat masa dan waktunya. Aku ada kenderaan sendiri atas nama aku lagi k untuk kemana-mana tanpa perlu buat muka kasihan kat orang coz nak tumpang pi mana-mana. Aku ada kehidupan yang happening. Penuh dengan xtvt yang menarik yang aku rasa engkau mungkin "jakun" dengan some of thats. Aku bebas nak ke sana-sini bila-bila masa dengan sapa-sapa. Ada engkau boleh? Yang aku tak de hanyalah makhluk Allah berjantina lelaki dan berstatus suami jer. Hanya kurang satu tu jer dari engkau. Selebihnya aku ada semua yang engkau tak ada. So ada aku kesah...Tak kesah langsung untuk pengetahuan engkau.

Terharu sungguh aku sampai nangis seluas laut China Selatan bila part "kesian la kat mak ayah"..WTH...Oiii...mak ayah aku tau la aku nak jaga hati mereka. Ermmm...ada baiknya gak aku tanya enkau : Sejauh mana la agaknya engkau adik beradik jaga hati mak bapak korang????? Ni la padahnya kalau asyik duk jaga tepi kain orang lain jer...Sampai tepi kain sendiri dah koyak rapak n boleh buat stok kain buruk mak aku (kain buruk mak aku pon lawa-lawa lg) pon tak sempat nak jahit ker...cincang halus-halus pastu minum air ker...apa-apa je lah asal blh tutupkan kecacatan kain engkau tu.

So im WARNING u...jangan nak suka suki cakap sebarangan tentang life aku. Aku tak kacau hidup engkau yang berumah tangga tapi ntah dimana rumah dan di mana tangganya tu. Baik ko train anak-anak engkau yang macam skuaq bola sepak malaysia tu bebaik. Takut nanti ko glamer lebih lak sebab di glamerkn anak2 engkau tu.

Aku tak suka 'RUBBISH' dalam kehidupan aku. FAHAMMMMMMM........

Syukur Pada Mu Ya Allah


Tuesday, November 9, 2010

• Layannnnzzz •

•II• izin kan diriku meluahkan rasa •II• maafkanlah aku andai kau terasa •II• biar ku paparkan apa yang terjadi •II• moga engkau tak ulangi •II• sungguh tak ku sangka •II• kau berpaling tadah •II• setelah lamanya menjalinkan cinta •II• dalam diam-diam kau sudah berpunya •II• tanpa aku menyedari semuanya •II• aku mendoakan agar kau bahagia •II• bersama si dia insan yang kau suka •II• percintaan kita tak sampai ke mana •II• setakat dibibir saja •II• sayang •II• kau bina mahligai dari air mata •II• yang jatuh berderai di wajah sepiku •II• hancurnya hatiku •II• bisa tak terkata •II• terhumban rasa diriku •II• oh aduhai •II• ku masih ingati •II• janji manis dan saat romantis •II• kau pintaku supaya setia •II• akhirnya •II• kau yang berubah •II• oh Tuhanku •II• tabahkan hatiku •II• temukan ku dengan ketenangan •II• jiwa ini di belasah rindu •II• tetapi apa daya ku •II• ku cuba pejam mata •II• tapi tak terlena •II• kerana ku masih teringat padamu •II• begitu payahnya nak ku melupakan •II• pernahkah engkau fikirkan •II• oh sayang •II•



Monday, November 8, 2010

•II• Kebenaran •II•

" Berkata benarlah walaupun ianya pahit ". Lumrah kehidupan memang tak boleh lari dari salah dan silap. Yang salah boleh dibetulkan. Yang silap boleh dibaiki. Paling penting...cakap memang senang tapi nak buat belum tentu boleh.

Mungkin entry kali ni emosi aku macam terganggu...nasib ada tanah yang subur ini boleh aku bercucuk tanam. Dengan cara ni jugak mungkin boleh mengembalikan ketenangan aku. Aku bukan nak kaitkan sesiapa dalam emosi aku ni. Mungkin aku sendiri yang tak kuat nak laluinya kadang-kadang.

Banyak hati aku boleh dan perlu jaga. Tapi hati aku yang satu ni kadang terabai macam tu saja. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin kelemahan aku jugak kot sebab tak boleh tengok orang-orang terdekat dan rapat sekeliling aku susah dan sedih. Jadi watak aku yang alwizzz in happy mud ni membuatkan orang tak tahu isi hati aku yang sebenar. Aku juga memang tak boleh dan tak akan syer segala kesengsaraan, kepahitan dan kesedihan aku dengan orang lain. Tambah-tambah dengan orang yang aku sayang dalam hidup. Aku tak mahu ganggu kegembiraan diaorang. Dalam hal ni memang aku tak adil dengan diri aku sendiri. Tapi sanggupkah aku meragut kegembiraan mereka hanya untuk menggembirakan aku.

Banyak benda yang aku harap tak berlaku dalam hidup aku kadang-kadang berlaku juga. Aku masih boleh lalui andaikata semua itu tidak melibatkan pilihan atau memerlukan keputusan untuk aku putuskan. Dan hakikatnya ada juga kebenaran yang terpaksa aku terima walaupon jauh disudut hati aku memang perit dengan kebenaran tu. Lebih memeritkan bila aku kena lalui kebenaran tu.

Ya Allah Kau beri aku ujian dalam kehidupanku tanda Kau sayang padaku. dan Kau juga tahu keupayaan ku untuk menempuhnya. Andai ujian Mu ini memang tahap keupayaanku Ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya........

Aku mungkin seorang pendengar masalah yang baik. Aku juga mungkin boleh bagi pandangan yang bernas. Mungkin juga penyelesai masalah yang baik. Aku juga mungkin penenag yang boleh dipertanggungjawabkan. Mungkin juga pembuat kata putus yang berani. Tapi semua itu aku mampu laku kan untuk orang lain. Bukan untuk aku. Untuk diri sendiri aku tak mampu...

Kau boleh tanya apa saja. Aku tetap akan jawab walaupon bukan itu jawapan yang kau cari. Kau boleh suruh aku buat apa saja. Aku akan buat walaupon mungkin tak memuaskan hati kau. Kau boleh suruh aku buat pilahan apa saja. Tapi bukan pilihan melibatkan kehidupan, hati dan perasaan walaupon memang itu yang kau nakkan. Yang ni lah satu-satunya yang paling susah aku nak buat....

Walaupun aku nampak tabah dan kuat luaranya...Tapi dalamannya aku juga manusia yang ada hati dan perasaan...mudah terasa hati dan terguris...Kalau macamni perasan aku mampukah aku menguris dan melukakan hati dan perasaan insan lain......

Saturday, November 6, 2010

• Kerja Oh Kerja...•

Huhuhu...setelah sekian lama aku tak balik lambat atas urusan kerja, hari ni aku merasa kembali. Balik lambat tu dah biasa. Tapi bukan urusan kerja la. Rasa lain bila balik lambat sebab kerja ngan balik lambat sebab suka2. Kena cover job Branch Alor Setar. Ingat kul 6 dah boleh balik. Ermmm...tengok2 tak siap gak. Last skali pukul 10.30 mlm br siap...Cancel smua xtvt aku malam ni. Sian adek aku ngn Kak Nisah. Terpaksa batalkan xtvt sebab aku kena kerja. Ikutkan kami palnning nak p mandi wap dalam kul 8.30mlm. Tapi bila kul 9.00mlm pon kerja aku tak siap lg, baik cancel je. Nanti kompem lambat. Kalau p mandi pon mesti tak puas. So next time la kita p.

SO mata pon dah tak larat nak buka...Badan pon dah sengal-sengal...Tilam n bantal pon dah panggil...Aku mau tido....Slamat pagi.....

Wednesday, November 3, 2010

• XTVT Wajib •

Ikutkan semalam aku nak p mandi wap. Tapi macam dah tak jadi lak. Mula2 adik aku tak mau p. Aku pon dh hilang mud. Pas tu dia kata nak p lak. Aku kalau dah ilang mud memang malas la. So semalam nya xtvt wajib CANCEL.

So bila tak de xtvt dah macam bosan. Tetiba ada lak yang ajak aku g round2 da world. So ok jer lah...Dalam duk bosan2 sampai Nibong Tebal aku p semalam...Sebenarnya aku tak penah pon jejalan sana. So bila diajak bg memenuhkan kereta, aku ok jer. Dapat gak la cuci2 mata yang banyak selaput ni tetengah malam.

Untung aku ikut, dapat gak tengok USM Nibong Tebal. Besar gak. Aku rasa dah macam USM Pulau Pinang yang main campus dah. Memang besar la...Kat entrance tu pon cantek. So ok la p jejalan tadi. Kul 1 pg baru gerak balik dari Nibong Tebal ke Bukit Mertajam. Aku sampai umah kat2 kul 2 pg. Sampai terus tebongkang tido. Mesej nak bagi tau sampai dah pon tak sempat taip. Hehehehe....nasib la jap lagi kena sembooorrrr...Tahan jer lah tlinga....

Sekarang Mud * B O R I N G * lagi...Macamana nak buat???????

Tuesday, November 2, 2010

• C H I N T A @ T V 3 •

Sekarang ni tengah tayang crita Chinta kat TV3. Aku rasa best gak crita ni. Pelakon utama Fasha Sandha. Aku tak suka dia k. Tapi aku suka jalan crita tu. Sebab tu aku layan. Ni dah brapa episod aku terlepas. Minggu lepas pon tengok balik kat TV3 on9. 4 episod terus aku layan. Smua tu episod yang aku terlepas la.



Harini aku nak balik awal. Aku nak layan crita tu lagi. Kerja kat ofis pon tak brapa banyak. So aku leh blah awal. Tak sabar aku nak tengok apa lagi akai si Chinta Chandowry tu...Dah macam tak de nama lain nak bubuh. Baik bubuh Tandoori jer senang nak sebut.

Jom balik sekarang.....dah 5.30 ptg....

Pastu nak p mandi wap....bestnyer.....Daaaaaa...

Chiaaaawwww.......

Monday, November 1, 2010

• 1st •

Aku rasa macam kelakar pon ada nak share cerita cam gini kat sini. Tapi tak per lah...Sebagai pemilik ladang, suka-suki aku la nak tanam apa kat atas tanah aku ni kan. Yang aku nak share ni pon bukan lah weird sgt. Tapi ni kira 1st XPrian aku la sebenarnya tu yang nampak macam sengal sikit.

Jom layan...

Sekarang ni kan musim hujan. So bagi aku yang tinggal di kampung, (Tak lah pedalaman sangat. Kira dah diterjah arus kemodenan la kan) kalau time ujan ni bagi golongan ayah2 n tokwan2 yang kaki pancing atau pon suker berjala memang ni la masa yang dinanti-nantikan. Macam menanti orang jaul ais cream Paddle Pop lalu depan umah. Pastu lari bekerjaran minta mak duit 50 sen nak beli ais cream...Ni gaya aku kecik2 dulu la...Bukan ais cream ker ayah2 n tokwan2 aku nak crita sebenarnya...Apa sebearnya????

Dan Sebenarnya..penyanyi Yuna....Hahahah...

Semalam 'Ayah n The Geng' pepagi yang masih buta, dah kuar p menjala ikan. Aku tak sure nama tempat tu. Tapi tak la jauh sangat dari umah aku. nak kata dekat sangat pon tak la juga. Kira boleh blah la jugak. Kalau bab mancing ker menjala ke, ayah Tak pernah balik tangan kosong. Mesti dapat ikan banyak-banyak punya. Lebih daripada seekor aku kira byk k. Alasan ayah bila mak tanya nak buat apa la ikan kalau dapat banyak-banyak tu. Satu je jawapan ayah yang kira complete lah tu. Buat Pekasam. Tu memang febret aku. Dulu, Kini, dan Selamanya. Slogan untuk Ikan Pekasam.

Tak malu aku nak ngaku yang semalam adalah 1st time aku siang ikan sungai. IKAN SUNGAI k...bukan ikan dalam akuarium ker...ikan dalam peti ker...ikan air laut ker..Ni ikan spesis nakal2 kot. Susah juga nak siang rupanya. Dah la nak pegang licin. Kalau silap pegang boleh luka tangan. Tu belum lagi bab nak siang. Kalau tak pegang badan ikan tu betul2 time nak belah perut ikan tu, kompem pisau tu tersiang tangan sendiri. Ngeri jer rasa. Mak aku tengok aku terkial-kial nak belah perot ikan tu pon dia dah seriaw(bahasa utara kot)...so untuk selamatkan anak dia daripada kejadian tak diingini, Mommy ku cayang suruh aku guna gunting. Hahaha siang ikan sungai pakai gunting. Tak rockk betul kan? Apa class siang ikan pakai gunting. Tak per lah tu lah class aku. Janji selamat.

Nampak tak gunting tu....

Rupanya ikan sungai ni sisik kat bahagian perot tu pon agak tebal. So tak semudah ABC kita nak operate perut ikan tu tau. Kalau setakat belah main-main memang tak tebelah la perot ikan tu. Jadi untuk level aku ni kalau dapat belah perot ikan tu pakai gunting pon kira ok la tu. Aku rasa ada orang yang guna gunting pon tak boleh gak. Keras kau perut ikan tu. Kena tekan gunting tu sampai sakit tangan2. Tapi aku rasa pengalaman yang berbaloi la. Pas ni rasa macam tak mau buat dah. Tapi makan aku nak. Sebab ikan spesis sungai ni smua sedap. Lagi2 yang fresh tu dibakar. Perhhh...memang sedap.

Pembedahan sedang dijalankan...Jangan buat kacau bilau...

Ni aku kena siang ikan ni pon sebab aku gatai2 duk request kat mak aku suh bakar ikan. Haa amik kau..Mak aku duk bakar ikan, aku kena la tolong siang kan. Tak per at least aku tau ikan tu susah nak siang. Tapi ssedap di makan. Ikan yang banyak2 tu mak aku buat pengkasam...Lagi 2 minggu kompem leh makan dah...Sedaaapppppp.....Daaaaaa......

Chiaaawwwww.......