Thursday, June 28, 2012

Love Story - Part 1

Manusia hanya mampu merancang, Allah SWT yang akan menentukannya. Setiap yang berlaku semua atas Qada' & QadarNya. Dah macam tazkirah la plak mukadimmah ni kan.

Sebenarnya lately ni aku selalu teringat hasrat-hasrat dan impian aku yang dah terlaksana dan masih terbengkalai. Ye lah orang yang semangat tak berapa nak berkobar-kobar macam aku ni of coz buat sesuatu ikut suka hati aku time tu je kan. Bukan nak all out sangat pon. So no wonder lah kalau ada lagi benda yang terbengkalai dalam wishlist kehidupan aku.

Pernah tak korang berimpian yang pada hakikatnya korang tak pernah berusaha ke arah impian tu? Huhhh....apa punya soalan pon aku tak tau ni. Ok2, baca sampai habis en3 ni kompem paham punya apa yang cuba aku mengarutkan ni.

Aku selalu juga baca novel2 cintan cintun ni. So kadang2 tanpa sangka aku juga rasa macam nak jer perjalanan hidup aku ni macam dalam novel. Tapi aku sedar yang dunia dalam novel tu fenomena dia direka cipta oleh manusia. So manusia boleh creat jalan cerita yang indah2 supaya pembaca puas dan hepi. Tapi realiti kehidupan penuh dengan kejutan dan ketidak sangkaan. Hanya aturan Allah sebaik2 jalan cerita untuk kehidupan manusia.

Entry kali ni just aku nak abadikan apa yang aku rasa dalam blog ni supaya suatu hari nanti orang2 yang terlibat secara langsung dengan jalan cerita ni dapat membacanya.

Alkisahnya.....

Aku tak pernah mengharapkan yang aku akan berkahwin dengan orang yang tak pernah bercinta dengan aku. Tak pernah terfikir aku akan menerima seseorang tanpa aku ada perasaan terhadapnya. Tak terlintas nak berkahwin dengan orang yang ada kaitan dengan zaman remaja aku dulu. Tak terduga yang akan bertemu jodoh dengan orang yang familinya ada friendship dengan parents aku. Tak sangka aku akan melayari hari2 mendatang aku dengan orang yang sentiasa mengikuti kembang kucup(rasa mcm kembang jer lebih kucup nya hanya khayalan) aku dulu kini dan insyaAllah selama-lamanya. Semua itu di luar jangkaan naluri kemanusiaan aku.

Tapi aku pernah berangan-angan alangkah bagusnya kalau aku juga tergolong dalam orang2 yang mendapat cinta selepas berkahwin. 'Love after married'...

Alhamdulillah, impian aku sudah hampir menjadi reali. Kini aku bakal dan akan masuk ke dalam golongan itu.

Pada zahirnya nampak aku macam ok dengan apa yang aku lalui sekarang ni. Mungkin perwatakan aku yang 24 jam epy go lucky ni, orang tak nampak segala kegusaran, keraguan & kerisauan aku. Allah SWT saja lah yang tau gelodak jiwaku saat mengira detik waktu ini.

Yang pasti aku kini sedang dan masih berlajar menerima kenyataan hidup yang dah Allah aturkan terbaik buat aku. Bukan mudah sebenarnya nak melalui dan menerima bila sesuatu yang tak pernah kita impikan.

Tetapi sesungguhnya hari demi hari aku lalui kini, terasa bahang-bahang bahagia yang sedang menanti. Belajar menerima, meghormati, meghargai dan cuba menyayangi dan mengasihi. Rasa bahagia dan puas bila semua yang kita pelajari menampakkan hasil yang positive. Cuma yang tinggal belajar mencintai bila sampai waktunya nanti.

Permulaan 'kami'


"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya
telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku,
dekatkanlah dia padaku, satukan
hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi.
Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih,
seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang
Engkau kehendaki."

~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~


On My E-Day...

Terima Kasih Ya Allah di atas kegembiraan ini. Moga Enkau kakalkan kebahagiaan ini selama-lamanya di dunia & akhirat.

Thursday, June 14, 2012

Sukanya hati

Al kisahnya berlaku beberapa hari lepas. Tapi harini br nak hupdet. Ceriteranya bermula bila aku memang tak bley blah. Status dia bunyi ala2 macam gini la..

...kalau kat Universiti ada subject Facebook, Twitter, Instagram dan sewaktu dengannya....kompom ramai ramai lulus dengan cemerlang...

Ermmm...agak2 korang la kan lulus level mana yang paling ramai??? Tak salah kalau aku letak A+(4.00) paling ramai orang skor. Mana taknya aku tengok menatang sosial network ni dah jadi macam fenomena dah sekarang ni. Kalau orang tu cakap dia tak de apa2 akaun sosial network aku rasa macam 'sumtin' dengan orang tu. Woiii agak-agak la kot ye pon tak bersosial tak kan satu email pon ko tak de. Kompem bohong kan.

Kat opis sekarang ni pon setiap staff dah ada email sendiri mean yang register under company. So tak kan la dia tak de nafsu nak jumpa pakcik Google, makcik Yahoo, atuk Gmail dan sedara maranya. Ok2, mugkin antara kita masih ada yang belum celik IT kn. Tapi ini kan satu fenomena. So aku rasa tak salah kalau aku katakan hampir setiap individu tanpa sempadan usia yang ada akaun sosial network sendiri kan.

Mugkin dulu aku agak finatik dalam melayari tenet ni. Tapi bila usia dah meninggkat ni aku dah macam tak kisah sangat benda2 ni. Semua akaun pon aku dah pernah ada. Cumanya hari2 buka atau tak je lah. Maybe ada akaun yang dah tak aktif pon. Kalau dulu macam wajib je hari kena ngadap. Tapi sekarang ni bila terigin je lah baru aku ngadap. Agaknya sebab kerja hakiki aku pon menuntut aku berhubung dengan pakcik Google dan sedara maranya. So aku macam dah bosan la kot.

Back tu status yang member aku post kat wall FB dia tu, aku rasa dia pon duk buat pengamatan la tu. Ye lah bebudak kecik pon bukan main pandai lagi ber'muka buku'. Siap pandai dunload n upload bagai. Pastu pandai dah men google2 nak dapat apa2 info. Pastu nak tengok movie or layan lagu kat YouTube. Aku rasa kadang2 bebudak tecik ni lagi advance daripada kakak, abang, mak n ayah diaorang.

So pas ni universiti2 seantero dunia mungkin boleh wujudkan subject baru base on sosial network yang macam tiada penghujung ni. Aku tak band semua ni. Cuma aku rasa kalau kita bijak memunafaatkannya untuk kebaikan ia memang mengguntungkan kita. Tapi jika sebaliknya yang berlaku memang hancus la.

Tak semua rangkaian sosial tak bagus. Seiring dengan zaman IT sekarang ni, smua maklumat dihujung jari. Itu maksudnya kita memerlukan rankaian2 ini untuk menjadi perantara perhubungan dan komunikasi kita. Jadi kepada adek2 kat luar sana xpecially yang masih bersekolah jangan menyalahgunakan kemudahan teknologi yang telah dicipta bagi memudahkan kita semua. Sebab dalam alam maya yang tanpa sempadan ini, kita sendiri lah yang kena pandai2 bawa diri. Kalau kita lalai kita akan hanyut. Ini kerana bila kita berada di jaringan dunia tanpa sempadan, kita akan disajikan dengan pelbagai sajian. Tepat pilihan sajian kita sedaplah yang kita dapat.

So, kesimpulanya, zaman sekarang ni jangan nak buat muka pelik bila tengok ramai bebudak bawah umur keluar masuk CC, baby 6 bulan layan citer katun kat YouTube, kanak 3 tahun usung iPad(sendiri punya), iPhone(makbapak punya), Tab(abang n kakakpunya) untuk main game. Tu dah jadi kebiasaan zaman sekarang ni.

So, meh la kita pon sama2 jadi pencelik IT supaya kita tidak ketinggalan bersama-sama pembuta IT.

Wednesday, June 13, 2012

Ahlan Wa Sahlan

Sebenarnya dah bebulan aku nak wat entry ni. Tapi apakan daya asyik terbengkalai jer. So hari ni aku nekad nak post entry ni. Semoga berjaya untuk aku.
Alkisahnya aku just nak introduce our new team member. Yeyyyy... finally team bola jaring menang. Ermmm...macam propa jer starting ni kan. Ok2. Baca sampai habis baru tau ini bukan propa punya crita.
19 April mak lahir ke dunia. 19 Januari kelahiran putri kesayangan mak ayah aku. Aku la tu. Bara jer adek2 baca. Hangpa pon mak ayah sayang gak. Cuma disebabkan kakak hangpa ni anak sulung hampa semua kena la redha kalau dia dapat kelebihan sikit(sebenarnya banyak sangat). Ermmmm...agak kenapa la dengan 19 haribulan ek?
19 Mac 2012 seorang lagi ahli keluarga baru dilahirkan. So nampak hebatnya kuasa 19 dalam family aku. So yang paling hepy skali tentu lah aku. Alhamdulillah Allah makbulkan permintaan aku. Dah la yang lahir ni gegirl. So memang geng habis la kitaorang. Ni merupakan puteri sulung adikku ngan asben dia.
Sehari sebelum adek aku deliver, kitaorang sempat merayau ke Balik Pulau. Asal planning nak p USM je tengok adek aku nombor tiga lawan bola. Bukannya Liga Malaysia mahu pon Presiden. Cuma Liga BOMBA se-Malaysia jer. Tapi ok what? Dapat gak wakil negeri kelahiran. Hehehehe...Sajer la kitaorangsebagai kakak kesayangan ni nak bagi moral support. Walaupon hakikatnya tak perlu bagi pon dia memang dah main sampai nak tercabut lutut2. Cuma kali ni dah main kat Penang so kami pon p la tengok. Sebenarnya aku ada motif lain nak p tengok bola aritu. Cuma tak boleh la nak share kat sini demi menjaga hati dan perasaan orang lain. Hahaha....(gelah jahat)....So adek2 aku kalau dah baca entry ni kunci mulut rapat2 k.
Berbalik pada cerita asal, hari yang kami p USM tu, alang2 dah ke seberang berTOLkan 7 hinggit lebih, baik kami merayau sepuas-puasnya. Walau pon dalam masa yang sama baby dalam pewot adek aku tu bila2 jer boleh tengok dunia. Time otw p Balik Pulau nak makan Laksa Pokok Janggus tu, aku siap bet ngan adek aku yang bomba tu lagi konon2 si baby akan beranak ikut DOB kitaorang. Adek aku yang preggy tu redha jer lah bila kita orang duk fight kat blakang. Mana tak nya DOB dia dah leps. Nak tunggu asben dia macam terlampau lambat. So harapan aku ngn adek aku yang nombor tiga memang tinggi. 19hb aku nya date. Dia lak 20hb. So dua date tu memang berisiko.
18hb adek ipar aku call cakap nak antar wife dia p sepital coz dah tanda2. Aku 1st skali check kalender nak tgk date. Siot kan. Pastu p ospital yang depan umah aku jer jauhnya. Mula2 masuk labour room tu adek aku ckp mungkin lagi beberapa jam kot dia besalin. Coz bukaan pon dah 5cm. Time tu kul 8 lebih rasanya. Aku macam frust la sikit dengar. Tunggu punya tunggu rupa2nya bukaan tu sampai 5cm jer yang cepat. Nak p ke next cm tu berejam2 lamanya.
Finally, kul 12 am lebih baby pon lahir secara normal. Maka dapat la dia tarikh kelahiran 19hb. Sama dengan ibu ngn opad dia. Adek ipar aku siap cakap 'mesti kak wani ngn mak syok kan?'...jawapan aku pastinya 'of coz la.....(hati bunga2 time tu)'. Setengah jam gak la tunggu kat depan pintu tu nak tengok baby. Pastu adek aku nya sister kluar bagi tau semuanya ok. Ooooooo lupa bagi tau adekku nurse kat Sepital Sbrg Jaya tu. So ada la sikit advantage. Sampai kan yang sambut baby pon sister dia. Pendek kata orang2 pilihan hati dia la yang incharge dia time nak beranak tu.
Ni la rupa si comel fresh from oven lg ni. Kuar jer dah bijak sisster tu cakap. Aku pon tak tau camana dia nampak. Tapi setelah 3 bulan bersama memang aku boleh klasifikasikan sebagai baby bijak n cepat catch dengan persekitaran dia.


Aina Nur Afrina Binti Rozzaman
Yeyyy...entry ni dah boleh publish....tahniah untuk kejaya aku....

Luahan Perasaan

Kerajinan aku semakin berkurangan kebelakangan ini. Mungkin sebab busy yang agak melampau kot. Kerja kat opis memang tak banyak tapi yang ada skrg ni dah cukup buat aku stress. Tapi smua tu aku tak boleh nak elak. Kena lalui jugak.

Yang buat aku stress bukan nya aku tak pandai or tak boleh nak buat kerja2 tu. Tapi cekadak pelanggan  yang buat aku jadi tak dak hati nak siap kan kerja2 depa. Mana tak nya janji nak bg bahan tak ikut 'time frame' yg aku dah tetapkan. Bila anta untuk 'pruff' ambik masa mcm diaorang yang nak buat design. Sakit jiwa aku macam ni. Bila diaorg antar je 'pruff' untuk aku baiki smula mesti nak cepat2. Apa ingat aku buat job korang je ker.

Satu Pulau Pinang ok kitaorg cover. So ko tolong guna otak ko sikit pon jadi lah, tolong fikir brapa byk jabatan kerajaan dan badan koprat di bawah kerajaan yang anta job untuk disiapkan. So prihatin lah sikit. Klau dah tau kesalahan tu daripada korang jgn nk macam2 songeh pas tu. Aku tau la kerja aku. Kalau korang tak byk cekadak sure punya aku blh siapkan kerja korang tu lbh awal dr jangkaan korang. Sbb kerja aku ni kepantasan berkerja ikut mud aku. Baik mud aku haritu siap lh byk kerja. Down mud aku haritusilap2 haribulan satu kerja pon tak siap.

Dan lagi satu alasan yang aku tak bley blah bila bg kat aku ayat mcm ni :

1) ....'sory la yer. blh tak buat cepat sikit. sy takut BOS saya tanya. Dia dah bagi kat sy lama. Saya yang peram (buat pengkasam nak mkn bulan pose(ni aku yg tambah).

2) Agak2 bila blh sy dpt layout / design yg sy bg arini yer. Bos sy dh suruh lama dh anta kat sini. Sy lupa. Lalu depan ni byk kali dah (kompem p JUSCO Seberang Perai City).

3) Saya dah anta tempat lain sblm ni. Smua pun tak boleh nak buat.(kalau aku ada kuasa menolak pon aku tak nk buat. Sbb tak berbaloi dgn harga). So last skali bos suruh anta sini.(byk cantek ko punya bos. tempat lain dah reject br nak cari kitaorg)

So kesimpulannya, kalau kerja yang ada kaitan dengan servis untuk goment ni mmg naseb la. Asyik jadi pak sanggup je. Terpaksa la aku ikut rentak.  

meja aku time entry ni di taip.


Tuesday, June 5, 2012

1 Jun 1945


Tarikh yang wajib aku ingati. Begitu gak dgn adek-adek comey ku. Apa yg penting sgt dengan date ni???? Ok,  67 tahun yang lampau pada tarikh tersebut lahirlah seorang umat Nabi Muhammad SAW yang diberi nama Mahmud. Sapa plak Mahmud tu???Ok2..beliau adalah kekasih hatiku dunia dan akhirat. So nampak kenapa aku wajib mengingati tarikh tersebut. Sebab born day kekasih hatiku.

Sempena Ulang Tahun Kelahiran Kekasih Hatiku yg ke 67 tahun, aku terus-terusan mendoakan agar beliau sentiasa dalam limpahan rahmat Allah SWT, serta mendapat redha dan barakah jua olehNya. Semoga sentiasa sihat walau pun sedikit kesakitan kadangkala menjelma, dimurahkan rezeki yang halal walaupn tidak seberapa, dipanjangkan usia bagi menambahkan bekalan keakhirat walau pn hakikatnya usia tidak kekal selamanya.

Tak pernah aku merubah hati dan perasaannya selama-lamanya buat insan yang paling penting dalam hidupku adalah seorang yang bergelar "AYAH". Dah tau kan sapa yang penting dalam hidup ku kan. Kalau ibu ratu hatiku...Ayah pula raja hati ku. So "Sayang u jgn nak jelous if u bkn lh kekasih hatiku yang sebenar, i just nak jg hati u je bila i ckp u lah segalanya..."(hahahaaaaa kompem meter kasihsayang aku ngn incik tunang merudum jatuh ngn statement ni kan????)

Birthday ayah tahun ni agak special coz kami buat kezutan yang ayah lansung tak prejudis dan syak wasangka. Hahahaaaa jauh sungguh kami bawa ayah tanpa ayah diinject ubat pelali. So maksudnya ayah sedar hokkey. Siap rela hati di bawa kemana saja. Kebetulan adek kecik ku ada interview 31hb Mei, apalagi sambil peram pekasam goreng je la terus. Nahhhh sekarang ayah telah di bawa lari ke pulau. Ayah sudah jadi pakcik pulau miggu ni. Mana taknya dari Pulau Pinang ke Pulau Pangkor. So nampak 2 pulau sekaligus ayah di kidnap oleh anak2 sendiri. Tapi kami tak minta wang tebusan pon. Yang kami minta lebihan kasih sayang jer..

Yang pasti tiada sepotong kek apalagi sebijik kek yang kami persembahkan untuk ayah. Yang ada hanyalah 2 meja makan yang digabung menjadi satu untuk menampung 8 orang dewasa n seorang bayi yang baru 2 bln setengah dilahirkan. Di atas meja tersebut dipenuhi dengan ketam n udang yang besau punya saiznya. So kami sekeluarga makan dengan hepinya sampai overdose tahap kekenyangan tu.  So besday ayah di rai ala2 santai makan malam seisi kluarga gitu.

Jangan cakap aku ngn adek2 aku kedekut ke hapa ke sebab tak beli kek besday untuk ayah. Tapi paham sangat kami dengan sikap kesederhanaan ayah itu. Pada ayah bukan sambutan yang didambakan. tetapi pengisian yang bermunafaat disamping keberkatan sudah cukup buat dia hepi. Kata ayah dia lebih hepi kalau duduk dgn anak2 dalam suasana harmoni. So setiap seiisi keluarga tak buat spoil mud ayah semalam. Ayah hepi kami lagi hepi.

Selamat Ulang tahun Kelahiran Ayah. Semoga ayah sentiasa disayangi Allah SWT di dunia dan akhirat. Paling penting ayah akan terus tabah mengharungi gangguan anasir2 tak berperasaan dan dapat menangani setiap ujian Allah dengan redha dan sentiasa berlapang dada dengannya.


Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ayah!!!