Tuesday, December 2, 2008

KeKeCeWaAn

percubaan yang gagal. itu dah yg sinonim dgn orang yang cuba bangkit dari kekecewaan terutamanya kecewa dalam bercinta. tp setuju atau tidak sebenarnya setiap orang yang pernah melalui kegagalan dalam hidup sekuatnya cuba bina smula kehidupannya itu. tapi kenapa makin dicuba makin sukar dia melepaskan diri dari cemgkaman kekecewaan itu.

adakah kerana tidak kuat semangat atau usahanya itu sekadar hangat-hangat tahi itik. tp rasanya dah tentu kita akan sedaya upaya nak buang jauh-jauh kenangan silam yang menyakitkan itu. bila ada kawan-kawan yang kecewa di sebabkan percintaan yang kecundang, aku rasa macam mudah je suruh diaorang lupakan sumer tu dan mulakan hidup baru. sebaliknya bila berlaku ke atas batang idung sendiri baru lah aku tau bertapa siksanya nak tanggung sumer tu. 

semakin kita cuba nak lupa apa yang dah berlaku, semakin kuat pula ingatan kita pada memori-memori lama tu. so macamana nak mulakan hidup baru kalau diri dibayangi kenangan silam. aku rasa bila berkongsi cerita dengan kawan-kawan, ianya cuma alternatif untuk meringankan kepala otak waktu tu je la. bila tengah malam mula lah ingat balik memori lama tu. buat plak kita tak bersalah lagi la rasa susah nak lupakan masalah tu. 

mungkin pada orang yang tak pernah rasa kecewa, diaorang akan salah kan kita. mesti diaorang cakap kita tak cuba nak bina hidup baru. tapi hanya Tuhan je yang tau kan apa yang ada dalam kepala otak kita waktu tu. jadi aku rasa kepada orang-orang yang tengah kecewa cara terbaik untuk ubati kekecewaan itu adalah dekatkan diri kepada Allah dan sentiasalah kita muhasabah diri kita. semoga masih ada sinar harapan dan kebahagiaan menanti kita di hadapan.

Sebagai renungan:
USAHLAH GELISAH DAN SEDIH BILA DIKECEWAKAN OLEH MANUSIA...KERANA...MASIH ADA LAGI YANG MENGASIHIMU DI DINIA INI...TETAPI GELISAH DAN SEDIHLAH BILA DIRIMU MENGECEWAKAN ALLAH...KERANA...TIADA SIAPA YANG MENGASIHIMU DI AKHIRAT NANTI...

2 comments:

Unknown said...

sokong!

orang pandai mengata. pandai mengkritik. sebab mereka tak lalui perkara tu.

tapi tuan punya diri yg punya masalah pun sebenarnya tak boleh terus tenggelam dengan rasa kecewa tu.

at least ada usaha untuk pulihkan diri. kena bangkit

kenangan tetap kenangan. dia macam parut lah. takkan hilang.

tapi kita tak boleh samakan kisah lalu yang pahit tu sama macam apa yang jadi hari ni. tak adil. sebab dia berbeza.

apa point aku nak cakap ni.

situasi kot. lain-lain jenis. lain-lain masa. lain-lain keadaan.

so kita tak boleh selfish.
aku cakap untuk diri sendiri jugak.

eh, sampai ke tak mesej ni?

wani® said...

tp kadang2 kita hadapi kesukaran bila orn lain tak cuba memahami kita walaupn sikit....so kena byk sabar.