Friday, December 5, 2008

Macam Tak Caya!!!

Setelah sekian lama tak bersosial, semalam aku mensosialkan diri. Tapi bukan sosial sangat pun. Lebih kepada beriadah sambil menghabiskan duit. Bukan main lama planning akhirnya impian seorang 'opismate' aku tercapai juga semalam. Aku ni lebih kepada ikut je. Jadi bila ada tukang plan yang planningnya masyuk kapla aku so aku join je lah. Al kisah nya bebudak opis aku ni sumer baguih-baguih(bahasa penang). Minat bersukan disamping mempertingkatkn kesihatan yang aku rasa sumer2nya sihat blaka. Dah seminggu lebih aku dengar isu ' Jom Men Bowling' kat ofis aku hangat diperkatakan. So semalam kitaorang pn p la main bowling. Seperti rancangan sumer kena join tp last minit staf yang berkeluarga ni sumer tak leh join. So pi la geng2 bujang ngan 2 orang laki orang.

Nak citer isu bowling semalam ni, permulaan yang agak menyedihkan juga lah bagi aku. Mana taknya aku dpt rasakan yang longkang kiri n kanan lane tu macam semakin berkilat je lepas kitaorang baling bola. I think everybody know what i mean it. Hahaha. Tapi aku tabik spring la kat bebudak opis aku yang tak malu dipandang, tak segan mencuci longkang, dah la baling bola lintang pukang, mujur tak de yang baling kot kebelakang.

Dari satu balingan ke satu balingan. Ada yang menunjukkan peningkatan. Dan tak kurang juga penurunan. Aku macam biasa la. Kalau tak cuci longakang kiri kanan bola tu lalu je tepi2 pin tu. Hangin tul aku. Aku rasa aku bukan tak pandai main tp tak cukup fokus je kot. Tu yang jadi lagu tu. Yang best tu, start first frame si Arief keep in nama ikut suka dia je. Tapi kebetulan lak markah ikut turutan nama yang dia keep in tu. Di sebabkan nama aku last markah pun aku last gak. Frame pertama berlalu dengan sadisnya. Linda dah mengalahkan aku. Yang lelaki2 tu jangan cakap la. Diaorang nya angka sumer besar2. Tp...ermmm aku tak kisah. Coz ada satu frame lagi.

Aku ingat bila lelama main mesti leh upgrade cara balingan aku. Tapi hampeh. Macam tadi gak. Lagi teruk ada la. Mana taknya kalau frame pertama tu aku dapat la gak 60 lebih jatuhan pin, bila frame ke-2, dapat 54 je. Tahi kucing tul lah. Kali ni aku dapat no last lagi. Suke la Cik Dosh tu dapat kalahkan aku. Dalam hangin2 tu aku ni ada hati nak tambah satu frame lagi. Planing main 2 frame je. Di sebabkn tak puas hati aku meracuni fikiran abang Din yang aku tengok x-cited duk menskillkan balingan dia walaupun banyak masuk longkang daripada pin jatuh. Nasib aku memang baik coz bos aku pun teringin nak mengexplore lagi saiz bola yang di guna, so aku apa lagi pi top up RM 33 lagi. Tambah la satu frame lagi.

So main la last frame. Zack pun pesan kat sumer main serious2 kali ni. Aku macam biasa la kuat gelak. Sory nak serious2. Nama pun nak relise tension. Wat pe nak serious2. Best apa bila kita main orang lain asyik strike tapi kita bagi masuk longkang. Ada kepusan tersendiri sebenarnya. Tak caya try la. Aku sure nya sekali je cuba mesti jadi lagi pas tu. Hahaha. Tp walaupun aku gelak2, dalam hati semangat kesukanan masih utuh lagi. Chewaah...Aku berazam nak kurangkan cuci longkang untuk frame ni. Aku pn mulakan balingan ngan 1 jatuhan pin. Sedihnya. Orang lain dah lebih 15 markah. Aku duk tercorot lagu tu la jagak. Mencinya...

Dalam duk muhasabah diri, di mana silapnya aku baling bola tu tetiba Abg Din yang aku kira otai juga la dalah hal bowling membowling ni sound aku dengan slumbernya...'woi orang baling bola tangan tu 'lughuih'..yang hang duk pusing tangan hang tu pasai pa...tu la bola duk masuk longkang'....So tu la jawapan kenapa aku tak leh bagi pin yang bodoh tu jatuh. Jeng...jeng...jeng...aku mesti wat stret tangan aku. So dengan berhati2 aku pun baling. Pergh!!! 8 pin jatuh siot...apa lagi bergegar la tempat bowling tu dibuatnya. Pastu aku cuba tamatkan riwayat 2 lagi pin. Yes!!! jatuh lagi. Ermmm permulaan baik tu. 

Setelah aku dapat rentak, aku tak menoleh kebelakang lagi. Walaupun aku tau markah depa banyak pada aku. Aku memintas sorang demi sorang dalam memburu kejuaraan sulung aku. Hahaha. Poyos jerk kan. Siapa sangka tittle pencuci longkang aku serahkan kepada orang lain dah. Aku berjaya menjatuhkan 8 pin diikuti spare setiap balingan aku. No 8 memang serasi lah ngan idup aku. Rezeki menyebelahi aku lagi bila aku julung2 kali dapat wat strike. Hehehe..Tapi cik Dosh yang menjadi pesaing aku tak heran dah coz sebelum tu dia dah wat strike. Aku sorang je yang belum. So x-cited lebih la aku ni. Malas nak citer panjang dah, endingnya aku dpt achive taget gak malam tu. First time dalam idup aku main bowling dapat 100 lebih markah.

Cayalah wani...Aku dengan bangganya mengumumkan sendiri kemenangan aku di tempat ke-2. Jadi aku akan ingat sampai bila2 kejayaan aku ni. Juara yang tak leh diterima oleh sumer orang adalah Zack. Tapi yang seday nya last frame tu bos aku sorang jer yang tak achive target. So sebelum aku publish post ni aku nak wish sikit kat kengkawan aku yang best2 gitew malam tu. 

* Bro Din... thanx coz teach n give me advise how to play it.
* Bro Zack...yar u r da winner dis nite...but don't forget...i will take't ur tittle next time.
* Bro Arief...for me ur r da denger person coz anytime u can be da winner if u want it.
* My lovely Bos...Oh yar i know u can't accept da result dis nite...but what can i say...
* My dearest fwen Miss Linda...Until now u still can't accept me as a winner between both of us...hahaha...

Last but not least...for u all guys my lovely fwen....terimalah hakikat yang aku ni memang hebat dan mampu memberi saingan kepada u all...Chawww

4 comments:

lindosh said...

TAK PUAS HATI!hahaha

3 frame je tak jamin apa-apa ok? at least 5 kot. ada brani? siapa menang dia open table pulak haha

wani said...

huhuhu...aku sedia menyahut cabaran mu itu cik Dosh....jangan kata 5 frame kalau 10 pn tak de halnya...

13may said...

aku nak join open table saja bleh??? hehhe hehhe

wani said...

En. 13May kalau nak join open table je bleh tp kena tunggu Miss Dosh menang dulu. Ntah bila la gamaknye?