Wednesday, December 10, 2008

Lu Pikir La Sendiri...

Selama 3 tahun aku jadi orang Penang, ni la first time aku p Pesta Pulau Pinang. Selama ni aku tak leh nak bayangkan bila orang cakap syok ooo p pesta penang. Now, aku dah tau dah betapa tak syok pun pesta Penang tu. Bukannya ada apa pun, macam Karnival Jom Heboh2 tu. Tapi nak masuk kena bayar RM3 sorang.

Ni sumer gara-gara fwen aku Linda. Dia punya ayat power sungguh pujuk aku p pesta dengan dia. Habis sumer alasan yang aku bagi dia cantas dengan penyelesaian yang tak termampu aku balas balik. Mana taknya siap sanggup sponsor sumer lagi tu. Aku hanya perlu bawa badan je. Apa-apa pun tima kacih ye Linda. So malam tu aku, Linda, my cousin dan driver tak berbayar si Arief pun menyeberangi jambatan terpanjang di Malaysia untuk p tapak pesta. 

Kalau nak tau awat kawan aku yang sorang tu kalut ajak aku p tapak pesta malam tu sebabnya boyfriend tak diiktiraf dia wat show malam tu rupanya. Sapa lagi kalau tak si Nabil jejaka cute tu. Sebenarnya aku pun dah lama jatuh hati ngan Nabil ni. Tu yang aku pun terX-cited ikut sampai pospone balik kampung. Bila dapat bertentang mata ngan Nabil, fuhhh cair jap hati aku ni. Tapi sapa la aku berbanding ngan Linda tu Nabil nak pandang. Hahaha...

Apa-apa pun malam tu aku gelak tak hengat-hengat dek lawak si Nabil ngan Angah (RL session 1). Sedar tak sedar rupanya aku tak brapa join ngan member2 aku tu. Yang aku tau gelak je. Dengan tredemark 'Lu Pikir La Sendiri' tu aku rasa sumer orang yang mai tengok Nabil sure tak puas tengok persembahan dia yang bersahaja tu. Rasa frust je bila show dah abis.

Walaupun show dah abis, aku ngan Linda masih ada projek lagi. Nak tau apa kami buat. Haa apa lagi serbu belakang stage la. Jadi kerja sungguh no budak 2 orang ni. Ermm kalau dah minat tu malu pun tak dan nak pikir. Nasib baik la cousin aku ngan Arif mau layan kami punya gila malam tu. So sementara duk tunggu Nabil kuar nak balik, kami pun usha-usha la keta dia yang tak brapa cun tu. Leh tahan gak mamat lawak sorang ni. Pakai Mitsubishi tu. Caya la mat despatch.

Akhirnya dapat gak aku tengok Nabil yang manis tu dari jarak kurang 100 meter. Best la gak. Leh himpit-himpit dengki kat orang lain. Hahaha jahatnya aku. Dalam duk dengki-dengki tu dapat gak aku salam ngan Nabil. Hikhikhik...Lawak sungguh rasanya. Aku ingat aku sorang je dapat salam ngan dia, rupa-rupanya Linda siap paking baiknya belakang aku. So dia pun dapat gak la pegang-pegang tangan si Nabil tu. Apa-apa pun pun kami enjoy sangat malam tu.


Sementara tunggu Nabil kuat snap la keta dia dulu...


...Lu Pikir La Sendiri...


NBL 1983...Kalau jumpa kat mana-mana sure Nabil ada di sekitar itu...


Hahaha...percaya atau tidak itu hak anda...

2 comments:

lindosh said...

OI MAIN TIPU LAAA HAHAHHA

wani said...

jangan jeles no...nnt kita p jumpa apek lak....hehehe...