Friday, December 19, 2008

H.O.B.I

Hobi. Banyak yang boleh didefinasikan sebagai hobi. Pada aku asalkan suka dan minatkan sesuatu tu lah hobi. Ntah korang setuju ke tak dengan aku pun aku tak tau. Tapi tu lah tafsiran hobi pada aku.

Kalau zaman budak-budak, kumpul setem adalah hobi yang selalu dikaitkan. Tapi ada juga  bebudak yang  lahir daripada keluarga yang agak berduit mereka boleh jadikan menggumpul anak-anak patung, barangan mainan dan macam-macam lagi yang berkos tinggi sebagai hobi. 

Tapi macamana lak ngan golongan muda-mudi atau remaja? Agaknya kumpul 'marka' (cari dalam kamus utara) kot. Yang pompuan ngan koleksi boyprend dan yang lelaki ngan gilrpren. Yang pasti belum ada kesahihan dengan kenyataan aku ni. Aku agak je la.

Sebenarnya aku nak kongsi pengalaman dengan korang tentang satu hobi yang agak menarik dan tertarik juga pada aku. Ini kisah hobi mengumpul jam antik. Baru-baru ni aku ikut kawan aku balik umah parents dia. So kira ni first time la pegi umah dia. Korang tau tak apa perasaan aku bila sampai je depan pintu umah dia? Terkezut beruk tahap cipan aku dibuatnya. Mana tak nya. Aku ingat aku pegi kedai jam antik. Di segenap dinding umah tu digantung jam dinding  dari perbagai model, negara, tahun dan jenis. Yang best  tu kalau kita perhatikan sekali imbas jam-jam tu sumer nampak macam sama je. Tapi kalau di amati betul-betul, rupa-rupanya sumer berbeza.

Paling menarik sumer jam-jam tu mengeluarkan bunyi setiap satu jam mengikut kiraan jam waktu tu. Kalau pukul dua maka jam tu bunyi 2 kali. Macamtu gak dengan pukul-pukul lain. Tapi dapat korang banyangkan tak macamana bila kul 12 tengah malam. Maka 12 kali lah jam tu mengeluatkan bunyi yang pada pendengaran aku agak menyeramkan jugak lah.

So aku hidangkan korang dengan gambar-gambar yang sungguh menarik untuk sajian mata korang. 
















Cantik dan menarik.
















Antara jam-jam klasik yang 'Old School' di susun di dinding ruangan tengah rumah. Jam- jam ini akan mengeluarkan bunyi serentak pada setiap jam.














Jam yang pelbagai bentuk di susun di dinding ruang tamu. Jam yang berwarna hitam itu pernah mendapat tawaran dari seorang peminat dengan harga RM 7000. Tetapi pemilik tidak berminat untuk menjualnya.
















Kesemua jam-jam ini nampak hampir sama kan? Tetapi kalau anda lihat betul-betul, ianya di datangkan dari negara berbeza. Jenamanya turut berbeza.










Aku mengambil kesempatan mengabadikan kenangan bersama jam-jam antik pemilik. Sungguh mengujakan aku.

1 comment:

Unknown said...

terujanya saya!haha

nanti nak kawin mintak satu hadiah jam antik paling mahal kat ayah dia. boleh kot?

haha mimpi la pakcik khir nak kasi kan!