Monday, December 15, 2008

j0m j@l@n-j@l@n

Akhirnya aku sampai gak kat Bandaraya Ipoh. Walaupun aku ni asal nya Perak tapi tak penah lak aku pi jalan-jalan kat Ipoh tu. Kalau lalu penah le.

Dengan adanya kengkawan yang kuat jalan, maka aku pun berpeluang ler jalan-jalan same. Planningnye nak makan kenduri, tapi bila dah kenyang pandai lak tambah aktiviti. Ari Sabtu baru ni aku dengan tak ku sangka-sangka telah mengikuti rombangan makan kenduri di Ipoh. Cewah2...bunyi macam ramai je join ngan besar jerk kenduri tu kan. Padahal yang pegi tu aku, Linda ngan Arief jer. Kenduri lak bukan nya kenduri kawin pun. Doa selamat je. Adik si Arief tu berkhatan.

Perjalanan yang tak memenatkan bagi aku yang curi-curi tido walaupun duk depan. Dengan pemanduan berhemat Arief kami sampai seperti yang dijangkakan. Malas citer pasal kenduri coz aku asyik makan jer. So abis kenduri, kul 7 lebih kami pun konon-konon bagi tau mak Arief nak balik Penang. Walhal si Arief ni bawa kami jalan bandar Ipoh.

Memalam buta mana ada apa. Tapi kalu pandai cari aktiviti malam-malam pun tak de halnya. So si mamat Ipoh ni pun bawa la kami skodeng nyah-nyah di bandar tu. Apa lagi mata pun menjalankan tugas mengecam la nyah-nyah yang pada aku tak secantik di bandar Kuantan. Aku tengok je la, nak soundf lebih-lebih tak brani. Kang ada kena baling batu. Tapi yang syok tu, ni la first time aku tengoh nyah berbangsa India. Selalu yang aku jumpa bangsaku sendiri. Pengalaman....pengalaman...

So tak de la gambar candid nyah-nyah yang dapat aku titipkan di ruangan ini. Yang ada cuma persiapan merayakan Hari Natal yang didekorasi agaknya oleh Dewan Bandaraya Ipoh. Apapun thank to bro Arief coz bawa kami jalan-jalan malam tu. Chiawwww....


Sunway City Ipoh


Hepy Natal Day

2 comments:

lindosh said...

mcm lah kat seberang jaya tak ada sunway ahahah

mana gambar muzium jam ha? haha

wani said...

Seberang Jaya memang ada... tapi lanskap gitew tak de k....so p la Ipoh tengok....huhuhu....