Wednesday, November 26, 2008

_.::: MeMoRi :::._

Satu ketika dulu......

Setiap manusia mesti ada pengalaman yang tak dapat dilupakan. Tak kisah lah pengalaman tu manis, pahit, kelat, masin or masam tapi mesti kita simpan gak kan. Tambah2 kalau ianya manis, mesti tak membebankan kepala otak kalau kita ingat slalu. Lagi menigkat usia seseorang maka lagi banyak lah memori yang tersimpan. Aku rasa kalau lah ruang memori tu macam hard disk, mesti kena tukar banyak kali kan. Tapi syukurlah, Allah jd kn ianya unlimited. So banyak mana pn memori bleh je simpan.

Dalam mengimbau-ngimbau memori lama, aku terjumpa la gambar jambatan yg aku attach tu. Jambatan tu sebenarnya amat memberi kesan kepada ingatan aku. Deep in my heart, jambatan tu sebenarnya mengingatkan aku pada 'seseorang' yg pernah bertahta d hati aku. Jambatan tu jg bleh membuat kan wujudnya perasan rindu. Mungkin tak sumer org familiar ngan jambatan tu. Mungkin orang akan ckp apahal lak minah ni duk bercerita pasal jambatan yg tak glamor tu. Tp aku yakin sesapa hamba Allah di muka bumi ni yang pernah blajar di UiTM Lendu, Mlaka sure nya ingat jambatan tu. Mana mungkin bleh lupa. Tu lah satu2nya jambatan yg ada kat sana.

Jambatan tu dah banyak jasanya kat student UiTM Mlaka. Kalau takde jambatan tu dah tntu kena ikut jalan jauh nak p class. Aku jg tak terkecuali menggunakan jambatan tu satu ketika dulu. Walau pn mula2 lalu kat atas jambatan tu Tuhan saja yg tau bertapa kecutnya perut aku. Tambah2 lak kalau ada mangkuk berayun yang saja2 dok lompat kat atas tu. Aku rasa mcm nak jerit je. Tp apa leh buat memikirkan malu slumber je lah jalan. 

Tengok gambar jambatan tu aku teringat pada mereka2 yg pernah menjadi teman, kawan dan sahabat aku sewaktu aku bergelar student DPA kat UiTM Lendu. Komsis Atikah adalah asrama aku dulu. Kawan satu dorm yg masih segar diingatan aku adalah Arah, Kesum, Nick, Iszura, June, Adik, Ati, Eton, Nadia, Nana, Ima, Ila, Angah(Liza), Shamsina dan beberapa org yang aku ingat muka tp dh lupa nama. Almaklumlah dh ampir 8 tahun. Antara senior2 yg dekat di hati ku tentunya Kak Umie, Kak Jus, Kak Ina, Abg. Anor, Abg Zubir, Abg Ariff, Kak Shida dan ramai lg. Classmate aku lak antara yg aku masih ingat tentulah Mr. Shez (someone special for me before), Nick, Ikmal, Hafiza Johari, Alimi, Idzuafihadi, n yg lain tu aku ingat2 lupa. Hahaha sory la tak dpt nak ingat sangat walau pn dh dicuba.

Back to pasal jambatan tu, kat situ lah aku slalu tggu seseorang sblm nak p class. Kalau balik class lak, turun je jambatan tu kami berpisah balik hostel masing2. Macam tu la hari2. Situ jg lh aku tggu kalau nak  jmp my foster brother. Jd jambatan tu bkn saja menjd penghubung jalan tp aku percaya mst banyak hubungan yang terjalin di situ. Yelah mana tak nya. Kat situ mula terserempak. Pastu ari2 lalu situ. Jambatan oh jambatan. Sesungguhnya aku rindu kanangan lalu. Tp apa kan daya, masa yang dah berlalu tak akan kembali lg. Oleh itu setiap apa yang kita lalui hari2 kita mesti hargai sbb jika sesaat pn masa tu berlalu ia  tak mungkin kita bleh back balik kan.  

 

5 comments:

lindosh said...

hye mr shez. r u there? :P

13may said...

aikk??? lindosh ada sini???

wani said...

lindosh tu bkn ke ade dimana2...hahaha...

Floyd said...

jabatan kasih nie...


Word Verification - Blitill

wani said...

Floyd,

Bukan setakat kasih je, sayang.rindu, benci n macam2 adaaaa....