Thursday, June 14, 2012

Sukanya hati

Al kisahnya berlaku beberapa hari lepas. Tapi harini br nak hupdet. Ceriteranya bermula bila aku memang tak bley blah. Status dia bunyi ala2 macam gini la..

...kalau kat Universiti ada subject Facebook, Twitter, Instagram dan sewaktu dengannya....kompom ramai ramai lulus dengan cemerlang...

Ermmm...agak2 korang la kan lulus level mana yang paling ramai??? Tak salah kalau aku letak A+(4.00) paling ramai orang skor. Mana taknya aku tengok menatang sosial network ni dah jadi macam fenomena dah sekarang ni. Kalau orang tu cakap dia tak de apa2 akaun sosial network aku rasa macam 'sumtin' dengan orang tu. Woiii agak-agak la kot ye pon tak bersosial tak kan satu email pon ko tak de. Kompem bohong kan.

Kat opis sekarang ni pon setiap staff dah ada email sendiri mean yang register under company. So tak kan la dia tak de nafsu nak jumpa pakcik Google, makcik Yahoo, atuk Gmail dan sedara maranya. Ok2, mugkin antara kita masih ada yang belum celik IT kn. Tapi ini kan satu fenomena. So aku rasa tak salah kalau aku katakan hampir setiap individu tanpa sempadan usia yang ada akaun sosial network sendiri kan.

Mugkin dulu aku agak finatik dalam melayari tenet ni. Tapi bila usia dah meninggkat ni aku dah macam tak kisah sangat benda2 ni. Semua akaun pon aku dah pernah ada. Cumanya hari2 buka atau tak je lah. Maybe ada akaun yang dah tak aktif pon. Kalau dulu macam wajib je hari kena ngadap. Tapi sekarang ni bila terigin je lah baru aku ngadap. Agaknya sebab kerja hakiki aku pon menuntut aku berhubung dengan pakcik Google dan sedara maranya. So aku macam dah bosan la kot.

Back tu status yang member aku post kat wall FB dia tu, aku rasa dia pon duk buat pengamatan la tu. Ye lah bebudak kecik pon bukan main pandai lagi ber'muka buku'. Siap pandai dunload n upload bagai. Pastu pandai dah men google2 nak dapat apa2 info. Pastu nak tengok movie or layan lagu kat YouTube. Aku rasa kadang2 bebudak tecik ni lagi advance daripada kakak, abang, mak n ayah diaorang.

So pas ni universiti2 seantero dunia mungkin boleh wujudkan subject baru base on sosial network yang macam tiada penghujung ni. Aku tak band semua ni. Cuma aku rasa kalau kita bijak memunafaatkannya untuk kebaikan ia memang mengguntungkan kita. Tapi jika sebaliknya yang berlaku memang hancus la.

Tak semua rangkaian sosial tak bagus. Seiring dengan zaman IT sekarang ni, smua maklumat dihujung jari. Itu maksudnya kita memerlukan rankaian2 ini untuk menjadi perantara perhubungan dan komunikasi kita. Jadi kepada adek2 kat luar sana xpecially yang masih bersekolah jangan menyalahgunakan kemudahan teknologi yang telah dicipta bagi memudahkan kita semua. Sebab dalam alam maya yang tanpa sempadan ini, kita sendiri lah yang kena pandai2 bawa diri. Kalau kita lalai kita akan hanyut. Ini kerana bila kita berada di jaringan dunia tanpa sempadan, kita akan disajikan dengan pelbagai sajian. Tepat pilihan sajian kita sedaplah yang kita dapat.

So, kesimpulanya, zaman sekarang ni jangan nak buat muka pelik bila tengok ramai bebudak bawah umur keluar masuk CC, baby 6 bulan layan citer katun kat YouTube, kanak 3 tahun usung iPad(sendiri punya), iPhone(makbapak punya), Tab(abang n kakakpunya) untuk main game. Tu dah jadi kebiasaan zaman sekarang ni.

So, meh la kita pon sama2 jadi pencelik IT supaya kita tidak ketinggalan bersama-sama pembuta IT.

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum dan salam perkenalan. Jemput singgah di http://www.kedaivitamin2u.blogspot.com. Di sini ada info vitamin n suplemen produk Shaklee