Wednesday, June 13, 2012

Ahlan Wa Sahlan

Sebenarnya dah bebulan aku nak wat entry ni. Tapi apakan daya asyik terbengkalai jer. So hari ni aku nekad nak post entry ni. Semoga berjaya untuk aku.
Alkisahnya aku just nak introduce our new team member. Yeyyyy... finally team bola jaring menang. Ermmm...macam propa jer starting ni kan. Ok2. Baca sampai habis baru tau ini bukan propa punya crita.
19 April mak lahir ke dunia. 19 Januari kelahiran putri kesayangan mak ayah aku. Aku la tu. Bara jer adek2 baca. Hangpa pon mak ayah sayang gak. Cuma disebabkan kakak hangpa ni anak sulung hampa semua kena la redha kalau dia dapat kelebihan sikit(sebenarnya banyak sangat). Ermmmm...agak kenapa la dengan 19 haribulan ek?
19 Mac 2012 seorang lagi ahli keluarga baru dilahirkan. So nampak hebatnya kuasa 19 dalam family aku. So yang paling hepy skali tentu lah aku. Alhamdulillah Allah makbulkan permintaan aku. Dah la yang lahir ni gegirl. So memang geng habis la kitaorang. Ni merupakan puteri sulung adikku ngan asben dia.
Sehari sebelum adek aku deliver, kitaorang sempat merayau ke Balik Pulau. Asal planning nak p USM je tengok adek aku nombor tiga lawan bola. Bukannya Liga Malaysia mahu pon Presiden. Cuma Liga BOMBA se-Malaysia jer. Tapi ok what? Dapat gak wakil negeri kelahiran. Hehehehe...Sajer la kitaorangsebagai kakak kesayangan ni nak bagi moral support. Walaupon hakikatnya tak perlu bagi pon dia memang dah main sampai nak tercabut lutut2. Cuma kali ni dah main kat Penang so kami pon p la tengok. Sebenarnya aku ada motif lain nak p tengok bola aritu. Cuma tak boleh la nak share kat sini demi menjaga hati dan perasaan orang lain. Hahaha....(gelah jahat)....So adek2 aku kalau dah baca entry ni kunci mulut rapat2 k.
Berbalik pada cerita asal, hari yang kami p USM tu, alang2 dah ke seberang berTOLkan 7 hinggit lebih, baik kami merayau sepuas-puasnya. Walau pon dalam masa yang sama baby dalam pewot adek aku tu bila2 jer boleh tengok dunia. Time otw p Balik Pulau nak makan Laksa Pokok Janggus tu, aku siap bet ngan adek aku yang bomba tu lagi konon2 si baby akan beranak ikut DOB kitaorang. Adek aku yang preggy tu redha jer lah bila kita orang duk fight kat blakang. Mana tak nya DOB dia dah leps. Nak tunggu asben dia macam terlampau lambat. So harapan aku ngn adek aku yang nombor tiga memang tinggi. 19hb aku nya date. Dia lak 20hb. So dua date tu memang berisiko.
18hb adek ipar aku call cakap nak antar wife dia p sepital coz dah tanda2. Aku 1st skali check kalender nak tgk date. Siot kan. Pastu p ospital yang depan umah aku jer jauhnya. Mula2 masuk labour room tu adek aku ckp mungkin lagi beberapa jam kot dia besalin. Coz bukaan pon dah 5cm. Time tu kul 8 lebih rasanya. Aku macam frust la sikit dengar. Tunggu punya tunggu rupa2nya bukaan tu sampai 5cm jer yang cepat. Nak p ke next cm tu berejam2 lamanya.
Finally, kul 12 am lebih baby pon lahir secara normal. Maka dapat la dia tarikh kelahiran 19hb. Sama dengan ibu ngn opad dia. Adek ipar aku siap cakap 'mesti kak wani ngn mak syok kan?'...jawapan aku pastinya 'of coz la.....(hati bunga2 time tu)'. Setengah jam gak la tunggu kat depan pintu tu nak tengok baby. Pastu adek aku nya sister kluar bagi tau semuanya ok. Ooooooo lupa bagi tau adekku nurse kat Sepital Sbrg Jaya tu. So ada la sikit advantage. Sampai kan yang sambut baby pon sister dia. Pendek kata orang2 pilihan hati dia la yang incharge dia time nak beranak tu.
Ni la rupa si comel fresh from oven lg ni. Kuar jer dah bijak sisster tu cakap. Aku pon tak tau camana dia nampak. Tapi setelah 3 bulan bersama memang aku boleh klasifikasikan sebagai baby bijak n cepat catch dengan persekitaran dia.


Aina Nur Afrina Binti Rozzaman
Yeyyy...entry ni dah boleh publish....tahniah untuk kejaya aku....

No comments: