Tuesday, June 5, 2012

1 Jun 1945


Tarikh yang wajib aku ingati. Begitu gak dgn adek-adek comey ku. Apa yg penting sgt dengan date ni???? Ok,  67 tahun yang lampau pada tarikh tersebut lahirlah seorang umat Nabi Muhammad SAW yang diberi nama Mahmud. Sapa plak Mahmud tu???Ok2..beliau adalah kekasih hatiku dunia dan akhirat. So nampak kenapa aku wajib mengingati tarikh tersebut. Sebab born day kekasih hatiku.

Sempena Ulang Tahun Kelahiran Kekasih Hatiku yg ke 67 tahun, aku terus-terusan mendoakan agar beliau sentiasa dalam limpahan rahmat Allah SWT, serta mendapat redha dan barakah jua olehNya. Semoga sentiasa sihat walau pun sedikit kesakitan kadangkala menjelma, dimurahkan rezeki yang halal walaupn tidak seberapa, dipanjangkan usia bagi menambahkan bekalan keakhirat walau pn hakikatnya usia tidak kekal selamanya.

Tak pernah aku merubah hati dan perasaannya selama-lamanya buat insan yang paling penting dalam hidupku adalah seorang yang bergelar "AYAH". Dah tau kan sapa yang penting dalam hidup ku kan. Kalau ibu ratu hatiku...Ayah pula raja hati ku. So "Sayang u jgn nak jelous if u bkn lh kekasih hatiku yang sebenar, i just nak jg hati u je bila i ckp u lah segalanya..."(hahahaaaaa kompem meter kasihsayang aku ngn incik tunang merudum jatuh ngn statement ni kan????)

Birthday ayah tahun ni agak special coz kami buat kezutan yang ayah lansung tak prejudis dan syak wasangka. Hahahaaaa jauh sungguh kami bawa ayah tanpa ayah diinject ubat pelali. So maksudnya ayah sedar hokkey. Siap rela hati di bawa kemana saja. Kebetulan adek kecik ku ada interview 31hb Mei, apalagi sambil peram pekasam goreng je la terus. Nahhhh sekarang ayah telah di bawa lari ke pulau. Ayah sudah jadi pakcik pulau miggu ni. Mana taknya dari Pulau Pinang ke Pulau Pangkor. So nampak 2 pulau sekaligus ayah di kidnap oleh anak2 sendiri. Tapi kami tak minta wang tebusan pon. Yang kami minta lebihan kasih sayang jer..

Yang pasti tiada sepotong kek apalagi sebijik kek yang kami persembahkan untuk ayah. Yang ada hanyalah 2 meja makan yang digabung menjadi satu untuk menampung 8 orang dewasa n seorang bayi yang baru 2 bln setengah dilahirkan. Di atas meja tersebut dipenuhi dengan ketam n udang yang besau punya saiznya. So kami sekeluarga makan dengan hepinya sampai overdose tahap kekenyangan tu.  So besday ayah di rai ala2 santai makan malam seisi kluarga gitu.

Jangan cakap aku ngn adek2 aku kedekut ke hapa ke sebab tak beli kek besday untuk ayah. Tapi paham sangat kami dengan sikap kesederhanaan ayah itu. Pada ayah bukan sambutan yang didambakan. tetapi pengisian yang bermunafaat disamping keberkatan sudah cukup buat dia hepi. Kata ayah dia lebih hepi kalau duduk dgn anak2 dalam suasana harmoni. So setiap seiisi keluarga tak buat spoil mud ayah semalam. Ayah hepi kami lagi hepi.

Selamat Ulang tahun Kelahiran Ayah. Semoga ayah sentiasa disayangi Allah SWT di dunia dan akhirat. Paling penting ayah akan terus tabah mengharungi gangguan anasir2 tak berperasaan dan dapat menangani setiap ujian Allah dengan redha dan sentiasa berlapang dada dengannya.


Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ayah!!!

No comments: