Thursday, June 28, 2012

Love Story - Part 1

Manusia hanya mampu merancang, Allah SWT yang akan menentukannya. Setiap yang berlaku semua atas Qada' & QadarNya. Dah macam tazkirah la plak mukadimmah ni kan.

Sebenarnya lately ni aku selalu teringat hasrat-hasrat dan impian aku yang dah terlaksana dan masih terbengkalai. Ye lah orang yang semangat tak berapa nak berkobar-kobar macam aku ni of coz buat sesuatu ikut suka hati aku time tu je kan. Bukan nak all out sangat pon. So no wonder lah kalau ada lagi benda yang terbengkalai dalam wishlist kehidupan aku.

Pernah tak korang berimpian yang pada hakikatnya korang tak pernah berusaha ke arah impian tu? Huhhh....apa punya soalan pon aku tak tau ni. Ok2, baca sampai habis en3 ni kompem paham punya apa yang cuba aku mengarutkan ni.

Aku selalu juga baca novel2 cintan cintun ni. So kadang2 tanpa sangka aku juga rasa macam nak jer perjalanan hidup aku ni macam dalam novel. Tapi aku sedar yang dunia dalam novel tu fenomena dia direka cipta oleh manusia. So manusia boleh creat jalan cerita yang indah2 supaya pembaca puas dan hepi. Tapi realiti kehidupan penuh dengan kejutan dan ketidak sangkaan. Hanya aturan Allah sebaik2 jalan cerita untuk kehidupan manusia.

Entry kali ni just aku nak abadikan apa yang aku rasa dalam blog ni supaya suatu hari nanti orang2 yang terlibat secara langsung dengan jalan cerita ni dapat membacanya.

Alkisahnya.....

Aku tak pernah mengharapkan yang aku akan berkahwin dengan orang yang tak pernah bercinta dengan aku. Tak pernah terfikir aku akan menerima seseorang tanpa aku ada perasaan terhadapnya. Tak terlintas nak berkahwin dengan orang yang ada kaitan dengan zaman remaja aku dulu. Tak terduga yang akan bertemu jodoh dengan orang yang familinya ada friendship dengan parents aku. Tak sangka aku akan melayari hari2 mendatang aku dengan orang yang sentiasa mengikuti kembang kucup(rasa mcm kembang jer lebih kucup nya hanya khayalan) aku dulu kini dan insyaAllah selama-lamanya. Semua itu di luar jangkaan naluri kemanusiaan aku.

Tapi aku pernah berangan-angan alangkah bagusnya kalau aku juga tergolong dalam orang2 yang mendapat cinta selepas berkahwin. 'Love after married'...

Alhamdulillah, impian aku sudah hampir menjadi reali. Kini aku bakal dan akan masuk ke dalam golongan itu.

Pada zahirnya nampak aku macam ok dengan apa yang aku lalui sekarang ni. Mungkin perwatakan aku yang 24 jam epy go lucky ni, orang tak nampak segala kegusaran, keraguan & kerisauan aku. Allah SWT saja lah yang tau gelodak jiwaku saat mengira detik waktu ini.

Yang pasti aku kini sedang dan masih berlajar menerima kenyataan hidup yang dah Allah aturkan terbaik buat aku. Bukan mudah sebenarnya nak melalui dan menerima bila sesuatu yang tak pernah kita impikan.

Tetapi sesungguhnya hari demi hari aku lalui kini, terasa bahang-bahang bahagia yang sedang menanti. Belajar menerima, meghormati, meghargai dan cuba menyayangi dan mengasihi. Rasa bahagia dan puas bila semua yang kita pelajari menampakkan hasil yang positive. Cuma yang tinggal belajar mencintai bila sampai waktunya nanti.

Permulaan 'kami'


"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya
telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku,
dekatkanlah dia padaku, satukan
hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi.
Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih,
seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang
Engkau kehendaki."

~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~


On My E-Day...

Terima Kasih Ya Allah di atas kegembiraan ini. Moga Enkau kakalkan kebahagiaan ini selama-lamanya di dunia & akhirat.

No comments: