Wednesday, August 10, 2011

Kenapa ini semua terjadi????

Setiap pertemuan mahupun perpisahan semuanya aturan yang Maha Esa. Adakalanya sesuatu pertemuan itu adalah yang terbaik buat kita. Kadang kala kita ditemukan juga dengan orang yang salah. Pernahkah kita merintih mahupun mengeluh. Kenapa semua ini harus terjadi???? Disebabkan pertemuan yang salah ini lah akan ada hati yang terluka, kecewa, disakiti, menyakiti, marah, dendam dan segalanya.

MEMANG ALLAH SWT SENGAJA MENEMUKAN KITA
DENGAN ORANG YG SALAH SUPAYA:


Apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih
ada rasa syukur kita pada ketentuanNya.

Kita dapat menjadi penilai yg baik.

Kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg
sentiasa mengharapkan pertolongan Allah SWT.

Kita dapat kasih sayang yang terbaik, khas
untuk diri kita.

Kita sedar bahawa allah maha pemurah & penyayang
kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah
pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita
pada masa depan.

Kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang
berpeluang untuk mengalaminya.

Kita jadi manusia yg hebat jiwanya.

Kita lebih faham bahawa cinta yg terbaik hanya ada
bersama Allah SWT.

Kita lebih mengenali kehidupan yg tak selamanya
kekal.


Allah SWT tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi Dia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.

No comments: