Tuesday, April 21, 2009

Part II : Tiada lagi insan bergelar 'Tok'....

15.04.09...

Aku sebenarnya tak boleh nak tido malam ni...aku rasa macam tak sabar2 nak balik kampung. Kalau la aku brani drive memalam buta ni, sure aku tak endah pesan mak. Tapi apakan daya, tahap keberanian aku memandu diwaktu malam belum teruji lagi. Kul 1.00 pagi cousin aku kat KL call bagi tau yang diaorang dah nak gerak balik kampung. On the way tu, singgah ambik adik aku kat Kolej Jururawat Sungai Buluh. Lebih 10 biji kereta sepupu sepapat aku kat KL berkonvoi beramai-ramai balik kampung. Mesti bestkan. Macam rombongan lak.

Aku rasa macam lambat je masa berjalan. Aku dapat rasakan suasana sedih menyelubungi sanak saudaraku di kampung. Ye lah, mana taknya...bukan setahun dua kami bersama arwah Tok...macam aku sendiri 27 tahun bersama arwah. Pendek kata apa je masalah mesti bagitau Tok punye. Mak aku sendiri pun macam tu gak, hidup ngan arwah maknya hanyalah 23 tahun, tapi ngan arwah mertua selama 27 tahun...Lama lagi hidup ngan mertua berbanding mak sendiri kan???

16.04.09...

Pukul 5.00 pagi aku dah pi mandi. Tak pernah aku mandi seawal ni. Dengar je azan Subuh terus solat. Pas tu baca Yassin sekali. Kul 6.30 pagi siap-siap nak balik kampung. Tapi tu lah, kita hanya merancang, Tuhan jua yang menentukannya. Niat aku nak sampai awal kat kampung, tak boleh juga. Ada je macam2 masalah. Kat petrol pam orang ramai lah...Kat tol lak beratur panjang...nak bawak laju hujan lebat...Sabar je lah...


Tapi walaupun macam-macam halangan pada awalnya, aku tetap juga pecut kereta selagi boleh. Dalam kegilaan aku memecut, sampai je rumah barulah aku tau yang aku telah memandu di tahap bahaya gile. Mana tak nye kurang dari sejam aku dah sampai kampung. Selalu paling cepat pun sejam lebih baru sampai. Syukur pada mu Ya Allah kerana merahmati perjalananku....

Sampai je rumah, aku tengok mak sugul tak bermaya, gara-gara tak tido dan makan semalaman. So aku suruh mak rehat jap kat rumah. Aku ajak adik aku teman pi umah arwah Tok. Sampai je depan pintu, aku rasa macam tak percaya yang arwah Tok dah takde. Adik aku siap pesan suruh aku sabar bebanyak. Dia cakap aku je yang tak tengok lagi. Sepupu yang lain smua dah tengok.

Sampai je depan jenazah, aku tak berani nak buka kain yang menutupi muka arwah Tok. Nasib baik makcik aku macam paham2 je, so dia buka. MasyaAllah....aku tak nampak apa-apa perubahan pun pada wajah Tok. Dia seolah-olah sedang tido. Macam selalu aku tegok. Senyum je muka dia. Aku cuim pipi atuk, panas je. Macam baru je meninggal. Makcik aku bagi Al-Quran yang satu-satu juzuk tu kat aku. Aku terus je baca...Sambil baca aku sempat tengok ada orang tengah duk ukur arwah Tok. Kat atas rumah lak dengar diaorang koyak kain kafan...

Pukul 11.00 pagi, Ayah bagi tau aku yang kelengkapan untuk mandikan jenazah dah siap. Ayah suruh aku mengaji bagi habis cepatcepat. Akhirnya sebelum jenazah dimandikan, aku sempat menghabiskan satu juzuk Al-Quran. Ayah tanya aku nak mandikan jenazah arwah Tok ke?...Aku angguk je. Sepupu aku pun nak mandikan gak. So kami pun mandikan jenazah. Ayah jadi orang pertama yang menyiram air ke tubuh arwah Tok. Ni la first time aku mandikan jenazah. Sumpah aku takut. Bukan apa, mak slalu cakap kalau mandikan jenazah kena slow-slow, course kalau kasar, jenazah tu sakit.

Selesai mandi, sepupu aku yang merupakan ustaz dalam keluarga kitaorang, mewudukkan jenazah. Sayu je rasa. Selesai mandi, jenazah arwah Tok di kafankan di hadapan anak, menantu, cucu dan cicitnya. Aku tengok ayah kucup lama dahi dan pipi arwah. Diikuti adik beradik ayah yang lain. Lepas tu ayah bagi masa 10minit untuk anak cucu kucup. Aku tidak melepaskan peluang tu. Sejuk je muka arwah Tok. Tu la kucupan terakhir dari aku untuk arwah Tok. Walaupun kali ni tanpa reaksi macam selalu dari arwah Tok, tapi aku puas kerana dapat memberi penghormatan terakhir buat selama-lamanya untuk arwah.

Semoga arwah berada di dalam redha Ilahi dan di tempatkan di kalangan muslimah dan mukminah sejati...AMIN...

Aku rasa dah panjang karangan untuk hari ni. So aku akan sambung esok untuk part last...Pusara Nenda...

Al-Fatihah untuk nenda ku tersayang...

Mertua vs Menantu...My Lovely Mum n My Lovely Grandma
Dalam Kenangan...Raya terakhir Arwah Tok...Aidilfitri 2008

1 comment:

NAZRI AHMAD said...

sabaq..Allah lebih sayangkn dia..