Monday, November 8, 2010

•II• Kebenaran •II•

" Berkata benarlah walaupun ianya pahit ". Lumrah kehidupan memang tak boleh lari dari salah dan silap. Yang salah boleh dibetulkan. Yang silap boleh dibaiki. Paling penting...cakap memang senang tapi nak buat belum tentu boleh.

Mungkin entry kali ni emosi aku macam terganggu...nasib ada tanah yang subur ini boleh aku bercucuk tanam. Dengan cara ni jugak mungkin boleh mengembalikan ketenangan aku. Aku bukan nak kaitkan sesiapa dalam emosi aku ni. Mungkin aku sendiri yang tak kuat nak laluinya kadang-kadang.

Banyak hati aku boleh dan perlu jaga. Tapi hati aku yang satu ni kadang terabai macam tu saja. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin kelemahan aku jugak kot sebab tak boleh tengok orang-orang terdekat dan rapat sekeliling aku susah dan sedih. Jadi watak aku yang alwizzz in happy mud ni membuatkan orang tak tahu isi hati aku yang sebenar. Aku juga memang tak boleh dan tak akan syer segala kesengsaraan, kepahitan dan kesedihan aku dengan orang lain. Tambah-tambah dengan orang yang aku sayang dalam hidup. Aku tak mahu ganggu kegembiraan diaorang. Dalam hal ni memang aku tak adil dengan diri aku sendiri. Tapi sanggupkah aku meragut kegembiraan mereka hanya untuk menggembirakan aku.

Banyak benda yang aku harap tak berlaku dalam hidup aku kadang-kadang berlaku juga. Aku masih boleh lalui andaikata semua itu tidak melibatkan pilihan atau memerlukan keputusan untuk aku putuskan. Dan hakikatnya ada juga kebenaran yang terpaksa aku terima walaupon jauh disudut hati aku memang perit dengan kebenaran tu. Lebih memeritkan bila aku kena lalui kebenaran tu.

Ya Allah Kau beri aku ujian dalam kehidupanku tanda Kau sayang padaku. dan Kau juga tahu keupayaan ku untuk menempuhnya. Andai ujian Mu ini memang tahap keupayaanku Ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya........

Aku mungkin seorang pendengar masalah yang baik. Aku juga mungkin boleh bagi pandangan yang bernas. Mungkin juga penyelesai masalah yang baik. Aku juga mungkin penenag yang boleh dipertanggungjawabkan. Mungkin juga pembuat kata putus yang berani. Tapi semua itu aku mampu laku kan untuk orang lain. Bukan untuk aku. Untuk diri sendiri aku tak mampu...

Kau boleh tanya apa saja. Aku tetap akan jawab walaupon bukan itu jawapan yang kau cari. Kau boleh suruh aku buat apa saja. Aku akan buat walaupon mungkin tak memuaskan hati kau. Kau boleh suruh aku buat pilahan apa saja. Tapi bukan pilihan melibatkan kehidupan, hati dan perasaan walaupon memang itu yang kau nakkan. Yang ni lah satu-satunya yang paling susah aku nak buat....

Walaupun aku nampak tabah dan kuat luaranya...Tapi dalamannya aku juga manusia yang ada hati dan perasaan...mudah terasa hati dan terguris...Kalau macamni perasan aku mampukah aku menguris dan melukakan hati dan perasaan insan lain......

2 comments:

Anonymous said...

Setiap halangan dan ranjau yg ditempuh pasti ada kejayaan dan sinar dihadapan. Sebagai manusia sentiasa panjatkan doa padaNya.

Soal hati dan perasaan memang susah nak buat keputusan. Lagi-lagi kalau pilihan. Tapi kalau itu jalan penyelesaian kena juga buat pilihan.

Lumrah juga dalam kehidupan apabila membuat keputusan terpaksa menyakiti hati sendiri dan hati orang lain disakiti.

wani® said...

tenkiu....tapi tu lah kehidupan...sakitnya bila terpaksa berdepan ngn kebenaran yang menyakitkan....huhhh....