Saturday, November 20, 2010

Aku Tengah Buhsan!!!


Bosanya arini. Tak tau nak buat apa dah ni. Adik kerja lak. Kalau tak boleh ajak dia kluar tawaf mall. Nak tawaf kat Mekah tak mampu lagi. Abis semua majalah aku dah baca. TV lak bersiaran tanpa aku tengok. Adoiiii....memang bosan betui-betui dah ni....

Time buhsan (bosan k) ni aku terjumpa gambar budak berdua ni yang aku scan & edit 2 minggu lepas. Comey giler. Nama pon budak-budak tak cukup umoq kan. So biasa la time tak cukop umoq ni memang akan jadi spesis cute.

Aku tak tau time ni umoq depa brapa tahun. Ermm mungkin 3 ngan 4 tahun kot. Time ni lepas raya kot. Tu yang jadi mak aji ngan pak hajjah..(betoi ka bahasa aku ni. Macam salah. Kalau sedar betol kan sendiri.)...

Ni zaman-zaman idup tak brapa nak senang. Tapi tak la susah sangat. Kira budak-budak dua orang kat atas ni pon dah jadi manusia berguna kepada mak bapak, bangsa, agama dan negara laa....Sorang dah sebati ngan ubat, jarum, suntik menyuntik...Sorang lagi lak sebati ngan api-api ni...So agak-agak apa dah jadi ngan depa kan??? Taaaadaaaaaa.....

Si kakak dengan OT nya...Si adik ngan pili airnya. Ni la budak kecik dalam gambar kat atas tu. Setelah 24 tahun (kakak) dan 23 tahun(adik) ni lah hasilnya...Meh aku bubuh gambaq terbaru depa awal bulan aritu....

Sekejap jer masa berlalu. Aku rasa macam depa dua orang ni budak-budak lagi. Padahal dah tua dah pon..Kakak baru jer celebrate besday yang ke 24 (13 November). Adik lak next month (20 Disember) umoq 23. Cayang u olsss my adiks yang noty n lazy....

Sebenarnya aku buat entry ni sebab bosan. So tak tau nak goreng apa bila otak mud bosan. Hope adik2 aku tak tembak aku coz publish gambar depa tanpa permision...Kalau nak marah pon ada aku kisah...Heee....Nanti aku bosan lagi aku wat entry untuk adik bonsu aku yang kecik-kecik macam anak Bosnia lak...Haaaa....adik aku dah balik kerja...so aku nak ajak dia round2 bumi Seberang Jaya ni cari pasal...Daaaaaaaaaa......

No comments: