Monday, November 1, 2010

• 1st •

Aku rasa macam kelakar pon ada nak share cerita cam gini kat sini. Tapi tak per lah...Sebagai pemilik ladang, suka-suki aku la nak tanam apa kat atas tanah aku ni kan. Yang aku nak share ni pon bukan lah weird sgt. Tapi ni kira 1st XPrian aku la sebenarnya tu yang nampak macam sengal sikit.

Jom layan...

Sekarang ni kan musim hujan. So bagi aku yang tinggal di kampung, (Tak lah pedalaman sangat. Kira dah diterjah arus kemodenan la kan) kalau time ujan ni bagi golongan ayah2 n tokwan2 yang kaki pancing atau pon suker berjala memang ni la masa yang dinanti-nantikan. Macam menanti orang jaul ais cream Paddle Pop lalu depan umah. Pastu lari bekerjaran minta mak duit 50 sen nak beli ais cream...Ni gaya aku kecik2 dulu la...Bukan ais cream ker ayah2 n tokwan2 aku nak crita sebenarnya...Apa sebearnya????

Dan Sebenarnya..penyanyi Yuna....Hahahah...

Semalam 'Ayah n The Geng' pepagi yang masih buta, dah kuar p menjala ikan. Aku tak sure nama tempat tu. Tapi tak la jauh sangat dari umah aku. nak kata dekat sangat pon tak la juga. Kira boleh blah la jugak. Kalau bab mancing ker menjala ke, ayah Tak pernah balik tangan kosong. Mesti dapat ikan banyak-banyak punya. Lebih daripada seekor aku kira byk k. Alasan ayah bila mak tanya nak buat apa la ikan kalau dapat banyak-banyak tu. Satu je jawapan ayah yang kira complete lah tu. Buat Pekasam. Tu memang febret aku. Dulu, Kini, dan Selamanya. Slogan untuk Ikan Pekasam.

Tak malu aku nak ngaku yang semalam adalah 1st time aku siang ikan sungai. IKAN SUNGAI k...bukan ikan dalam akuarium ker...ikan dalam peti ker...ikan air laut ker..Ni ikan spesis nakal2 kot. Susah juga nak siang rupanya. Dah la nak pegang licin. Kalau silap pegang boleh luka tangan. Tu belum lagi bab nak siang. Kalau tak pegang badan ikan tu betul2 time nak belah perut ikan tu, kompem pisau tu tersiang tangan sendiri. Ngeri jer rasa. Mak aku tengok aku terkial-kial nak belah perot ikan tu pon dia dah seriaw(bahasa utara kot)...so untuk selamatkan anak dia daripada kejadian tak diingini, Mommy ku cayang suruh aku guna gunting. Hahaha siang ikan sungai pakai gunting. Tak rockk betul kan? Apa class siang ikan pakai gunting. Tak per lah tu lah class aku. Janji selamat.

Nampak tak gunting tu....

Rupanya ikan sungai ni sisik kat bahagian perot tu pon agak tebal. So tak semudah ABC kita nak operate perut ikan tu tau. Kalau setakat belah main-main memang tak tebelah la perot ikan tu. Jadi untuk level aku ni kalau dapat belah perot ikan tu pakai gunting pon kira ok la tu. Aku rasa ada orang yang guna gunting pon tak boleh gak. Keras kau perut ikan tu. Kena tekan gunting tu sampai sakit tangan2. Tapi aku rasa pengalaman yang berbaloi la. Pas ni rasa macam tak mau buat dah. Tapi makan aku nak. Sebab ikan spesis sungai ni smua sedap. Lagi2 yang fresh tu dibakar. Perhhh...memang sedap.

Pembedahan sedang dijalankan...Jangan buat kacau bilau...

Ni aku kena siang ikan ni pon sebab aku gatai2 duk request kat mak aku suh bakar ikan. Haa amik kau..Mak aku duk bakar ikan, aku kena la tolong siang kan. Tak per at least aku tau ikan tu susah nak siang. Tapi ssedap di makan. Ikan yang banyak2 tu mak aku buat pengkasam...Lagi 2 minggu kompem leh makan dah...Sedaaapppppp.....Daaaaaa......

Chiaaawwwww.......

No comments: