Monday, July 27, 2009

• Teluk Batik • Part 2 •

sambungan......

Rasa macam lama kan aku mensambung balik entry ni untuk part 2. Takpelah. Janji sambung k. Nampaknya entry terpaling banyak gambar kini kembali lagi. So moh ler layan gambar-gambar yang sumpah tak berunsurkan 18SX dan sewaktu dengannya...ready....1...2...prittttttttt

Hari Pertama,

Sabtu, 4 Julai 09
8.00 pm - 11.00 pm

Macam best je kan tengok udang-udang tu bersantai. Tu antara haiwan yang boleh dimakan oleh manusia dan disajikan pada kitaorang malam tu. Makan pun kat meja reserve ala-ala VIP gitu. Bajek bagus je kan. Semua orang pandang. Kah...kah...kah...Diaorang ingat group mana lah kat ujung tu dilayang bagaikan golongan atasan. Ok cakap pasal makan malam, sebelum makan smua ataf pun plan kalau tak kenyang kami smua setongkol nak kuar cari makanan lain kat luar lepas tu. Diingatkan sekali lagi...kenyataan itu dibuat sebelum sampai ke meja makan, sebelum makanan disajikan dam sebelum makan.

Ok murid-murid...berdasarkan gambar di atas, sila buat satu karangan bercirikan pandangan kamu yang pendek dan tidak panjang. Boleh mulakan dari sekarang. 1...2....3...mulaaaaaaaa

Dalam gambar di atas terdapat 2 orang perempuan yang agak comel. Tapi yang menjadi kemusykilannya, kenapa mereka berkelakuan agak mencurigakan. Apakan mereka dipaksa makan kertas. Atau apakah mereka tengah melakukan perbuatan pecah amanah. Ataupun mereka masih lagi bergelar pelajar dan terpaksa mengendong nota kemana-mana.

Ok smua...jangan buat apa-apa spekulasi selagi tuan punya badan tidak mengeluarkan kenyataan (ayat kebanyakan artis Malaysia mengelak kontroversi).

Sebenarnya aku ngan Linda kena pendekkan masa makan malam kitaorang dek kerana tanggungjawab yang kami sendiri bagi pada diri kami. Kalau korang nak tau tu kami tangah check jawapan 'treasure hunt'. Sebab lepas makan depa smua nak keputusan ngan hadiah skali. So....itulah kami.....

Korang tengok budak comel kat atas tu. Comelkan macam maknya walau pun dunia mengatakan macam ayahnya. Aku tak nak cakap macam ayah dia sebab ayah dia suka perasaan..Nanti dia mesti cakap...Ye lah anak ayah, mesti hensom macam ayah kan...Nama si comel tu Zarith Haikal Affedy bin Zack Zafendy.

Jangan layan pandangan dekat mata anda. Sila lihat nun yang jauh di suatu sudut agak gelap tu. Kalau nak tau Insan berbaju belang tu ialah bos aku. Waktu tu aku pun tak dapat nak pastikan perut dia kosong ke dah diisi. Mungkin tengah mengisi kot.


Suasana pinggan dan cawan setelah kami kenyang. Tadi aku ada mention yang kita orang telahpun berdiskusi sebelum ke dewan makan kan? Agak-agak korang le kan adakah misi itu di'complete'kan. Ya...bagus...betul jawapan anda. Kami tidak lagi mampu menjayakan misi mencari makan lagi sekiranya tak kenyang. Sebab kami terlupa berpegang kepada pepatah : Tak Kenal Maka Tak Cinta, Belum Cuba Belum Tahu, dan se'sinonim' dengannya. Sumpah kenyang walaupun masa makan tak lama. Dalam maksud lain makan tak berapa sempat nak lama. Faham ke tak bahasa aku ni. Kalau tak pegi rujuk cikgu BM anda.

Ni adalah kemuncak aktiviti makan malam kami. Keputusan dan penyampaian hadia bagi acara 'Mini Treasure Hunt'. Apasal mini? Sebab suka hati aku la nak cakap mini ke tak. Ni kan cerita aku. Hahaha....Korang rasa kat atas tu sapa bagi hadiah kat sapa. Si besar bagi kat si kecik ke...Si kecik bagi kat si besar. Ok takpe. Aku tak nak jawapan korang. Aku memang tak puas hati sebab aku terpaksa merelakan hadiah yang aku puja selama 2 hari 2 malam diserahkan dengan terpaksa kepada bos aku. Kalau korang nak tau Bos aku tu la yang menang treasure hunt tu. Mesti dia main tipu. Sebab dia ada GPS phone and boleh search jawapan. Sory bos tak tuduh. Men-men je. Tu aku la yang macam tak mau bagi je hadiah tu kat bos aku. Tapi bos aku tu siap sentum sampai ke leher lagi tu. Eeeeeee....geramnya....tak pe tahun depan aku mesti masuk. Tak nak jadi AJK dah....

bersambung......

No comments: