Monday, July 13, 2009

• Teluk Batik • Part 1 •

Ni cerita yang dah basi tapi still bleh makan lagi. Haaa macamana tu...Ermmm macam tu lah. Sebenarnya minggu lepas lagi dah excited nak cerita. Tapi dek kerana penat dan sedikit je buzy so tak dapatlah den nak memfoya-foya ngan blog ni.

Ok aku sebenarnya malas nak mengarang pepanjang kat dalam entry kali ni. Tapi aku akan melunaskan janjiku yang dibuat disini. Eh bukan janji k...Cerita yang dah diwar-warkan...Baru betul. Jom layan entry bakal banyak gambar ni...

Hari Pertama,
Sabtu, 4 Julai 09
8.00 am - 2.00 pm

Ni baru duk kumpul-kumpul. Duk kira satu sampai sepuloh. Ada yang tertinggal tak. Kalau teror, sila teka sapa yang berbaju merah yang sedang membelakangi kamera tu...Kalau dapat teka nanti aku bawak jumpa dia. Kira Hi-Tea ngan dia la...Hehehe....macam artis lak. Tapi dia tu la Chef Makaroni....

Ok...ni plak tengah berlapar-laparan kat R&R Bukit Merah. Kira ni style buka bekal la ni. Jimat cost. Tapi takde maknenye...Mak aiiii...makanan punya lah berlambak sampai siap leh bawa balik Penang smula. So kira ada sekelumit pembaziran la jugak. Time ni walaupun smua nampak happening tapi dalam hati masing-masing resah dan gundah gulana coz one of our team tercicir kat Jawi. Kereta sakit. Kena gi Sepital time tu gak. Nasib baik tak masuk ICU. Kalau masuk ICU terpaksa la kami say Hi...hi...bye...bye...(macam lagu Ezlynn).Tapi sumpah takkan wat macamtu. Sedih ngan siap nangis 7 hari 7 malam tu...mana taknya banyak hadiah dalam kereta tu. Opsss...kereta tu sakit bukan sebab hadiah berat k, tapi sebab tuan dia bagi makan ubat ngan gi jumpa doktor k. Ok sebelum terlupa yang kat sebelah aku pakai baju hijau nak macam biru tu adalah Chef Cheesecake. Time ni pun dia buat kek special gak. Tapi aku lupa nak tanya nama apa kek tu. Sedap giler...

Time nampak je menatang siput ni, aku dah boleh kembali normal untuk memandu. Dah rasa aura Teluk Batik melambai-lambai. Kalau tak tension je ahli kenderaan aku menjawab soalan...BILA NAK SAMPAI????.....JAUH LAGI KE????....Bila nampak je siput besar tengah jalan tu, aku tak tanya dah. Sebab rase macam dah dekat. Dah la ni first time aku memandu jauh. Kalau tak , aku just drive dari Seberang Jaya ke Perda then patah balik Seberang Jaya. Selain dari dua tempat tu, aku akan mengimport pemandu-pemandu Fomula 1 secara tanpa segan silu. Tapi kali ni aku saje nak test vokal aku power ke tak. Dah jadi test vokal. la plak. Ermmm kira vokal kategori pemanduan lah ek...

Pas tu sampai Teluk Batik Beach Resort around 1.30 pm. Makanan pun dah nak abis. Nasib baik dah mention awal kat pihak resort kami lambat. So diaorang dah simpan. Untuk lunch aku malas nak tunjuk gambar. Sebab muka smua orang macam harimau lapar dan singa yang bengis. Harap mengerti apa yang ingin di sampaikan dari hati yang nurani.

5.00 pm - 7.00 pm










Untuk gambar-gambar gedik kat atas tu latan je lah ek. Tiga dara pingitan PNMB Penang. Almaklumlah ni kan family day. So mereka-mereka yang berkeluarga smua nya berjalan ngan family. So kami yang solo lagi bujang ni bawa la haluan sendiri. Macam sedih je kan. Orang lain pukul 3 petang dah kuar jalan-jalan. Kami kul 5.00 pm baru nak tinjau alam sekitar Teluk Batik. Sian kami disisihkan kerana status.

Sebab macam terbiar, tu yang tido atas rumput, lompat-lompat macam orang mental, posing macam model tak kesampaian, buat bintang macam dah takde gaya lain nak posing. Sian kan kat budak tiga orang tu. Nasib baik kami ada duit nak bayar upah photograper tak bertauliah untuk rakam aktiviti tak bermoral kami petang tu.

Macamana la tak membujang. Suka sangat duk atas tangga. Tengok gambar last tu. Baik nye posing kat atas tangga. Kan mak dah pesan jangan duk atas tangga. Tak baik untuk anak dara. Ermmm ok lah untuk Part 1 bercuti di Teluk Batik dah pun tamat. Akan di sambung di Part 2....

bersambung......

2 comments:

13may said...

eh! lindosh pun ada?

wani said...

yup....lindosh mesti la ada di mana-mana...