Wednesday, July 1, 2009

• Akhirnya ......•

Rasanya macam dah bersawang je blog ni. Sumernya gara-gara aku yang ke'buzy'an. Buzy ke aku ni?????. Ke buat-buat buzy. Ermmm lantantaklah. Yang pasti minggu ni rasa macam sempit je laluan pernafasan dek kerana tak cukup masa. Eh...ni apahal lak tak cukup masa ngan saluran pernafasan yang sempit. Ntah aku dah tak paham.

Sebab aku sesangat mensibukkan diri minggu ni...

Fakta satu:

Ari-ari kena berada dalam mud 'STANDBY'. Selalu aku biarkan Mac aku je duk standby. Sekarang dengan aku-aku sekali kena standby. Sebabnya kena tolong PNMB Alor Setar. Sebab apa kena tolong??? Sebab sebelum ni diaorang dah tolong PNMB Penang. Dan perlu dibagitahu department yang terlibat ialah unit aku. Unit Grafik & Setting. Dah brapa bayak sebab daa....itu tandanya kepala ada sedikit gangguan. Teknikal problem.

Aku tak penat pun kena stanby sebenarnya. Tapi akan jadi penat bila memikirkan kerja yang perlu PMNB Alor Setar siapkan tu. Takut je aku tengok. Mana taknya DATELINE dah dekat. Sampai ari ni still duk satge pruf pelanggan. Opsss...meh sini aku nak bagitau dulu menatang apa sebenarnya aku duk bebel ni. Pada Zaman dahulu....seorang penggembala....bla...bla..bla...STOPPPPPPPPPPP....jangan mengarut boleh tak...Ok boleh..boleh blah.Ok..Ok...jom jadi Wonder Pets...Ini Serius.......

Sebetulnya PNMB Alor Setar tengah menyiapkan satu buku Istiadat Pentauliahan untuk Kolej Tentera Udara Alor Setar. Masalahnya mesin untuk output filem diaorang rosak. Roller mesin tu kena kanser kulit. Kahkahkah...aku tak cakap tapi Wadi member aku kat PNMB Alor Setaq tu yang cakap. Jadi sebagai adik beradik yang tak de talian persaudaraan, aku kena la tolong keluarkan filem-filem untuk diaorang nak 'xpose plate'. Kalau tak de menatang filem tu macammana diaorang nak buat plate then cetak. Ni smua-smua pun proses-proses dalam printing k. So cukup cakap pasal fakta satu.

Fakta dua:
Aku kena handle bahagian Cenderahati dan Hadiah sempena family day opis aku 4 hingga 5 Julai ni yang diadaka di Teluk Batik Beach Resort. So pepaham je lah. Kena cari hadiah untuk macam-macam penapis umur. Eh...bukan penapis. Lapisan umur sebenarnya. Kalau nak cari hadiah kat adik-beradik ke....parents ke....aku tau la. Ni untuk kanak sebesar 5 bulan sampai la sekecil 45 tahun. Susah bukan. Hadiah-hadiah yang aku bekenan sumernya comel-comel n chubby macam aku gak. Hanya orang yang comel macam aku je la minat benda-benda cam gitu. Orang lain hampeh nak terima dengan hati yang 101%.

Aku ni dah le jenis yang suka perfect-perfect. Walau pun ianya menyusahkan aku. Janji hasilnya bombastik aku tak kisah walaupun penat. So terpaksa la opismate aku yang handle bahagian ni mengamalkan istilah...' I Followwwwwww.......'. Dari Bukit Mertajam ke Seberang Jaya, then ke Perda pas tu pegi Bukit Mertajam balik, hadiah tak memenuhi kretiria lagi. Sungguh cerewet bukan. Itulah Aku.....

Akhirnya, aku mengaku gak la, penat siot handle menda-menda cam gini. Sumpah kalau bos bagi tahun depan tak mau dah jadi AJK apa-apa. Aku rasa kalau bos nak test aku bleh buat kerja-kerja gini ke tak, kompem aku dapat 200% markah. Suksess beb....tu penilaian aku k. So tak perlulah berpersepsi apa-apa ok.

Lastnya aku ngan opismate aku Linda @ Lindosh tangkap muat je la hadiah yang kami suka. Tak pikir lansung keselamatan, kebajikan dan pandangan rakyat. Sebab aku bukanlah wakil rakyat Dun mahupun Parlimen Permatang Pauh. Aku hanyalah AJK Cenderahati & Hadiah. Itulah aku....(senikata lagu Fizal Tahir kan?????)

Nanti kalau aku rajin aku load gambar hadiah-hadiah tu k.

Fakta tiga:

Minggu ni merupakan minggu ke'GILA'an pelanggan PNMB Pulau Pinang. Sebab apa aku cakap gila coz sumernya bagi kerja ari ni esok nak siap. So.... tu lah kuasa 'Customer is always right'...sungguh tak suka ayat tu bila aku bukan di pihak customer. Tapi bila aku adalah customer, aku akan guna ayat tu secara guna kuasa. Tak adil sungguh bukan.

Tapi sebagai seorang pekerja yang komited dan berkomitmen (ceewaahhh), aku akan tetap buat apa saja asalkan ianya perfect. Aku kan gila perfect. Jadi terpaksalah aku mecorak dan mewarnai minggu ini dengan warna-warna kesibikkan tahap dewa langit ketujuh. Untuk apa mengeluh dan mempersoalkan setiap benda dan perkara yang menjadi kewajipan kita. Aku dibayar gaji untuk bekerja. So bekerja lah aku kerana Allah walaupun syarikat yang membayar gaji. Kerana syarikat hanya mampu menilai prestasi dunia. Hanya Allah S.W.T Penilai yang hakiki. Laaaaa....emosi ustazah la pulak....ok layan je la ek...

So hanya dengan 3 fakta bukan auta itulah membuatkan blog aku ni boleh menghasilkan sawang dengan hyperaktif. Jadi marilah kita bersama-sama membersihkan sawang di rumah kita. Jom...Jom..Jom...Jom bersih sawang.....Laynnnnan.......Zaaaaaaas.......

Chiawwwwwwww.....


No comments: