Friday, July 10, 2009

•Makaroni Bakar ∞ CheeseCake•

Hoyeh!!!!!! best giler dapat makan free pepagi buta. Eh...pagi mana buta. Mata pun takde. Tak baik tipu. Tuhan marah. Ok...aku nak cakap tak tipu dah...Dengar ek... Pagi tadi, staff PNMB Penang murah rezeki. Mana taknya datang je opis, terhidangnya CheeseCake ngan Makaroni Bakar. Belum pun mula kerja. Dah dipaksa makan dengan rakusnya. Mana nye tak best kan.

Sungguh cantik rupa paras Makaroni Bakat ni....

Sebenarnya takde sape-sape pun paksa makan dengan rakusnya. Cuma dicadangkan makan dengan kadar segera bagi mengekalkan kualiti rasa makanan yang di sediakan tu. Ermm...sebenarnya aku rasa teruja sangat nak makan makaroni bakar tu berbanding CheeseCake. Mungkin korang nak tahu kenapa kan? Ok sebab yang paling musabab ialah Chef yang memasak makaroni bakar tersebut baru memulakan kerjaya memasaknya. Dan ini merupakan masakan pertama dia yang berani mati untuk dikongsi secara beramai-ramai dengan kengkawan opis. Aku macam tak percaya je dia yang masak. Tambah-tambah tengok muka makaroni tu yang sungguh exclusive dan cantik. Tetapi setelah dikaji di dalam makmal, maka hasilnya memang mengesahkan Mrs. L yang memasaknya.

Bukannya dia tak pernah membawa juadah untuk dilahap bersama-sama opismate, tapi ini kali, ada lain macam sikit oooo...selalu kalau dia bawa ofcourse mak dia yang masak. Tapi tadi tu dia yang masak dengan hati yang penuh ikhlas dan semangat yang waja. Gila tu...gara-gara nak bawa makaroni bakar gi opis, sanggup bangun kul 6.00 pagi. Cayalah member...mesti berbunga-bunga hati Mr. A dapat makan makaroni bakar buatan buahati tersayang. Tapi dek kerana menjalinkan hubungan cinta yang berselindung tak dapat la nak meng'over'kan diri dalam menunjukkan excited. Dia ni pun kena ucap tahniah juga coz jadi pengikut yang setia kepada Mrs. L dalam mancari ramuan untuk makaroni bakar tersebut disamping memendam rasa nak tunjuk muka excited terlebih time makan tu.

Ni la CheeseCake...Nampak sedap kan???

Ok...nanti akan ku tonjolkan muka pembuat makaroni bakar tersebut di lain entry. Citer pasal CheeseCake lak, Chef yang membuat kek ni dah slalu sangat masak-memasak. Tapi aku tetap tabik gak la kat dia sebab Chef ni pun brani mati gak. Mana taknya, jadi ke tak masakan dia tu kompem dia bawak mai opis gak. Tak ke brani mati tu namanya. Tapi Chef M ni kira otai xplorace lah. Eh bukan explorace...explore masakan. Rajin men'develope' resepi. So kira Senior Chef lah kat opis aku. Master tak leh bagi lagi. Coz tak abih blajar lagi.

So...inilah kisah suatu hari di pagi Jumaat bersama Makaroni Bakar dan Cheese Cake....

Chiaaawwwww.......

No comments: