Tuesday, June 9, 2009

• Kesabaran Ada Batasnya •



'HOT TEMPER'
tahap kritikal. Sebabnya ditakdirkan berjumpa makhluk Allah paling SEKSI...opppss bukan seksi tapi paling BODOH hari ni. Sebab apa dispesifikasikan bodoh. Nak tau kena baca entry ni sampai bagi salam...


Kebodohan bukanlah diukur dari taraf pendidikan saja. Tapi ianya boleh diukur dari segi perbuatan, percakapan, tingkah laku, pergaulan, pemikiran, pengetahun, dan apa saja yang difikirkan logik oleh korang. Aku macam dah tak leh nak pikir apa lagi pembaris untuk mengukur selain dari 'tali tape' (bahasa bonda tersayang).

Bertambah malangnya diri seseorang tu KALAU dia sendiri yang menunjukkan kebodohan yang kekal abadi dalam diri dia. Dah la tak berilmu tak yah la nak tunjuk sangat bodoh tu coz orang memang tau hang tu bodoh. Kenapa emosi sangat ayat ni??? Sabar-sabar...Astaghfirullahalazim....

Ok...kesabaran dah berada diparas stabil. Sebenarnya aku ni bukan la kejam sangat kalau berdepan dengan orang yang bodoh. Bukan apa kesian. Kalau aku bertindak kejam tak adil lah bukan? Dia tu kan bodoh yang kau pegi layan tu kenapa? Silap haribulan kau pun skali orang cakap bodoh gak walau pun kau punya ilmu tapi tak la 'overload' lagi di dada. Ntah apa jenis ayat daaa...(Orang berilmu sentiasa 'alert' kalau nak melakukan persaingan. Penting persaingan yang sihat dan adil...ehemmm...ehemmm...).

Tapi tu la, kadang-kadang boleh teruji dan lupa diri sesaat bila berdepan dengan makhluk Allah paling bodoh ni. Kita cakap apa pun dia bukannya paham. Bodoh lah katakan. Yang dia tau menyalak je. Ehhh...macam tak baik je guna perkataan menyalak...Ermmm tukar lah...yang dia tau memekak je. Ok tak perkataan ni. OK lah kan??? (Orang berilmu cepat sedar kesalahan diri dan cepat juga membetulkannya...pheeewitttt...).

Lagi satu tabiat buruk orang bodoh ni ialah......
CAKAP TAK SERUPA BIKIN......
Why??????
Because_______(Sila isi ruangan ini dengan sepuluh perkataan sahaja)_______________.

Jawapan aku untuk cakap tak serupa bikin ni, ye lah pertama, bukan main nasihat orang tapi diri sendiri sumpah macam ketam. Kenapa ketam? Tanya mak korang k. Kedua, selalu guna ayat ni 'Kalau aku buat salah, hang pa tegoq la. Aku Boleh trima. Tak dak hal nya. Aku open.' (ntah apa yang dia open pun aku tak tau. Kalau kata 'mind' kompem close rapat.). Macam best je kan ayat tu. Kalau la smua orang bodoh sedia mendengar teguran, sumpah aku jamin kebodohannya itu akan berada di paras zero. Tapi ni tak. Suruh orang tegur, jangan simpan-simpan untuk kebaikan bersama, tapi bila orang baru keluarkan jarum dia dah jerit satu dunia pun tak dengar. Tu baru keluarkan jarum. Belum cucuk lagi. Kalau sempat cucuk, bersedialah orang yang cucuk tadi tu terima habuan. Kita baru bagi mukadimah nak bagi dia berlari atas trek dia dah melenting. Open apa kejadah nye. Cakap serupa bikin ke tu. Memang bodoh dari cipan la kalau cam gitu.

Wah.wah.wah suka hati kau je jawab panjang berjela. Orang syaratkan 10 patah perkataan je. Tak paham bahasa ke. Ehhh...ehhh copp!!! Ni kan soalan aku so suka hati aku la nak jawah panjang mana kan. Cuma korang je kena follow syarat tu. Stop! jangan nak mengarut pepanjang.

Apabila diamati bait-bait ayat kat atas tu, semacam je kan. Kenapa aku macam melepaskan sesuatu. Ye, betul aku tangah melepaskan sesuatu. Something...deep in my heart. Makhluk Allah paling comel tengah me'release'kan kemarahan yang di'increase'kan oleh makhluk Allah paling bodoh. Aku suka tengok 'progress' orang bodoh ni dan takkan ganggu walau sebesar zarah pun. Tapi...kalau aku diusik sekecil molekul air Bio-Aura Energy Water pun AWAS... Lagi-lagi kacau kerja aku. Memang pantang 60 hari. Aku tak suka ok. Kerja aku biar aku manage sendiri. Kalau aku perlukan advise aku akan ofer punya. So tak yah nak gatalkan diri kacau kerja aku. (Orang berilmu sentiasa jadi manager yang terbaik untuk dirinya...ewah..ewah...).

Ermmm tetiba rasa macam dah ok. So tak nak menaip dah. Nak kuar dulu k. Cop!!! kesimpulan belum buat. OK, moral behind the entry today is....Kalau anda rasa anda bodoh, tak salah rendahkan diri serendah-rendahnya bagi memudahkan orang pandai memandaikan anda juga. Dengan itu kebodohan anda dapat dikurangkan peratusnya walaupun untuk melenyapkannya terus agak mustahil. Kepada anda yang pandai, bertindaklah menggunakan akal yang bijak, fikiran yang waras. Untuk berdepan dengan orang yang bodoh tak perlu menggunakan kepandaian anda 100% cukup sekadar sedikit kepetahan dan 'keyword' yang mantap.

Yeyyyyy...esok dapat kereta baru.....

Chiawwww.....

2 comments:

abuyusof said...

kita semua cerdik.. yang bodoh tu orang lain.. kan..

wani® said...

Hi Abuyusuf...
Yup kita memang cerdik...orang lain yang kurang cerdik tu...hehehe...