Thursday, June 4, 2009

Isu Hangat...

Panas...Panas...Panas...Apa yang panas? Meh sini dekat sikit nak bisik. Dekat lagi, nanti orang dengar. Sebenarnya isu family day ofis aku yang tengah terbakar sekarang ni. Dah macam buat brainstorming lak. Siap ada percambahan idea pas tu siap sebab ngan akibat skali standby nak propose. Ermmm agaknya ni effect daripada smua staf yang dah kena KMK aritu. Mana taknya dah macam-macam tempat jadi pilihan. Ada pulak macam-macam spesifikasi keinginan bernafsu masing-masing. Expecially aku la.

Aku nak pegi tempat yang boleh enjoy habis-habisan. Paling penting tension separuh tahun pertama dapat di'realise'kan. Alang-alang syarikat bagi peluang bercuti, why not kita sebagai pekerja memunafaatkan sebaik mungkin. Bukan senang beb nak dapat peluang cam gini. Setahun sekali je tu. Tu pun bergantung pada waktu dan nilai badget yang diperuntukkan. Kalau nasib baik dapat la pi jauh-jauh. Separuh baik lak dapat pi dekat-dekat. Tapi nasib tak baik lagi la, tak dapat pegi mana-mana langsung.

Tapi ada something yang membuat otak aku berfikir 720ยบ sekarang ni. Kenapa kadangkala manusia ni tak pandai menghargai peluang dan ruang yang telah ditentukan untuknya. Maksud aku, kalau dah diberi peluang tu gunakan lah sebaiknya. Jangan lah pula ambik kesempatan yang agak berlebihan. Over-over gitu. Kenapa mesti nak ikut hati sendiri kalau takdir memerlukan kita bersatu hati. Agak pelik bunyinya bukan? Tapi tu lah hakikatnya. Aku sebenarnya agak kurang faham dengan insiden seperti ini. Adakah aku yang tak boleh nak faham atau memang semua orang pun kurang kefahaman macam aku gak. Ntah lah....

Hidup ni kalau lurus sangat pun hilang nikmatnya bukan? Mesti ada pro dan contra. Baru lah nampak lebih meriah. Kenapa korang tak setuju ke apa aku cakap? Tak pe, aku tak perlukan persetujuan dari korang pun. Simpan je 'tak setuju' korang tu. Meh merenung bersama Profesor Izzi Hj. Ali...ehh bukan..bukan...Profesor Wani Mahmud...Aku lah tu...ok dah stop mengarut...Fikir sejenak, kalau dalam satu majlis, semua orang pakai baju colour yang sama, patern pun sama...mesti rasa macam bangang kan. Tak colourful lansung. So perjalanan hidup pun kena macam tu gak. Kena ada pencadang dan pembangkang. Baru la thrill.

Yang menjadi satu trend di alam nyata ni, pembangkang akan di anggap salah. Paling sadis lagi dibenci, dipulaukan dan diboikot. Apa semua ni? Kita kan demokrasi. So biar lantak le sesapa pun nak bangkang dan nak cadang. Itu hak individu. Kalau yang betul kita ambik dan gunakan. Kalau yang salah tu pepandai la baiki. Takyah nak pandang negatif + berpersepsi buruk kepada orang-orang tu. Nyampah betul aku. Ni tidak, asal tak setuju ngan pendapat orang lain, siap la ko nagn akibat lepas tu. Begitu tak adil sungguh bukan.

Errmm....kenapa tetiba ayat-ayat aku dah jadi sedikit stress. Tadi bukan ke isu bersosial sambil menghabiskan duit syarikat. Opss... penting untuk korang tahu...duit tu bukan duit haram ok...duit halal. Duit yang syarikat peruntukkan untuk staf-staf nye berjoli sambil ingat dunia. Sebenarnya kenyataan-kenyataan kontroversi kat atas tadi tu adalah realiti dalam sesuatu berunsurkan brainstorming. Itu semua hasil adaptasi aku yang selalu alert bila dipihak pembangkang. Nanti akan aku 'entri'kan kemana destinasi pilihan untuk kami berjoli dengan duit syarikat. Sehingga enty ini lahir ke bacaan korang, belum ada kata yang diputuskan. Tapi peratusan yang tinggi untuk destinasi pilihan ramai jelas, terang dan nyata menanpakkan dirinya.

Sebelum aku mem'publish'kan entry yang menggunakan banyak kesalahan bahasa ini, baik aku minta dilepaskan diri dari mereka-mereka ini. Pertama, andaikata anda seorang guru Bahasa Melayu yang bertauliah dan terbaca karangan ini, maafkanlah penulis yang hakikatnya pun memang hebat dalam setiap peperiksaan subjek BM dari sekolah rendah sampai menengah. (Beratnya bila kita kena angkat bakul secara sendirian). Tapi waktu sekolah tak boleh nak buat ayat macam ni. Cikgu marah. So bila dah ada peluang depan mata, jangan dilepaskan. Kedua, insan yang masih terikat dengan mata pelajaran Bahasa Melayu, adalah satu kesalahan besar jika anda merasakan ayat-ayat ini sungguh cantik bait-baitnya.Diingatkan sekali lagi..KESALAHAN BESAR ok! Itu sahaja karangan untuk hari ini.

Chiawww...