Monday, April 27, 2009

Apa Hal!!!

Rutin ari ahad aku sama je tiap-tiap minggu. Mesti pegi class punye. Abis class terus balik. Tapi semalam macam ada mood nak jalan-jalan. So aku pun menjalankan diri round-round Bukit Jambul (BJ). Belum pun abis satu pusingan, tetiba je idea menhabiskan duit datang. So bermulalah acara menghabis duit oleh aku. Ermm....malas lah nak cakap pasal duit yang dah dishoppingkan.

Sambil shoping-shoping tu, tetiba idea baru lak kuar. 'Mr. Cousin' ajak tengok wayang. Aku tau motif sebenar dia bukan nak tengok wayang sangat. Tapi lebih kepada nak menyekat nafsu menghabis duit secara pukal oleh aku. Ye lah mana taknya, silap-silap aribulan poket dia pun kena terlibat secara kecil-kecilan. Hahaha...aku apa kisah...janji benda aku nak, aku dapat...

Jom cakap pasal wayang lak. Lain-lain pasal jangan cari. Dalam bebanyak citer kat pawagam tu, citer Usop Selam gak yang kami pilih. "BOHSIA"...


Citer ni best la gak. Aksi-aksi tak berpekdah yang diorang show tu leh naik gerun la. Pendek kata aksi merempit yang berjaya. Tapi AWAS!!! kepada adik-adik kecik kat luar sana tu, kalau dah tertengok jangan lah terikut lak. Sumpah, susah ati mak bapak nanti. Aksi dan bahasa yang digunakan agak kurang enak ditontoni oleh bebudak kecik. Yelah, mana taknya...bebudak ni kan suka mengikut. Si Nabila nye percakapan dalam filem tu...waduh..waduh..leh bikin pompuan melayu terakhir marah.

Tapi aku frust la sikit bila kat ending tu...hampeh tu....tengah-tengah baik nye feeling, tup-tup dah cerah panggung. Rupanya dah abis. Tergantung abis. Ending yang tak eppy langsung. Mamat sebelah aku siap mencarut-carut lagi. Protes tak puas ati la konon. Siap sound awek dia suh ganti balik duit tiket yang dia belanja. Apa punya kayu balak la. Macam tu pun ada. Pas tu leh wat muka toya cakap kalau filem macam tu 10 dia leh buat. Siap ending kawin-kawin lagi. Aku yang sentap jap ending tak menarik tadi tu leh ilang sentap tengok mamat poyo tu punya poyo. Aku tengok dia pun ada gaya mat rempit. Balik umah sure dia mengaplikasi skill yang diajar dalam filem tu. Hebat sungguh, siap tukat gier pakai tangan tu.

Begitu lah berakhirnya cerita 26.04.2009 bersama BOHSIA. Mesti pas ni YH wat sambungan BOHSIA II...Tunggggguuuuuuu....

1 comment:

Rantong said...

Salam ziarah. Mungkin ini dapat membantu kita diwaktu gawat sekarang.

Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...