Thursday, April 2, 2009

Janji Aku...

Sekarang ni mood rajin telah menguasai diriku...jadi bolehlah aku menunaikan janji yang telah aku buat ngan kengkawan untuk mempamerkan wedding picture sahabat baikku.

Malas nak membebel pepanjang. So layan je lah gambar-gambar yang aku titipkan ini ye...


Sebelum ke masjid.....sebelum akad nikah.....sebelum jadi isteri orang.....sebelum dipindah milik tanggungjawab.....sebelum boleh buat sesuka hati...sebelum bergelar puan...sebelum segala2nya lah...

Time ni baru sampai masjid. Masjid Al-Aula Kg. Selarung yang letaknya tepi umah aku je. Ni gambar saat2 akhir sebelum bergelar 'PUAN'. Siap senyum lagi. Ingat tak de soal siasat oleh Tok Kadi. Rupanya ada sebelum akad nikah...

'Tok Kadi: Awak dah bersedia?...Pengantin Lelaki: Dah Ustaz...Tok Kadi: Ermm kalau macam tu kita mulakan. Sila baca Solawat 3 kali...Pengantin Lelak : !@#$% Diam *#$%^...Tok Kadi: Solawat 3 kali (memandang muka pengantin lelaki)...Pengantin Lelaki: (Diam dan memandang ustaz tanpa rasa bersalah.) Tu yang berlaku sewaktu gambar diatas diambil...

Waktu ni baca apa ntah...aku rasa macam surat persetujuan nak kawin kot. Aku jadi back-up reader kat tepi tu. Ye lah orang tengah seram sejuk so perhatian kita amatlah diperlukan.

Kalau nak tau kertas putih depan pengantin lelaki tu adalah skrip yang perlu dihafal sebelum audition. Tapi bukan skrip lagu ke ape ke. Tapi skrip yang akan mengubah kehidupan kepada 360ยบ. Skrip ape??? Lu pikir la sendiri (pinjam ayat kat Nabil. Dah call bagi tau dah).

Mengumumkan ketibaan RAJA SEHARI....maka kompang pun dipalu(ramai yang dah mula x-cited), mercun dibakar(ramai lah hadirin yang melatah termasuk penulis), makanan dibiarkan(gara2 nak tengok pengantin), anak ditinggalkan(sebab payah nak dukung sambil tenok pengantin. Bikin hilang kosentrasi), tepi-tepi jalan dipenuhkan(sungguh membahayakan keselamatan diri)...

Masa yang amat menguji kekuatan fizikal(kena control ayu, senyum je, jalan slow-slow, kena nampak cool je walaupun matahari atas kepala), mental(panas gila coz matahari memang terik, baju yang berat lagi sarat ngan labuci, smua mata tertumpu pada empunya diri) dan sahsiah diri(sentiasa bersabar walaupun rasa nak marah gila-gila).

Menuggu gerabak-gerabak kereta api yang agak panjang untuk dicantumkan. Waktu ni pengantin lelaki angin satu badan sebab kena tunggu rombongannya yang berjalan agak lambat. Sabar ye...

Pengantin perempuan pon tak kurangnya angin satu badan apabila kesabaran diuji. Nampak tak jari-jari comel dalam gambar tu seolah-olah menyabarkan pengantin. Dimana pengapit sebenar yang dilantik sebulan sebelum majlis. Hahaha dibawah khemah sedang menyejukkan diri. Sungguh tak patut.

Hoyey!!! Akhirnya dah boleh duduk atas pelamin. Lepas ni boleh pi makan beradap lak. Waktu ni pengantin lelaki dah tak mampu nak senyum sebab terlalu lapaq. Ajak ambik gambar macam-macam posing pun tak mau dah.

Cantik kan kek ni...

Lepas makan baru boleh potong kek. Time ni pengantin lelaki pun dah boleh senyum. Ye lah perut dah tak nyanyi.

Apalagi potong je lah kek tu...lambat betul la korang ni...selagi korang tak potong selagi tu aku tak leh nak rasa.

Kalau lepas potong kek mesti ada aksi suap menyuapkan...Dah macam tradisi lak. So pengantin berdua ni pun tak terlepas daripada aksi tu.


Ni gambar wajtu outdoor...aku culik daripada blog Yoep & Ahtar...Sory k korang...aku minta lambat je nak dapat...so aku kidnap je la...

Ni pun sama aku ambik kat blog Aspirasi Foto merangkap potographer di majlis perkahwinan Zuraidan & Zainuri. Dan muka-muka dalam gambar tu adalah kengkawan rapat aku yang memeriahkan majlis sampai abis.
(Yana, Shida, Rose, Zue, Ja & Wani)



SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA
Z U R A I D A H & Z A I N U R I
Semoga Bahagia & Kekal Keanak Cucu
...Amin...

4 comments:

13may said...

syoknya kawen :D

[S]itie [B]Um [B]Um said...

kek tu cantik!!

"Aspirasi Foto" said...

adessss....nm den athar la....bkn ahtar....huhuhu

wani said...

May : Apalagi...cepatla kawin...

Siti : Memang cantik kek tu...ada itik 2 Ekor lagi...

Aspirasi : hehehe...salah speling tu...jangan marah ye...