Friday, January 2, 2009

::H.E.P.P.Y::N.E.W::Y.E.A.R::2.0.0.9::

Hoyeh!!!! Akhirnya 2009 tiba jua. Eppy new year sumer.

Semoga dengan beralihnya angka 8 ke 9, aku berharap dapat memperbaiki perjalanan hidupku ini. Memang setengah2 orang akan cakap " It's just a number". Tapi pada aku besar makna dan kesannya dalam hidup. Pertama of course lah peningkatan umur. Dah la aku ni anak kelahiran Januari. 19hb gitew. So tak lama lagi aku akan menukar digit belakang untuk umur aku. Huh! rasa macam tak bersedia lagi memikul angka 27 sedangkan angka 26 berlalu tanpa banyak kejayaan. Tapi apalah daya aku nak mempertahankannya.

Perjalanan 2008 yang aku tinggalkan penuh dengan suka duka.

Sebab aku suka 2008:

~ Ada someone yang terpaksa mengalah celebrate besday dengan aku. Sebabnya besday dia 18hb n aku 19hb. Dia     ajak aku sambut awal tapi aku tak mau. So aku menang. Kejayaan ulung di tahun 2008.

~ Adik ketiga aku dapat masuk bomba. Sebagai kakak yang penyayang aku lah orang paling gembira course aku yang apply untuk dia. Sekurang-kurangnya aku dah wat mak bapak aku eppy. Maklumlah anak dapat keja govment.

~ Tahun yang paling banyak aku round-round Pulau di Malaysia. First Pulau Langkawi, then Pulau Pangkor, n last skali Pulau Redang.

~ Ada penyelarasan gaji baru. Angka yang berubah boleh la dikatakan banyak gak. Thanx to Kesatuan PNMB.

~ Pindah rumah sewa baru. Dari flat bertingkat2 ke rumah teres setingkat. Selamat kereta aku.

~ Pindah ofis baru dari Bandar Sunway ke Bandar Perda. Aku suka first skali sebab tak kena bayar parking keta. Kedua: kat sini tak busy. Ketiga : Sejak pindah sini aku leh menabung sikit. Sebabnya hanya aku yang tau. Hahaha...

~ Firs time join class Aerobik ngan kak Mas opismate aku. Tapi tak kurus2 pun. Lagi gemuk adala. Sebabnya biarlah rahsia.

~ Dapat balik kampung ikut suka ati aku je. Bila masa pun bleh course drive sendiri dah. Dulu2 naik bas awam.

~ Kembali terjalinnya hubungan yang terhilang bertahun2 lamanya. Someone special for me before waktu study kat UiTM Melaka. Orangnya tak perlulah aku mention. Apa pun aku suka bangat. Semoga kami lebih menghargai peluang kedua ini.

~ Dapat bos baru yang very2 understanding. Aku suka sangat. Dia memang bos paling baik yang penah aku jumpa.

~ Ramai kengkawan n saudara mara yang dah tukar status dari bujang @ singgle ke bini orang, laki orang, mak orang, bapak orang n tunangan orang. Tahniah sumer2.

~ Ada tambahan alaun khas sebanyak RM300. Banyak kan. Bestnya.

~ Last skali kejayaan paling bermakna sepanjang 2008 adalah dapat menjalankan tugas secara solo dengan jayanya. Cayalah aku dapat handle sumer2 job sorang2. Gila tul...


Dukanya 2008

~ Cinta terhalang. Bab ni takda ulasan.

~ Kereta asyik meragam di akhir-akhir tahun 2008.

~ Kembalinya kerahmatullah kawan-kawan seperjuangan.

~ Banyak barang yang aku idam-idamkan tak dapat beli lagi. Aku janji 2009 pasti aku dapat beli.

Aku rasa tak banyak sangat duka aku. Tapi tulah walaupun tak banyak tapi kesannya mendalam.



Doa aku semoga perjalanan dalam melewati tahun 2009 ni dibajai dengan iltizam yang kuat supaya lebih banyak bunga-bunga kejayaan yang akan bercambah. AMIN. 

Kepada pembaca-pembaca yang sudi meluangkan masa untuk baca blog aku ni, aku doakan semoga impian korang yang belum dilunaskan pada tahun lepas dapat direalisasikan pada tahun ini. Dan sama-samalah kita berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup dalam menempuh cabaran yang mendatang. Harapan agar sinar kejayaan, kebahagian dan keredhaan Tuhan mengiringi 2009 kita.

3 comments:

13may said...

:)

13may said...

updet updet!

:D

wani said...

ok...En May akan ku cr masa untuk mengupdate...