Friday, January 30, 2009

Eppy Chinese New Year

Eppy Chinese New Year!!! hahaha dah basi pun...tapi tak pe coz story yang aku nak share ni berlaku waktu cuti raya cina...

Dah lama rasanya tak berlama-lama kat kampung. Bila berpeluang je balik cuti lama-lama, aku jadi malas lak nak balik mai Penang. Tapi yang syoknya cuti kali ni sumer adik beradik aku yang tak ramai ni ada kat umah. Kebetulan adik aku si nurse ngan si bomba dapat cuti. So raya indulah adik aku yang bongsu tu. Mana taknya poket-poket dia dah balik. Ni la masa barang dia takde lah, rosak lah, hilang lah n macam2 lah alasan dia. Tu lah adik manja kesayangan kami sumer.

Time ni lak makcik aku wat kenduri kawin anak bongsu dia. Muda daripada aku lak tu. Tu yang nak story kat sini. Waktu kenduri cam gini lah aku slalu kena tembak dari smua sudut ngan makcik2 n pakcik2 aku. Tak tertepis aku. Tapi aku memang gerun dengan peluru diaorang yang bunyi bingit. Bunyi dia macam ni...' Hang ni bila lak Wani'..'pas sorang, sorang dah ni'...'lama dah kami tunggu ni'...

So daripada statement kat atas tu, aku harap korang faham bertapa bencinya aku nak balik kampung time ada kenduri kendara. Kenapa la diaorang ni tak bosan2 nak tanya soalan yang sama. Aku sungguh2 tak faham dengan generasi tua zaman dahulu yang tak paham perasaan orang lansung.

Apa yang boleh aku buat bila kena tembak macam tu? Senyum je lah yer...Dalam hati comfirm sumpah seranah nye. Kahkahkah...takpe raya nanti aku minta maap yer. Nasib baik la mak ayah aku dah bosan nak bincang topik ni. Kalau tidak tak balik kampung langsung lah aku.

Walaupun bengang2 tapi aku ni kan orang yang jenis eppy memanjang so pastu leh gelak-gelak. Siap leh wat macam takde apa2 blaku. Padahal dalam hati Tuhan saja yang tau gilanya berkocak. Ermmm...nak wat macamanakan...Nasib lah...

Ni ada la sikit kudap-kudapan yang aku leh kongsi ngan korang sumer waktu cuti raya cina ari tu...Hidup mesti enjoy...Chiawwww

Aku ngan Adikku Dayah


Bonda tersayang ngah siapkan bunga telur ngan adikku


Bunga telur yang dah aku siapkan...konon...


Sepupu aku yang lelaki tu...muda-muda dah kawin...


Aku yang chubby n montel...nak p kenduri lah ni...

2 comments:

13may said...

renjis renjis di pilis...hehhe hehhe

wani said...

asyik renjis org je kan...bila la nak direnjis plak...