Monday, January 19, 2009

Akhirnya 27 Menjelma Jua

Rasanya dah lama aku tak wat luahan perasaan mahupun berkongsi cerita. Lebih-lebih lagi buat karangan dalam blog ni. Hehehe...ari ni aku rasa macam ada sikit-sikit feeling nak menaip pepanjang so cepat-cepatlah aku buka blog. 

Di tarikh ini 27 tahun yang lalu aku dilahirkan. 19 Januari 1982. So maknenye ari ni ari keputrian aku le. Betul ke bahasa aku ni. Kira betullah sebab aku ni pompuan. Kalau lelaki logik la guna keputraan kan. So sidang pembaca sekalian, korang 'YA' kan je lah ok.

Ermmm...bila tengok perubahan pada angka umur ni naik lemah aku dibuatnya. Mana taknya bak kata mak aku la 'umur dah tua tapi perangai tak ubah-ubah lagi'. Fuhhh! bikin ati panas je bila tang perkataan tua tu. Aku harap la pas ni mak aku boleh guna perkataan yang lebih menjaga hati aku. Apa la salah nye kalau cakap 'umur dah meningkat' kan?

Tak pe biar lah mak aku ngan ayat power rangers nya tu. Apa yang nak aku konsikan sebenarnya aku tengah mengupgredkan taraf ekonomi aku. Walau taraf perangai aku tak di upgredkan lagi. Aku tengah wat persediaan untuk mengharungi kegawatan ekonomi Malaysia yang baru bermula dan dijangka sihat sepenuhnya pada bulan April 2011 nanti. So tengah-tengah ekonomi sakit ni, perbelanjaan harian kita tentulah macam biasa gak kan. Mana bleh nak 'cut cost' sesuka ati. Mulut dan perut patut dilayan macam biasa. Kegembiraan dan keseronokan berhibur dan berbelanja alangkah baiknya dapat diteruskan. Jadi atas sebab-sebab itulah aku perlu buat persediaan dari sekarang.

Sebenarnya perjalanan hidup seseorang tu dah pun Tuhan tetapkan. Sebagai hambanya kita janganlah menunggu saja ketetapan itu tanpa berusaha. Sebab lebih bermakna melalui kehidupan dengan adanya usaha kearah yang lebih baik. Wah dah macam pakar motivasi lak aku ni. Tapi tak pe. Sambil berkongsi cerita ni aku juga dapat memuhasabah diri aku gak.

Sejak kebelakangan ni, aku dikelilingi oleh orang-orang yang sentiasa mengambil peluang untuk mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik. Terutamanya perubahan ekonomi diri mereka. Jadi bila aku juga diberi ruang untuk kearah itu, tak salah rasanya aku mencuba walaupun pada hakikatnnya aku tak suka. Semuanya berubah gara-gara 'WANG'. 

Aku amat bersyukur bila diketemukan semula dengan seorang kawan yang telah lama terputus hubungan. Syukur aku bukan kerana dah jumpa balik tetapi syukur aku sebab dia hadir bersama peluang untuk aku mengubah hidup aku.

Antara kata-kata perangsangnya yang dapat aku kongsikan antaranya ' Wang bukan untuk hidup tapi hidup perlukan wang'. ' Langkah yang seribu bermula dengan langkah pertama'. Dalam menuntut ilmu ' beri peluang pada diri untuk BELAJAR, sentiasa relakan diri DIAJAR supaya suatu hari nanti kita juga mampu MENGAJAR. 

Dengan semangat yang diberikan kepada aku tanpa jemu-jemu, akan ku buktikan kemampuan diriku padanya. Aku juga akan realisasikan impian aku sepertimana dia merealisasikan impiannya. Di sini juga aku nak ucapkan tahniah kat dia sebab dah berjaya mengeluarkan kereta impiannya 'RX8' selepas raya cina nanti. Insya Allah impian aku lak akan menyusul bula Mei nanti.

Kepada kawan-kawan ku yang masih tercari-cari arah mana yang hendak di tuju dalam mengukuhkan pendapatan, jangan lah segan dan silu untuk menghubungi aku. Aku diberi peluang dan aku juga akan memberi peluang itu kepada orang lain. So sama-sama lah kita rebut peluang itu secara adil dan saksama. 

Sebagai renungan " Ingatlah wahai kawan-kawanku, tiada sesiapa pun yang mampu mengubah hidup kita, melainkan kita sendiri yang mampu mengubahnya"

Chiawww....

2 comments:

13may said...

hepi besday!

:)

wani said...

En 13May, thanxQ.....