Wednesday, March 18, 2009

Hasil Kreativiti Ku...

Rasanya dah lama aku tak buat luahan perasaan kat sini. Aku pun tak tau kenapa dan mengapa tetiba je aku jadi malas nak menaip. Tapi rajin membaca. HuHuHu...

Bukannya tak de story yang menarik tp tu la...malas menaip.

Ni pun saje je aku merajinkan diri nak share hasil kerja aku beberapa hari yang lepas. Nak tau apa dia?.....sebenarnya aku dipertanggungjawabkan untuk membuat hantaran untuk Wedding bestfwen aku. Nak tak nak kena la buat juga. Ye lah, kang dia cakap " kat orang len ang leh wat...kat aku ang tak mau wat lak...mencinya"(ayat menber aku k)...So aku pun bersetuju je lah walaupun kebelakangan ni aku semakin sibuk berbusiness...Nak jadi jutawan lah katakan(mula la nak berangan tu)...

Setelah 2 minggu mencari idea, aku pun akhirnya berjaya menyiapkan semua ke-11 hantaran dia. Jangan tak tau siap sirih junjung pun order ngan aku. Tap pe lah. Demi seorang sahabat. Mana taknya aku kawan ngan dia dari umur 7tahun tu...Lamakan? Tapi tak bosan wooo...Dia la kawan waktu aku waktu jahat & baik, sakit & sihat, malas & rajin, pandai & kurang pandai..Pendek kata banyak lah kenangan antara kami. Sedih aku dia dah kawin...(Ni apahal lak citer pasal kawan aku lak...citer pasal hantaran la patutnya)

Ok.ok.ok.jom tegok hasil kreativiti aku...kalau bekenan leh wat tempahan ngan aku pas ni k. Murah je. Harga boleh dirunding. Chewah...Chewah...sempat lagi promot tu...


Kat atas tu antara beberapa hantaran yang dah siap. Aku rasa ni antara hasil gubahan aku yang paling aku puas hati setakat ni. Tapi paling aku suka 4 gubahan yang kat bawah ni.

Aku paling best bila ayah aku yang kedekut nak puji orang tu boleh puji akunya gubahan. So ternyata hasil kali ini memang cantik lah tu. Kalau tak jangan haraplah dia nak puji. Mak aku lak suruh buka kedai gubahan nanti-nanti. Nanti tu bila pun aku tak tau. Dengar modal pun dah cukup buat aku kecut perut.

Ok la aku rasa cukup lah perkongsian aku untuk post kali ni. Nanti kalau aku rajin-rajin, aku load gambar waktu wedding member aku tu k. La ni mood malas dah datang. So aku stop dulu ye...Chiawww...



4 comments:

lindosh said...

nanti i kawin boleh lah u tulun gubahkan hantaran utk i k.

upah murah2 cukup lah u. tapi kalau u nak sponsor i kan lagik bagus haha

tapi i nak kaler hijau, pink n putih. swwet tak?

hehe

wani said...

Boleh...boleh...boleh blah...

Takda la...nak tolong wat boleh...nak tolong sponsor bincang lain k...Colour pun leh choose sendiri...
Dah rasa2 nak kawin ke????

13may said...

huiii...pandai :)

wani said...

13May,

Nak kawin leh buat tempahan k...harga leh runding...hehehe