Wednesday, September 9, 2009

• 090909 •

Sejak bulan pose ni aku rasa macam tak sempat je nak buat lawatan amal kat blog aku hari-hari. Nak kata kebizian sangat tu tak la. Tapi kemalasan pasti.

Ari ni aku kena keja lebih masa. So tu yang rasa macam ada masa untuk memblog ni. Alasan je sebenarnya kan??? Disebabkan balik keja lambat so aku tak tau berbuka nanti nak makan apa. Padahal bazar Ramadhan sebelah ofis aku je kat Bandar Perda ni. Rasa macam malas nak lintas jalan tu nak p beli makanan. Bebudak ofis aku ada yang kena balik kul 9 arini. Ada job urgent. Esok nak kena deliver. Nasib baik aku bahagian grafik. So tak payah la nak stay sampai siap. Cukup la siap print je. Disebabkan ni bulan baik, aku pun telah berbuat baik. Sebab tu la aku tolong diaorang ni print digital je job tu. Kalau tak lagi la lambat diaorang balik. So korang yang bertungkus lumus di bahagian jilid tu, cepat ucap trima kasih kat aku.

Ermmm....di lewat-lewat bulan Ramadhan ni smua orang pun sibuk nak buat kuih raya lah, beli baju raya lah, hiaskan rumah dan bagai. Tapi apsal aku relaks jer. Tahun ni aku rasa macam nak sambut dalam kesederhanan je lah kot. So tak yah nak beli macam-macam. Cukup la baju, kasut dan tudung sepasang jer. Kan baik kalau hidup dalam kesederhanan.

Sebenarnya aku macam tak tau nak goreng apa dah. Almaklum lah, waktu berbuka tinggal beberapa jam je lagi ni. Perut pun dah tak brapa nak betul. Tu yang dia ajak otak join skali tu. So sebelum keluarnya entry yang lebih merapu baik aku stop kat sini je. Nanti bila dah ok aku meng'entry' kembali.

Selamat berbuka puasa kepada semua yang berpuasa ye...Jangan lupa baca doa sebelum berbuka k. Tata.......

Chiawwww....

1 comment:

13may said...

dam dam dumm...bunyik mercun :D

selamat hari raya :)