Thursday, July 21, 2011

Ermmmm.....tak dak tajuk.

Bulan Julai dah di hujung julai...next month dah puasa...pastu raya...pastu akhir tahun...pastu awal tahun 2012...ngeri sungguh ngan angka2 ni...makin menjadi-jadi lak laju pergerakannya. Aku still macam tu gak....huhuhu....

Aku pon dah jarang2 siram air kat ladang aku ni....ladang orang pon aku dah tak bajai....Busy kah aku. Atau Lazy sebenarnya. Ermmm ntah la....

Sebenarnya aku baru balik dari kursus di HQ. 3D2N...Chewahh macam p bercuti lak. Padahal kursus. Aku p ngn opismate aku. Cik Linda. Mula2 bos bagi surat aku dah boleh agak dah isi kandungan surat tu. Dap Dip Dup...jantungku berdebar....(macam lagu dangdut tu)...Lumrah aku dapat surat p kursus, bukan date n venue yang aku alert kan. Tapi sapa lagi yang kena pegi. Xpecially Penang branch. Hahahahahaha....suka hati bila ada partner...Next tu baru ambik tau Kursus : IT Backup Solution Training, Date : 18-19 July 2011, Venue : PNMB HQ, Penginapan : Hotel Maluri, Cheras.

Ni lah hotel tu. Best juga. Last aku stay sini 3 tahun lepas kot. Tapi sekarang dah berubah. Bilik nya dah besar dan deco pon dah cantek. PNMB kalau wat kursus ke meeting ke mesti otel ni yg jadi pilihan. Aku pon tak tau nape. Maybe dekat nak ke HQ kot. Driver2 HQ pon boleh merempit di celah-celah lorong nak shortcut secara aman...

Ok sekarang crita pasal kursus........

Aku rasa p kursus macam mengong2 je kan. Macam buang masa pon ada gak. Mana tak nya aku rasa makan je lebih daripada apa yang di"training"kan. Itu baru makan yang opis sediakan. Belum lagi masuk makan yang aku cari sendiri. Kira p tambah ilmu ngan tambah kalori la ni. Tapi ilmu yang masuk tak tara mana. Kalori yang masuk memang berganda-ganda. Kalau macamni selalu memang hancus la target aku nak turun lagi 10kg. 6kg yang turun ni pon seksa nk maintain. Lagikan nak turun 10kg.

Ok bab makan2 yang aku cari sendiri time kursus nanti aku buat entry lain. Ni entry yang tak di rancang. Aku rasa rajin nak taip so kluarlah entry ni. K kat bawah ni gambar opis aku tempat aku kursus. Ni la PNMBHQ...

Friday, May 27, 2011

• Feel Good •


Banyak benda yang aku nak updet. Tapi mud aku memang tak dak langsung. Lari p mana abih aku pon tak tau. M.I.S kot. So apa yang aku taip arini kira updet gak la...hope esok lusa mud rajin tu mai balik dalam diri aku lepas bercuti 2 hari.

Sekolah dah start cuti. Orang nak kawin pon semakin ramai time ni. So SELAMAT PENGANTIN BARU juga aku nak ucapkan kepada sesiapa yang akan tinggalkan status teruna & dara. Semoga barakah dari Allah SWT mengiringi perjalan hidup yang bakal korang layari.

Selamat beristirehat kepada yang bercuti...kepada yang bekerja weekend apa boleh buat...kerja lah sekuek nyo....

Babai........

Sunday, May 8, 2011

• Kaulah segalanya...



S E L A M A T ll H A R I ll I B U


Terutamanya buat mak tersayang SITI ROHANI BINTI OTHMAN dan semua insan2 yang bergelar ibu, mak, mama, mommy, umi, ma & ama dimana jua anda berada. Setiap hari adalah hari yang teristimewa buat anda.

Thursday, May 5, 2011

• Busykah Aku?



Lama tak mengusahakan tanah ladang ku ini. Nak kata busy....Bz kah aku?????Ermmmm...rasanya malas yang lebih kot. Banyak acctually xtvt April aku. Tapi satu pon aku tak abadikan dalam blog ni. Hopefully bulan Mei ni aku ada kerajinan nak memblog.

Lately aku tak rasa busy sgt ngn kerja opis coz aku berjaya manage ngn baik. So smua job yang masuk tak kan pending lama2 kat dalam bilik aku. So aku tak busy dengan kerja opis. Kalau kat luar aku pon tak tau macamana busy nya aku. Mud malas mengiringi April 2011 aku dengan jayanya...

Tetiba harini ada kuasa Dragon Ball membolehkan terkeluar entry ni. So harap-harap ni menjadi permulaan xtvt memblog aku kembali.....

Banyak xtvt April akan ku 'entry'kan dalam bulan Mei ni....



Monday, April 18, 2011

Dedikasi Buat Nenda...


15 April 2011....Genap 2 tahun pemergian Nenda...sebagai cucu aku tak pernah lupa tarikh keramat ini. Lagi2 tarikh ni jatuh di antara dua tarikh yang sinonim dengan hidup aku. Iaitu besday salah seorang teman aku 14 April 1982....dan....besday my luvly mom 19 April 1958.

Kejadian 2 tahun lepas aku patrikan di sini dan di sini.....begitu juga dedikasi tahun berikutnya di sini.

Setiap kali tibanya tarikh ni aku mesti buka album atau cari gambar2 aku ngn Arwah Tok. Bila tengok sayu je hati. Banyak suka duka yang akan berlegar-legar di ingatan aku. Kalau yang suka aku mesti senyum. Tapi bila part duka tu kadang2 aku tak suka ingat. Sebab kadang2 boleh timbul perasaan tak puas hati dan geram pada Arwah Tok.

Ye lah. Aku bukanlah antara cucu febret Arwah Tok. Begitu gak ngn adek2 aku yang lain. Kami ni ibaratkan cucu underground. Mana taknya, kalau arwah Tok nak bagi apa2 mesti sembunyi2 n diam2. Pastu siap pesan jangan bagitau orang lain. Siap sebut lagi nama2 orang yang tak wajib tau. Bila aku ngan adek2 aku ingatkan kembali.....ada la juga rasa sedih. Tapi tak pa....jauh di sudut hati kami, kemaafan telah kami titipkan buat insan yang melahirkan ayah kesayang kami ke dunia ni. Dan kami juga dah temui jawapan kenapa Arwah Tok terpaksa buat macam tu.

Apapun aku tetap bersyukur. Walaupun bukan pilihan dalam diari harian Arwah Tok, aku adek beradek tetap dalam ingatan dia. Banyak yang telah Arwah Tok buktikan. Sakit demam dan makan pakai kami tetap dia tanya.

26 tahun hidup bergelar cucu keppada Arwah Tok, banyak juga petua2 orang dulu2, doa2 yang boleh diamalkan untuk dijadikan penawar bila sakit, amalan tradisi nenek moyang yang Arwah Tok kongsikan dengan aku. Sebab aku anak sulung dan perbezaan umur yang boleh dikatakan jarak dengan adek2 aku maka apa2 Arwah Tok akan pesan dan bagi kat aku. Terima kasih Tok untuk semua perkongsian yang berguna tu.

...........Tok, walaupon dah dua tahun tok pergi meninggalkan kami....kenangan hidup bersama tok masih segar diingatan kami...Curut, Nasi Kerabu, Akar Kayu dan perkataan2 yang sering Tok sebut menjadi nostalgia buat kami....dua tahun tak merasa nasi kerabu terbaik dari air tagan tok...dua tahun juga kami beraya tanpa tok...dua tahun juga di pagi raya kami teringat2 xtvt wajib kena p jumpa tok dulu sebelum buat apa2, dua tahun juga ayah macam tersalah cakap di pagi raya minta kami p jumpa tok, 2 tahun juga macam2 jadi dalam keluarga besar kita tok..........sesungguhnya ketiadaan Tok memang amat dirasai....setiap perbalahan, setaip masalah, setiap kemusykilan dan setiap kali sakit.....aku mesti akan dengar ayat ni kluar di mulut sanak saudara...... " KALAU LAH ARWAH MASIH ADA...."....Ini dah cukup membuktikan pentingnya Tok dalam kehidupan kami...........

Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Tok. Semoga roh Tok aman, tenteram dan damai di sana...hanya doa dapat kami iringkan buat Tok disana....AL-FATIHAH buat Arwah Nenda Che Ni Binti Lateh...

Ni gambar time aku study kat UiTM Melaka. 2001. Malam ni nak balik UiTM. Tok siap mai jumpa sblm aku nak p bus stand. Kenangan.....