Saturday, October 30, 2010

• Manjakan Diri •

Semalam p mandi wap ngan adik aku. Ni kali kedua aku p dalam minggu ni...1st time p rasa macam tak brapa best. Tapi bila balik badan rasa ringan n tdo lena semacam jer, terus jadi best lak. Tu yang nak p lagi semalam tu. Adik aku pon dah macam xcited terlebey sudah. Kalau 1st time aritu aku yag over2 gitu, semalam dia lak. So fare n square la kan. Hahaha...

Meh aku intro sikit tempat mandi wap tu....paling penting tempat dia senang nak cari walaupon dalam kepekatan malam k. kalau aku yang memang tak pro driving ni pon blh p, apatah lg yang memang kamikaze driving. Kompem la lagi senang. Tempat ni kat Permatang Sireh. Tapi aku pun tak tau zon mana...Sungai Dua ka Kapla Batas ka. Sebab location dia mcm in between...Satu yang lemahnya, signboard di haluih sangat. Kalau mata duk stim2 tu kompem la tak nampak. Mata yang memang terkebil-kebil pon leh terbabas.

Kat tempat ni, semuanya manual. Penyediaan rempah ratus dan hasilan wap pon cara manual. Pertang lebih kurang 4.30 pakcik n makcik tu dah start bakar bahan2 tu...Bilik tu buka lepas Magrib. Kira senang crita kul 8 la dh boleh start. See...lamakan masa yang dia ambik nak sebatikan daun kayu herba tu untuk hasilkan wap. Memang wangi jer bau bahan2 tu smua. So datang jer terus tukar pakaian. Towel kecik n besar disediakan. Simpan barang peribadi dalam Locker berkunci kat situ pas tu dah blh masuk bilik wap tu.

Kat sini buka untuk lelaki n pompuan. Untuk side pompuan, bilik tu muat untuk 10 org. Untuk lelaki kat sebelah tu aku tak sure lak. Tapi lelaki lebih santai la. Coz slumber rock jer leh kuar ambik angin n lepak2 kat luar bilik tu pakai towel jer... Pas ambik angin, ngumpat2 bagai, ada yang siap smooking lagi pastu masuk balik bilik wap tu. Best kan. Tapi kalau pompuan duk pusing2 luar bilik wap tu je lah. Part tu yang tak selesa sikit. Coz ruang belegar2 tu sempit. But compare ngan harga RM 7.00 tu, memang boleh accept la. Unlimited time k...Ikut suka hati la nak duk brapa lama slagi tahan. Nak tunggu sampai tempat tu tutup kul 10 mlm pon boleh. Ermmm satu lagi yang best tu siap disediakan Air Misai Kucing suam2 lg. Minum la ikut lalu hangpa...Tahan ngn bau ayaq tu minum la bebayak. Aku pon tak brapa tau khasiat daun ni..Tapi sku baca kat sini ngan sini khasiat pokok tu...Khidmat urutan tradisional pon ada kat sini...tapi aku tak try lagi la...maybe next time leh try.

So pas ni aku rasa macam nak masuk dalam jadual mingguan aku p mandi wap ni...At least 2 kali seminggu. Dah macam syok lak duk dalam tu. Smua orang pon boleh cuba. Tak salah manjakan diri dengan tempat2 macam ni. Daripada aku invest duit tgk wayang (ditujukan khas untuk adik aku n tunang dia...memang aku kata kat hangpa ponnn...) baik aku invest kat makcik ni. Nasib baik siap dia share tips2 kesihatan lagi...So tak rugi k. Sihat dapat...ilmu pon dapat...Next week ari selasa aku nak p lagi. Nanti aku try snap picture tempat tu. Leh aku share kat sini...

Dah panjang aku tolong promote tempat mandi wap pakcik n makcik tu. Apa lagi jom la reramai join. Ok...Tamat sudah entry ni....Daaaaaaa....

Chaiaaawwww....

Friday, October 29, 2010

• Rasa Syahdu Tetiba•

Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya
Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri

Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi
Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu

Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya
Rasa gentar rasa rindu

Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah
Maafkan diriku kasih

Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata
Pintaku redhailah

Terima kasih atas segalanya
Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu
Bersaksi diriku

Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segala kepada Mu


Thursday, October 28, 2010

•Hargai Masa•


Time2 sakit jiwa tak tau nak buat apa atau dah tak leh sangat nak buat kerja hakiki, ni lah kerja tak hakiki aku. Abis smua gambar yang berpotensi untuk di'edit' akan aku adit...Dibuat dengan keadaan semahu-mahunya k. Macam gambar kat bawah tu, aku edit sebab tak de mende nak buat dah. Sian kami berdua dikerjakan aku. Kluar umah pakai baju calour-molour bagai, tapi aku edit jadi gambar zaman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee...cumanya ni versi moden sebab boleh disemakkan oleh macam-macam.


Aku pernah beberapa kali ditanya " Tak juling ke mata hang coz hari2 ngadap komputer"...ok...meh aku tolong jawabkan seikhlas dan sejujurnya....Sampai saat ni mata aku masih lagi berada dalam kedudukan asal. Dalam fahaman lainnya, sama macam first time aku tgk dunia dulu. Posisi asal masih kekal. So ngadap komputer hari2 bukanlah punca juling. Tapi kalau hang tanya aku " Mata hang ok jer hari2 ngadap komputer tu"...Soalan ni jawapan dia berbeza sikit. Sbb dulu aku tak kelabu asap tgk colour molour ni...Sekarang mmg kureng sikit. Colour yang terang kadang2 aku nampak malap...kalau yang malap sure kelabu asap terus...Jadi ikutlah piawaian yang ditetapkan kalau tak mau jadi macam aku.

Tetiba macam dah tak dak minyak nak goreng...So aku tutup api dulu k....Daaaaaa...

Chiaaawwwww....

Monday, October 25, 2010

• Autoshow @ Autocity, Juru •

Setelah berhari-hari(lebih pada sehari ok) choti2 Mesia, aku kena la balik Penang. Mana tak nyabesok dah Senin. Dah masuk keja balik. Tapi aku rasa macam tak puas nak golek2 atas katil kat kampung ni. Paling tak puas nak atur makanan yang luvly mommy in da world masak. So serbaserbi aku tak puas hati lagi lah. Tapi perasaan ni akan berlaku pada hari aku mewajibkan diri aku pulang ke Penang dari kampung. Kenapa ek???selalu perasan ni akan naik secara melampau2 setiap jam.

Macam hari ni. Planning asal nya aku nak balik pagi. Kalau boleh pepagi buta gitew...tapiiiiiii.....tettttt di pendek apa yang panjang....kul 4.00 baru aku panaskan enjin kereta. Baru panaskan ok...belum masukkan barang...belum buat sesi peluk2, cium2, sayang2 seisi kluarga yang ada time tu la...so tu smua aku sengaja gunakan masa selama 30 minit. Sengaja ok...Ayah dah bising. Yer lah puteri kesayangan dia ni nak balik. So banyak la pesanan penaja tak be'Royalti' di kirimkan bersama. Pesanan pertama yg memang dah biasa sangat asal kuar rumah...."Bawa keta tu slow2 sikit wani. Hang tu kalau bawak tak ingat dah"....ok itu pesanan penaja oleh Best Daddy in Da World ok...Mak lak macam biasa la....bawa keta slow2...makan jgn duk meralit(ni bahasa Utara piaw nye)...sembahyang pon jgn duk ambik yang last2(pesanan ini di bawakan khas oleh mak aku kepada semua anak2nya ok)...naik keta baca2 sama(mean doa n Ayat Kursi)...dan...sampai tepon mak...

4.30 pm /24.10.2010 /Ahad...baru aku gerak dari kampungku jauh nun di sana...ayah serta bondaku...ke Penang...Perjalanan aku memang jauh. Mana taknya nak balik ke Penang aku kena lalaui dua buah Negara(saja nk bg nampak besar sikit)..iaitu Negara Perak n Negara Kedah...Peluang melalui negara org aku tak lepaskan. So aku singgah la Kulim di Negara Kedah Darul Aman dan Tenteram.. Pickup someone there. Aku pon tak tau kemana nk dituju. Plan aku setakat Kulim tu jer. At last aku sampai disini.....

Bukti yang aku sampai kat autoshow tu k....bukti lain cukup la sekadar simpanan peribadi...

Atas tu nyer hiasan, serba serbi aku suka...dan dah jatuh cinta pon...paling admire sarung kusyen tu...aku nak jugakkk....


Walaupon harga emas naik...tapi owner motor ni still bg motor dia pakai emas...merelip merelap lg tu....layan mata boleh la...tp kalau suh aku naik, sumpah tak naik nyer....takut kena keja ngn perompak.

Nice...

Suka aku layan gambar yang colour malour ni...

Dun try dis at hom...kang orang cakap senget n gilos...kalau nak basuh kete basuh lah secara ilmiah...

Ni la wajah2 penyeri show tu...kalau tak de aweks yang cam gini tak meriah la kot...

Layan jer lah gambar yang dah macam album tu ek...aku pon nak layan gak gambar yang belambak-lambak aku snap ni...tapi yang aku buh kat sini kira yg best2 gak ler...So dah tak de idea nak membebel dah...Apapon aku nak wish TENKIU SO MUCH kat 'sum1' yang sudi bawa aku p layan tempat2 camgini. Kalau aku sendiri macam tak kuasa nak p kot...Lain kali bawa lagi yer....

Mak anak mu ini sampai di rumah tepat jam 10.00 mlm. Mandi...Solat...n..melahirkan entry ini secara normal...Laporan lengkap ini telah siap..daaaa.....

Chiawwww.....

Thursday, October 21, 2010

• Congrats to Both of U •


Sebenarnya dah seminggu aku buat entry ni(harini 28.10.2010)...Tapi tak publish2 gak...biar lah lewat janji aku buat gak untuk didedikasikan kepada Adik aku dan bakal adik ipar dia. Bukan apa budak berdua ni baru jer konvo. So Eppy Konvokesyen Day la tuk korang...

Entry ni kiranya kesinambungan cerita ni la....kn aku cakap ada mud aku sambung crita...ni kira mud tgh baik la ni...Ok malas taip panjang2 apakata jom layan gambar dulu...

Majlis Konvokesyen ke-6
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sg. Buloh.

Suasana di dalam dewan PICC, Putrajaya.

Ni la adik aku yang konvo tu...we all proud of u dear...cangrats again...

Nur Hidayah Mahmud (Nursing) & Mohd Faizal Roslan (PKA)

Insan2 yang tak pernah memutuskan doa untuk kejayaan anak tersayang...Best Parent in da World...Semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan keberkatan kepada kedua ibubapaku....

Both of my adiks...Elok lah tu...sorang Jurulatih Bomba...sorang lagi Jururawat bahagian Pembedahan...yang bongsu masih mengintai2 kerjaya yang sesuai...
Adik ngan tunang ia...Mr Aman Roslan...Ni pon orang KKM gak...esk blh ajar anak depa lagu KKM...

Adik n Abang....Aman Roslan & Faizal Roslan...sorang MA sorang PKA...

Buah hati...cinta hati...pengarang jantung saya dan adiks2...Mr. & Mrs. Mahmud...

Ni lah watak2 yang terlibat di hari konvokesyen adik aku....(sedih coz adik bongsu tak leh join kitaorg coz dia tgh exam)
(Faizal, Aman, Dayah, Ayah, Mak, Haku, Jon, Kak Emy, Abg Bulah & Majdi(tak dak dlm gambar pon coz duk kat umah))