Friday, December 31, 2010

Welcome 2011

... Selamat Datang 2011 ...



Sedar tak sedar harini adalah hari last untuk 2010. Apa yang baik akan dibawa ke tahun depan sebagai panduan dan apa yang buruk akan aku bawa juga sebagai pengajaran. Masih ada perancangan aku yang tak berjaya pada tahun ni. Aku harap dengan kedatangan tahun baru ni semua rancangan yang terbengkalai menjadi kenyataan. Bantu lah hambaMu ini Ya Allah dalam melancarkan segala perancangan ku.

Thursday, December 30, 2010

• L • O • V • E •


I luv Allah SWT ...A luv Rasulullah SAW...I luv my family...n...everyone who luv me.....

Wednesday, December 22, 2010

• Hujung Tahun Memang Macamni...

Bulan Disember adalah bulan kalut dalam dairi kerja aku. So disebabkan kerja yang macam kalut ianya bisa menganggu kelancaran xtvt harian aku. Dan bulan Disember 2010 ni pon macam banyak family xtvt yang aku kena join. Kalau tak join memang tak doser tapi kurang sopan jer.

Minggu lepas, mummy ngan daddy ku datang buat lawatan sambil beramal ke umah anak gadis mereka di Penang ni. Maksudnya umah aku ngan adekku la. Tu bukan lawatan kosong k. Sebabnya ada invitation kenduri cousin ku di Sungai Dua. Dah dekat sangat ngan umah anak-anak, takkan nak tdoq otel lak. Kang ngajuk anak-anak susah nak pujuk. Lagi-lagi aku. Memang juara ngajuk. Dah la anak pompuan dua orang jer. Kalau dua-dua pon ngajuk dah tak de anak pompuan lain. Tu lah pasainya depa pilih otel yang tak dak bintang ni sebagai persinggahan. Walaupon takde bintang, tapi servis memang tiptop k...Huhhh...macam banyak masa jer aku duk mengarang ni..Padahal curi-curi jer ni...

Banyak entry yang terbengkalai. Semuanya tak di post kan sebab tak sempat nak upload gambar. InsyaAllah akan mencari masa untuk mengupload semuanyanya secara serentak....ok cukup lah untuk aku lepas kerinduan nak meng'POST' entry hari ni....Jom sambung buat kerja balik....

Tuesday, December 14, 2010

Kenapa selalu macam ni????

Sebenarnya luahan ni bukan la secara lansung kena kat aku, tapi tempias di kemudian hari tu akan kena gak la kat aku...

Aku agak pelik bila ada orang yang tak mengunakan kuasa dan kepercayaan yang diberikan kepadanya se'MAKSIMUM' mungkin. Kenapa???? Kenapa ini harus berlaku pada orang-orang sekeliling aku. Yang bertambah memusykilkan aku bila kuasa itu tak pula digunakan pada tempat yang sepatutnya. Natijahnya orang lain yang menaggung. Adil kah ni smua????

Aku pon bukan lah insan yang perfect untuk pertikaikan kredibiliti orang lain. Tapi kalau benda-benda yang dilakukan tu budak tak cukup umoq pon boleh pikiaq, so bukan salah aku la cakap macamni. Aku tak pelik kalau budak baru belajaq yang buat macam ni. Tapi ni dah betahun pon keja, kira kalau develope pengalaman tu boleh dah aihh set up business sendiri. Sampai lagu tu lah boleh describe dia punya lama kerja tu. Tapi tu laaaa....Kenapa masih tak sedar-sedar????

Paling kesian bila orang lain yang kena tanggung segala macam masalah ni. Padahal dia punya kuasa tu tak lah power mana untuk buat keputusan. Memang nanya la kalau duk kena tanggung benda-benda macamni. Orang berwajib tu pula pendek kata bila senang enjoy sorang-sorang, tapi bila nazak semua orang pon kena nazak sama. Silap-silap orang yang tak berwajib pon disuruh menazakkan diri juga. Patutkah ni smua berlaku?????????????

Dan paling-paling malang bila mana tiada tempat nak mengadu. Kalau boleh ngadu pon mesti teringat-ingat peribahasa ni secara tak akan lupa sampai bila-bila....' Diluah mati emak, ditelan mati bapak'.....kira memang tak dak harapan la kalau nak 'Tarik rambut dalam tepung' pon...kalau rambut mungkin susah putus, tapi tepong kompem berselerak tabak...So sampai bila-bila pon jawabnya kena telan jer apa yang dilalui...Sampai bila la kesudahannya?????

AKU MEMANG SANGAT-SANGAT TAK PAHAM NGAN ORANG-ORANG MACAMNI....


Thursday, December 9, 2010

• Layan Perasaan •




No matter how busy you are...
make sure you have time to thought your loved ones...