Wednesday, September 9, 2009

• 090909 •

Sejak bulan pose ni aku rasa macam tak sempat je nak buat lawatan amal kat blog aku hari-hari. Nak kata kebizian sangat tu tak la. Tapi kemalasan pasti.

Ari ni aku kena keja lebih masa. So tu yang rasa macam ada masa untuk memblog ni. Alasan je sebenarnya kan??? Disebabkan balik keja lambat so aku tak tau berbuka nanti nak makan apa. Padahal bazar Ramadhan sebelah ofis aku je kat Bandar Perda ni. Rasa macam malas nak lintas jalan tu nak p beli makanan. Bebudak ofis aku ada yang kena balik kul 9 arini. Ada job urgent. Esok nak kena deliver. Nasib baik aku bahagian grafik. So tak payah la nak stay sampai siap. Cukup la siap print je. Disebabkan ni bulan baik, aku pun telah berbuat baik. Sebab tu la aku tolong diaorang ni print digital je job tu. Kalau tak lagi la lambat diaorang balik. So korang yang bertungkus lumus di bahagian jilid tu, cepat ucap trima kasih kat aku.

Ermmm....di lewat-lewat bulan Ramadhan ni smua orang pun sibuk nak buat kuih raya lah, beli baju raya lah, hiaskan rumah dan bagai. Tapi apsal aku relaks jer. Tahun ni aku rasa macam nak sambut dalam kesederhanan je lah kot. So tak yah nak beli macam-macam. Cukup la baju, kasut dan tudung sepasang jer. Kan baik kalau hidup dalam kesederhanan.

Sebenarnya aku macam tak tau nak goreng apa dah. Almaklum lah, waktu berbuka tinggal beberapa jam je lagi ni. Perut pun dah tak brapa nak betul. Tu yang dia ajak otak join skali tu. So sebelum keluarnya entry yang lebih merapu baik aku stop kat sini je. Nanti bila dah ok aku meng'entry' kembali.

Selamat berbuka puasa kepada semua yang berpuasa ye...Jangan lupa baca doa sebelum berbuka k. Tata.......

Chiawwww....

Wednesday, August 26, 2009

• Hari Sakit Se-Ofis •

Minggu ni semua staf kat ofis pun macam tak brapa nak sihat. Ada je yang tak bermaya. MC pun dah berorang-orang. Dua hari lepas aku bagaikan terpana tengok pesta batuk, demam ngan selsema yang menemani kawan-kawan ofis aku. Tapi hari ni aku lak terkena. Dari semalam batuk. Tapi ari ni semacam manjadi-jadi. Sungguh mencabar tahap kesabaran aku. Nak sembahyang pun tak tenang. Mana taknya asyik batuk je. Kalau batuk tak menyusahkan diri takpa. Ni siap sakit sana sini lagi bila batuk.

Bila dah batuk baru nak pakai mask. Tutup sana tutup sini. Naik rimas rasa bila terpaksa batuk dalam mask tu. Best rasanya kalau dapat lepaskan batuk secara terang dan nyata. Sungguh nikmat rasanya. Macam makan KFC tu. Ish...tengah menahan lapar dan dahaga ni leh plak sebut KFC. Takpa iman aku kuat. Takkan gentar dek perkataan KFC.

Sebenarnya mud nak kerja pun tak berapa nak bersungguh sangat bila badan tak berapa sihat ni. Tu yang aku rasa ada baiknya aku buat cacatan kat dalam e-dairy ni. Wah e-dairy konon. Banyak benda rasa macam nak updet kat sini. Tapi selalu je malas. Harap-harap esok aku rajin dalam segala hal.

Last skali untuk kengkawan ofis aku yang masih berada di tahap selamat untuk kesihatan mereka tu, silalah contohi bos yang sentiasa memakai mask walau dimana dia berada. Nak bagi contoh kat anak buah la tu. Tapi anak buah buat tak paham je. So pakai la mask sementara musim memakai masih ada. Nanti kalau dah abih musim anda mungkin tiada kesempatan lagi. (Unsur advetise secara undirect)....

Sebelum aku blah jom layan sajian kat bawah ni....layannnn....zaaasssss.....



Wednesday, August 12, 2009

• Dunia Baru •



Entry khas ni aku buat special untuk bos aku yang baru sampai ke dunia baru. Sebelum ni kat dunia lain. Dunia apa aku tak sempat nak kaji. Ok, kalau korang nak tahu sebenarnya jemputan yang dia bagi sebenarnya amatlah mensuspenkan tahap cipan wa cakap lu. Abis satu opis pun gelabah ular. Mana taknya masuk kan semua kad jemputan untuk staf dalam sampul surat rasmi. Then, dia nak kasi cuak tu lebih sikit, ditampalnya stiker keselamatan kat belakang envelope tu. Kalau yang kerja govement tu mungkin tau khasiat stiker ni. So korang pepaham je lah kalau terima sampul bertampal stiker keselamatan ni. Kompem PNC punya.

Time dia tinggalkan kad itu terkontang kanting tampa pengetahuan sesiapa......korang tau kemana perginya bos aku ni?????? Dia pi kursus seminggu ok. So sapa yang brani buka sampul yang penuh dengan suspender tu????? Dah PT ofis aku kena tepon Bos mention dapat surat berantai. Eh..macam gerun lak berantai. Bukan berantai k. Ber'SULIT' secara Ber'PESENDIRIAN'. Dipercepatkan penceritaan yang penting je......Bos pun dengan penuh keyakinan yang memang sentiasa berkeyakinan tinggi membenarkan sampul itu dibuka dengan sepatah ayat yang bisa membengongkan anak buah.

PT : Bos ada surat siap ngan stiker keselamatan. Macamana? Nak buka ke...
Bos : Bukalah... Mungkin yang lama bertukar baru. Buka lah...buka lah...

Lebih kurang macam tu lah sinopsis panggilan tepon antara PT kami ngan Mr. Bos. Bila buka je....Jeng!!!!Jeng!!!Jeng!!!!terpacullah kad yang aku potretkan kat atas tu. So korang boleh bayangkan bertapa kecohnya opis aku 7H7M. Mana taknya tetiba bos nak tawin...huhuhu...pandai bos menSecretresepi....orang kuat kiri n kanan bos pon tak tau apa-apa.

Ok abis dah kisah jemputan yang memang maut tu. Sekarang ni tempat lak. Ingatkan buat kenduri kat umah dikampungnya. Kenduri ala-ala kampung berkonsepkan tradisional gitu. Tapi nah...kat sini dia buat majlis. Tempat memang boleh blah. Memang menyenangkan. Rasa nak makan banyak-banyak n duduk situ lelama je. Banyak lanskap yang menarik di sekitar restaurant tu. Wa caya sama lu la bossss...so great so sweet so nice sosos socso...n so next picture.........

Tu la sweet couple yang kami raikan tu. Comelkan bos aku. Yang lelaki tu k. Bos jangan marah yer coz I tell u comel. Comel ni mungkin coz ada sikit babyface gitu. Hehehe. Ok dah malas nak over-over puji. Kang wife dia makan aku. Yang patut diraikah lebih adalah insan-insan yang disuruh AMBIK BERKAT oleh bos. Sapa lagi. Lu pikir la sendiri....(Luv u Nabil....tetiba je rasa nak tengok pondok-pondok)

Mau kasi meriah lagi of coz kena gegar pelamin. Nak cerialah katakan. So korang tengoklah sesi gegar pelamin. Tu smua staf opis aku bersama keretapi memasing. Ermmm....aku baru perasan ada yang tercicir di luar frame gambar tu. Tapi aku try cari mereka dalam kamera aku. Tak sempurna gak anggota badan diaorang. So kepada Abang Pahmi, Abang Wazir ngan Arif sorry k. I can't find u all in my sweet camera. Where r u going ha???? Nampaknya next time korang kena kecikkan lagi saiz korang supaya dapat masuk dalam gambar.

Ni saje je aku nak menglamorkan diaorang kat atas tu. Tak kenal pon. Tapi apa yang aku tau tu smua kengkawan bos aku. Mungkin sejak lahir or sesama tadika or sesama sekolah or sesama universiti maybe sesama n yang pasti sekampung la kot.

Sebelum majlis diishtiharkan bersurai, sekali lagi kami mengabdikan kenangan di majlis perkahwinan bos.
Dari kanan ke kiri :
(duduk)
Zarith Haikal Afendy, Muhammad Wafiq, Nur Wafa Balqis, Muhammad Luqman, Nur Hurin Haziqah, Muhammad Haziq Amsyar.

(berdiri)
(Nur Aqilah Balqis, Nur Atiqah Balqis, Abang Wazir (mangsa yang hilang dalam gambar)), Kak Pa, Zack, Along, Abang Din, Ita, Art, Mr & Mrs Bos, Elina, Linda, Sharul, Kak Mas, Halim, Wani, (Arif dan Abang Pahmi (turut menjadi mangsa gambar)).

Lastly for DaGreatBoss, aku mendoakan semoga berbahagia ke anak cucu. Dipercepatkan kurniaan PNMB's junior. Semoga sentiasa mendapat Redha, Rahmat dan Berkat dari Allah S.W.T. Amin.

Thursday, July 30, 2009

•Second Last Teluk Batik•

sambungan......
Hari Kedua,
Ahad, 5 Julai 09
8.00 am - 3.00 pm

Ni time sarapan. Tak sedap dan tak best lansung menu yang ada kat situ. Tapi apa boleh buat. Tak makan lapar. Jadi makan jugak lah. Tapi nape aku je yang still makan. Orang lain dah berenti. Aku makan banyak @ makanan tak bleh blah so kena sumbat slow n stedy?....Tapi korang tengok la pinggan diaorang sumer licin di makan habis. Pinggan tu pun dah macam tak payah basuh kan. Bertapa licinnya diaorang makan. Hanya mereka dan keluarga mereka yang tau.

Aktiviti kitaorang sebenarnya dah terpaksa ubah. Itu bukan lah aktiviti PLAN A. Dah kira tak de pilihan. Kena la ikut PLAN Z. Lepas je berakfast tetiba je hujan turun. Smua pun dah macam muka frust tetonggeng. Tapi takde la yang menonggeng. Ikutkan agenda yang dah pihak resort buat, lepas sarapan ada Telematch. Main kat padang. Ada lah dua tiga makhluk Allah yang nak main tipu dah prepare apa-apa yang patut. Ye lah budget nak menang. Alih-alih bos suruh buat indoor game je. Maka terciptalah gambar-gambar dalam dewan kat bawah tu. Aktiviti tetap diteruskan walaupun paksi dah berubah. Hujan bukan halangan selagi kemahuan mengatasi segalanya. Waw...ayat ni boleh copy masuk note book k.


Acara Makan Epal Hijau Terpantas.

Aku pun tak brapa nak familiar sangat dengan nama game yang pihak resort tu sediakan. Tapi bila main sama je macam sukaneka kat kampung dulu-dulu. Nama je grand. First game yang kitaorang main aritu Makan Epal Terpantas. Disebabkan Epal hijau yang agak masam, so aku memang tak bleh blah nak makan cepat-cepat. So aku tak join. Second game ialah Teka Gaya ngan Teka Lukisan Berkumpulan. Game ni paling klakar + poyo + merapu + merapik + meraban. Bos sendiri yang handle. Soalan ke apa-apa peralatan sumernya siap bos sediakan.

Acara Teka Gaya Berkumpulan & Teka Lukisan Berkumpulan.

Next game tu namanya Music Chair @ Kerusi Berirama. Time ni Linda ngan Kak Mas main tipu. Mereka berdua ni suka stay lama-lama kat kerusi. Tapi aku kira hebat gak la. Top 3. Pastu Terkeluar. Dah malas cakap dah. Sebab tak menang. Dah abis pusing-pusing kerusi sampai pening, dapat belon lak. Kena Tiup dan Pecahkan Belon tu. Aku masuk je. Bukan nak menang pun. Tapi nak belon je. Sengal bukan. Tapi aku tengok sumer pun tak tiup melebihi 3/5 belon yang di bagi. Arif je la pulun tiup sampai abis. So dia la menang.

Acara Music Chair.

Acara Pecahkan Belon, Game Race, Longest Line, Leg Race

Pas tu buat lak Longest Line. Ni nama game k. Bukan suka ati je sebut. Apa je yang ada dibadan bolehlah diaplikasikan secara line. Tujuannya nak bagi lain tu panjang. Tak aci putus k. Game ni group aku menang k. Coz kami sepakat membawa berkat nak main tipu. Siap pakai 'sweater' lagi tengah berpeluh-peluh. Pastu usung beg kehulu kehilir sebelum game. Dalam beg tu sumer ada. Tolak mak ngan ayah je tak de. Sumpah tak berkat kan. Tapi kalau tak tipu kompem la kami tak menang. Dah isu tipu-tipu tak bleh cakap lelama. Dah ukur line paling panjang, main ikat-ikat kaki lak. Slalu kalau kat sekolah dulu-dulu ikat kaki 2 orang je kan. Tapi bila pakai nama baru, konsep pun dah baru. Itu lah game Leg Race ni. Aku masuk tapi kalah lagi. Hahaha ada group yang tertonggeng kali ni. Nampaknya matlamat AJK aktiviti tercapai. Bos bagi KPI lebih kat geng AJK XTVT ni.

Lagi satu game ni pun race gak. Game Race. Nama macam vouge gitu. Tapi kalau kat kampung tu budak-budak panggil main kendong-kendong. Syarat utama game ni mesti muhrim. Ni syarat bos yang bagi k. So couple-couple yang muhrin ni pun main la secara sukaria sekali. Orang yang mengendong ditutup matanya. Direction akan diberikan oleh orang yang dikendong. Maka berlakulah adengan cium dinding dan sebagainya.

Acara Eisha Grill.

Last game ni aku paling suka. Walaupun tidak layak untuk bertanding disebabkan faktor usia. Nama game ni lagi la tak bleh blah lansung. Eisha Grill. Aku pun tak tau mana datangnya nama ni. Mungkin pengasas ke apa ke. Asyik bapa, mak , abang n kakak budak je bersukaria. So mana anak-anak tersebut. Mereka juga tak duduk diam. Bukannya jadi 'Pom Pom Girl' tapi jadi ntah apa-apa. Untuk mengapa-apakan bebudak ni, bagi la depa pakai bedak secara over. So tengok la aksi lucu tanpa lucah kat atas tu. Bertungkus lumus untuk membawa pulang 10 biji gula-gula. Tapi yang menag ada la hamper comel secomel pembikinnya.


Ni time tunggu nak bagi hadiah. Orang-orang dalam gambar tu sumernya berisiko tak dapat hadiah secara tamak haloba. Sebabnya memegang jawatan tertinggi dalam persatuan. Banyak la persatuan. AJK Hadiah ngan Aktiviti. Yang tengah tu Bos. Bos tak boleh dapat hadiah secara banyak. Sebab anak buah akan cakap tak aci.



Hanya penerima hadiah bersama aku je yang aku nak tunjuk. Yang tak de gambar aku, sory pergi naik lori. Sian diaorang kan. Ermmmm....tapi sapa suruh menang tak ajak aku. So aku tak puas ati la ni. Tahun depan ajak aki skali masuk sumer game. Pas tu bagi aku menang. Kompem aku letak gambar korang gak .

Hamper pujaan ramai. Tapi group aku menang. Tak sia-sia aku membeli makanan pilihan secara pentingkan diri sendiri dan perasan macam nak dapat kat dia. Tapi akhirnya dapat. Suka sangat walau pun tak riak....


Ni last lunch kat resort. Walaupun last tapi makanan masih tak boleh nak menambat hati juri yang tak profesional macam aku ni. Tapi takpe lah janji kenyang n boleh drive secara solo balik penang.

Haaa....ni la singa-singa laut yang kekenyangan. Lepas makan je terus terjun kolam. Ntah apa-apa kan????? Orang balik la bilik dulu. Tido ke...tengok TV ke...Ini tak terjun kolam. Buat malu company je. Ingat kan 4 orang je....Rupe-rupenya yang dah masuk bilik pun panas bontot bila tau ada anak singa dah terjun kolam. Kurang 15 minit manusia berT-Shit hijau menghuru harakan kolam dengan rakusnya.