Thursday, April 30, 2009

Bestnya Cuti!!!!

Selamat Hari Pekerja...

Kepada semua orang yang bekerja, selamat menyambut hari anda. Raikan dengan semunafaatnya. Untuk orang-orang yang tak bekerja, jangan frust menonggeng kerana anda tak perlu diraikan..dalam erti kata lain untuk apa anda diraikan???anda tak bergelar pekerja pun.
So orang-orang bergelar pekerja, bekerjalah bersungguh-sungguh demi mendapatkan kualiti yang terbaik dalam pekerjaan anda. Semoga anda terus bekerja untuk menyiapkankan kerja-kerja anda.
Dah brapa bayak kerja da....jangan layan sangat ayat-ayat sengal kat atas tu...

Selamat bercuti untuk smua.....




Wednesday, April 29, 2009

Hoyey....Hoyey...Hoyey...

Arini dah bayar utang bos. Hoyey!!!Hoyey!!!...suka betul aku. Dah lama bos duk tanya. Tapi aku buat macam tak de ape2. Tapi nun di lapisan ketujuh hati aku (betul ke hati ada tujuh lapisan...ntah aku pun memandai je) memang rasa besalah giler. Yelah aku ni pekerja, dia tu of course majikan. Hutang yang tertanguh untuk dibayar ni smua pasal kebelakangan ni aku jadi malas nak wat kerja aku yang asyik men'Setting' form2 kerajaan Malaysia yang confirm tak de punghujungnya. Dah nk juling mata aku asyik duk wat garisan. Terror abis aku wat garisan. Malas ah nak cakap pasai garisan-garisan ni.

Cakap pasai utang tu, sebenarnya bukan beribu pun aku utang bos. Cumalah 1
?????....satu apa? cuba lah teka...kalau betul nanti aku bagi hadiah...

Ni lah utang tu sebenarnya. Design baru paper bag PNMB Penang 2009. Kalau utang duit, confirm la aku wat tau sentiasa. Ye lah dosa mak aku cakap kalau tak bayar utang orang ni. Tapi utang kerajaan tak pe kan mak?...sebab di bukan orang...kah...kah...kah...Sapa setuju angkat kaki. Ni apahal lak tetiba ada utang kerajaan ni. Mesti aku ada utang ngan kerajaan kan??? Tak pe biar kan.

Sambung balik cerita asal . Mula bos tanya semalam, aku ha..ha... kan je. Pada hal satu abuk pun tak wat lagi. Idea langsung la tak pikir. Lagi malas bila memikirkan tahun ni bos suruh cetak atas craft paper je. Katanya nak 'cut cost'. Sumpah tak grand langsung kan? Wat paper bag ofis pakai kertas murah. Bak kata kawan aku sorang ni..'Kertas kulit buku tu ke???...yup betul la tu. Ade gak aku tengok orang balut belacan. Ish...Ish..nape la aku cakap cam gitu kan..

Bosan aku lagi hyper bila cetak itam je. Tak leh colour molour. 'Cut cost ' gak kut gamaknye. Ye la 1 colour lagi murah daripada 4 colour. Ni la perangai makhluk Allah (xpecially aku la kut) Belum cuba dah macam-macam. Cuba dulu baru tau. Santek ke tak. See...see...sapa kata craft paper tak cantek dan x-clusif kalau wat paper bag.


Kan cantek tu. Hilang kemurahan harga paper tu. Asal nak wat main-main je. Bagi ade bukti yang aku dah buat kalau bos tanya lagi. Alih-alih siap buat Mock-up lagi. Complete ngan tali lagi yang tak leh tahan tu. Ni smua gara-gara oficmate aku yang hilang kesabaran dek keterujaan nak tengok paper beg yang sebenar. So aku layan je lah. Dari satu jadi dua...dari dua dah jadi 3 sample. So sekarang ni smua ofismate aku dah tegok. Siap vote for this bag lagi...cara nak vote dia...Taip AFUNDI..jarak...sample mana yang korang pilih...hantarkan ke 9999....kalau tak caya buat la...nanti comfirm dapat report mesej fail...


Sebenarnya aku wat cepat-cepat ni nak pruf ngan bos. Tapi bos cuti. Minggu depan baru masuk. So aku display je la beg2 ni tepi meja aku. Dari pagi tadi asyik nampak paper bag ni je, tu yang tetiba tangan tergatal snap picture lalu kegatalan bertambah bila terload kat dalam ni. So kepada kengkawan ofis ku yang disayangi...thank for ur vote...keputusan di tangan bos...Jadi meh la sesama kita tunggu....

Zaasss....laaayaannnn.....

Monday, April 27, 2009

Apa Hal!!!

Rutin ari ahad aku sama je tiap-tiap minggu. Mesti pegi class punye. Abis class terus balik. Tapi semalam macam ada mood nak jalan-jalan. So aku pun menjalankan diri round-round Bukit Jambul (BJ). Belum pun abis satu pusingan, tetiba je idea menhabiskan duit datang. So bermulalah acara menghabis duit oleh aku. Ermm....malas lah nak cakap pasal duit yang dah dishoppingkan.

Sambil shoping-shoping tu, tetiba idea baru lak kuar. 'Mr. Cousin' ajak tengok wayang. Aku tau motif sebenar dia bukan nak tengok wayang sangat. Tapi lebih kepada nak menyekat nafsu menghabis duit secara pukal oleh aku. Ye lah mana taknya, silap-silap aribulan poket dia pun kena terlibat secara kecil-kecilan. Hahaha...aku apa kisah...janji benda aku nak, aku dapat...

Jom cakap pasal wayang lak. Lain-lain pasal jangan cari. Dalam bebanyak citer kat pawagam tu, citer Usop Selam gak yang kami pilih. "BOHSIA"...


Citer ni best la gak. Aksi-aksi tak berpekdah yang diorang show tu leh naik gerun la. Pendek kata aksi merempit yang berjaya. Tapi AWAS!!! kepada adik-adik kecik kat luar sana tu, kalau dah tertengok jangan lah terikut lak. Sumpah, susah ati mak bapak nanti. Aksi dan bahasa yang digunakan agak kurang enak ditontoni oleh bebudak kecik. Yelah, mana taknya...bebudak ni kan suka mengikut. Si Nabila nye percakapan dalam filem tu...waduh..waduh..leh bikin pompuan melayu terakhir marah.

Tapi aku frust la sikit bila kat ending tu...hampeh tu....tengah-tengah baik nye feeling, tup-tup dah cerah panggung. Rupanya dah abis. Tergantung abis. Ending yang tak eppy langsung. Mamat sebelah aku siap mencarut-carut lagi. Protes tak puas ati la konon. Siap sound awek dia suh ganti balik duit tiket yang dia belanja. Apa punya kayu balak la. Macam tu pun ada. Pas tu leh wat muka toya cakap kalau filem macam tu 10 dia leh buat. Siap ending kawin-kawin lagi. Aku yang sentap jap ending tak menarik tadi tu leh ilang sentap tengok mamat poyo tu punya poyo. Aku tengok dia pun ada gaya mat rempit. Balik umah sure dia mengaplikasi skill yang diajar dalam filem tu. Hebat sungguh, siap tukat gier pakai tangan tu.

Begitu lah berakhirnya cerita 26.04.2009 bersama BOHSIA. Mesti pas ni YH wat sambungan BOHSIA II...Tunggggguuuuuuu....

Friday, April 24, 2009

Aku Tengah Bosan....

Bukan takde kojer yang kena buat, tapi tetiba rasa malas nak buat kojer-kojer tu. So aku memalaskan diri kat sini lah. Nasib baik ada tanah yang subur untuk aku biakkan kemalasan ini . Kalau ari jumaat confirmnya mood nak kojer hilang. Agaknya badi hari Sabtu ngan Ahad tua kuat kot. Tu yang rasa macam nak cuti dah tu. Tetambah lak bila kul 3.00 petang cam gini.

Sambil aku layan malas aku ni, aku godek-godek la gambar lelama family day ofis aku...dari tahun 2006 sampai la 2008. Ada macam-macam perubahan yang dapat aku detact. Ada yang dah berenti kojer...ada yang dah kawin...ada yang dah gemuk...ada yang dah kurus...so aku rasa ada baiknya aku abadikan gambar-gambar tu kat sini. Leh layan sama-sama...Jom kita layan...

_________________________________________________________________

Family Day PNMB Pulau Pinang 2006
Bukit Merah Lake Town Resort
5 Ogos 2006


Tahun 2006 pegi Bukit Merah je. Ni la opismate aku yang tak berapa nak ramai tahun 2006. Tak le meriah sangat. Tapi OK le. Ye lah free of charge. Takkan nak komplen lak kan. Di sebabkan dekat sangat so kitaorang tak bermalam pun. Just pegi lompat-lompat sampai letih pas tu balik. Tapi OTW balik tu check2 badget ada lagi so kami melencong ke Zoo Taiping. Tengok night safari lah konon-konon. Yang bestnya kaum kanak-kanak pun tak brapa nak besar lagi waktu tu. Yang dah besar-besar ni layan je lah. So takpe...kita ikuti perkembangan tumbesaran bebudak tu kat bawah-bawah nanti k.


Kat atas tu tadi smua staf ada. Tapi dalam gambar ni insan-insan terpilih yang bergelar bujang sahaja yang layak. So kat dalam gambar2 tu pendek kata smua bujang lagi lah. Panjang kata dalam perancangan nak tukar status...tapi kenapa aku sokrang je pompuan. Jawapannya sebab memang aku sokrang je staf pompuan yang bujang....


_________________________________________________________________


Family Day PNMB Pulau Pinang 2007
Cameron Heigland
30 Jun - 1 Julai 2007


Tahun 2007 lak, di sebabkan badget yang bertambah sikit. So kami pun memanjangkan langkah ke Cameron Highlands. Siap bermalam lagi kat Hotel Rasa Passadena. Kalau perasan waktu ni dah meriah sikit dek kerana keramaian orang yang join. So bebudak yang tadi nampak sedikit kecik dah jadi sedikit besar. Bising pun dah boleh buat orang sekeliling pandang. Tapi yang penting enjoy...

Macam tahun 2006 gak. Sesi pengambaran pemisah antara status masih diteruskan. Ni la pemegang setia status bujang. Ada lagi sokrang sebenarnya. Bos lama aku. Nama dia Hasmuni Halim. Ntah waktu ni mana dia pegi pun tak tau. So si comel yang sokrang tu adalah aku. Sebelah tu Sharul, Art dan Hafiz.


_________________________________________________________________


Family Day PNMB Pulau Pinang 2008
Pulau Pangkor
7 -9 Febuari 2008


Tahun lepas langkah dipanjangkan lagi ke Pulau Pangkor lak. Kali ni pakej pelancongan kami meningkat kepada 3 hari 2 malam. So gumbira tak hengat-hengat. Siap dapat chalet ala-ala rumah kampung gitu. Best giler. Kali ni kami stay kat Teluk Dalam Beach Resort. Kalau tengok gambar kat atas tu, kan dah semakin meriah bilangan ahli kali ni. berbeza ngan tahun 2006 kan?..Ni lah masa untuk kami merehatkan diri setelah berpenat lelah.

Nampaknya tahun 2008 aku sudah ada geng pompuan. Kan best dah ada geng bujang pompuan. Tak lah aku tido sokrang-sokrang. Ngebat cam anak raja. Huhuhu...ahli club pun bertambah. Tapi yang mamat sebelah aku tu bukannya bujang pun. Dia yang membujangkan diri gara-gara wife dia beranak. So accept je lah. Paling kanan tu adalah bos aku, En. Hafiz. Next tu Zack, Linda, Aku, Art ngan Sharul.

Untuk tahun 2009, bos aku dah tak nak buka kalendar tengok tarikh. Dia cakap kalau buka bekali-kali pun memang tak de cuti panjang macam tahun lepas. 2 hari tak cukup nak bawa kami p melancong. So kami masih menuggu green light dia. Dia cakap jom je....kami sure jawab OK bos....Nanti kita tengok lah perubahan tahun 2009 lak k...tungggguuuuuuu.....

Tuesday, April 21, 2009

Part II : Tiada lagi insan bergelar 'Tok'....

15.04.09...

Aku sebenarnya tak boleh nak tido malam ni...aku rasa macam tak sabar2 nak balik kampung. Kalau la aku brani drive memalam buta ni, sure aku tak endah pesan mak. Tapi apakan daya, tahap keberanian aku memandu diwaktu malam belum teruji lagi. Kul 1.00 pagi cousin aku kat KL call bagi tau yang diaorang dah nak gerak balik kampung. On the way tu, singgah ambik adik aku kat Kolej Jururawat Sungai Buluh. Lebih 10 biji kereta sepupu sepapat aku kat KL berkonvoi beramai-ramai balik kampung. Mesti bestkan. Macam rombongan lak.

Aku rasa macam lambat je masa berjalan. Aku dapat rasakan suasana sedih menyelubungi sanak saudaraku di kampung. Ye lah, mana taknya...bukan setahun dua kami bersama arwah Tok...macam aku sendiri 27 tahun bersama arwah. Pendek kata apa je masalah mesti bagitau Tok punye. Mak aku sendiri pun macam tu gak, hidup ngan arwah maknya hanyalah 23 tahun, tapi ngan arwah mertua selama 27 tahun...Lama lagi hidup ngan mertua berbanding mak sendiri kan???

16.04.09...

Pukul 5.00 pagi aku dah pi mandi. Tak pernah aku mandi seawal ni. Dengar je azan Subuh terus solat. Pas tu baca Yassin sekali. Kul 6.30 pagi siap-siap nak balik kampung. Tapi tu lah, kita hanya merancang, Tuhan jua yang menentukannya. Niat aku nak sampai awal kat kampung, tak boleh juga. Ada je macam2 masalah. Kat petrol pam orang ramai lah...Kat tol lak beratur panjang...nak bawak laju hujan lebat...Sabar je lah...


Tapi walaupun macam-macam halangan pada awalnya, aku tetap juga pecut kereta selagi boleh. Dalam kegilaan aku memecut, sampai je rumah barulah aku tau yang aku telah memandu di tahap bahaya gile. Mana tak nye kurang dari sejam aku dah sampai kampung. Selalu paling cepat pun sejam lebih baru sampai. Syukur pada mu Ya Allah kerana merahmati perjalananku....

Sampai je rumah, aku tengok mak sugul tak bermaya, gara-gara tak tido dan makan semalaman. So aku suruh mak rehat jap kat rumah. Aku ajak adik aku teman pi umah arwah Tok. Sampai je depan pintu, aku rasa macam tak percaya yang arwah Tok dah takde. Adik aku siap pesan suruh aku sabar bebanyak. Dia cakap aku je yang tak tengok lagi. Sepupu yang lain smua dah tengok.

Sampai je depan jenazah, aku tak berani nak buka kain yang menutupi muka arwah Tok. Nasib baik makcik aku macam paham2 je, so dia buka. MasyaAllah....aku tak nampak apa-apa perubahan pun pada wajah Tok. Dia seolah-olah sedang tido. Macam selalu aku tegok. Senyum je muka dia. Aku cuim pipi atuk, panas je. Macam baru je meninggal. Makcik aku bagi Al-Quran yang satu-satu juzuk tu kat aku. Aku terus je baca...Sambil baca aku sempat tengok ada orang tengah duk ukur arwah Tok. Kat atas rumah lak dengar diaorang koyak kain kafan...

Pukul 11.00 pagi, Ayah bagi tau aku yang kelengkapan untuk mandikan jenazah dah siap. Ayah suruh aku mengaji bagi habis cepatcepat. Akhirnya sebelum jenazah dimandikan, aku sempat menghabiskan satu juzuk Al-Quran. Ayah tanya aku nak mandikan jenazah arwah Tok ke?...Aku angguk je. Sepupu aku pun nak mandikan gak. So kami pun mandikan jenazah. Ayah jadi orang pertama yang menyiram air ke tubuh arwah Tok. Ni la first time aku mandikan jenazah. Sumpah aku takut. Bukan apa, mak slalu cakap kalau mandikan jenazah kena slow-slow, course kalau kasar, jenazah tu sakit.

Selesai mandi, sepupu aku yang merupakan ustaz dalam keluarga kitaorang, mewudukkan jenazah. Sayu je rasa. Selesai mandi, jenazah arwah Tok di kafankan di hadapan anak, menantu, cucu dan cicitnya. Aku tengok ayah kucup lama dahi dan pipi arwah. Diikuti adik beradik ayah yang lain. Lepas tu ayah bagi masa 10minit untuk anak cucu kucup. Aku tidak melepaskan peluang tu. Sejuk je muka arwah Tok. Tu la kucupan terakhir dari aku untuk arwah Tok. Walaupun kali ni tanpa reaksi macam selalu dari arwah Tok, tapi aku puas kerana dapat memberi penghormatan terakhir buat selama-lamanya untuk arwah.

Semoga arwah berada di dalam redha Ilahi dan di tempatkan di kalangan muslimah dan mukminah sejati...AMIN...

Aku rasa dah panjang karangan untuk hari ni. So aku akan sambung esok untuk part last...Pusara Nenda...

Al-Fatihah untuk nenda ku tersayang...

Mertua vs Menantu...My Lovely Mum n My Lovely Grandma
Dalam Kenangan...Raya terakhir Arwah Tok...Aidilfitri 2008