Monday, March 23, 2009

Masjid@Musolla@Mosque

Bak kata pepatah 'Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan'... Memang betul pun. Kalau orang yang selalu pergi jalan jauh-jauh ni pasti banyak pengetahuan diaorang dapat. Kenapa aku cakap camtu. Ntah aku rasa tetiba tak tau lak jawapan. Tapi betul kan?

Semalam aku tetiba je bleh sampai Alor Setaq. Camana aku bleh pi sana tak yah la aku citer. Sebab rasanya tak penting sangat. Yang aku nak share kat sini pasai benda lain. Bukan perjalanan yang jauh tu yang menarik perhatianku. Tapi sebuah masjid yang aku sangat kagum senibina dan dekorasinya ni. Masjid yang aku maksudkan adalah Masjid Albukhary yang terletak di Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah Darul Aman. (Fuh...dah macam alamat penuh la plak)...

Indah sungguh panorama...

Teruja sangat aku bila lalu je depan masjid tu. Rasa tak sabaq-sabaq nak pi sembahyang kat situ. Siap suruh 'Mr. B' berenti waktu tu gak. Alasan 'Orang nak gi sembahyang Zohor la' (ayat aku la tu)...Apalagi perang saudara tak pasal-pasal meletus antara aku ngan 'Mr. B'... Mana taknya terX-cited nak sembahyang Zohor kat situ sampai tak tengok jam. Sugguh tidak ada kesabaran aku waktu tu...Siap kena perli lagi 'Jam awak tu takde betri gamaknya...ke tak pandai tengok jam???'...Waktu tu baru pukul 12.45pm...hehehe...akhirnya aku yang malu sendiri...tapi cover wat macam takde apa-apa...


Bagus betul aku kan...sampai macam tu skali nak wat amal ibadat...Dah tak ikut waktu dah. Ke bila tegok masjid lawa je perasaan macam tu wujud. Nampaknya aku kena tepuk dada, tanya selera nak makan apa tengahari ni...(rasa macam tak kena je jawapan tu)...aku cuba lagi satu jawapan...Tepuk dada, tanya iman kuat dan taat kah ia...haaa ni baru la ada keserasian kan???

Waktu ni panas giler tau...tapi nak ambik gambar punye pasal...blasah je la..

Tapi memang best wow sembahyang kat situ. Dengan ruangan yang selesa, view menarik, kain-kain sembahyang yang diwakafkan pun bersih so rasa aman dan damai je bila duk kat dalam masjid tu. Di sebabkan aku yang terover x-cited tadi tu, so dapat lah aku berjemaah solat Zohor. Lagi best bila Imam dia baca persis bacaan Imam Timur Tengah.


Aku rasa macam pas ni nak creat hobi baru lak. Hobi melancong sambil cari masjid yang unik lagi cantik dan indah untuk sembahyang. Jadi bila ada orang cakap kat aku masjid sekian-sekian cantik dan best,aku akan potong cakap dia ngan jawapan sengal aku..."Erm...aku dah pernah pi sembahyang kat situ dah"...mesti orang tu nyampahkan??? Hehehe...tak baikkan macam tu kan????...tapi aku suka...

Sebelum meninggalkan perkarangan Masji Albukhary tu, sempat lagi aku jadi model papan tanda masji tanpa mendapat apa-apa bayaran pun. Tima kacih ye 'Mr. B' cos melayan keinginan sengal aku untuk berposing dibawah terik matahari.

Akhirnya...

P/S mak: Kalau pi sembahyang mana-mana masjid jangan lupa wat Sembahyang Tahiyatul Masjid. Dapat pahala wow...Chiawww

Wednesday, March 18, 2009

Hasil Kreativiti Ku...

Rasanya dah lama aku tak buat luahan perasaan kat sini. Aku pun tak tau kenapa dan mengapa tetiba je aku jadi malas nak menaip. Tapi rajin membaca. HuHuHu...

Bukannya tak de story yang menarik tp tu la...malas menaip.

Ni pun saje je aku merajinkan diri nak share hasil kerja aku beberapa hari yang lepas. Nak tau apa dia?.....sebenarnya aku dipertanggungjawabkan untuk membuat hantaran untuk Wedding bestfwen aku. Nak tak nak kena la buat juga. Ye lah, kang dia cakap " kat orang len ang leh wat...kat aku ang tak mau wat lak...mencinya"(ayat menber aku k)...So aku pun bersetuju je lah walaupun kebelakangan ni aku semakin sibuk berbusiness...Nak jadi jutawan lah katakan(mula la nak berangan tu)...

Setelah 2 minggu mencari idea, aku pun akhirnya berjaya menyiapkan semua ke-11 hantaran dia. Jangan tak tau siap sirih junjung pun order ngan aku. Tap pe lah. Demi seorang sahabat. Mana taknya aku kawan ngan dia dari umur 7tahun tu...Lamakan? Tapi tak bosan wooo...Dia la kawan waktu aku waktu jahat & baik, sakit & sihat, malas & rajin, pandai & kurang pandai..Pendek kata banyak lah kenangan antara kami. Sedih aku dia dah kawin...(Ni apahal lak citer pasal kawan aku lak...citer pasal hantaran la patutnya)

Ok.ok.ok.jom tegok hasil kreativiti aku...kalau bekenan leh wat tempahan ngan aku pas ni k. Murah je. Harga boleh dirunding. Chewah...Chewah...sempat lagi promot tu...


Kat atas tu antara beberapa hantaran yang dah siap. Aku rasa ni antara hasil gubahan aku yang paling aku puas hati setakat ni. Tapi paling aku suka 4 gubahan yang kat bawah ni.

Aku paling best bila ayah aku yang kedekut nak puji orang tu boleh puji akunya gubahan. So ternyata hasil kali ini memang cantik lah tu. Kalau tak jangan haraplah dia nak puji. Mak aku lak suruh buka kedai gubahan nanti-nanti. Nanti tu bila pun aku tak tau. Dengar modal pun dah cukup buat aku kecut perut.

Ok la aku rasa cukup lah perkongsian aku untuk post kali ni. Nanti kalau aku rajin-rajin, aku load gambar waktu wedding member aku tu k. La ni mood malas dah datang. So aku stop dulu ye...Chiawww...



Friday, February 13, 2009

Jadilah Masyarakat Yang Prihatin.


Hai semua...lama rasanya aku tak menjenguk ruangan bloger ni. Nak kata busy tak juga. Mungkin takde mood je kot. Sebenarnya aku nak melepaskan kemarahan yang sikit2 lagi aku pendam dari semalam.

Alkisahnya, semalam aku pi pejabat pos kat Seberang Jaya tu. Dari pukul 1.00pm sampai kul 2.15pm baru la turn aku. Yang aku angin sangat bukan sebab aku dapat nombor giliran tu berangka besar. Tapi sikap tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat ni. Adakah patut baru mai punggung pun tak panas lagi duk kat kerusi tu  dah boleh berurusan kat kuanter. Mula-mula aku tak perasan sangat situasi ni. Tapi bila ada satu Chinese girl ni baru je masuk duk sebelah aku tetiba je pi kuanter berurusan pas tu leh senyum lak bila nak keluar. Baru la aku tau apa yang dia dah buat.

Nak tau apa minah Cina ni buat??? Sebenarnya dia tak ikut giliran pun. Dia tengok je nombor yang naik kat kuanter tu tak de orang pi, ngan slamber biawak dia pun pi la berurusan kat kuater tu. Konon-konon tu nombor giliran dia la. Memang kurang ajar betul perangai diaorang ni. Apalah salahnya kalau ikut je giliran tu. Bertimbangrasa lah sikit. Orang lain pun nak cepat juga. Smua orang pun ada kerja. Betul tak???

Pas tu aku pun start perhati situasi macan tadi tu berlaku ke tak lagi. Rupa-rupanya berlaku lagi. Tapi yang buat perangai tak terajar ni smua bangsa Cina. Kenapa ekk??? Pelik sungguh aku. Ke memang lumrah alam yang diorang ni memang jenis kaum tak bertimbang rasa.

Hati aku pun semakin panas bila tegok ramai yang buat macan ni. Mana aci aku mai dah lama still duk tercongok kat situ. Depa yang baru mai dah siap berurusan. Hangin tul...Tapi akhirnya puas hati aku bila tengok satu minah cina ni kantoi bila nak berurusan. Mana taknya waktu dia masuk tu, mungkin pegawai pos yang bertugas kat kuanter tu nampak. So bila dia pi je kat kuanter tu nak submit form yang dia bawa, pegawai yang bertugas tu pun tanya nombor giliran dia. Dah blushing tetiba. Muka yang tadi putih dah jd macam udang bakar. Padan muka dia. Dah malu nak duduk kat kerusi. Pas tu berdiri kat tepi kuanter tu sambil belek-belek handset. Muka tak pandang pun kat belah orang ramai ni.

Jadi, moralnya lain kali kalau nak buat apa-apa urusan yang menggunakan angka giliran, pastikan kita mengikut giliran kita. Bukan apa sikap kita yang mementingkan diri sendiri ni akan mengundang marah pada orang lain. Bahkan kalau tak bernasib baik boleh memalukan diri kita sendiri. Macam si minah cina yang aku cakap tadi tu. Muka bukan main lawa lagi. Pakai baju pun tutup yang penting-penting je. Harap fahamlah maksud tu. Sure orang pandang kan. Yelah banyak yang transparent. Alih-alih kena marah. Kan malu gitu. 

Jadi kepada semua, aku berharap agar kita menjadi masyarakat yang prihatin. Kerana keprihatinan kita merupakan penghargaan dan penhormatan yang tinggi pada orang lain. Renung-renungkan dan selamat beramal.....

Chiawwww....

Monday, February 2, 2009

Hello all my lovely readers....




Sebenarnya takde yang menarik pun yang aku nak share arini. Cuma tadi bila aku buka je blog ni, aku tertarik ngan angka visitors page aku ni. Tu yang aku capture tu. Cantik no tu kan. 1010...

Rasanya baru je aku menjoinkn diri dalam alam bloger ni...tapi tak sangka 1010 kali dah page aku diview...

Thank to all my readers yang sudi membazirkan masa layan citer kat blog aku nie...kepada silent readers aku nak ucapkan time kacih gak...jgn silent lama2 yer...

Chiawww....

Friday, January 30, 2009

Eppy Chinese New Year

Eppy Chinese New Year!!! hahaha dah basi pun...tapi tak pe coz story yang aku nak share ni berlaku waktu cuti raya cina...

Dah lama rasanya tak berlama-lama kat kampung. Bila berpeluang je balik cuti lama-lama, aku jadi malas lak nak balik mai Penang. Tapi yang syoknya cuti kali ni sumer adik beradik aku yang tak ramai ni ada kat umah. Kebetulan adik aku si nurse ngan si bomba dapat cuti. So raya indulah adik aku yang bongsu tu. Mana taknya poket-poket dia dah balik. Ni la masa barang dia takde lah, rosak lah, hilang lah n macam2 lah alasan dia. Tu lah adik manja kesayangan kami sumer.

Time ni lak makcik aku wat kenduri kawin anak bongsu dia. Muda daripada aku lak tu. Tu yang nak story kat sini. Waktu kenduri cam gini lah aku slalu kena tembak dari smua sudut ngan makcik2 n pakcik2 aku. Tak tertepis aku. Tapi aku memang gerun dengan peluru diaorang yang bunyi bingit. Bunyi dia macam ni...' Hang ni bila lak Wani'..'pas sorang, sorang dah ni'...'lama dah kami tunggu ni'...

So daripada statement kat atas tu, aku harap korang faham bertapa bencinya aku nak balik kampung time ada kenduri kendara. Kenapa la diaorang ni tak bosan2 nak tanya soalan yang sama. Aku sungguh2 tak faham dengan generasi tua zaman dahulu yang tak paham perasaan orang lansung.

Apa yang boleh aku buat bila kena tembak macam tu? Senyum je lah yer...Dalam hati comfirm sumpah seranah nye. Kahkahkah...takpe raya nanti aku minta maap yer. Nasib baik la mak ayah aku dah bosan nak bincang topik ni. Kalau tidak tak balik kampung langsung lah aku.

Walaupun bengang2 tapi aku ni kan orang yang jenis eppy memanjang so pastu leh gelak-gelak. Siap leh wat macam takde apa2 blaku. Padahal dalam hati Tuhan saja yang tau gilanya berkocak. Ermmm...nak wat macamanakan...Nasib lah...

Ni ada la sikit kudap-kudapan yang aku leh kongsi ngan korang sumer waktu cuti raya cina ari tu...Hidup mesti enjoy...Chiawwww

Aku ngan Adikku Dayah


Bonda tersayang ngah siapkan bunga telur ngan adikku


Bunga telur yang dah aku siapkan...konon...


Sepupu aku yang lelaki tu...muda-muda dah kawin...


Aku yang chubby n montel...nak p kenduri lah ni...